Friday, December 30, 2011

Seperti pokok bunga di padang

~Tinta Hati~
5 Safar 1433H/ 30 Disember 2011

Betapa tinggi langit di atas bumi
Demikianlah besar kemurahan Allah atas segala yang bertaqwa.
Sejauh timur dari barat,
Demikianlah jauhnya Dia menjarakkan daripada kita segala kesalahan kita.
Seperti seorang bapa sayang akan anak-anaknya,
Demikianlah Allah menyayangi orang yang bertaqwa
Kerana Dia mengetahui keadaan kita,
Ingat, asal kita ini daripada debu.
Manusia itu umurnya seperti rumput,
Dan seperti pokok bunga di padang demikianlah ia berbunga.
Maka angin meniupnya, lalu dia lenyap,
Dan tempatnya pun tidak ada yang mengetahuinya lagi.




Q'A:
Ketika Allah seolah-olah jauh darimu, sebenarnya Dia tetap ada di sisimu..

Thursday, December 29, 2011

Mendengar..Perantau..



Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Q'A:
Khas untuk pejuang di rantau sana..(^_^)

Wednesday, November 2, 2011

Coretan semalam (Ini kisah saya, dia, kita dan mereka)

~Tinta Hati~
6 Zulhijjah 1432H/ 2 November 2011


Minggu lepas..


"Sirah Perjalanan Dakwah Rasulullah s.a.w", tersenyum sendiri membaca tajuk tazkirah yang tersenarai di sisi nama. Ini tajuk kegemaran. Sirah, memang sangat-sangat suka rasa macam nak senyum sepanjang hari. 
"ehem, suka la Aini dapat tajuk ni, sirah-sirah ni bagi la kat dia..hu hu..". Err, nampaknya memang tak boleh nak sorok, dua orang sahabat beri komen yang sama saat PIC edarkan tajuk slot tazkirah di surau desasiswa USM. Senyum lagi.. Menunggu tarikh 1 November 2011.. (^_^)


Semalam (1 November 2011)..


3.00 p.m: Hujan renyai-renyai di luar rumah..
4.00 p.m: Renyai bertukar lebat, kilat sabung menyabung, guruh bertali arus.. Hati resah.. Takut-takut hujan berlarutan sehingga ke waktu maghrib..
5.00 p.m:
Aini: Awak, macam mana saya nak pergi kampus ni, hujan macam tak mahu berhenti je..hu hu..
Hosmet: Ehem, macam tak biasa je orang tu..he he..(sambil membelek majalah SOLUSI)
Aini: Ha ha..biasa memanglah awak, tapi dah insaf dah kot sekarang ni.. (monolog: tak larat dah nak makan ubat, rehat-rehat bagai semua sebab demam mengejut kes main hujan..prevent is far more easier than cure..haiyoo..)
Hosmet: Nampak macam dah renyai tu, boleh je nak rempit sekarang ni, sebelum lebat semula..
Aini: Awak nak hantarkan tak? (mode: bermanja-manja dengan hosmet)
Hosmet: Hurmp..ada-ada aje awak ni.. 
Aini: Jet saya kan kat kampus, jet awak je yang ada..
Hosmet: Yela..cepat-cepat..saya dah nak bersiap ni..
Aini: Okey2..(^_____^)


5.30: Hujan makin lebat..
Aini: Awak, hujan lebat semula la..
Hosmet: Erm..(terus khusyuk membaca)
Aini: Saya request kereta je la (sambil menekan-nekan henfon untuk sms hosmet seorang lagi yang belum pulang, dalam kalangan kami bertiga hanya dia yang ada 'jet pejuang berbumbung'..)
Hosmet: Erm..saya ikut awak je.. Kalau nak pergi awal saya hantar, kalau tak pergi pun tak apa.. Hujan lebat juga tu.. Lagipun awak belum masak lagi kan, siapa nak masak kalau awak pergi awal? Lapor ni..ha ha..
Aini: Awak masak sendiri harini eh, boleh? (mode: memujuk..)
Hosmet: Tak mahu.. awak kena masak.. ikan bakor..he he..
Aini: Memang la awak ni kan.. (hati makin resah, panggilan ke nombor empunya kereta disambut oleh operator, mesej pula undelivered..)


