Monday, July 26, 2010

Semua agama mengajar manusia untuk menjadi baik, maka mengapa saya hanya perlu ikut ISLAM?


Soalan:
Semua agama pada asasnya mengajar pengikutnya untuk melakukan kebaikan, menganjurkan kebajikan. Mengapa kita hanya perlu mengikut ISLAM? Bolehkan manusia mengikut mana-mana agama yang lain?
Inilah apa yang bermain di fikiran Aini suatu masa dulu, ini jugalah soalan yang di ajukan dari beberapa sahabat non-muslim kepada Aini sewaktu belajar di university. Tidak ketinggalan juga soalan, ‘kenapa tudung kamu lebih labuh dari dia, ada beza ke kamu dengan dia? Kenapa sahabat kamu itu tak pakai tudung, dia juga kan orang Islam seperti kamu?’ . Tak terfikir sahabat Aini akan bertanya soalan yang pertama itu namun soalan kedua sudah biasa Aini dengar dan baca. Namun di saat itu tak dapat Aini fikirkan jawapan terbaik melainkan dengan menjawab, ‘dalam setiap agama pun mesti ada pengikut yang tidak mengikut peraturannya, dalam Islam juga begitu, tapi pakai tudung dalam Islam adalah wajib, jika tidak berdosa, nanti dibakar api neraka…’
Tentang soalan di atas, Aini ingin kongsikan jawapan-jawapan yang Aini pelajari dari kuliah-kuliah, pembacaan dan perkongsian dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Aini percaya perkongsian kali ini mampu membuka minda sesiapa sahaja yang membaca baik non-muslim atau muslim. Benar, manusia akan mudah menerima kebenaran dan kebaikan, itulah fitrah setiap manusia, kita hanya mahukan yang baik, yang cantik, yang manis dan tidak suka kepada yang jahat, yang buruk, yang pahit, itulah uniknya manusia ini.
Perbezaan BESAR antara Islam dan agama lain:
Semua agama pada asasnya menyeru manusia agar membuat kebaikan dan menentang kejahatan. Akan tetapi Islam menawarkan lebih jauh dari itu. Islam membimbing kita kearah cara yang praktikal untuk membuat kebaikan dan membuang kejahatan dari dalam diri individu juga masyarakat. Islam mengambil kira fitrah manusia (human nature) dan perihal kemasyarakatan (complexity of human society). Yang paling penting, Islam adalah aturan dari Sang Pencipta sendiri diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Al-Quran, sebab itu Islam dikenali sebagai agama fitrah.
Sebagai contoh untuk mengukuhkan hujah di atas, (ye la kan, semua orang boleh cakap macam ni, tapi yang penting mana buktinya?):
Mencuri adalah perbuatan yang salah disisi Islam. Anda mungkin akan kata, semua agama  pun melarang perbuatan mencuri, sudah terang ia perbuatan yang salah. Iyalah, siapa yang suka kalau barangan miliknya dicuri samada duit, kereta, anak (penyeludupan bayi yang berleluasa) dan lain-lain. Islam juga melarang tetapi Islam sekaligus memberi penyelesaian yang praktikal untuk menghindari gejala ini. Bagaimana?
Jawapan pertama, ZAKAT.   
Undang-undang Islam mewajibkan setiap muslim yang mempunyai harta simpanan melebihi nisab (lebih dari 85 gram emas) wajib membayar zakat sebanyak 2.5% dari simpanan itu setiap tahun (lebih kurang ‘menderma’). Jika setiap orang membayar zakat dengan ikhlas, sudah pasti ia mampu membanteras kemiskinan di seluruh dunia kerana hasil zakat hanya akan digunakan untuk membantu insan yang fakir miskin. Maka, tidak aka nada seorang pun manusia di muka bumi ini yang menderita kebuluran. Kes kecurian juga pasti tidak berlaku kerana semua manusia mempunyai apa yang dia perlukan, tiada siapa lagi yang miskin melainkan yang kaya sahaja.
Jawapan kedua, HUKUM POTONG TANGAN. 
Sayangi tangan anda...

Wah, potong tangan?
Dalam undang-undang Islam, jika seorang telah disahkan bersalah kerana mencuri, hukuman untuknya ialah dipotong tangannya. Dalam Al-Quran menyebut,
"As to the thief, male or female, cut off his or her hands; a punishment by way of example, from Allah, for their crime; and Allah is Exalted in power, full of wisdom." [ Al-Qur’an 5:38]
Fuh, bila dengar ayat ini macam sangat menakutkan, mungkin non-muslim akan memberi reaksi, “Potong tangan di abad ke-21, Islam ini sangat kuno dan tidak berperikemanusiaan!”
Ya, memang nampak ngeri.  Aini setuju dengan fakta di mana kadar jenayah curi di dunia pada ketika ini mencatatkan angka yang sangat besar. Sangat ramai pencuri diluar sana. Maka jika kita potong tangan mereka, kita akan melihat lebih kurang 10 daripada 1000 orang yang tidak bertangan selepas itu. Dahsyat juga jika kita nak bayangkan begitu. Namun cuba kita bayangkan sebaliknya, jika kita mula mengaplikasikan hukuman ini, sudah pasti kadar jenayah kecurian akan menurun dengan segera. Semua orang akan jadi takut untuk mencuri, sudah pasti tiada siapa yang mahu tangannya dipotong. Rasa takut terhadap hukuman akan membantutkan niat untuk mencuri. Maka selepas itu pastilah sangat kurang kes kecurian bahkan mungkin tiada langsung. Masyarakat akan hidup lebih harmoni dan aman. Jadi, Malaysia juga patut laksanakan hukum hudud ini.
Di sinilah kita boleh lihat bagaimana Islam adalah agama yang benar, agama fitrah untuk ummat manusia, satu-satunya agama yang benar. Kelebihan yang dibincangkan di atas  TIDAK ADA pada agama lain. Apa yang penting, jadilah individu yang berilmu dan optimis sebelum membuat penilaian. Anda juga telah dianugerahkan oleh Sang Pencipta yang Esa iaitu Allah swt dengan akal fikiran yang waras untuk menilai jawapan ini. Wallaahualam…

No comments: