Thursday, July 15, 2010

Kenapa Islam mewajibkan wanita pakai hijab


'Kenapa Islam mewajibkan wanita muslim memakai hijab atau tudung?'
'Adakah Islam merendahkan taraf kaum  wanita dengan undang-undangnya?'
'Kita berada pada zaman moden dan wanita juga mempunyai hak dan kebebasan seperti lelaki, mengapa perlu pakai tudung dan baju berkurung lagi?;
Media (media sekular) kini sudah berani dan kelihatan lebih garang dalam menyuarakan hak-hak wanita Islam seperti di atas. Ironinya, dalam Islam hak wanita sudah terletak di aras yang sangat tinggi, tiada wanita yang tertindas dalam undang-undang Islam malah Islam adalah perintis kepada undang-undang yang membela wanita. Aini baru-baru ini berbual-bual dengan seorang kakak senior tentang hal ini. Kami menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap isu ini sambil-sambil minum petang, lalu terlintas untuk menulis sesuatu di blog. Bagi Aini dalam Islam tiada isu atau istilah ‘merendahkan martabat wanita’ malah martabat wanita diletak pada aras yang sangat tinggi berbanding agama lain. Jika golongan yang memperjuangkan hak wanita ini betul-betul belajar tentang Islam dan mengamalkannya, sudah tentu tiada isu begini yang akan diutarakan. Ia sangat merimaskan! Aini bukan pakar dalam bidang ini apatah lagi bidang agama dan hukum hakam, namun Aini amat sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan amat sangat TIDAK RELEVAN; ‘wanita Islam ditindas’, ‘ isu poligami menghina wanita’ dan sebagainya tak patut wujud jika semua sudah FAHAM dan tak LUPA SEJARAH. Mereka hanya bikin panas untuk menjayakan agenda-agenda tertentu. Kalau tidak mahu terima prinsip Islam, tak mahu pakai tudung dan menutup aurat, jangan pula Islam dijadikan bahan kecaman. Aini juga tak kata Aini sudah betul-betul arif dan sebenarnya banyak lagi yang Aini perlu belajar tapi insyaallah anda boleh menilainya di sini.
Cuba kita soroti kembali sejarah tamadun silam (kalau tak suka sejarah tak dapat la den nak nolongnye sebab den memang suka sangat). Sebelum kedatangan Islam, telah banyak  tamadun yang bersilih ganti memerintah dunia namun semua tamadun ini benar-benar menghina wanita dan  menjadikan wanita sebagai ‘boneka’ dan pemuas nafsu sahaja. Jangan baca buku teks sekolah saja, memang tak jumpa semua ni.
Pertama, Tamadun Babylon:
Di Babylon, wanita sangat dihina dan dinafikan terus semua hak di bawah kuasa pemerintah Babylon ketika itu. Pada zaman itu, jika seorang lelaki membunuh seorang wanita (memang dah disahkan dia bunuh), bukannya lelaki si pembunuh itu yang akan dihukum tapi ISTERI PEMBUNUH tersebut yang akan dihukum MATI. Apakah jenis tamadun ni?

Kedua, Tamadun Greek:
Kalau kita bandingkan antara semua tamadun, kita boleh nilaikan bahawa tamadun Greek adalah antara tamadun yang paling gemilang yang pernah wujud, pemerintahnya sangat terkenal dan digeruni. Siapa tak pernah dengar nama Alexender The Great? Namun, jangan menilai buku dari kulitnya saja, walaupun ia sebuah tamadun hebat, namun dalam aspek hak wanita ia dilihat sangat tidak bertamadun. Pada zaman ini, wanita dihina, darjat wanita adalah yang paling bawah dalam sistem pemerintahan. Dalam satu cerita mitos greek, ada satu watak wanita yang bernama  PANDORA. Watak Pandora ini diwujudkan sebagai wakil kaum wanita dan lambang pembawa sial kepada masyarakat. Masyarakat greek ketika itu menggelar kaum wanita sebagai ‘separuh manusia’ dan lebih rendah martabat dari kaum lelaki. Akhirnya wanita hanya dijadikan bahan pemuas nafsu dalam industri pelacuran ciptaan mereka.

Ketiga, Tamadun Rom:
Pada zaman kegemilangan tamadun Rom, lelaki mempunyai hak penuh ke atas wanita di mana lelaki memiliki ‘hidup dan nyawa’ wanita; suami berhak menjadikan isterinya sebagai pelacur atau apa saja. Bayangkan jika anda hidup di zaman yang mempunyai undang-undang sebegitu? Jika anda lelaki mungkin ada pandangan yang berbeza.

Keempat, Tamadun Mesir:
Tamadun ini menganggap wanita sebagai semangat jahat dan simbol kejahatan syaitan.