5.30 p.m: Masuk ke dapur untuk membakar ikan bakor.. Jauh di sudut hati masih menyimpan harapan agar jet pejuang berbumbung tiba di rumah sebelum maghrib.. Namun belum ada sebarang khabar berita..
6.30 p.m: Ikan bakor, air asam, sayur kangkung, ulam.. Semua sudah siap terhidang namun selera sudah hilang dek memikirkan tipisnya harapan untuk bertemu mata dengan adik-adik di kampus sebentar lagi.. Hujan di luar nampak semakin lebat, namun hujan di dalam hati tiada siapa yang tahu..
6.35..6.40..6.45..6.50..p.m..
6.55 p.m:
Hosmet: Aini, awak hantar je la mesej kat depa, bagitau tak dapat nak hadir malam ni..
Aini: Erm..(sambil merenung henfon..)


Akhirnya, kuatkan juga hati untuk menaip mesej,


"Salam Zahra (bukan nama sebenar).. Malam ni sepatutnya akak isi slot tazkirah maghrib di Surau kan.. Tapi nampaknya hujan lebat ni.. Akak tak dapat pergi sana ngan motor.. Maaf ya.. Zahra boleh nak tangguhkan sesi akak next time, insya allah akak akan usahakan.."
..sent..
"Salam. Bukan malam esok ke kak?"
...
"Dalam jadual yang akak dapat tu malam ni, Selasa, 1 November.. Ke Zahra nak akak mai juga esok, insya allah boleh akak usahakan.."
..sent..
"Owh ye? Takpe, ikut akak la..he he.."
...
"Malam esok memang takde slot ea?"
..sent..
"Takde kak. Akak nak wat tajuk apa?"
...
"Insya Allah ok.. Tajuk Sirah perjalanan dakwah Rasulullah.."
..sent..
"Ok2..boleh la malam esok ye kak..time kasih kak.."
...
"Sama2 kasih.."
..sent..


Rasa sedih bertandang kerana tidak dapat melangsaikan amanah pada malam ini.. Semalam juga begitu, asbab kesihatan yang kurang mengizinkan, terpaksa meminta sahabat lain untuk menggantikan tempat pentazkirah.. Rindu rasanya untuk bertemu mata dengan adik-adik di R.S.. Semoga kalian baik2 saja..


..tut tut..tut tut..


"Kak-kak, boleh request nak video & muhasabah sikit tak untuk malam esok? (^_^)"
Tersenyum sendiri dengan request Zahra.. Mungkin inilah hikmahnya, baik dik, insya allah esok akan akak bawakan video untuk kalian..


7.07 p.m: Terdengar deruman enjin kereta di luar rumah.. Hati berbunga-bunga riang.. Biasanya jarang hosmet balik awal begini.. Subhanallah, Alhamdulillah..


Aini: Awak, saya nak kereta..he he..(terus nak kereta, lupa tambah ayat 'pinjam')
Hosmet: Nak pi mana? (hosmet terkulat-kulat depat pintu rumah, terkejut agaknya, belum hilang penat dah kena serang..)
Aini: Surau..(^____^) (sambil kalut2 bersiap,belum lagi dapat izin sudah bersiap-siap seolah-olah sahih dah dapat izin..he he..)
Hosmet: Oo, okey..
Aini: Tenkiu awak.. Nanti saya isi minyak.. (^_^) (dengan pantas menekan-nekan henfon kembali untuk menghantar mesej..)


