Thursday, October 30, 2008

Cerita kita dan sembahyang


Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita

lewatkan sembahyang kita ya

Jika berpuasa
Amalan kita

direct terus padaNya

Tapi

Jika bersembahyang

Ada posmen pula

Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya...

Setiap kita ada malaikat

Malaikat yang hantar amalan sembahyang
kita

Pada Ilahi


Untuk sampaikan amalan kita

Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit

Dimana setiap penjaga tol,

Kroni malaikat juga


Jika sembahyang di awal waktu

Tolnya "free"

Sekatan tol tiada

Tiada "jem"

Malaikat terus sampaikan amalan pada
Tuhan

Untuk dinilaikan


Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah...
Di langit pertama,

Penjaga tol marahkan posmen kita

Kenapa lewat poskan amalan kita

Merayu-rayu posmen malaikat kita

Minta diberi laluan

Tetapi... penjaga langit pertama

Tidak heran

Dicampakkan amalan lewat sembahyang
tadi ke bumi

Maka..

Jatuh berdera...

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita

Satu persatu dikutip

Sambil terus merayu untuk ke lapisan
langit ke-dua


Dilangit kedua,

Samalah juga,

Bebelan malaikat kerana lewat hantar
amalan

Merayu lagi kawan kita

Tak dipedulinya

Lalu dilemparkan amalan lewat
sembahyang kita tadi

Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita

Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita
pada Tuhan


Dilangit ketiga,

La... Kena basuh lagi malaikat posmen
kita

Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi

Terus dibaling amalan kita

Jatuh berderai amalan kita

Tak ade nilai...

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..

Tak sampailah amalan kita kepada Allah

Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka...

Bersedialah kita menerima
pembalasannya

Tak di dunia di akhirat pula

Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,

Ujian bertimpa-timpa


Ish...

Tak berbaloikan kita buat amal

Tapi tak sampai

Dahlah tu

Tak de nilai

Kena azab lagi nanti


Ya Allah...

Ampunkan kami...

Kerana lalai...

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang

Jadikan hati kami

Suka sembahyang di awal waktu

Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan

Biarlah kami gawat di dunia

Agar kami tidak gawat lagi

Di hari akhirat kelak.


Aameen

Sunday, October 26, 2008

Selamat Menempuh 'Final Exam'



Assalamualaykum dan Salam Sejahtera...
Kepada semua pelajar yang bergelar MAHASISWA dan MAHASISWI...saya mengucapkan

"Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir dan Selamat Maju Jaya..."

Berusahalah dan terus berusaha hingga ke saat akhir...Semoga kejayaan milik kita semua... Aameen
~All The Best!~

Regards,
Qalam'Aini :)

Sehari di kedai Ibu, bagai ayam dengan itik

~RePost From old blog~ :)


“Pot pot ayamm…pot pot ayamm…?” dia terus mengulangi perkataan itu sambil memandangku dengan senyuman. Tangannya turut diangkat ke atas seakan-akan memegang sesuatu. Sebentar tadi dia mundar-mandir di dalam kedai mencari barang yang ingin dibelinya. Aku hanya memerhatikan gelagatnya itu dari kaunter. Setelah tidak bertemu dengan apa yang dicari barulah dia membuka mulut untuk bertanya. Aku terdiam sebentar, memikirkan apa maksud perkataannya itu. Mungkin aku tersalah dengar. Aku hanya faham perkataan akhirnya iaitu ‘ayam’. “Err, daging ayam ke?” tanyaku. Dia terdiam. Aku mengagak, dia tidak faham perkataanku. Dua hari lepas, pemuda itu datang membeli di kedai ibu. Katanya mahu beli daging. Terus ibu menuju ke peti sejuk beku untuk mengambil daging yang di mahukan. “Nak berapa kilo?” tanya ibu. Dia memandang ibu yang sedang memegang daging dengan wajah kehairanan. “Bukan makcik. Bukan yang itu. Daging, daging ada?” dia menutur satu satu. Ibu jadi hairan. Di tangannya itulah daging...


Pemuda itu terus masuk ke dalam kedai meninggalkan ibu yang kebingungan di depan peti. Dia cuba mencari sendiri barang yang dimahukan. Dia mendekati satu rak di bahagian belakang kedai dan mengambil sesuatu. “Ini, yang ini makcik..” dia tersengih sambil memegang sebuah kotak kecil berbentuk segiempat. “Oh, yang itu belacan…” ibu tergelak kecil. Geli hati melihat gelagat pemuda itu yang sudah menggaru-garu kepalanya. Rupanya dia sudah tersalah sebut tadi. Hari ini dia datang untuk membeli barangan dapur lagi. Mungkin tiba gilirannya untuk memasak untuk teman-teman serumahnya. Biasanya pada hari yang lain, temannya yang akan datang ke kedai untuk membeli barang. Temannya lebih fasih berbahasa Melayu berbanding dia. Mereka warga Kemboja. Baru beberapa bulan bekerja di felda ini.

