Keyakinan terhadap kehidupan selepas mati bukanlah keyakinan
yang tiada asas
Ya. Ramai manusia yang merasakan bahawa tiada asas yang kuat untuk meyakini dan memahami hakikat bahawa akan ada kehidupan selepas kematian. Apa bukti adanya kehidupan itu? Mereka berasa hairan, apabila seorang yang mempunyai kemudahan sains dan teknologi boleh mempercayai kehidupan setelah kematian dan akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan bahwa mereka yang mempercayai kehidupan selepas kematian adalah tidak berasas sama sekali. Namun keyakinan Aini terhadap kehidupan selepas kematian adalah berasaskan fakta dan logic. Sama-sama kita akan bincangkan di sini. Permulaan untuk membina keyakinan ini ialah percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
Ya. Ramai manusia yang merasakan bahawa tiada asas yang kuat untuk meyakini dan memahami hakikat bahawa akan ada kehidupan selepas kematian. Apa bukti adanya kehidupan itu? Mereka berasa hairan, apabila seorang yang mempunyai kemudahan sains dan teknologi boleh mempercayai kehidupan setelah kematian dan akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan bahwa mereka yang mempercayai kehidupan selepas kematian adalah tidak berasas sama sekali. Namun keyakinan Aini terhadap kehidupan selepas kematian adalah berasaskan fakta dan logic. Sama-sama kita akan bincangkan di sini. Permulaan untuk membina keyakinan ini ialah percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
Konsep keamanan dan kemanusiaan tidak berguna jika tiada
konsep kehidupan akhirat
Aini ingin bertanya satu soalan kepada pembaca, adakah
perbuatan membunuh, mencuri, merogol itu perbuatan yang baik? Atau adakah ia
perbuatan yang jahat? Seorang manusia yang normal dan berfikiran seimbang akan mengklasifikasikan perbuatan-perbuatan
tersebut dalam kategori perbuatan jahat. Namun jika penjenayah itu ialah seorang yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar, bagaimanakah cara untuk membuktikan padanya bahwa perbuatan membunuh itu adalah perbuatan yang jahat?
Sebagai contoh, andaikan anda adalah seorang penjenayah yang
sangat berkuasa dan berpengaruh di seluruh dunia (andaikan sahaja, bukan doakan ye, Naudzubillah). Pada masa yang sama, anda adalah seorang yang bijak
dan berpegang kepada konsep logic untuk meyakini sesuatu perkara. Pada
pandangan dan logic akal anda, membunuh, mencuri dan jenayah lain yang dilakukan
adalah baik kerana ia membawa kehidupan yang baik untuk anda, hidup anda mewah
dan anda pula sangat digeruni oleh orang bawahan dan orang sekeliling. Anda
mampu membahagiakan anak, isteri dan pasangan dengan memberi hidup yang sangat
selesa untuk mereka dari hasil pendapatan jenayah anda itu. Semuanya kelihatan
baik pada pandangan logic anda. Anda pasti tidak pernah merasakan bahawa
aktiviti anda itu termasuk dalam kategori yang tidak baik. Namun jika ada
seseorang yang boleh memberi satu kenyataan logic bahawasanya
perbuatan-perbuatan anda itu adalah perbuatan yang jahat, sudah tentu anda akan
terus berhenti serta merta bukan? Anda tidak akan mahu lagi meneruskan
perbuatan itu kerana anda orangya menerima hujah yang logic pada akal. Mari
kita bincangkan contoh hujah-hujah yang
boleh diberi kepada anda:
- Perompak akan menghadapi kesusahan
Jawapan anda: Tak susah bagi saya. Yang susah adalah orang
yang saya bunuh atau rompak itu. Bagi saya ia adalah baik. Jika saya mendapat rm1
juta, saya boleh gunakan ia untuk berhibur dan menikmati keselesaan di hotel
lima bintang. Anak-anak dan isteri saya juga dapat nikmat yang sama. Saya tak
rasa susah pun malah rasa bahagia.
- Suatu hari nanti anda juga akan dibunuh atau dirompak seperti yang anda lakukan kepada orang lain
Jawapan anda: Sesiapa sahaja yang mencemburui kebahagiaan
saya pasti berkata begitu. Saya sudah biasa mendengarnya. Anda tidak dapat memahami kerana anda tidak berada di tempat saya. Namun tiada siapa yang akan melakukan
perkara itu terhadap saya kerana saya mempunyai pengawal-pengawal peribadi yang
ramai. Saya boleh merompak sesiapa sahaja namun tiada siapa yang mampu merompak
saya. Merompak mungkin menjadi kerjaya yang berisiko untuk orang biasa tetpi
tidak bagi saya kerana saya adalah seorang yang professional dan berpengaruh
besar.