"Zahra, akak dapat pinjam kete hosmet..insya allah akak sampai jap lagi.. Video muhasabah ea, ok insya allah.."
..sent..
"Ok akak. Relax2. Jangan rush2."
...
"Nanti sediakan speaker untuk akak ea. Ok, akak tak rush..(^_~)"
..sent..
"Ok..(^_^)"


7.15 p.m: Keluar rumah. Sebab ingat pesanan maka memang tak rush tapi drive boleh la nak kata ala rempit. Haruslah akan dirahsiakan dari pemilik kereta berapa halaju drive malam tu..he he..(^_^)
Alhamdulillah, wa syukurillah.. Malam tu selamat sampai ke destinasi, menunaikan amanah, juga pulang dengan hati yang gembira..
Terima kasih hosmet-hosmet ku.. Adik2, terima kasih juga.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dengan balasan yang lebih baik dan lebih banyak.. Yes, uhibbukum fillah, abadan abada.. (^_^)


Kisah ini kenangan manis bagi Aini. Bahagian mana yang manis tu ye? Erm, siapa yang pernah melalui dan sedang melalui semua ini, insya allah pasti mudah untuk memahami dan mengerti.. (^_^)

Ini video muhasabah yang sempat di kongsi dengan adik2.. 


~Tinta 18~

Teman,
Berjanji pada diri agar dirimu berjuang di medan ini.. 

Membawa kemanisan iman, cinta dan jihad abadi..
Lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan Deen Ilahi..
Biar dirimu mati dalam perjuangan kerana kau Muslim sejati..
Biar rebah jasadmu kerana kau Syahid insani..
Dan kau masih berdiri dengan memandang setiap ummah..
Menanti seru pejuang Allah..
Mengikat Ukhuwah menyemai Mahabbah..
Walaupun langkah dan nafasmu kadang-kala lemah..
Ikatlah hatimu dengan janji-janji Allah..
Di sana nanti kan kita julang trofi ‘fisabilillah’..


Q'A: Cecoret ini dedikasi khas untuk hosmet dan semua teman seperjuangan, uhibbukum fillah.. (^_~)

Monday, October 31, 2011

Kejayaan sebuah rindu (bahagian 4)

