Friday, June 25, 2010

Hari Ini sekali lagi



Pagi ini sejuk


Pagi ini awan mendung


Namun tiada titisan hujan, mungkin belum tiba


Sejuk


Hari ini kumulakan lagi


Seperti biasa, kutitip Qunut dalam Subuh


Kutitip doaku, rayuanku, harapanku, gundahku, bahagiaku


Moga sampai kepadaNya di arasy sana, moga2


Seperti biasa, kumulai dengan segelas air


Air jarang kata orang Jawa, air kosong kata orang kita


Kata abah, “Ni petua awet muda…sunnah Rasul juga”


Seperti biasa, ku rapikan diri, ingin agar hariku bermakna


Seperti biasa, ku teliti catatan aktiviti


Apa saja agendaku hari ini


Juga, hari ini aku perlu membaca lagi


Membaca


Agar aku nanti jadi seperti gula


Yang akan memaniskan air kosong yang terlalu tawar saat ini


Walau aku perlu larut itu tidak mengapa


Kerana aku juga tidak akan hidup kekal selamanya


Hari ini aku akan membaca


Beburung berkicau merdu

Memberi salam sejahtera pada teman-teman


Katanya, “Selamat, selamat hari yang baik”


Ya, hari ini hari yang baik


Hari Jumaat penghulu segala hari




 
~Tinta 10~
 
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." AL HADIS