Al-hubb.. Mahabbah.. 2 perkataan yang sering kita dengar.. Kita maksudkan ia dengan erti cinta atau kasih sayang.. Namun ia sebenarnya punyai maksud yang lebih dalam dari itu.. Sekadar perkongsian.. (^_^)
Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasful Mahjub cuba menjelaskan maksud al-hubb (mahabbah). Menurut riwayat, mahabbah berasal dari kata habbab yang bererti benih-benih yang jatuh ke bumi padang pasir. Menarik kan fakta ini.
Sebutan hubb diertikan demikian kerana cinta adalah sumber kehidupan, sebagaimana benih yang merupakan asal mula tanaman. Benih disebarkan di gurun pasir, tersembunyi di dalam bumi, disirami oleh hujan yang turun dan matahari yang menyinari bumi. Namun benih tersebut tidak rosak oleh perubahan musim, malah semakin tumbuh, berbunga dan memberikan buah. Demikian juga cinta, bilamana ia hadir dalam hati seseorang, ia tidak akan rosak oleh kehadiran atau ketidakhadiran yang dicintai, oleh senang atau susah, mahupun oleh perpisahan atau penyatuan.
Bagaimana pula dengan maksud perkataan mahabbah? Mahabbah diambil dari kata hubb yang bererti sebuah tempayan yang penuh dengan air tenang, kerana cinta yang telah terpadu dalam hati dan memenuhi hati, di situ tidak ada lagi ruang bagi pemikiran selain yang dicinta. Makna lain mahabbah, diambil dari kata hubb yang bererti empat keping kayu penyangga pada air, kerana sebagai pencinta dengan suka hati menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya, berkenan atau tidak, susah ataupun senang.
Dalam makna yang lain pula, hubb dapat juga diertikan sebagai gelembung-gelembung air dan luapannya di waktu hujan lebat, kerana cinta merupakan luapan hati yang menundukkan kesatuan dengan kekasih. Hubb juga ditafsirkan sebagai cinta murni. Cinta murni ini apa pula pengertiannya ya? Dalam ilmu penafsiran, tidak semua perkataan boleh ditafsirkan dengan tepat. Begitulah dengan Al-Hubb ini. Ia adalah anugerah Allah kepada hamba yang Dia kehendaki untuk merasai, mengalami dan menikmatinya. Hanya yang pernah mengalami yang akan mengerti. Itupun jika ditanya kepada mereka yang mengalaminya apakah ertinya, bagaimana rasanya, kita hanya akan mendapat jawapannya dengan sebaris senyuman..kerana hakikatnya ia tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata yang sebenarnya..(^_^)
Subhanallah..

Q'A:
Al-Hubb..gema dari dalam hati yang tidak dapat didengar tetapi dapat dikesan frekuensinya..(^_~)