“Wa..waalaikumussalam..” Jawab Iqbal Hanina teragak-agak. Iqbal Hanina terpaku seketika, fikirannya ligat memikirkan adakah benar apa yang dilihatnya, seakan tidak percaya. Dia, dan pemuda itu, di tempat ini. Namun dia bijak menyembunyikan kekalutan fikirannya di sebalik senyuman yang terukir di bibir. Langsung tidak terlintas difikirannya akan pertemuan itu. Kafe yang saat itu bising dengan pelanggan yang keluar masuk dirasakan hening seketika. ‘Allahumma solli ala Muhammad..Allahumma solli ‘ala Muhammad..’ , Iqbal Hanina mengulang-ulang selawat di dalam hati. Itulah cara Iqbal Hanina saat berhadapan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka dan saat-saat dia berada dalam kekalutan fikiran. Pemuda itu masih tersenyum memandangnya.
Abdullah Wafi, seorang pemuda yang memiliki pandangan mata yang redup dan sentiasa murah dengan senyuman. Permulaan perkenalan mereka adalah pada 5 tahun yang lepas. Pada mulanya Iqbal Hanina tidaklah begitu mengenalinya, dia hanya mengetahui tentang Abdullah Wafi dari sahabat-sahabatnya. Mereka sering berbicara tentang akhlak Abdullah Wafi, solatnya yang sentiasa di masjid, sentiasa menjaga pergaulan dengan dengan rakan-rakan wanita. Kata mereka, Abdullah Wafi tidak pernah berbicara dengan rakan-rakan wanita melainkan atas urusan perbincangan pelajaran, apatah untuk duduk-duduk bersembang bersama-sama rakan-rakan wanita di kafe atau di mana-mana seperti pelajar lelaki lain. Setelah kerap kali mendengar cerita tentang Abdullah Wafi, terdetik di hati Iqbal Hanina untuk mengenalinya lebih dekat. Baginya sekadar cerita-cerita begitu belum lagi membuktikan apa-apa, ‘Aduhai, manusia boleh memuji dan mengeji dalam beza waktu sesaat sahaja’, itulah yang terdetik di hatinya. Jauh di sudut hati juga, dia ingin melihat sendiri apakah benar semua cerita yang dikongsikan oleh sahabat-sahabatnya ataukah hanya sekadar indah khabar dari rupa.
**********************************************************************************
Jam menunjukkan pukul 7.56 minit pagi. Iqbal Hanina melangkah laju-laju menuju bilik tutorial. Kelas akan bermula sebentar saja lagi. Pagi ini kelas Bahasa Inggeris bersama Teacher Neena. Minggu lepas Teacher Neena sudah memaklumkan kepada semua bahawa hari ini dia mahu adakan pembentangan karangan hasil pelajaran kelas minggu lepas, maka semua pelajar dikehendaki datang lebih awal dari biasa. Bangunan tutorial belum lagi kelihatan di pandangan mata. “Jauh lagi, aduh, sempat tak aku nih?” Keluh Iqbal Hanina dalam hati. 5 minit kemudian, akhirnya dia menjejakkan kaki di depan bilik tutorial. “Okey, tarik nafas, relaks..relaks..”, dia berbicara sendiri di depan pintu bilik. Tanpa dia sedari ada yang memerhati gelagatnya di belakang. “Ehem..”, Iqbal Hanina tersentak mendengar suara dari belakang lantas terpacul spontan perkataan dari bibirnya, “Oh mak kau terkejut!” Pelajar lelaki tersebut tersenyum geli hati melihat gelagat Iqbal Hanina. Merah padam wajahnya saat itu rasa mahu disorok saja dalam beg bersama buku-buku. Cepat2 dia menolak daun pintu melangkah laju-laju menuju ke tempat duduk. Pelajar lelaki tersebut turut melangkah ke dalam kelas namun langkahnya kelihatan begitu tenang tidak seperti dirinya.Teacher Neena sudah hadir lebih awal. Bertambah-tambah lagi malu kerana datang lewat. Kelas bermula dan seperti yang dijanjikan Teacher Neena mahukan setiap pelajar membacakan hasil tulisan masing-masing. Tibalah giliran pelajar lelaki tersebut. Dia memulakan bicara dengan ucapan salam dan basmallah. Iqbal Hanina terpaku. Dia tidak pernah melihat cara pembentangan yang begitu dari kalangan rakan sebayanya. Lagi-lagi semasa kelas Bahasa Inggeris, semuanya sudah pasti dengan cara kebaratan termasuk kata-kata aluan dan sapaan. Pelajar lelaki itu membaca bait demi bait tulisannya dengan lancar. Baris demi baris dibaca dengan begitu tersusun. Tidak laju dan tidak juga lambat. Menyusup rasa tenang ke dalam hati saat melihatnya dan mendengar setiap patah perkataannya. Iqbal Hanina memasang telinga mendengar bisikan-bisikan temannya, “Weh Iqbal, best giler la dia baca..karangan dia biasa je kan tapi dia baca tu tenang je aku dengar, memang sempoilah bahasa dia..”, salah seorang temannya berbisik ke telinga Iqbal Hanina diiringi ketawa kecil. Tanpa sebarang respon, Iqbal Hanina mengangguk-ngangguk tanda setuju sedang pandangannya masih fokus kepada pelajar yang sedang bercakap di hadapan kelas saat itu. Jauh di sudut hati dia rasa kagum dan malu sendiri. Sedangkan dirinya dan teman-teman perempuannya tidak langsung punya ciri sebegitu, jauh panggang dari api. Saat mereka bersama, sekejap-sekejap mengusik, sekejap-sekejap melatah, sekejap-sekejap ketawa berdekah-dekah, sekejap-sekejap menyindir dan mengata si fulan fulanah, sekejap-sekejap ada saja hati yang mereka lukai dengan bahasa-bahasa mereka yang ‘sopan’ itu. Langsung tidak ada ciri-ciri sopan gadis timur. “Ni siape?”, tanya Iqbal Hanina kepada temannya. “Nama dia Abdullah Wafi..ehem2 Iqbal, apasal tanya pulak ni, berkenan ker?”, temannya mengusik diiringi ketawa kecil di belakang. Iqbal tidak ambil kisah dengan usikan begitu, dia sudah masak dengan sikap suka mengusik temannya itu. ‘Jadi dia inilah yang mereka sering perkatakan selama ni..’, bisik Iqbal Hanina di dalam hati.
