Saturday, June 6, 2009

Hidup di sini...

~Tinta HATI~
12 JamadilAkhir 1430/ 6 Jun 2009

my office is inside there, can see or not...MAKMAL SJSI PAKA


Beg biru yang sarat marat penuh dengan buku-buku ilmiah itu kutenung. Terbayang di minda hari pertama di Paka ni, sesak nafas juga nak angkat beg tu... Baru dua buah buku yang dibelek, baca pun separuh jalan.

Ku pandang satu senarai to do tertampal di almari pakaian yang berwarna kuning ceria. Kelihatan semakin suram warnanya, hanya dihiasi satu tanda right… Yang tak tanda ada berderet lagi. Tugasan penting. Aisyh..

Blog peribadi? Dah bersawang agaknya.

…Buka buku log latihan industrI... ‘No Problemo’. Setiap hari mesti ada coretan yang menarik. Mesin-mesin di dalam otak sentiasa berputar ligat mengarahkan jari jemari untuk memenuhkan buku log itu dengan catatan-catatan harian…macam Steam Turbine tu. Banyak perkara dapat belajar sepanjang di SJSI. Memang banyak. Kawasan SJSI dekat dengan pantai, suasananya fresh je... Ada hari free sikit , ada hari yang full, juga banyak perkara menarik berlaku (^_^)


there you are, the Steam Turbine and Boiler...THERMAL POWER PLANT SJSI PAKA


Dua bulan lepas…

“Aini… awak tahu tak pakcik saya pesan apa masa gi LI nanti…” Teman bilikku itu tersengih-sengih memandangku, baru sebentar tadi dia bercakap dengan pakciknya di telefon. Sejak aku mengenalinya aku lihat dia memang rapat dengan pakciknya yang seorang itu. Ketika itu pakciknya sedang berada di luar Negara kerana urusan kerja. “Hmmm…dia pesan apa?” Tanganku yang sibuk membelek kertas-kertas di atas meja sejak tadi terhenti. Aku memandang wajahnya untuk mencari jawapan, tersenyum melihat sengihnya yang penuh makna. “Jangan jatuh cinta masa LI nanti tau…” Dia mengulang ucapan pakciknya. Aku tergelak, kami sama-sama ketawa. “Betul juga tu, dah lama dia keje kat situ…orang dah banyak pengalaman kan…sekarang memang kita nafikan perkara tu tapi masa kat sana nanti tak tahu macam mana dugaannya…semoga dikuatkan iman” Dia tersenyum mendengar jawapan itu.
‘Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan dari sisiMU agar kami tidak hanyut dalam kelalaian dari mengingatiMU’

Sekarang kena siapkan slide show for presentation next next week (tak tahu lagi bila). Minggu depan minggu ke- 7 di SJSI, Paka Terengganu..

~TINTA 7~
Ikhlaslah menjadi diri sendiri
...agar hidup penuh ketenangan

dan keamanan...

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun...
...Bila-bila masa sahaja ia akan pecah

In the Morning Breeze I Wrote This

~Tinta Hati~
6 Jun 2009/ 12 JamadilAkhir 1430




*"Semakin lama engkau mendalami ilmu dan alam, semakin byk penemuan hebat yg kau belajar, semakin jauh kau merantau, semakin bertambah perkara hebat yg kau jumpa, semakin lama kau sengsara, semakin banyak penawar mujarab kau kan temui, semakin banyak engkau bersilaturrahim, semakin ramai insan hebat akan kau kenali. Dalam kau tidak menyedarinya, semua ini akan menjadikan engkau semakin rindu kepada Penciptamu yg satu- yg mencipta KEHEBATAN, dan rindu itu akan menjadi semakin hebat dari sehari ke sehari" –'Aini on April in USm–
*(^_^)