- Anda akan ditangkap oleh polis
Jwapan anda: Tiada polis yang boleh menangkap saya kerana
mereka adalah dibawah kuasa saya. Jabatan kementerian juga di bawah kuasa saya.
Kenyataan itu hanya layak untuk perompak-perompak biasa kerana mereka tiada kuasa dan pasti akan ditangkap dan itu adalah suatu keburukan untuk mereka. Tetapi pengaruh dan kuasa yang
saya ada sekarang tidak memungkinkan saya mengalami semua itu. Berikan saya
satu hujah logic agar mengapa jenayah ini tidak baik untuk saya dan saya akan
berhenti darinya.
- Hasil rompakan adalah wang yang tidak halal kerana mengambil hak orang lain tanpa izinnya
Jawapan anda: Apa bezanya halal dan haram. Saya setuju ia
haram dari segi hukum yang kamu pegang itu. Tapi saya tiada masalah dengan hukum
itu. Jika saya boleh mendapat wang yang banyak dengan mudah melalui cara ini,
adakah saya perlu ubah kepada cara yang susah? Ia tidak logic. Sesiapa sahaja
yang berfikiran waras mahu memperoleh wang dengan cara paling mudah, bukan cara
susah. Jika kamu mengatakan wang yang saya dapat ini bukan melalui usaha saya,
ia adalah salah. Saya berusaha dan inilah yang saya berhak dapat, saya
berbangga dengan usaha saya.
- Merompak adalah perbuatan yang mengkhianati hak kemanusiaan
Jawapan anda: Ada orang yang menulis bahwa hak kemanusiaan adalah begitu
dan begini. Mereka terlalu emosional dalam menulis dan mengambil pegangan yang
rapuh. Mengapa pula saya perlu mengikut cara mereka berfikir? Konsep
kemanusiaan ini hanya sesuai untuk mereka yang sentimental dan emosional. Saya
bukan seperti mereka kerana saya
berpegang kepada logical. Apakah kebaikannya untuk saya jika saya mengambil
berat terhadap manusia? Tiada kebaikan. Hidup saya adalah yang paling penting. Saya juga membahagiakan
manusia lain, saya memberi kebahagiaan kepada isteri dan anak-anak saya.
- Perbuatan kamu adalah sangat mementingkan diri sendiri
Jawapan anda: Betullah bahawa cara ini adalah cara yang
sangat mementingkan diri sendiri. Tapi bukankah diri saya yang patut saya
utamakan? Ia memberi kemewahan dan kebahagiaan buat saya.
Maka akhirnya tiada satu pun alasan yang logic untuk
mengatakan bahawa merompak adalah perbuatan yang jahat. Mungkin hujah-hujah
begini mampu memuaskan hati penjenayah biasa tetapi tidak kepada penjenayah
yang berkuasa dan berpengaruh besar. Mereka tidak pernah rasa susah dan tidak
merasa susah dengan apa yang mereka lakukan. Mereka selesa dengannya malah rasa
bahawa semua itu adalah perkara yang baik dan membawa kebaikan. Begitu jugalah
dengan wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna malah ada yang
hampir telanjang. Mereka tidak berasa susah dengan cara pakaian mereka yang
tidak menutup aurat kerana kecantikan mereka di puji dan dipandang oleh ramai lelaki. Mereka 'hot'. Tidak kurang juga dengan wanita yang menjual diri atau yang sering berfoya
dengan lelaki bukan mahram. Mereka tidak berasa rugi dengan semua perkara itu
kerana semua itu menyeronokkan mereka.
Manusia inginkan keadilan
Setiap manusia mengiginkan keadilan. Walaupun dia tidak
mahu keadilan untuk orang lain tapi sekurangnya dia mahu keadilan untuk dirinya
sendiri. Sesetengah orang terlalu mabuk dengan kuasa dan pengaruhnya sehingga sering mendatangkan
kesakitan dan penderitaan kepada orang lain. Orang-orang yang sama, walaubagaimanapun,
sudah tentu akan membantah jika beberapa ketidakadilan dilakukan ke atas
mereka. Mereka tidak sensitif terhadap
penderitaan orang lain kerana yang mereka sembah adalah kuasa dan pengaruh. Mereka
merasakan dengan kuasa dan pengaruh, bukan sahaja membolehkan mereka untuk berlaku
tidak adil kepada orang lain tetapi juga menghalang orang lain daripada
melakukan demikian juga kepada mereka.
