~Tinta Hati~
26 Ramadhan 1429 H/ 26 September 2008
Cuaca pagi ni mendung je…hurm, malam tadi ade pape ke?
Rasa sekejap sangat Ramadhan kali ni…tup2 dah nak masuk Syawal..
9.00 am, edit assignment reaction, check balik kot ade tersalah taip..
10.30 am, planning: go to school with Rai.. nak kna hantar assignment pg ni.
B4 that p ziarah adik2 akrab, kali terakhir tuk Ramadhan thn ni, ucap Selamat Hari Raye, maafkan segala salah silap kekandamu ini..
Settle keje2 …next task, packing..wah2, beg balik kampong seakan tersenyum pada ku…hehe
Tonight: Terminal Bas PB, 11.30 pm, Konsortium Bas Ekspress-Kuantan... J
Kuih raye Maya..check, baju raya Amsyar…check, tudung raya..? Not yet…so ptg ni p ronda pekan sat tengok2 kot brkenan..target- tudung hijau..tema dis year..
Msg naim, jd x kuar dis petang? Response: positive, 3.30 pm…okes…bleh p pos kad raye skali, jgn marah ye cik posmen, xmampu nk p pos awal2… :D
6.00 pm, wah.. penat2…memang btul2 meronda PB td..ni namenye shopping last minit…naim yg sibuk cari tudung biru, k.fizah plak survey baju raye, I n rai jadi tukang komen pilihan2 depa…huhu… tudungku? Xde rezeki…kna p cari kat kuantan nt…
Then went to bazaar…pilihan hati kali ni Nasi Kerabu Klate..
Balik kampus, siap2…buka puasa, solat terawih…
Sat g dah nk kul 11, k.fizah n naim yang baik hati bakal mengiringi kami ke terminal…terima kasih akak n naim.. ;-)
Ya Allah selamatkan perjalanan kami pulang ke kampong halaman…aameen..Semoga Allah permudahkan segala urusan…
SALAM 'AIDILFITRI... ;)
~TINTA 2~
" ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)"
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkannya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana" Surah Luqman: 27 ----- "And if whatever trees upon the earth were pens and the sea [was ink], replenished thereafter by seven [more] seas, the words of Allah would not be exhausted. Indeed, Allah is Exalted in Might and Wise." Surah Luqman: 27
Friday, September 26, 2008
Sunday, September 21, 2008
<< oUr Dua' >>
Once Moosa (AS) asked Allah Ta'ala: "O Allah! You have granted me the honor and privilege of talking to you directly, Have you given this privilege to any other person? Allah Ta'ala replied, "O Moosa during the last period I am going to send an ummat, who will be the Ummat of Mohammed (SAW) with dry lips, parched tongues, emaciated body with eyes sunken deep into their sockets, with livers dry and stomachs suffering the pangs of hunger- will call out to me (in dua) they will be much much closer to me than you O Moosa! while you speak to me there are 70000 veils between you and me but at the time of iftaar there will not be a single veil between me and the fasting Ummati of Mohammed (SAW) O Moosa I have taken upon myself the responsibility that at the time of iftaar I will never refuse the dua of a fasting person"
Q'A: ~mintalah hanya kepada Allah...sesungguhnya Allah amat menyayangi hambanya yang tidak jemu memohon padaNya...Allahurabbi..
Rasulullah
"Rasulullah, paras mukanya manis dan indah,perawakannya sedang,tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek,dengan bentuk kepala yang besar,berambut hitam sekali dan ikal. Dahinya lebar dan rata, diatas sepasang alis lengkung, lebat dan bertaut. Sepasang matanya lebar dan hitam. Ditepi–tepi mata putih kemerahan, kelihatan lebih menarik dan kuat . Pandangan matanya tajam, dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan licin dengan barisan gigi yang bercelah – celah. Jambangnya lebat sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dan kedua–dua belah bahu bidang.Warna kulitnya cerah dan jernih dengan kedua–dua belah telapak tangan dan kakinya yang tebal. Apabila berjalan, badannya agak condong ke hadapan, melangkah cepat–cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran . Pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.Sifatnya yang sangat rendah hati dan ketara. Apabila orang mengajaknya berbicara, dia mendengar berhati –hati, tanpa menoleh orang lain. Dia bukan sahaja mendengar , bahkan duduk menghadap orang itu. Bicaranya sgt sedikit tetapi lebih banyak mendengar.Apabila berbicara, dia bersungguh-sungguh tetapi tidak gemar berjenaka dan bersenda gurau.Apa yang dikatanya selalunya perlu. Kadangkala dia tertawa sampai terlihat gerahamnya. Apabila marah , tidak sampai telihat kemarahannya. Semuanya terbawa oleh kudratnya yang lapang dada, baik hati dan menghargai orang lain. Dia bijaksana, murah hati dan mudah bergaul. Tetapi dia juga bertujuan pasti, berkemahuan keras, tegas dan tidak pernah ragu dalam matlamatnya..."
-Petikan Dari Buku Sirah Rasulullah-
Q'A: Ya Rasulullah..
Memburu LailatulQadar...
Ketika Ramadhan memasuki penggal ketiganya belum ramai yang mempunyai kesedaran untuk bangkit menggandakan amal ibadah. Tetapi bila sahaja tiba 10 malam terakhir, kita seakan terdorong secara automatic untuk bangun qiamullail, menggandakan doa (macam-macam doa pula yang lahir masa ni), menambahkan kuantiti bacaan al-quran, meningkatkan kualiti solat dan lain-lain lagi yang kalau boleh semuanya ingin ditingkatkan (tidak termasuk meningkatkan kuantiti tidur).
