Zzzasss! Terasa panas telinganya mendengar kata-kata perlian yang
ditujukan oleh rakan sekelas kepada Abdullah Wafi. Walhal perlian itu bukanlah ditujukan kepada dirinya namun dia cukup-cukup terasa pedih dengan perkataan
‘banjir’, entah kenapa. Iqbal Hanina sukar untuk bersangka baik dengan gurauan. Sekali
dengar ia hanya seperti gurauan biasa. Abdullah Wafi hanya tersenyum.
Berderu hilai tawa pelajar-pelajar lelaki memenuhi ruang kelas mendengar gurauan. Abdullah Wafi
tenang mengambil tempat duduk sambil menepuk mesra bahu rakan-rakannya. Hal itu
diperhatikan oleh Iqbal Hanina dari jauh. Pandangan matanya jatuh terpaku ke
lantai mencari erti terhadap apa yang sedang dialaminya.
“Astaghfirullaahal’adzim. Baiknya hati dia. Aku pula, ah....”,
Iqbal Hanina monolog sendiri. Hadir rasa sebak tiba-tiba di pangkal hatinya,
antara menahan sedih dan menahan amarah. Mindanya ligat menayang bait-bait ayat
yang pernah dibacanya tentang etika pakaian yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).
Dalam hadith ini disebut secara
jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali
bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah s.w.t (walaupun
dia tidak sombong kepada sesama manusia). Begitu juga orang yang tidak
menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada
azab neraka.
“Orang yang solat dalam keadaan
isbal (labuh lebih buku lali), tidaklah dalam keadaan dihalalkan dan tidak pula
dalam keadaan yang diharamkan Allah” (Hadis Sahih Riwayat
Abu Dawud). Maksud hadith ini orang
tersebut tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan yang Allah
haramkan.
Kebanyakan ulama berpendapat
lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima
sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima
solat” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu
berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain
seluar agar tidak menutupi buku lali.
“Iqbal, weh, Iqbal!”, Iqbal Hanina
tersentak apabila bahunya dicuit oleh sahabat di hadapannya. Dia mendongak dan memandang
kosong wajah sahabatnya lalu dibalas oleh si sahabat dengan muncungan
mulut memberi isyarat ke depan. Saat Iqbal berpaling memandang ke depan dia terus terlopong. Waduh! Teacher Neena yang baru saja beberapa minit tiba
ke kelas sedang memandang pelik
kepadanya. Waduh! Dengan kalut sekali Iqbal Hanina membetulkan kedudukan kerusi kedai
kopi daripada membelakangi Teacher Neena kepada posisi sepatutnya. “Panjang
termenung ye cik adik..he he..”, Iqbal Hanina tersengih malu-malu kucing dengan
usikan sahabatnya. Kelas pun bermula dengan sambungan penyampaian essei bagi
sesiapa yang belum membentangkan essei.
Usai kelas, Iqbal Hanina dan
kawan-kawan berlenggang menuju ke asrama. Di sepanjang jalan mereka bersembang
dan berbual sambil ketawa. Komen-komen terhadap kesalahan ayat dab teknik teman kelas semasa pembentangan berpindah dari bibir ke bibir diiringi gelak ketawa. Dek kerana terlalu
gugup, salah seorang pelajar lelaki kelas mereka memulakan pembentangannya dengan
ayat “Good Morning everybody..!” dengan begitu yakin. Iqbal Hanina hanya tersenyum melihat gelagat
sahabat-sahabatnya dan kadang-kadang turut tertawa bersama. Fikirannya teringat
semula kepada peristiwa Abdullah Wafi sebentar tadi. Pertama kali dia melihat
seorang pemuda yang cuba mengamalkan etika pakaian dari hadis Nabi s.a.w dan
dia adalah Abdullah Wafi. Mahu saja dia menempelak gurauan pelajar lelaki kelasnya
bahawa cara Abdullah Wafi melipat kaki seluarnya sehingga ke buku lali itu
adalah sunnah. Gurauan ‘banjir’ sebegitu adalah keterlaluan dan tidakkan dia
menyedari bahawa dia telah menyindir Nabi s.a.w?! Namun apabila dia terbayang
raut wajah dan senyuman Abdullah Wafi dia jadi keliru. Hari ini Abdullah Wafi telah
mengajarnya erti dua perkara iaitu,
'Bersangka baik dan
Hikmah.'