Kelima, Tamadun Arab Pra-Islam:
Sebelum kedatangan Islam ke tanah arab, orang arab mengamalkan adat membunuh anak perempuan kerana percaya bahawa kelahiran anak perempuan membawa sial kepada keluarga dan kaum mereka.
~600M, Tamadun Islam:
Kedatangan Islam mengangkat darjat wanita, seterusnya menghapuskan amalan-amalan jahiliah. Dalam Islam, seorang Ibu wajib di hormati 3 kali ganda dari ayah, seorang Isteri diberi hak-hak istimewa, anak perempuan berhak mewarisi harta pusaka, berhak mendapat perlindungan undang-undang, berhak mempunyai kerjaya dan status, seorang Isteri yang solehah dijanjikan syurga malah bakal dijadikan bidadari di taman-taman syurga di akhirat kelak. Darjat seorang wanita solehah lebih tinggi dari darjat 1000 orang lelaki soleh. Yang paling penting, wanita dihormati seperti lelaki dihormati. Banyak lagi yang tak mampu di tuliskan di sini. Dalam Islam, seorang wanita solehah sangat disanjung tinggi.
Jika mereka baca sejarah, adakah hari ini mereka akan kata Islam menghina wanita?Atau mereka buat-buat LUPA semua ini?
Kedatangan Islam 1432 tahun lalu telah mengangkat darjat wanita setinggi-tingginya dan memberi hak serta keadilan kepada kaum wanita yang tidak diperolehi oleh berjuta-juta wanita yang hidup pada tamadun silam. Islam memberi hak kepada wanita untuk hidup mulia dan ‘berstatus’ seperti juga lelaki. Isu hijab yang dikatakan menindas sangat tidak relevan untuk ditimbulkan. Aini beri contoh kisah sepasang gadis kembar.
‘pada suatu hari, sepasang gadis kembar berjalan-jalan di megamall. Kedua-duanya sama cantik, sama manis. Si ADIK  memakai pakaian labuh, lengkap bertudung dan memenuhi criteria hijab yang digariskan dalam Islam. Manakala si KAKAK memakai baju-t ‘baby’ bersaiz paras pinggang dan skirt mini paras lutut. Di hujung jalan terdapat sekumpulan anak muda duduk bersantai-santai sesame mereka. Setiap gadis yang lalu hanya menunggu masa untuk di ganggu’ – dalam kes ini, siapa yang anda rasa akan diganggu oleh anak-anak muda tadi? ADIK atau KAKAK? – sudah pasti mereka akan cuba mengganggu KAKAK kerana pakaian sebegitu amat menarik minat mana-mana lelaki yang melihatnya, sebab itu Al-Quran menyebut hijab dapat menghindar wanita dari ‘bahaya’.
Maka siapa sebenarnya yang akan ditindas, dihina dan dipermainkan? Seorang wanita yang memakai hijab akan pasti terjaga dari semua anasir-anasir yang tidak diingini seperti ini. Jika sahaja setiap gadis tahu bahawa diri mereka adalah ciptaan Allah yang amat istimewa, sangat cantik dan begitu bernilai harganya, dan hanya insan yang bertuah dan berhak sahaja yang mampu memiliki dirimu...pasti saja dirimu tidak akan mahu untuk dipandang oleh ajnabi walau sekadar sedetik jelingan...
Barat adalah ‘agensi’ yang bertanggungjawab terhadap ‘kempen memartabatkan wanita’ ini dan menyatakan kononnya jiwa wanita Islam ditindas dengan undang-undang yang melanggar hak asasi manusia. Tapi mengapa kes rogol di Amerika Syarikat mencatatkan antara angka tertinggi di DUNIA? Walhal ia adalah ketua kepada kempen ini yang membangkang sekerasnya cara Islam, namun penyelesaian yang diberi pula adalah yang paling teruk.
Dalam konteks hijab, lelaki muslim juga diwajibkan berhijab. Sila buka tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 30 (24:30). Benar, lelaki juga ada hijab tapi bukanlah tudung  dan pakaian seperti wanita. Jika lelaki melihat wanita dan diikuti oleh fikiran dan nafsu, pada saat itu di wajib menundukkan pandangannya. Arahan berhijab kepada wanita pula disebut dalam Surah An-Nur ini pada ayat seterusnya 31 (24:31). Maka, berhijab itu adalah diwajibkan kepada muslimin dan muslimah.
Fikir-fikirkanlah tentang hal ini. Sama-sama kita main peranan. Bukan Barat saja yang salah, kita juga sebagai muslim perlu 'check' diri. Walaupun anda tak baca semua, cukuplah dengan pesanan agar anda jangan  termasuk dalam golongan yang menentang  CARA HIDUP ISLAM. Pelajari ia dan amalkanlah.

ISLAM IS THE ONLY WAY FOR US TO LIVE A REAL LIFE HERE AND AFTER

4 comments:

nadhirah_13 said...

salam sahabat ana minta share ye...

Qalam'Aini said...

@nadhirah_13,
waalaikumussalam,
silakan.trime kasih ya krn sama2 memanjangkan perkongsian ni..(^_^)

Q'A: buat pembaca yg lain juga Aini amat alu2kan utk sama2 memanjangkan perkongsian2 di sini..

da'ie said...

Alhamdulillah.. Like1000000x...:)

Nadhiriyah said...

Good article
I LOVE HIJAB
plie visit my blog http://hijaberstrendshop.blogspot.com/
thanks :)