Sunday, April 15, 2012

Ahliaku Pelajar Sarjana


~Tinta Hati~
20 Jamadil Awal 1433H/ 12 April 2012

Part 1/2: Ahlia Mohamad Izuan
Hari ini menurut bulan hijrah, 20 Jamadil Awal 1433H genaplah 30 hari Aini bergelar Ahlia Mohamad Izuan. Menurut bulan masihi, esok 13 April 2012 genaplah 30 hari Aini bergelar Ahlia Mohamad Izuan.
Ahlia?
Maksud menurut kamus Q’A: Ahlia adalah nama panggilan yang diguna pakai bagi menggantikan perkataan ‘Isteri’.
Part 2/2: Advanced Process Control
 ‘Empowering Process Control beyond Sustainable Future’
I like this theme. Inilah tema untuk Colloqueum yang bakal kami adakan tahun depan, hasil perbincangan dalam mesyuarat pagi tadi. Aini ada cadangkan tema yang agak melalut dalam senarai tu. Tapi apabila ada junior yang cadangkan tema ni Aini terus rasa, ‘wow, not bad’. Jika tidak, Aini mungkin nak cadangkan tema, ‘Optimizing Process Control Towards Robust Technology’ pada senarai cadangan ke-10. Tapi lebih baik tak payah cadang kot, berbelit sangat la cik kak..sudah2lah tu.
Process Control Group Chemical Engineering USM baru saja memulakan langkah untuk memperkasakan bidang Process Control di Malaysia. Kami perintis. Setakat ini boleh kira dengan jari saja bilangan pensyarah dan penyelidik yang melaburkan masa dan ilmu dalam bidang ini. Kata teman-teman Chem. Eng., “Control susssah wei..”. Ye lah, memang susah. Mana ada penyelidikan yang senang wei, hee~
Ia satu permulaan yang baik bagi meraikan kumpulan penyelidik Process Control dengan mengadakan Colloquium ni. Sekurang2nya sekarang ‘orang Control’ seluruh Malaysia boleh rasa lebih di ambil berat dengan turut mempunyai keluarga seperti ‘orang Nanotech’ atau ‘orang Membrane’, antara dua bidang penyelidikan gigantic sekarang. Kita tak setaraf gigantic tu, kecil lagi. Tapi takpelah kecil pun, kecik-kecik cili padi..
‘1st National Process Control Colloquium’ would be held either on July or September 2013.  With Allah’s will I try my best to be there, hopefully as participants not as committee members since I don’t plan to graduate in September 2013,hiks.. It reminds me to a discussion with mr.supervisor today.
  • Cooling system for fermenter: ada masa elah dengan keputusan awal untuk pemilihan manipulate variable (MV) dan control variable (CV). Setelah berbincang, maka diputuskan bahawa 2 MV awal tidak akan diguna dan akan dijadikan disturbance variable (DV). Maka tambahan kepada  penyingkiran MV perlu dibuat  dan penyelesaiannya adalah pada cooling system, jacket flow rate dan jacket temperature. Rupa sebahagian cooling jacket equation tu macam ini,

