Tuesday, March 27, 2012

14 days after our walimah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



It is my first post here since my walimah..^^
14 days have been past after we get married, and what is worth to be said is only one word
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
May Allah granted for both of us lots of love to each other and may it will so deepen and grow.. Years from now we will look back on this day, as the day we loved each other the least..^^ Insya Allah
 
Kawan-kawan bertanya, apa perasaan setelah bertukar title puan..?
Jawapan Aini, " 
"..honestly kalau ingat dah ada title 'puan' tu macam dah tua je rasanya..he he.. but, alhamdulillah, melalui alam perkahwinan ni memang sangat indah, title isteri adalah amanah dan anugerah teristimewa buat seorang wanita..so title puan tu takla terasa heavy sangat..hee..^^"
Buatmu suamiku yang juga imamku, murabbiku dan mujahidku doaku sentiasa mengiringimu..^^
'Ya Allah Ya Rahim, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada suamiku dalam setiap hari yang dilaluinya dan permudahkanlah baginya setiap urusan yang baik untuk dunia dan akhiratnya.. Aameen..'
Alhamdulillah 'ala kulli haal..^^

Monday, February 13, 2012

Wedding Invitation: Majlis Walimatul Urus Qalam 'Aini

Bismillaahirrahmaanirrahiim,



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

-<@ "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah Al-Rum, ayat 21) @>-

Dengan izin Allah s.w.t ke atas hambaNya yang merancang dan dengan penuh kesyukuran, kami ingin menjemput sahabat-sahabat, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan kenalan-kenalan ke Majlis Walimatul Urus kami,

Mohamad Izuan dan Noraini

Detail majlis:

::Ainie dan Ezuan::
Tarikh : 13 Mac 2012 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1433H (Selasa)
Masa : 12.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : No. 201 Felda Chini Timur 2, 26690 Chini, Pekan, Pahang Darul Makmur 

::Ezuan dan Ainie::
Tarikh : 3 Jun 2012 bersamaan 13 Rejab 1433H (Ahad)
Masa : 12.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : Blok 3, No. 1001-K Taman Perumahan Teluk Pasu, Kg. Sekati Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Semoga dengan kehadiran kalian akan menambahkan lagi keberkatan majlis walimatul urus ini.

Bagi sahabat dan kenalan yang memerlukan kad, jangan segan-segan hantarkan alamat ke kotak komen. Kad akan di poskan Insya Allah. Terima kasih. Jazakumullahu khairan katheera. ^^

http://www.walimatul-urus.com/undangan/ainie_dan_ezuan.php


Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Assalamualaikum w.b.t and Greetings,

-<@ "And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought." (Surah Al-Rum: 21) @>-

With the permission of Allah on His servants who plan and with the utmost gratitude, we would like to invite the friends, teachers, lecturers and contacts to our Wedding Reception,

Mohamad Izuan and Noraini

Wedding reception details:

::Ainie and Ezuan::
Date : 13 March 2012 , 20 Rabiul Akhir 1433 Hijriyah (Tuesday)
Time : 12.00 pm - 5.00 pm
Venue : No. 201 Felda Chini Timur 2, 26690 Chini, Pekan, Pahang Darul Makmur 

::Ezuan and Ainie::
Date : 3 June 2012, 13 Rejab 1433 Hijriyah (Sunday)
Time : 12.00 pm - 5.00 pm
Venue : Blok 3, No. 1001-K Taman Perumahan Teluk Pasu, Kg. Sekati Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

We are hoping that your presence will spice up the event and accompanied by blessings from Allah s.w.t.

If anyone needs the invitation card, shall drop your address so that we could post the card. Thank you. Jazakumullahu khairan katheera. ^^


Q'A: Mohon doanya dari kalian semoga baitul muslim yang bakal di bina sentiasa dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah, di hiasi Cinta yang sentiasa subur dan mekar kerana Allah, dirahmati dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah dan diberkati sehingga ke syurga insya Allah.. Ameen..(^_^)

Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul 1433H: Law Kaana Bainana



Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Q'A: Allahumma solli ala Muhammad, Wa 'ala aalihi Muhammad.. (^_^)

Wednesday, January 4, 2012

Al-Hubb


Al-hubb.. Mahabbah.. 2 perkataan yang sering kita dengar.. Kita maksudkan ia dengan erti cinta atau kasih sayang.. Namun ia sebenarnya punyai maksud yang lebih dalam dari itu.. Sekadar perkongsian.. (^_^)



Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasful Mahjub cuba menjelaskan maksud al-hubb (mahabbah). Menurut riwayat, mahabbah berasal dari kata habbab yang bererti  benih-benih yang jatuh ke bumi padang pasir. Menarik kan fakta ini.