Pemuda berkulit cerah itu memandangku sambil tersenyum. Ku kira umurnya mungkin sebaya denganku. Masih muda tetapi sudah merantau jauh ke negeri orang demi mencari sesuap nasi. Mereka bekerja sebagai buruh kontrak dengan pihak FELDA. Sejak aku mula cuti semester dua minggu lepas, ramai juga warga asing yang singgah di kedai. Sebahagian besar dari mereka ialah warga Acheh. Setahuku mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas mangsa tsunami Acheh. Walaupun tidak mempunyai permit, warga2 Acheh ini diberi peluang istimewa oleh kerajaan Malaysia untuk bekerja di negara ini. Mereka sangat rajin bekerja. Kadang-kadang mereka turut mengambil upah untuk mengubahsuai rumah apabila diminta oleh penduduk2 sekitar. Jika mereka dibandingkan dengan pemuda2 di felda ini, mereka jauh lebih rajin. Ramai anak2 felda yang rajin bekerja dan beroleh kejayaan yang membanggakan tetapi tidak kurang juga mereka yang hanya duduk goyang kaki di rumah dan tidak mahu bekerja. Bak kata org nogori 9, abihkan boreh jo… Seringkali aku lihat anak2 muda melepak dan membuang masa di sekitar felda ini, ‘merewang’ ke sana ke mari dengan motor kapcainya. Itulah anak2 felda, anak2 melayu. Mereka leka dengan kemewahan dan kesenangan hidup. Aku ingin melihat semua ini berubah. Aku ingin melihat anak2 felda berjaya dalam kehidupan. Bagi anak2 Felda yang sudah berada di lapangan yang mereka pilih...teruskan usaha, semoga kejayaan milik kita. Tuhan, kurniakanlah kami petunjukmu agar kami tidak terus hanyut dalam kesenangan dan keamanan ini. Jadikanlah kami umat yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.

Berbalik kepada kisahku ini.. aku memandang wajah pemuda itu sambil berfikir. Terus ku capai satu tin sardine di rak bersebelahan. “Awk nak beli ni ke?” jari telunjukku menunjuk kearah gambar ayam jantan pada tin itu. Mungkin dia mahu beli sardine cap ayam, fikirku. Dia tersenyum dan mengangguk, “pot pot ayamm, pot pot ayamm..” dia mengulang perkataan itu. “Oo, awk nak beli sardine ni ye?” tanyaku sambil menghulurkan tin sardine itu kepadanya. Kali ini dia menggeleng. Aku jadi pening. Tadi dia mengangguk, sekarang menggeleng pula. Mujurlah ketika itu tidak ramai pelanggan di kedai. Tiba2 dia terus meluru kearah sebuah rak di baagian belakang kedai di mana tempat barangan kering disusun. “HA, ini…!” tangannya menggenggam sebiji telur ayam sambil tersengih kepadaku. Dadaku terasa lapang. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Setelah dia membayar dan pergi, ibuku masuk ke dalam kedai. Kuceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Ibuku tergelak mendegarnya. “Budak yang seorang ini memang tak berapa pandai cakap bahasa Melayu. Tapi kawan-kawannya yang lain pandai sikit. Akak kena la belajar nak faham bahasa mereka tu,” jawab ibu sambil tersenyum. Aku tergelak kecil.

Nampaknya semester depan, aku perlu tambah lagi 2 unit untuk belajar bahasa asing..erm, tapi apa pula nama bagi bahasa Negara kemboja ye? Hurm….:D Kalaulah mindaku ini genius seperti Zaid Bin Tsabit, semuanya pasti senang. Dalam masa 2 minggu saja, sudah boleh kuasai bahasa Ibrani; bahasa kaum yahudi dan dalam masa 17 hari pula boleh kuasai bahasa Suryani. Semua ini dilakukan demi menyebarkan dakwah Islamiyah. Alangkah hebatnya para sahabat. Bila aku teringat semula kejadian dengan pemuda kemboja itu, aku tersenyum sendirian. Terdetik di hati, beruntungnya siapa yang dapat menguasai banyak bahasa, sebagai pelaburan di dunia dan akhirat…Allahuakbar…

Q'A: ~buat ibuku dan kedai barunya, "SELAMAT MAJU JAYA" he he... :)

Monday,30 June, 12.22 am.

Sunday, October 19, 2008

Ukhuwah is Playing Together...

19th October 2008/ 19 Syawal 1426H

6.00 am, wake up! U r late aini...
take a shower, ablution, fajr prayer..