5 tahun lepas, dia lebih dikenali dengan nama panggilan Iqbal. Nama Iqbal sering menjadi nama lelaki. Mungkin kerana itulah sifat dan perangainya lebih menyerupai lelaki, sedikit ‘tomboy’. Kadang-kadang  naluri wanitanya berbisik agar berubah ke arah yang lebih baik. Bak kata orang,’jadilah macam perempuan sikit’, namun naluri hanya tinggal naluri. Perangainya masih tidak berubah. Tomboy2 dia pun dia tidak bersosial. Itu prinsipnya dan teman-teman. Nakal mereka hanya dalam kalangan mereka saja. Tidak timbul soal berfoya-foya dengan lelaki, itu pantang. Kekurangan mereka dari segi adab pergaulan, cara pakaian dan cara hidup. Seringkali mereka yang dilabel ‘geng nakal’ itu hadir ke surau blok bagi mengimarahkan solat berjemaah maghrib dan isyak. Bahkan semakin lama geng mereka jadi semakin terkenal di surau, lebih terkenal dari ajk surau sendiri. Di situlah Iqbal Hanina mengenal sedikit sebanyak ukhuwah islam. Dil luar surau, di siang hari mereka tetap jadi diri mereka. Pada malam harinya mereka berjemaah dan berusrah di surau. Begitulah Iqbal Hanina dan sahabat-sahabatnya 5 tahun lepas. Tanpa disedari, amalan mereka pergi memeriahkan surau setiap malam telah membuahkan hasil yang sangat manis dalam hati mereka terutama pada Iqbal Hanina. Dia rasa tenang berada dalam majlis-majlis ilmu begitu. Benarlah bahawa manusia ini fitrahnya suka pada kebaikan, keindahan, dan ketenangan. Hanya saja terserah pada nafsu dan iman untuk menjadi penimbang arah langkah dan keputusan. Jika nafsu menjuarai carta, maka keindahan dan ketenangan dalam majlis ilmu hanya akan hadir di surau saja. Jika sebaliknya iman yang berjaya bertakhta di hati maka kemanisan rasa itu akan terus terbawa-bawa dalam amalan hidup seharian.
Benar sekali tulisan Syeikh Said Ramadhan Al-Buthy dalam Fiqh Sirah, “Islam itu bermula di masjid.”. Ya benar, fakta ini Iqbal Hanina hanya mengetahuinya setelah melangkah ke alam university. Jika kamu mahu cari Islam, pergilah ke masjid. Jika kamu mahu membina iman, pergilah ke masjid. Nak cari kawan, nak cari kerja, nak cari makanan, nak cari ilham dan ketenangan hati atau apa saja, pergilah ke masjid. Kerana di sana sudah pastinya terdapat majlis dan suasana yang akan membawa kamu kearah tujuan itu. Ia rumah Allah, maka tempat apakah yang lebih baik untuk kita kunjungi dan pasti akan dilayani dengan layanan terbaik selain rumah Allah yang Maha Kaya? Hanya masjid. Rasulullah s.a.w juga memanifestasikan fakta ini. Semasa hijrah Rasulullah s.a.w telah membina masjid pertama dalam sejarah Islam yakni Masjid Quba’. Setelah tiba di Madinah pula Rasulullah membina Masjid Nabawi. Di sanalah berpusatnya semua aktiviti Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Solat, syura, majlis ilmu, majlis keraian, perancangan perang, pentadbiran politik, pusat rujukan, pusat kewangan dan sebagainya semua bertempat di masjid. Hanya saja ummat terkemudian ini menganggap bahawa masjid sebagai tempat solat semata, tiada fungsi lain. Sunnah (perbuatan/perkataan) siapa lagi yang wajar kita jadikan panduan utama hidup selian sunnah manusia terbaik di muka bumi ini? Hanya Sunnah Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w,“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara di mana jika kamu berpegang kepada keduanya nescaya tidak akan sesat selamanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Waktu kelas semakin hampir ke penghujung namun belum semua pelajar berjaya membacakan karangan masing-masing. Lalu Teacher Neena membuat keputusan untuk mengadakan kelas tambahan pada malamnya. Terdengar keluhan-keluhan suara dari pelajar yang merasa keberatan untuk hadir. Kelas akan bermula selepas isyak jam 9 malam. Usai solat isyak di bilik, Iqbal Hanina dan teman-temannya melangkah perlahan menuju ke kelas. Hari ini mereka tidak solat di surau atas alasan takut terlambat hadir ke kelas. Mereka tiba 20 minit lebih awal. Sudah pastinya masa yang ada tidak disiakan begitu sahaja, mereka gunakan untuk bersembang-sembang sesama mereka, buka kedai kopi orang kata. Di satu sudut geng Iqbal Hanina ber’muzakarah’. Di sudut lainnya geng pelajar lelaki juga bermuzakarah dengan khusyuknya. Tidak lama kemudian seorang pelajar lelaki melangkah masuk ke kelas. Dia Abdullah Wafi. Kelihatannya seperti baru saja selesai solat berjemaah di surau yang berhampiran dengan bangunan tutorial. Dengan berbaju melayu, berseluar slack, berkupiah dan memakai capal. Penampilannya kelihatan berbeza sekali dengan pelajar lelaki lainnya yang hanya memakai t-shirt berlambang entah apa-apa dan berseluar track saja serta berselipar jepun. Melihat kehadiran Abdullah Wafi itu tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara, “Wei, banjir ke kelas kita ni??” diiringi dengan hilai tawa dari pelajar lelaki lainnya. Iqbal Hanina terus berpaling ke arah suara itu, tidak semena terus menyirap darahnya ketika itu, entah kenapa..