Sebutan hubb diertikan demikian kerana cinta adalah sumber kehidupan, sebagaimana benih yang merupakan asal mula tanaman. Benih disebarkan di gurun pasir, tersembunyi di dalam bumi, disirami oleh hujan yang turun dan matahari yang menyinari bumi. Namun benih tersebut tidak rosak oleh perubahan musim, malah semakin tumbuh, berbunga dan memberikan buah. Demikian juga cinta, bilamana ia hadir dalam hati seseorang, ia tidak akan rosak oleh kehadiran atau ketidakhadiran yang dicintai, oleh senang atau susah, mahupun oleh perpisahan atau penyatuan.


Bagaimana pula dengan maksud perkataan mahabbah? Mahabbah diambil dari kata hubb yang bererti sebuah tempayan yang penuh dengan air tenang, kerana cinta yang telah terpadu dalam hati dan memenuhi hati, di situ tidak ada lagi ruang bagi pemikiran selain yang dicinta. Makna lain mahabbah, diambil dari kata hubb yang bererti empat keping kayu penyangga pada air, kerana sebagai pencinta dengan suka hati menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya, berkenan atau tidak, susah ataupun senang.


Dalam makna yang lain pula, hubb dapat juga diertikan sebagai gelembung-gelembung air dan luapannya di waktu hujan lebat, kerana cinta merupakan luapan hati yang menundukkan kesatuan dengan kekasih. Hubb juga ditafsirkan sebagai cinta murni. Cinta murni ini apa pula pengertiannya ya? Dalam ilmu penafsiran, tidak semua perkataan boleh ditafsirkan dengan tepat. Begitulah dengan Al-Hubb ini. Ia adalah anugerah Allah kepada hamba yang Dia kehendaki untuk merasai, mengalami dan menikmatinya. Hanya yang pernah mengalami yang akan mengerti. Itupun jika ditanya kepada mereka yang mengalaminya apakah ertinya, bagaimana rasanya, kita hanya akan mendapat jawapannya dengan sebaris senyuman..kerana hakikatnya ia tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata yang sebenarnya..(^_^)


Subhanallah..



Q'A:
Al-Hubb..gema dari dalam hati yang tidak dapat didengar tetapi dapat dikesan frekuensinya..(^_~)

Friday, December 30, 2011

Seperti pokok bunga di padang

~Tinta Hati~
5 Safar 1433H/ 30 Disember 2011

Betapa tinggi langit di atas bumi
Demikianlah besar kemurahan Allah atas segala yang bertaqwa.
Sejauh timur dari barat,
Demikianlah jauhnya Dia menjarakkan daripada kita segala kesalahan kita.
Seperti seorang bapa sayang akan anak-anaknya,
Demikianlah Allah menyayangi orang yang bertaqwa
Kerana Dia mengetahui keadaan kita,
Ingat, asal kita ini daripada debu.
Manusia itu umurnya seperti rumput,
Dan seperti pokok bunga di padang demikianlah ia berbunga.
Maka angin meniupnya, lalu dia lenyap,
Dan tempatnya pun tidak ada yang mengetahuinya lagi.




Q'A:
Ketika Allah seolah-olah jauh darimu, sebenarnya Dia tetap ada di sisimu..

Thursday, December 29, 2011

Mendengar..Perantau..



Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Q'A:
Khas untuk pejuang di rantau sana..(^_^)

Wednesday, November 2, 2011

Coretan semalam (Ini kisah saya, dia, kita dan mereka)

~Tinta Hati~
6 Zulhijjah 1432H/ 2 November 2011


Minggu lepas..