Seorang Muslim boleh meyakinkan Penjenayah terhebat
sekalipun
Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Adil
Sebagai seorang Muslim, saya ingin meyakinkan penjenayah
tentang kewujudan Allah yang Maha Berkuasa. Tuhan ini adalah lebih berkuasa daripada anda dan pada masa
yang sama Dia adalah Maha Adil. Tersebut dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat ketidakadilan, [walaupun] seberat
zarah, jika ada kebaikan, Dia
gandakannya dan memberikan daripada-Nya pahala yang besar.” (Surah An-Nisa :40)
Tapi mengapa Allah tidak mendatangkan apa-apa seksaan pun kepada
saya?
Sebagai orang yang berfikiran logik dan saintifik, penjenayah
itu akan bersetuju bahawa Tuhan wujud, selepas dibentangkan dengan fakta-fakta
saintifik dari Al-Quran. Tetapi sekali lagi dia boleh berhujah mengapa Tuhan yang dikatakan Maha Berkuasa dan Maha Adil, tidak
menyeksanya.
Kerana hidup ini adalah ujian untuk kehidupan di akhirat
Hidup ini adalah ujian untuk akhirat. Tersebut dalam Al-Quran:
"Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan dan Dia menguji
antara kamu siapa yang lebih baik amalnya; Dan Dialah Yang Maha Dalam Kuasanya,
lagi Maha Pengampun" (Surah Al-Mulk: 2)
Pengadilan terakhir di akhirat
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan sesungguhnya akan
disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada
neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia
telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang
memperdayakan.” (Surah Ali Imran: 185)
Pengadilan terakhir akan dikenakan pada hari kiamat. Selepas
seseorang meninggal dunia, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama
dengan seluruh manusia. Adalah mungkin bahawa seseorang menerima sebahagian
hukuman di dunia ini. Ganjaran dan hukuman yang akhir hanya akan di beri di akhirat.
Tuhan Yang Maha Berkuasa mungkin tidak menghukum perompak atau perogol di dunia
ini tetapi dia pasti akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat dan akan
dihukum dalam kehidupan akhirat iaitu selepas kematian.
Hukuman dunia apakah yang boleh membalas perbuatan Hitler
Hitler membakar enam juta orang Yahudi dengan kejam semasa
pemerintahannya. Walaupun polis telah menahannya, apakah hukuman undang-undang manusia yang boleh
memberi Hitler pengajaran yang serupa untuk 6 juta orang itu? Yang paling
mereka boleh lakukan adalah menghantar Hitler ke kebuk gas beracun. Tetapi itu
hanya hukuman untuk membunuh satu orang Yahudi. Bagaimana dengan pembalasan
bagi pihak kira-kira lima juta, sembilan ratus, sembilan puluh sembilan ribu, sembilan
ratus dan sembilan puluh sembilan orang Yahudi lagi?
Allah boleh membakar Hitler lebih dari 6 juta kali dalam api
neraka
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat
keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali
kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya
mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An Nisa: 56)
Tiada konsep nilai-nilai kemanusiaan, baik dan buruk tanpa konsep kehidupan
akhirat
Ia adalah jelas bahawa tanpa meyakinkan seseorang tentang akhirat; iaitu kehidupan selepas kematian, adalah mustahil untuk membuktikan kepada orang yang melakukan kezaliman bahawa perbuatannya adalah salah, lebih-lebih lagi apabila dia berpengaruh dan berkuasa. Kita semua akan mati suatu hari nanti. Mungkin juga
sebentar lagi. Tapi tiada siapa yang tahu bilakah masa itu akan tiba. Oleh
kerana kita tidak tahu masanya maka kita sering lupa bahawa kita akan mati.
Ingatlah pesan Allah dalam Al-Quran,
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih
dekat kepadanya daripada urat lehernya, Tidak ada sebarang perkataan
yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya
malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Dan
(apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa
kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya
sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri
daripadanya!" Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan)
ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah
mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. Dan
(setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua
malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu
berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan
kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam
(dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". Dan
berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab
catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk
dibicarakan)". Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman
kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah
oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil
dalam kekufurannya; "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang
melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, "Yang
menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu
berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".(Semasa
ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang
menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di
dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi
sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".Allah
berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya
berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui
bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang
yang bersalah). "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar
ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".(Peringatkanlah
manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau
sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada
mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang
sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara
dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); "(Iaitu)
orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak
dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada
Allah) dengan hati yang tunduk taat".(Mereka dipersilakan oleh
malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat
sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".Mereka
beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan
(limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka)." (Surah Qaaf: 16-35)
Q'A:
"Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati, cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas dengan amal perbuatanmu:."(Imam Ghazali)
Q'A:
"Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati, cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas dengan amal perbuatanmu:."(Imam Ghazali)
No comments:
Post a Comment