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan Nabi s.a.w kepada isteri tercinta Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Inilah tugas utama kita di 10 malam terakhir Ramadhan. MEMOHON KEAMPUNAN. Kalau boleh, kesalahan yang paling kecil pun semuanya kita pohon ampun. Terambil duit adik tanpa kebenarannya pun pohonlah ampun. Silap-silap itu masuk kategori mencuri. Apatah lagi dosa-dosa yang nyata disebutkan hukumannya dalam al-Quran. Jangan kita lupa, janji Allah itu pasti. Setiap pekerjaan anak Adam itu ada balasannya. Tidak termampu untuk kita menanggung azab nerakaNya kelak.
Jadi bagaimana nak pastikan kita ‘dapat’ atau tidak malam lailatulqadar? Banyak tanda-tanda yang telah diceritakan kepada kita. Tidak perlulah dihuraikan lagi. Sudah dipastikan ia hadir pada 10 malam terakhir Ramadhan. Masa sekolah rendah dulu ustazah saya pernah cerita kisah seorang pemuda yang mandi pada waktu malam di sebatang sungai. Kebetulan malam itu malam lailatulqadar, semua pohon sujud dan merendahkan dahannya. Pemuda itu menyangkut bajunya pada sebatang pokok yang sujud ketika itu. Selepas mandi pemuda itu terkejut kerana bajunya tadi sudah berada di puncak pokok. Terhairan-hairan pemuda itu memikirkan keajaiban yang berlaku. Sudahlah mandi air yang hampir sejuk beku, baju pula tak ada (sian kat dia...) Lebih menyedihkan lagi, pemuda tersebut langsung tidak menyedari malam itu adalah malam lailatulqadar. Akhirnya dia terlepas peluang pahala ibadat selama 1000 bulan. Cerita ini sebenarnya satu motivasi buat kita untuk sama-sama memburu lailatulqadar. Memetik tulisan Ustaz Zaharuddin “Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.”
Waktu berkat lagi makbul lailatulqadar tidak terhad kepada beberapa saat atau minit atau jam, kerana ia adalah luas sepanjang malam, firman Allah:
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
Beribadahlah dengan seikhlasnya di 10 malam terakhir ini. Hakikatnya lailatulqadar adalah HADIAH DARI TUHAN MAHA PENYANYANG buat hamba yang sentiasa berusaha tanpa jemu untuk mencapai redha Allah. Semoga kita semua sama-sama berusaha untuk mendapat keampunan dari Allah swt. Allahuakbar…

Wednesday, September 17, 2008
Qalam 'Aini dan Nuzul Quran.. :)
Bismillaahirrahmaanirrahiim.....
... Nuzul Quran 17 Ramadhan 1429 Hijrah akhirnya dipilih sebagai tarikh bermulanya nukilan Qalam pertama di blog ini... Actually dah lama mengidam blog sebegini (blog yang bakal msk dlm list istiqamah..insyaallah)...dulu kejap ade, kejap xde.. Selama ni duk pantau-pantau, tengok-tengok, tenung-tenung je (tenung? Hurm..) blog sahabat2 dan blogger2 lain...terdetik dalam hati, “bila lagi...?” So...inilah dia. Qalam ‘Aini. Semoga tulisan2 yang di post disini bakal menyumbangkan sedikit manfaat buat pembaca.. Kepada blogger2 yang sudah lama dlm bidang keje ni, harap bleh la beri tunjuk ajar.. ;)...
~Tinta Hati~
17 September 2008 /17 Ramadhan 1429 Hijrah:
2.15 am bgn..amik wudhuk..td pas terawih trus syahid... :D
2.30 am, kat depan PC...menelaah nota2 yang di post oleh dr.zainal n dr.thye..
On printer, print nota jap...
Tgk jam, smentara tu sempat lg nk explore ni...belayar...belayar lg...
Siap print, bace nota,study...buzz! msg dari lily, xleh nk upload tutorial..
Minta checkan e-learning...hurm, buke jap..
mmg dr.zainal dah tutup function upload...
Msg lily, kena gna email la jawabnye...response: upset...sabar ye lily...
kul 4.45 am...Kuar, amik wudhuk...erm, erm, nak sahur pe ye?
Tgk kt ‘kaunter’ makanan...ade roti, kurma...alhamdulillah...
Solat..
Tgk jam, alamak, kul 5.30 am...kelam kabut sahur...
6.00 am, kendiri...kejut rumate, solat Subuh...bace Quran..
Kemas2 meja, buku2, ala2 nak ready p kuliah je kan..tp pastu...ermm..
9.30...solat dhuha (7.30 am – 8.30 td....syahid jap... :D)
P bilik nad...kul bpe nk kuar? Shoping baju tuk Amsyar..hehe...
Planning, pas zohor, moto kak fizah...okes...set...
Xsabar nk drive, hehe...1st time dpt moto kak fizah la kan...thanx akak...
Pas zohor, smbil tgu nad...spend time for reciting quran...then tulis blog jap...
Smoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ni... ;)
TINTA 1...
~Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".[Al Kahfi 18:109]~

Subscribe to:
Posts (Atom)