"Sirah Perjalanan Dakwah Rasulullah s.a.w", tersenyum sendiri membaca tajuk tazkirah yang tersenarai di sisi nama. Ini tajuk kegemaran. Sirah, memang sangat-sangat suka rasa macam nak senyum sepanjang hari. 
"ehem, suka la Aini dapat tajuk ni, sirah-sirah ni bagi la kat dia..hu hu..". Err, nampaknya memang tak boleh nak sorok, dua orang sahabat beri komen yang sama saat PIC edarkan tajuk slot tazkirah di surau desasiswa USM. Senyum lagi.. Menunggu tarikh 1 November 2011.. (^_^)


Semalam (1 November 2011)..


3.00 p.m: Hujan renyai-renyai di luar rumah..
4.00 p.m: Renyai bertukar lebat, kilat sabung menyabung, guruh bertali arus.. Hati resah.. Takut-takut hujan berlarutan sehingga ke waktu maghrib..
5.00 p.m:
Aini: Awak, macam mana saya nak pergi kampus ni, hujan macam tak mahu berhenti je..hu hu..
Hosmet: Ehem, macam tak biasa je orang tu..he he..(sambil membelek majalah SOLUSI)
Aini: Ha ha..biasa memanglah awak, tapi dah insaf dah kot sekarang ni.. (monolog: tak larat dah nak makan ubat, rehat-rehat bagai semua sebab demam mengejut kes main hujan..prevent is far more easier than cure..haiyoo..)
Hosmet: Nampak macam dah renyai tu, boleh je nak rempit sekarang ni, sebelum lebat semula..
Aini: Awak nak hantarkan tak? (mode: bermanja-manja dengan hosmet)
Hosmet: Hurmp..ada-ada aje awak ni.. 
Aini: Jet saya kan kat kampus, jet awak je yang ada..
Hosmet: Yela..cepat-cepat..saya dah nak bersiap ni..
Aini: Okey2..(^_____^)


5.30: Hujan makin lebat..
Aini: Awak, hujan lebat semula la..
Hosmet: Erm..(terus khusyuk membaca)
Aini: Saya request kereta je la (sambil menekan-nekan henfon untuk sms hosmet seorang lagi yang belum pulang, dalam kalangan kami bertiga hanya dia yang ada 'jet pejuang berbumbung'..)
Hosmet: Erm..saya ikut awak je.. Kalau nak pergi awal saya hantar, kalau tak pergi pun tak apa.. Hujan lebat juga tu.. Lagipun awak belum masak lagi kan, siapa nak masak kalau awak pergi awal? Lapor ni..ha ha..
Aini: Awak masak sendiri harini eh, boleh? (mode: memujuk..)
Hosmet: Tak mahu.. awak kena masak.. ikan bakor..he he..
Aini: Memang la awak ni kan.. (hati makin resah, panggilan ke nombor empunya kereta disambut oleh operator, mesej pula undelivered..)


5.30 p.m: Masuk ke dapur untuk membakar ikan bakor.. Jauh di sudut hati masih menyimpan harapan agar jet pejuang berbumbung tiba di rumah sebelum maghrib.. Namun belum ada sebarang khabar berita..
6.30 p.m: Ikan bakor, air asam, sayur kangkung, ulam.. Semua sudah siap terhidang namun selera sudah hilang dek memikirkan tipisnya harapan untuk bertemu mata dengan adik-adik di kampus sebentar lagi.. Hujan di luar nampak semakin lebat, namun hujan di dalam hati tiada siapa yang tahu..
6.35..6.40..6.45..6.50..p.m..
6.55 p.m:
Hosmet: Aini, awak hantar je la mesej kat depa, bagitau tak dapat nak hadir malam ni..
Aini: Erm..(sambil merenung henfon..)


