“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
“Kami tidak berzina. Kami berbual-bual saja ”, “Kami keluar makan saja” dan “Kami main SMS saja.” Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun hanya mendekati zina, ia sudah pun haram. Mungkin ada yang kurang jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin, ber‘couple’, teman tapi mesra, adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah haram.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Terasa kering sekali
kerongkongannya melirik kotak mesej tulisan berwarna hitam putih itu.
Berkali-kali menelan air liur masih juga terasa haus. Iqbal Hanina dilanda
dilema. Jari jemari pantas menaip balasan. Jauh di sudut hati hadir satu
bisikan nakal, “Wah wah wah Iqbal, kau ada secret admirer laa..he he..”.
Pipinya terasa hangat dialus usikan nafsu.
“Ni siapa?”, Iqbal Hanina
mengulang baca balasan yang telah ditaip olehnya. Tanpa ragu dia menekan butang
‘Send’. Dia menanti balasan mesej dari empunya diri di pihak sana.
“Iqbal, Iqbal, jom,
jom!”, Zahra teman sebiliknya tiba-tiba menonong masuk ke dalam bilik entah
dari mana dan mengheret Iqbal
“Eh, jom ke mana??”,tanya
Iqbal Hanina terpinga-pinga kehairanan. Dia tersentak dalam penantian balasan
mesej dek kerana Zahra.
“Haaa, kita ada projek
besar malam ni, lets rock and roll bebeh..!”, spontan balas Zahra. Iqbal Hanina
melirik hairan ke wajah Zahra yang sudah tersengih-sengih menyeringai sendiri
menuju ke pintu bilik, membukanya dan keluar bersamanya. Telefon bimbit Iqbal Hanina
di biarkannya sendiri di atas katil. Mereka berjalan laju-laju menuju ke sayap
barat bangunan asrama dan berhenti di hadapan sebuah bilik. Iqbal Hanina melirik
kearah selipar yang berselerakan di hadapan pintu bilik tersebut. Semuanya
selipar pemilik yang dia kenali. Belum sempat Zahra memegang pintu bilik, ia
sudah pun dibuka oleh orang lain dari dalam.
“Wei, lambat la korang
datang, cepatla nanti dia balik pulak..” “Kita nak buat apa kat bilik Maria ni
Syifa’?”, sekali lagi Iqbal Hanina terkejut melihat kelibat Syifa’ di balik
pintu bilik teman mereka Maria, sedangkan bilik Syifa’ berada di sayap timur
asrama. Dia menjenguk ke dalam bilik dan melihat ada 3 orang lagi bersama mereka,
iaitu Haidar teman sebilik Maria, Laila dan Farihan yang juga rakan sekuliah
mereka sedang bersidai-sidai sambil tersengih-sengih di katil Maria.
“Rumble lah Iqbal.
Esok hari lahir Maria la. Malam ni kita rumble dia habis-habisan,he he..”,
barulah Iqbal Hanina faham dari jawapan Syifa’. Dia ke kelas sewaktu mereka
merangka perancangan, oleh sebab itu dia tidak tahu apa-apa. Biasanya program
harian mereka akan di mesyuarahkan setelah mereka selesai solat Isyak berjemaah
di surau asrama, tapi hari ini Iqbal tidak menghadiri kedua-dua program. Rumble
bererti mereka akan membuat Maria huru hara pada malam ini. Kebiasaannya akan
di akhiri dengan kemuncak mangsa dimandikan dengan telur. Itulah yang Iqbal
pelajari semenjak dia belajar di sini. Ini adalah kali pertama dia tinggal di
asrama, berbeza dengan teman-temannya yang lain, mereka semuanya adalah pelajar
dari MRSM dan SBP dan sudah biasa dengan aktiviti sebegini.
“Laa, iyeke. Ampun madam,
hamba tak hadir meeting komplot sebab ada kelas tadi. Jadi, apa plan kita ni?”,
tanya Iqbal Hanina seakan sudah memahami agenda pada malam itu.
“Iqbal, Laila dan
Farihan, kamu bertugas menggodak almari pakaian dia, dan apa saja barangan yang
dia ada kat atas meja tulis dan katil manakala aku dan Zahra siapkan operasi di
bilik air. Haidar jadi cover line, Maria sedang pergi beli makanan kat kafe, nanti
Haidar akan lengahkan dia. Haidar akan ajak Maria makan di bilik tv pada malam
ni kemudian pukul 12 mereka akan cuci tangan di bilik air hujung sana..”,
panjang lebar Syifa’ memberi arahan operasi mereka pada malam itu.