Akan bersambung.. Insya Allah..

..::Qalam 'Aini, 31 Okt 2011 / 3 Zulhijjah 1432H::..

Q'A: 
Alhamdulillah..Bahagian 4..(terhasil setelah memaksa jari untuk menaip). Jom menaip paper jurnal bersama cerpen..he..(^_^)

Wednesday, September 14, 2011

Sambungan.. Nasihat dari Syeikh Ali Tantawi kepada Kaum Wanita

Apakah sesudah itu Puteriku?


Kamu berdua bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan, sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru engkau perlahanlahan merasakan sesuatu ayng berat menganjal di perutmu.

Engkau sedih dan muram.. Engkau bingung dan gelisah. Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan…..diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: "Dia yang dahulunya sesat, tetapi sekarang sudah insaf".

Tapi engkau?

Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas, Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau gunakan tanggalkan kasutmu dan pukullah kepalanya, kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolongmu.

Sesudah itu Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku,

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik."

Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira samaada dia seorang ratu,keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari mesir dan syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi kekayaannya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya Kedua0duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pastinya semua orang mesir dan syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota perlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista pasti dengan segera lelaki itu akan pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Seorang pemuda jalang yayng bejat dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang. Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.
Puteriku suasana seppi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat busa pelacuran juga adalah kerana perbuatanmu!

Lantas kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?

Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?

Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan bertindak dari kaum lelaki.

Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya akan menjadi mangsa dan kobannya

Hampir setiap rumah di bumi Syam terdapar gadis2 pada usia layak berkahwin tetapi masih belum mempunyai calon dan gadis yang lewat usianya belum juga bersuami.

Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri. Mungkin keadaan seperti ini juga terdapar di negara-negara Islam yang lain.

Wahai puteriku,

Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada cendekiawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.

Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya..

Oleh itu, puteriku, Renungkanlah!

Q'A:


Termenung sendiri..memikirkan jalan lain lagi untuk terus menyampaikan nasihat ini..