Akhirnya, kuatkan juga hati untuk menaip mesej,


"Salam Zahra (bukan nama sebenar).. Malam ni sepatutnya akak isi slot tazkirah maghrib di Surau kan.. Tapi nampaknya hujan lebat ni.. Akak tak dapat pergi sana ngan motor.. Maaf ya.. Zahra boleh nak tangguhkan sesi akak next time, insya allah akak akan usahakan.."
..sent..
"Salam. Bukan malam esok ke kak?"
...
"Dalam jadual yang akak dapat tu malam ni, Selasa, 1 November.. Ke Zahra nak akak mai juga esok, insya allah boleh akak usahakan.."
..sent..
"Owh ye? Takpe, ikut akak la..he he.."
...
"Malam esok memang takde slot ea?"
..sent..
"Takde kak. Akak nak wat tajuk apa?"
...
"Insya Allah ok.. Tajuk Sirah perjalanan dakwah Rasulullah.."
..sent..
"Ok2..boleh la malam esok ye kak..time kasih kak.."
...
"Sama2 kasih.."
..sent..


Rasa sedih bertandang kerana tidak dapat melangsaikan amanah pada malam ini.. Semalam juga begitu, asbab kesihatan yang kurang mengizinkan, terpaksa meminta sahabat lain untuk menggantikan tempat pentazkirah.. Rindu rasanya untuk bertemu mata dengan adik-adik di R.S.. Semoga kalian baik2 saja..


..tut tut..tut tut..


"Kak-kak, boleh request nak video & muhasabah sikit tak untuk malam esok? (^_^)"
Tersenyum sendiri dengan request Zahra.. Mungkin inilah hikmahnya, baik dik, insya allah esok akan akak bawakan video untuk kalian..


7.07 p.m: Terdengar deruman enjin kereta di luar rumah.. Hati berbunga-bunga riang.. Biasanya jarang hosmet balik awal begini.. Subhanallah, Alhamdulillah..


Aini: Awak, saya nak kereta..he he..(terus nak kereta, lupa tambah ayat 'pinjam')
Hosmet: Nak pi mana? (hosmet terkulat-kulat depat pintu rumah, terkejut agaknya, belum hilang penat dah kena serang..)
Aini: Surau..(^____^) (sambil kalut2 bersiap,belum lagi dapat izin sudah bersiap-siap seolah-olah sahih dah dapat izin..he he..)
Hosmet: Oo, okey..
Aini: Tenkiu awak.. Nanti saya isi minyak.. (^_^) (dengan pantas menekan-nekan henfon kembali untuk menghantar mesej..)


"Zahra, akak dapat pinjam kete hosmet..insya allah akak sampai jap lagi.. Video muhasabah ea, ok insya allah.."
..sent..
"Ok akak. Relax2. Jangan rush2."
...
"Nanti sediakan speaker untuk akak ea. Ok, akak tak rush..(^_~)"
..sent..
"Ok..(^_^)"


7.15 p.m: Keluar rumah. Sebab ingat pesanan maka memang tak rush tapi drive boleh la nak kata ala rempit. Haruslah akan dirahsiakan dari pemilik kereta berapa halaju drive malam tu..he he..(^_^)
Alhamdulillah, wa syukurillah.. Malam tu selamat sampai ke destinasi, menunaikan amanah, juga pulang dengan hati yang gembira..
Terima kasih hosmet-hosmet ku.. Adik2, terima kasih juga.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dengan balasan yang lebih baik dan lebih banyak.. Yes, uhibbukum fillah, abadan abada.. (^_^)


Kisah ini kenangan manis bagi Aini. Bahagian mana yang manis tu ye? Erm, siapa yang pernah melalui dan sedang melalui semua ini, insya allah pasti mudah untuk memahami dan mengerti.. (^_^)

Ini video muhasabah yang sempat di kongsi dengan adik2.. 


~Tinta 18~

Teman,
Berjanji pada diri agar dirimu berjuang di medan ini.. 

Membawa kemanisan iman, cinta dan jihad abadi..
Lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan Deen Ilahi..
Biar dirimu mati dalam perjuangan kerana kau Muslim sejati..
Biar rebah jasadmu kerana kau Syahid insani..
Dan kau masih berdiri dengan memandang setiap ummah..
Menanti seru pejuang Allah..
Mengikat Ukhuwah menyemai Mahabbah..
Walaupun langkah dan nafasmu kadang-kala lemah..
Ikatlah hatimu dengan janji-janji Allah..
Di sana nanti kan kita julang trofi ‘fisabilillah’..


Q'A: Cecoret ini dedikasi khas untuk hosmet dan semua teman seperjuangan, uhibbukum fillah.. (^_~)