Setelah 15 minit, mereka bertiga bersorak riang dan sangat berpuas hati melihat hasil kerja tangan mereka menggodak hak milik Maria. Almari pakaiannya sudah seperti tongkang pecah dengan pakaian yang berlumuran bedak talcum berselerakan di merata tempat. Tuala mandi Maria yang merupakan bantuan terpenting Maria setelah operasi kemuncak di bilik air nanti sudah tidak kelihatan. Manakala meja tulisnya sudah bertukar menjadi katil dan katil menjadi meja tulis. Jam menunjukkan pukul 11.45 minit malam. Mereka bertiga meluru ke bilik air. Syifa’ dan Zahra masih bertungkus lumus menyiapkan bahan operasi. Di suatu sudut kelihatan Zahra sedang menyorokkan sebuah baldi dipenuhi cecair warna kuning. “Menu siap!”, teriak Zahra. Iqbal Hanina sudah tahu menu yang dimaksudkan oleh Zahra ialah air telur ayam campuran di dalam baldi tersebut. Ia adalah campuran telur ayam, tepung gandum, shower foam dan minyak.

“Mereka dah datang!”,
Syifa’ menjerit kecil di sebalik pintu bilik air. Lantas mereka semua
menyembunyikan diri di setiap tandas dan bilik mandi yang ada. Senyap sunyi,
seperti tidak pernah ada orang yang menjejakkan kaki di bilik air tersebut.
Haidar mengajak Maria mencuci tangan dan bekas makanan di sinki yang agak jauh
dari pintu bilik air agar Maria sukar untuk melarikan diri nanti.
“Banyaknya minyak
dalam sinki ni, siapa lah yang tak bertanggungjawab tak cuci betul-betul lepas
guna..”, Maria mengomel kepada Haidar. Haidar hanya tersenyum sendirian. “Rumble..!!!”,
jerit Haidar memberi isyarat bahawa operasi bermula. Malam itu tersuratlah
takdir pahit dalam hidup Maria, di serang hendap oleh teman-temannya. Sorakan
dan hilai tawa kedengaran di bilik air. Maria menjerit-jerit meminta tolong dan
di beri belas kasihan. Tiada siapa kisah dan menegur aktiviti mereka di bilik
air pada malam itu, kerana Ketua asrama dan ahli Majlis tertinggi asrama adalah
sebenarnya mereka berenam juga. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi namun
mereka masih di bilik air. Sehingga ke penghujung malam mereka bersenda gurau
dan di awal pagi mereka bangun bersama-sama menunaikan solat subuh di surau
yang berhampiran bilik Maria dan Haidar. Haidar adalah pelajar aliran agama
dari SBPI manakala Syifa’ dan Farihan pula bekas ajk BADAR semasa di MRSM. Bagi
mereka enjoy-enjoy juga, masing-masing masih berdarah muda dan suka berhibur tapi
solat tetap utama.
Pagi itu mereka
berenam ke kuliah seperti biasa. Syifa’ dan Haidar tidak bersama kerana mereka
berdua adalah pelajar kuliah lain. Sebagai menghargai hari lahir Maria, mereka
berenam memakai baju kurung berwarna pink semuanya kerana itu adalah warna
kegemaran Maria. Itulah kali pertama Iqbal Hanina mengenakan pakaian berwarna
pink, itupun dipinjam dari Syifa’ kerana dia tidak punya baju kurung warna
tersebut. Empat orang gadis ayu berpakaian pink memasuki dewan kuliah dan menarik
perhatian mata-mata yang ada di dalam kuliah. Iqbal Hanina, Zahra, Laila dan
Farihan mengambil tempat biasa mereka di suatu sudut dewan
..Tet tet..
1 mesej baru masuk ke
kotak mesej Iqbal Hanina.
‘Manisnya cik Iqbal
Hanina serba pink hari ini. Maaf semalam saya tak balas mesej, dah tidur waktu
tu. Saya pakai kemeja biru laut, duduk di bahagian kanan dewan kuliah..hehe..
Selamat menuntut ilmu ye cik Iqbal Hanina..’, terkedu Iqbal Hanina membaca
mesej dari pemilik nombor semalam. Dia sudah lupa dengan mesej tersebut dek menjalankan
tugas dalam operasi penting bersama teman-teman semalam. Pipinya terasa panas sekali
lagi. Tidak sanggup rasanya untuk mendongak dan memandang ke bahagian kanan
dewan kuliah, takut-takut ada mata yang memerhatikan.