Nasihat dari Syeikh Ali Tantawi kepada Kaum Wanita


Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Bersambung..

Q'A: 
"Orang yang bijak ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain"-Cendekiawan-

Monday, September 12, 2011

Cerpen: 'Mana Mak?'

[Sumber: Emel seorang sahabat yang tidak pernah jemu berkongsi, terima kasih sangat (^_^)]


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 


Ateh  menjawab, “Entah.” 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.   
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Q'A:
Pertama kali membaca, terus terasa mahu dikongsi..Aini susah jugak nak republish tulisan dari penulis yang tak diketahui ni, tapi yang ni rasa menusuk kalbu sangat, rasa kekurangan kalau tak kongsi..
Hmm..rasa macam masuk habuk pulak mata ni..hmm..
Buat Aini, ibu Aini adalah dunia Aini..dialah Ibu dialah Ayah..Siapa lagi yang mampu menggantikan tempatnya di hati ini setelah dia korbankan semua untuk anak2nya..siapa lagi yang mampu menggantikan tempatnya yang menggalas bahu sebagai ayah tika ayah pergi mengadap Ilahi suatu masa dulu, saat kami belum mengenal siapa ayah..siapa lagi yang mampu..Tiada Siapa pun yang akan pernah mampu menggantikan tempatnya di hati ini..

Monday, September 5, 2011

Ramadhan telah berganti Syawal

Ku lihat Ramadhan dari kejauhan,
Lalu ku sapa dia,
"Kamu hendak ke mana?"
Dengan lembut dia menjawab,
"Maaf, aku harus pergi, mungkin akan lama. Tolong, sampaikan pesanku kepada si dia yang bernama Mukmin,
'Ajaklah sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan memburu taqwa..' Hm, itupun Syawal sudah tiba.."

Lalu kulihat Ramadhan pergi...jauhhh...
Ya Allah, akankah aku berjumpa lagi dengannya..??

*******

Semoga Allah anugerahkan ketaqwaan dan keampunan kepada kita, seiring dengan maksud 'AidilFitri, yakni kembali kepada Fitrah dan Suci daripada dosa..Ameen..

Q'A:
Ramadhan sudah berlalu dengan seribu kenangan, suka dan duka bersamanya.. Dan Syawal menjengah dengan seribu harapan baru.. Moga sentiasa diluruskan langkah..moga telah di sucikan diri..moga akan terus dikuatkan hati kita semua.. Salam AidilFitri dari Aini buat semua saudara seIslam yang membaca di sini.. Teruskan perjuangan.. (^_^)

Ameen..

Wednesday, August 24, 2011

Kisah Sekeping Hati

Kisah ini..sesetengah dari kita biasa membacanya..pernah membacanya..namun kita ini insan=nasiya=pelupa..ulangkaji untuk hati jom! (^_^)

================================================================

Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.


Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA

"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.

T.A.M.A.T
[Sumber asal tidak diketahui]


"Ketika yang lain menjauh ada Allah yang tak pernah pergi..ketika yang lain mengacuhkan ada Allah yang selalu tak bosan memperhatikan. Ketika yang lain menyakitkan ada Allah yang selalu memberikan penyejuk.." (^_^) [ummuhusna.blogspot.com]


Q'A:

Betapa banyak pun budi kebaikan yang kita lakukan atas muka bumi ALLAH ini, namun hanya dengan satu kesalahan, dunia ini akan mencemuh kita ..
Betapa banyak pun kebaikan yang kita lumurkan pada hati seorang saudara, mungkin dengan satu kekhilafan, diri kita akan menjadi manusia yang paling hina pada pandangannya dengan satu kesalahan tersebut..
Andai kita yakin ianya amal bertunjangkan redha dan keampunan ALLAH, maka biarlah ALLAH yang menilainya dan biarkanlah manusia terus-terus menilai kerana hakikatnya penilaian yang mutlak hanya milik ALLAH..

"Tidak sempurna Iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
..::(^_^)::..