"Rasulullah, paras mukanya manis dan indah,perawakannya sedang,tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek,dengan bentuk kepala yang besar,berambut hitam sekali dan ikal. Dahinya lebar dan rata, diatas sepasang alis lengkung, lebat dan bertaut. Sepasang matanya lebar dan hitam. Ditepi–tepi mata putih kemerahan, kelihatan lebih menarik dan kuat . Pandangan matanya tajam, dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan licin dengan barisan gigi yang bercelah – celah. Jambangnya lebat sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dan kedua–dua belah bahu bidang.Warna kulitnya cerah dan jernih dengan kedua–dua belah telapak tangan dan kakinya yang tebal. Apabila berjalan, badannya agak condong ke hadapan, melangkah cepat–cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran . Pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.Sifatnya yang sangat rendah hati dan ketara. Apabila orang mengajaknya berbicara, dia mendengar berhati –hati, tanpa menoleh orang lain. Dia bukan sahaja mendengar , bahkan duduk menghadap orang itu. Bicaranya sgt sedikit tetapi lebih banyak mendengar.Apabila berbicara, dia bersungguh-sungguh tetapi tidak gemar berjenaka dan bersenda gurau.Apa yang dikatanya selalunya perlu. Kadangkala dia tertawa sampai terlihat gerahamnya. Apabila marah , tidak sampai telihat kemarahannya. Semuanya terbawa oleh kudratnya yang lapang dada, baik hati dan menghargai orang lain. Dia bijaksana, murah hati dan mudah bergaul. Tetapi dia juga bertujuan pasti, berkemahuan keras, tegas dan tidak pernah ragu dalam matlamatnya...."
-Petikan Dari Buku Sirah Rasulullah-
Tanggal 12 Rabiul Awal di Tahun Gajah. Di satu pelusuk dunia, nun jauh dari kelompok renaissance eropah yang masih hanyut dalam dunia gelap lagi penuh kejahilan. Di satu kawasan suci yang penduduknya masih mengamalkan budaya asli, beradatkan fitrah, punya corak kehidupan yang masih belum pernah disentuh oleh tangan2 yang kotor selepas para nabi...iaitu Makkah Al-Mukarramah. Lahirlah seorang insan mulia, memadamkan nyalaan api gergasi sembahan manusia ...Lahirnya manusia agung itu diiringi dengan fenomena yang amat ganjil iaitu retaknya dinding2 istana Parsi yang selalu dimegah2kan...diiringi oleh cahaya putih yang gemilang...bersinar megah...dari ufuk timur...Kelahirannya diraikan seluruh warga masyarakatnya, dengan penuh kegembiraan...kegembiraan yang teramat sangat terpancar dari wajah bapa2 saudaranya...
Insan itulah Muhammad s.a.w...Yang membuka gerbang cahaya Tauhid kepada Allah yang Maha Esa...menganjurkan ukhwah silaturrahim sesama manusia, menebar rasa kasih sayang dan cinta. Tidak jemu baginda menyampaikan peringatan dari kalam Allah Al-Quran demi menjunjung perintah Tuhan. Insan yang penuh dengan ketabahan dan kesabaran yang tidak pernah luntur.
Hari ini, 12 Rabiul Awal 1431 H...setelah 1431 tahun berlalu, hari ini kami memperingati hari kelahiranmu, menghayati sirahmu Ya Rasulullah ...Dalam kalangan 7 billion umat manusia di bumi kini, seramai 2 billion telah bersyahadah sebagai umatmu... Betapa agung kasih dan cinta mu, betapa besar jasamu... Sehingga saat dan detik ini, bilangan kami bertambah dari hari ke hari... Tapi betapa lemahnya kami ini Ya Rasulullah, saat dan waktu ini kami tidak mampu mempunyai seorang Khalifah pun untuk memimpin kami...Kami tidak mempunyai satu khulafa pun untuk menyatukan kami...sunnah terbesar yang belum kami tegakkan...Kami rindu padamu Ya Rasulullah...Sungguh kami mendamba syafaatmu di Mahkamah Mahsyar kelak...
Selawat dan salam buat junjungan kami Muhammad s.a.w, kepada keluarga dan sahabatnya....Allaahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala aalihi Muhammad... Teruskan selawat...