I should go back to modeling section then, nice~
Cuma kali ni tak banyak sangat, lebih kurang 1% pengubahsuaian, fewh! Memang biasalah macam ni masa elahnya apabila masuk ke bahagian controller development. More specific is Model Predictive Controller (MPC). Orang dah tak buat semata-mata MPC dah sekarang ni. Ok, noted.
  •  Oleh sebab itu pilihan optimizer jenis Multiparametric Programming bakal dipilih. Ini teknologi baru. Aini jadi perintisnya (insya Allah). Maka kebarangkalian untuk tersesat dan tersasar adalah amat tinggi. Ya Rabbi Ya Alim, kurniakan ilham dan tunjukkanlah jalan buat hamba, Aameen..
  •   Signal Selection: GMN? PRBS? Long way to go to digging out for this part. Seems like this type of signal would represent my current emotional signal. Chaos it is~
Cukuplah ni. Aini nak kongsi semula Part 1/2 tadi. Sebab,
  • Part 2/2 agak mengelirukan untuk dikongsi. Aini belum lagi master mengenainya. Dah sempurna master nanti insya Allah Aini kongsikan hasilnya.
  • Part 1/2 lebih menarik untuk dikongsi. Setiap kali bercerita atau memikirkan tentangnya ia membawa aura yang penuh dengan warna pelangi dan haruman bunga.
Part 1/2 session 2: Ahlia Mohamad Izuan
Aini dan Suami hanya sempat berkenalan selama 7 hari setelah menikah. Kemudian kami membawa haluan masing-masing, Aini ke Pulau Pinang untuk menyambung pengajian dan suami ke Sarawak untuk bertugas. Untuk makluman, jarak antara Sarawak dan Pulau Pinang ialah lebih kurang 1500km. Sebelum ni Aini tak pernah fikir bahawa Aini akan kira jarak antara 2 tempat ini. Tapi selepas nikah secara automatik Aini terkira jarak ini. Belum lagi Aini kongsi tabiat baru yang lain iaitu mengira hari dan masa. Secara kasarnya bagi Aini, jarak kami ini sangat jauh (orang normal akan rasa sangat jauh). Kalau kami nak berjumpa kena naik ‘belon’ merentas Laut China Selatan. Maka kami tidak boleh berjumpa setiap hari. Apa yang pasti Aini tidak boleh memasak untuk suami pada waktu tengahari ataupun makan malamnya. Juga tidak boleh membantunya dalam kerja-kerja rumah harian serta menunaikan tanggungjawab isteri yang lain. Dia juga begitu, tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami yang biasanya. Kami hanya dapat berbual melalui panggilan telefon. Oleh sebab kami sangat suka berbual, Aini telah secara sengaja menambah talian baru khas untuk kami berdua. Walhal dulunya Aini adalah antara orang yang pelik dengan mereka2 yang mempunyai lebih dari 1 nombor . Kini Aini rasa sendiri. Pengajarannya jangan menilai pelik orang yang berbeza dengan diri kita. Setiap insan itu unik tersendiri.
Perasaan: Jujurnya Aini rasa rindu pada suami. Saat menulis entri ini Aini sangat merinduinya. Ehem. Takpe kan kalau Aini tulis begini, hee. Dari suami, Aini mula mengenal erti Cinta antara Adam dan Hawa. Aini suka berbual dengannya dan suka melihat dia bercakap. Suka melihat senyumannya dan saat dia tersenyum. Selebihnya Aini beritahu suami saja, hee. Hakikatnya alam perkahwinan memang indah. Kiranya kami ini lebih kelihatan seperti pasangan bercinta berbanding pasangan yang berumahtangga. Tanggungjawab masih tak banyak, masih seperti zaman bujang sebelum ini. Kini sudah ada insan yang melengkapi diri kita. Bagi Aini, suami dan isteri bukan dua tetapi satu. Kekuatan dan kelemahan kami adalah kekuatan dan kelemahan bersama. Kegembiraan dan kesedihan kami ada lah kegembiraan dan kesedihan bersama. Apa saja yang suami ingin kongsikan, dia akan menghantar emel. Kebanyakannya titipan perkongsian nasihat untuk isterinya ini. Memandangkan jauh di mata, hanya tulisan yang mampu menggantikan lisan untuk menyampaikan nasihat dan didikan suami untuk isterinya. Terima kasih suamiku.
Saat Aini blogwalking, sering Aini baca post2 isteri ataupun ahlia orang lain yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka mengongsikan juadah baru yang dihidangkan untuk suami, baju yang baru siap dijahit untuk suami, dekorasi rumah yang dibuat untuk suami, perhiasan baru yang dibeli untuk mengembirakan suami, tapi Aini belum lagi merasa pengalaman begitu. Mungkin saja Aini akan berpeluang untuk menjadi suri sepenuh masa untuk suami dan mungkin juga sebaliknya. Ia adalah kebahagian sejati bagi seorang isteri untuk sentiasa berada di sisi suami, menjaga rumah serta berkhidmat untuknya dan mendidik anak-anak dengan didikan sunnah Rasulullah s.a.w.
Apa pun yang Aini dan Suami lalui, biarlah Aini katakan bahawa setiap hari adalah hari yang paling bahagia bersamanya. Walau jauh di mata tapi amat dekat di hati. Suamiku, terima kasih untuk limpahan Cinta dan Kasih Sayangmu yang tidak berbelah bahagi untuk Isterimu ini. Tiada yang dapat kuabadikan buatmu melainkan titipan Doa dan Cintaku buatmu dalam setiap hariku. "Ahliaku pelajar sarjana", ini adalah untukmu.




~Tinta 20~


"Cinta itu tidak bermula dengan perkenalan atau setelah kita berjumpa. Kerana Adam mencintai Hawa sebelum terzahir jasadnya. Disatukan oleh Allah dengan Mahar Selawat ke atas KekasihNya Muhammad s.a.w. Indahnya Cinta bertatahkan Cinta kepada Habibullah, kekal mengalun Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Kita pandu Cinta ini menuju Yang Maha Pencipta Cinta, berbekal jalan Sunnah KekasihNya." (Q'A)


Q'A:  Regards..(^_~)..


2 comments:

Da'ie said...

Jazakillah Khoiran Kathira Nur, Abg terharu... huhu

Qalam'Aini said...

@Da'ie,
Afwan Abg..(6__6)..

Q'A: terharujuga~