Friday, September 24, 2010

S.T.A.T.U.S


~Tinta Hati~
15 Syawal 1431H/ 24 September 2010

Perkataan status di atas ada banyak maknanya. Sepanjang minggu ini status Aini di Yahoo Messanger (YM) hanyalah ‘mode: spring season’. Itu pun banyak juga maksud tersiratnya. Satu yang pasti, status itu boleh menggambarkan kesukaan Aini pada musim bunga, dan sekarang Aini melalui fasa hidup ‘musim bunga’ itu . Rasa selesa dan bahagia, cukuplah dengan itu. Biarkan saja siratan-siratan yang lain kerana amat banyak yang berselirat sebenarnya, kerana sudah tentu dalam setiap musim bunga pun pasti ada bunga yang tidak menjadi. Masalah dan cabaran hidup tidak akan pernah berhenti selagi nyawa dikandung badan. Bermula dari situlah kita akan terus berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Status bagi lelaki dan perempuan ialah samada bujang, berkahwin, bercerai, ibu tunggal dan sebagainya. Yang paling mudah dan sering didengar ialah status bujang dan berkahwin. Hal ini yang Aini ingin bicarakan, bukannya status YM iaitu busy, available, invisible to everyone apalagi idle...

Namun arus media telah berjaya mengembangkan idea kebanyakan kita dalam meletakkan status. Single, Married, In Relationship juga Its Complicated. Antara 4 yang dituliskan, 2 yang terakhir adalah status yang tidak jelas, boleh ditafsir dengan banyak maksud. ‘I’m single’, atau ‘I’m not single’ (bukan tajuk filem) juga berkaitan status, hanya cuma maksudnya akan dipulangkan semula kepada pendengar untuk mentafsir sendiri. Ironi. Satu bermaksud statusnya bujang. Satu lagi bermaksud statusnya tidak bujang, mungkin telah berkahwin atau telah bertunang, mungkin juga maksud lain. Bagi yang berpacaran atau bercouple tanpa ikatan sah, Aini tidak masukkan dalam kategori status di atas, kerana bagi Aini, berpacaran atau bercouple bukan status sahih, tapi beban yang juga merupakan masalah. Mereka ini mungkin tidak mengerti dengan pasti apakah status sebenar diri mereka. Nak kata 'not single' selalu saja kelihatan berdua, nak kata 'single' nanti apa pula kata kekasih hati tercinta. Single tidak, not single pun tidak. Yang jelas, hubungan intim mereka itu tidak sah juga tidak halal. Titik. Bagi yang sedikit bijak, mereka menggunakan istilah ‘I’m available’ atau ‘I’m not available’. Maka bagi yang not available itu maksudnya mereka sudah punya pilihan hati. Samada kekasih yang sering keluar bersama, kekasih jarak jauh yang jarang-jarang berjumpa, kekasih alam maya dan sewaktu dengannya, bakal suami/isteri pilihan keluarga atau orang tengah, bakal tunangan, tunangan, suami/isteri atau yang terakhir dia belum punya pilihan hati tetapi belum bersedia untuk berkomitmen dan menjawab ‘I’m not available’ dengan maksud tersirat ‘saya belum bersedia’. Banyak rupanya maksud untuk ayat ini sahaja. Biasa bagi golongan wanita untuk menggunakan jawapan ini apabila ditanya kerana mungkin ini adalah jawapan paling selamat dan kelihatan seperti tiada unsur-unsur tipu. Maka bagi yang sudah punya suami pun akan mengira dia masih boleh guna  ‘I’m not available’ dan boleh saja orang lain tersalah tafsir dengan maksud lain di atas.

Disini beberapa pembetulan perlu dibuat. Islam melarang umatnya bercakap yang tidak benar apatah lagi berbohong. Tiada juga bohong sunat. Dalam Islam tiada jawapan yang kabur, tidak jelas apatah lagi satu perkataan dengan berbelas maksud. Walaupun Al-Quran mempunyai bahasa yang tinggi namun maksudnya jelas mudah difahami dan dihuraikan pula oleh hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Betapa tinggi kualiti bahasa Arab sehingga ada perkataan yang mempunyai sehingga 200 erti, tapi ertinya tidaklah berpesong dari maksud utamanya. Yang buta huruf (ummi) pun masih boleh faham ajaran Islam dengan mudah. Dalam Islam semuanya jelas, sahih dan mudah. Perlu kita ingat, setiap amal itu dikira berdasarkan niatnya. Selagi belum ada ikatan pernikahan, status seseorang tetap single/ bujang. Bagi yang sudah dirisik atau bertunang juga statusnya bujang/single kerana kamu belum lagi menjadi suami atau isteri seseorang. Ikatan yang akan mengesahkan status seseorang hanyalah pernikahan. Tiada jalan lain selainnya. Apabila berbicara atau menjawab, mudahkanlah ucapan bagi dirimu dan terhadap orang yang mendengarnya. Lebih mudah jika menjawab dengan bahasa Melayu sendiri untuk status samada sudah ‘berkahwin’ atau ‘bujang’. Lebih mudah bukan? Bukan status itu yang salah tetapi kita yang menyalahgunakannya. My current status: Single.

2 Bentuk cincin

~Tinta 11~
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Q'A: SALAM AIDILFITRI AINI UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACA DISINI, MOHON MAAF SALAH DAN SILAP... (^_^)