Dua bulan lepas Iqbal Hanina membuat keputusan untuk
menukar nombor telefon baru, semata-mata kerana dia di hantui oleh mesej-mesej
jiwang dari 2 orang pelajar lelaki sekolahnya dulu. Seorang meluahkan kata-kata
cinta dan hasrat untuk ber’couple’, manakala seorang lagi terlalu kerap
bertanya khabar dari pagi sehingga malam. Mungkinlah
hal itu berlaku kerana Iqbal Hanina adalah pelajar yang dikenali di zaman
sekolahnya dulu. Dia bergelar head girl sekolah dengan position vice president
prefect board semasa tingkatan 5, pernah mendapat kad luahan hati, surat-surat
yang diselit bawah meja, panggilan telefon menyatakan cinta, hadiah hari lahir
istimewa, dapat dedikasi valentine, dedikasi lagu nasyid secara langsung, dedikasi
lagu cinta semasa bertugas harian sebagai pengawas, juga pernah mendapat
sebentuk cincin tanda lamaran. Dan yang masih tak lupa, ada sorang cikgu
berkenan padanya, sehingga dia menyimpan gambar Iqbal Hanina dari satu program
sekolah dan hal itu diketahui oleh Iqbal Hanina dari mulut cikgu tersebut
sendiri. Itulah zaman sekolah Iqbal Hanina. Oleh
kerana tidak tahu apa lagi jalan penyelesaian terhadap hal yang dia alami, dia
nekad untuk menukar nombor baru. Kali ini, sang jejaka yang cuba berkenalan
dengannya juga kelihatan ada ura-ura seperti mereka berdua dahulu. Ada udang galah
di sebalik mi ni!. Namun perasaan yang Iqbal Hanina alami kali ini berbeza. Dia
masih boleh menghormati sang jejaka yang menghantar mesej itu. Mungkin saja
kerana bahasa mesejnya kelihatan lebih sopan dan intelektual berbanding pelajar
lelaki sekolahnya dulu. Iqbal Hanina memilih untuk mendiamkan diri, tiada
balasan mesej yang dihantar kembali.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada Abu Hurairah r.a.,
dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar.
Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati,
zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak
mengikuti.”
Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Bagi Iqbal Hanina, dia tidak perlu melayan perkara yang tidak
penting dalam hidupnya apatah lagi untuk pelajarannya. Tujuan dia datang ke
sini adalah untuk menuntut ilmu bukan untuk mencari teman lelaki. Sayang
sekali, pendiriannnya ini bukanlah didasarkan oleh pegangan ilmu agama terhadap
hal ikhtilat antara lelaki dan wanita tetapi ia hanyalah satu bentuk ke egoannya
terhadap lelaki yang membuatnya tidak mudah terpedaya. Sedangkan jika dia
memiliki ilmu agama terhadap hal ini, pendiriannya akan menjadi lebih kukuh dan
tidak akan mudah rebah jika digoda ayat-ayat cinta lelaki apatah lagi untuk
dirinya sendiri menjadi penggoda lelaki. Namun Allah mengetahui perjalanan
terbaik untuknya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpeluang menimba ilmu agama
dalam hal perhubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam. Namun tanpa dia
mengetahui, Allah mendidiknya sedikit demi sedikit tentang agama semenjak dia
belajar di sini. Dia dikelilingi oleh orang-orang yang ingin bersama-sama
meningkatkan ilmu dunia juga ilmu agama, dan tempiasnya terkena pada dirinya
kini. Dalam kekalutannya memikirkan ujian demi ujian yang melanda diri, dia
terpandang Abdullah Wafi di suatu sudut dewan kuliah, dia kelihatannya baru sahaja
tiba ke dewan kuliah. Entah mengapa dalam hatinya terdetik. “Adakah lelaki
seperti Abdullah Wafi ini benar-benar menjaga pergaulannya dengan wanita,
ataukah dia sama seperti pelajar lelaki yang menghantar mesej kepadaku ini?”, soalan monolognya terus menjadi persoalan.
********************************************************************************
********************************************************************************
Di hadapannya kini
adalah Abdullah Wafi yang dia pernah kenal 5 tahun dahulu, sedang tersenyum memandangnya. Kafe Milky Way itu dirasakan semakin hening..
...
...
Sayup-sayup kedengaran
azan berkumandang. Iqbal Hanina terjaga dari tidurnya.
“Allah, apa maksud
mimpi tadi tu??”, kepalanya serasa pening kerana bangkit dari pembaringan secara
tiba-tiba. Dia mengerling kepada jam di telefon bimbit,
5.55 a.m
Hari ini hari yang
akan melakar sejarah baru dalam hidupnya, InsyaAllah. Dia bangkit menuju ke
bilik air untuk kendiri dan berwudhuk.
Usai Subuh dia
bermuhasabah sendiri memikirkan mimpi yang hadir semalam. Persoalan keraguannya terhadap lelaki termasuk Abdullah Wafi sewaktu di dewan kuliah dulu berlegar di benaknya. Masakan tidak, dirinya sendiri
sedang teruji berat dengan permasalahan itu pada saat ini. Iqbal Hanina menghela nafas
berat, hanya mampu melafazkan sebaris ayat dari bibirnya, “Allah...”
Akan bersambung.. Insya Allah..
..::Qalam 'Aini, 19 Oktober 2012 / 3 Zulhijjah 1433H::..
Q'A:
Bahagian 6.. Terhasil dari masa-masa kecederaan sewaktu menulis thesis..(^_~)
2 comments:
Assalamualaikum QA... mudah2an QA sudah mula menulis tentang kejayaan sebuah rindu 7... :) setia menunggu. :)
masih menunggu
Post a Comment