~Tinta Hati~
8 Sya'aban 1433H/ 28 Jun 2012
Hidup ini bukan untuk memuaskan manusia
Hidup ini untuk beribadah kepada Allah
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
kepadaKu”
Jika manusia tidak suka padamu
Kerana rupa, keturunan, kesilapan atau masa silam
Ia bukanlah satu kesusahan
Juga bukan pengakhiran
hidup
Kerana ada Allah yang sentiasa menyukaimu
Dia Maha Penyayang
5 kali sehari dia menanti kamu datang kepadaNya
Untuk melihat dan berbicara
Wahai saudara, Allah menantimu di setiap pintu rumahNya
Wahai saudari, Allah menantimu di setiap hamparan sujudmu
Jika manusia menyebut-nyebut kekuranganmu
Kekurangan yang tidak dapat kamu ubah
Kamu berhak berasa malu dan rendah diri
Namun kamu tidak berhak untuk memberhentikan langkahmu
Untuk hidup lebih baik
Kerana Allah lah yang menciptakan semua itu untukmu
Merancang yang terbaik untukmu sahaja
Dia lebih tahu apa yang kamu perlukan
Pada masa lalu, saat ini dan akan datang
Manusia boleh menilai
Manusia akan terus menilai
Namun penilaian yang mutlak hanyalah penilaian Allah
Janganlah kamu mudah ambil hati
Hatimu diciptakanNya begitu sempurna
Manusia tidak dapat melihat hati itu
Yang indah memancarkan sinarnya
Hati itu juga sering menangis mengenang nasib
Janganlah kamu mudah terasa hati
Perasaan bahagia lebih berhak untukmu
Percayalah bahawa setiap yang tercipta itu tiada yang sempurna
Selain Pencipta yang Maha Sempurna
Bangkitlah teruskan langkahmu
Sentiasa ada cahaya untukmu dihadapan
Sentiasa ada cahaya untukmu dihadapan
Selagi belum sampai ke garis akhir
Wahai dirimu yang di sayangi Allah
Wahai dirimu yang di sayangi Allah
Senyumlah..untuk hari ini
~Tinta 21~
"Sesiapa yang bertasawuf tetapi tidak bertafaquh, maka dia adalah Zindiq. Sesiapa yang bertafaquh tetapi tidak bertasawuf maka dia adalah Fasiq" (Imam Malik)
No comments:
Post a Comment