Alhamdulillah. Itulah sebenarnya perkara yang perlu
dipelajari oleh Iqbal Hanina. Boleh jadi pelajar lelaki yang membuat gurauan
sebegitu tidak pernah mengetahui hadis Nabi s.a.w tentang cara berpakaian
sebegini dan dia tidak berniat untuk mempersendakan Nabi s.a.w.
Astaghfirullahal’adzim.
Setibanya di bilik Iqbal Hanina disambut
dengan senyuman oleh rakan sebiliknya dan dibalas juga dengan senyuman. Di terus mencapai telefon bimbit untuk memeriksa jika ada panggilan dari ibunya.
‘3 Missed Calls’ terpapar di dada
telefon bimbit. Iqbal Hanina mengukir senyum. Dia tersengih-sengih sendiri dan terus membelek-belek telefon bimbitnya melihat panggilan. Ada dua panggilan dari
ibu dan 1 panggilan dari nombor yang tiada dalam senarai nama. “Siapa ni ye?”,
Iqbal Hanina cuba mengingat-ingat adakah terdapat sahabat-sahabatnya yang mengguna
nombor baru. Dengan pantas dia menaip mesej,
“Assalamu’alaikum. Ni no siapa ya?
Maaf xde dlm simpanan sy. Masa call td sy x bw hp..”
..SENT..
Usai menghantar mesej Iqbal Hanina
meneruskan misi untuk ‘bergayut’ dengan ibunya. Rakan-rakan sebilik sudah
maklum dengan Iqbal Hanina yang sangat rapat dengan ibunya. Setiap hari dia
akan bercakap-cakap dengan ibunya di talian. Selepas ibu dia akan berbual
dengan adik lelaki, dan kemudian adik adik perempuannya. Itulah rutin harian Iqbal
Hanina. Dekat dengan keluarga membuatnya rasa bahagia. Hampir satu jam mereka
berbual. Iqbal Hanina tersenyum puas. Ceria mendengar suara ibu dan adik-adik
di rumah. “Ehhem, lamanya bergayut dengan boyfriend ye..”, rakan biliknya
bersuara menyakat bila melihat Iqbal tersenyum-senyum sendirian. “He he.. Ye la,
rindu kat boyfriend, awak ada?”, Iqbal menguji. “Alah, masalahnya tak cukup
umur lagi, kalau dah cukup umur boleh jugak saya pinang melalui akaknya.”,
balas temannya sambil tersenyum. Dia sedia maklum bahawa Iqbal Hanina tidak mempunyai boyfriend dan yang dimaksudkan boyfriend oleh Iqbal
Hanina itu adalah adik lelakinya yang baru berusia 14 tahun. Iqbal Hanina
tergelak mendengar jawapan temannya itu.
Tet tet..
Satu mesej masuk ke inbox telefon
bimbit Iqbal Hanina. Mesej tersebut berbunyi,
“Wa’alaikumussalam. Mmg no sy xde
dlm simpanan awk,hehe. Sy student kuliah F2. Boleh kita berkenalan?”
Melihat pada gaya penulisan mesej Iqbal
Hanina yakin pemilik nombor ini adalah lelaki. Fikirannya berputar-putar satu
paksi. “Aduh, nak balas ke taknak??”, Iqbal Hanina termenung memandang kotak
mesej..
Akan bersambung.. Insya Allah..
..::Qalam 'Aini, 25 Julai 2012 / 5 Ramadhan 1433H::..
Q'A:
Alhamdulillah..Bahagian 5..(^_^)
6 comments:
Hurm........
AW Akan Terus Menanti.. hihi
@Da'ie,
AW bermaksud Abdullah Wafi kah?
Q'A: sekadar nukilan pena seorang al-faqir..(^_^)
alhamdulillah... x sabar nak baca lg
x sabar nak baca lagi
@Anonymous 1051 & 1220,
Alhamdulillah, x sabar juga nak tunggu ilham datang..(^_^)
Q'A: sedangkan ilham perlu dicari..he..
nampaknyer saya terus menunggu.... bahagian 6... ;)
Post a Comment