6.30 am, oopss, forgot to ring2 my akrab sisters...we got a fantastic plan 2day...akrab matter…
"Salam..m0rning.. dah solat subuh blum?? Nt jumpa kat pondok kul 7. Lepas riadah kita p sarapan sama2 k.. ;)"...message sent...

Err ,why not I invite the other fellas...the more the merrier...yeah!
6.45 am, "Salam, morning! Jom p riadah. Men bola keranjang. Jom la. Nt tgu kat pondok kul 7."...message sent...

Hurm...wut to bring 4 pengisian? I wondering alone...well, this time shud b very 'santai'...so, decide not to bring anything.

7.00 am, arrive at pondok lembaran...someone already arrive earlier then me...she is my dear akrab sis, roslina 1st year...very punctual she is. I took a sit vis-a-vis to her.
While waiting 4 others we have a chat...a charm n warm kelantanese girl...im very comfortable with her, since we use the same 'slang klate'..hehe..chit chat..chit chat...7.10...7.15...7.20...7.30...
Finally everybody's here,

me, na (civil 1st yr), wana(chem 3rd yr), na'imah(material 2nd yr), kak long (polymer 2nd yr), ila (material 2nd yr), wani (electronic 1st yr),niza (civil 2nd yr), fa (civil 2nd yr), ana (civil 2nd yr), am (civil 2nd yr)..

Looks like im surrounded wif sophomores...Shud be more seniors, but most of them cant make it..its ok, we r still gonna enjoy the game 2day...afterall these fellas r very sporting to join d game...'semangat'...hehe

7.35 am, after walking and talking, we arrived at kompleks sukan...it is a very beautiful morning, the bright sunshine, the warm-cool weather, the green field even i can feel the morning breeze...very fresh n harmony...yeah..


We r gonna play BASKETBALL..hehe..Ila lead us for warm up session...everyone look excited to play...Before that we have a 'taaruf' session...a simple-short session to introduce urself..yes, some of us never meet before...followed by a short briefing by me...hehe, as if I’m a basketball professional, sort of never happen d...but still someone need to in charge the briefing, and it is me. The briefing ended with, "this is not NETBALL, so don’t do the don’t okay..u r free to move, run, grab the ball, and shoot!"

The game begin. Group 1 vs Group 2. They really enjoy the game. im the jury+observer+photograper+cheerleader...hehe. Why? Coz they said it is not fair if i join any group...wah...not fair for me. Who cares, next time im gonna be the 1st player (im very ‘degil’ one..). Somehow I missed those time when I was in Sport n Recreation Exco…I enjoy all games every week …it’s indeed a very sweet memory… ;)

8.10 am, we r all exhausted...the game end. 9-7, that’s the result. We went to cafe lembaran to have a breakfast. The gewd news is, na'imah gonna treat us! Thanx na'imah...u r a very bounteous girl.

I've had roti canai+milo panas...'sedap bangattt..' (bcoz of treat also, the deliciousness increase.. :D) also having kinda short discussing pertaining the bcoming final exam...i shared sumthing, they shared other thing...we shared a lot of things…and then..and then...and so on…there’re a lot to talk about, but not enough time,full stop.

9.00 am, finish already...Alhamdulillah…dismissed. Ukhwah fillah Abadan abada…thanx to ALL…
“Kasih bertaut, Cinta bersemi”
~Hope we can spend time together( with other friends also) again next time…deep in my heart I felt the bliss… ;)

~Tinta 4~
Pesan luqmanul hakim.....”Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga”

Thursday, October 16, 2008

Warkah Dari Adam Untuk Hawa

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa...

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.


Q'A: Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Saturday, October 4, 2008

Satu Hari Di Hari Raye

~Tinta Hati~
Satu Hari Di Hari Raye…

Alhamdulillah, akhirnya tiba jua Syawal yang ditunggu… :D
Ramadhan telah berlalu meninggalkanku, semoga kite bertemu lagi pd tahun hadapan…insyaAllah.

7.30am, dr ruang tamu (sempat test kuey raye smbil mngemas)masuk ke dapur, ma sedang siap2kan juadah Raye kali n; SOTO…wah2 sedapnye bau…ades, xleh makan lagi…sabar2, akanku serang pas smayang raye nanti…hehe

Adik2 dh ready, smua nmpk sepesen arini ek…hijaunye..
8.00am, bertolak ke Masjid Al-Hidayah Chini Timur
Sayup2 dah dengar takbir, waduh2, syahdunye...sebak terasa..

Dah lame x masuk masjid ni, byk dah berubah, ruang solat muslimat pun dah luas 2 kali ganda, cantik..
Masuk je, nampak muka makcik2 yg dh lame xjumpe, senyum mereka tetap sama manisnye, cuma raut wajah dh nmpk berbeza…ade jg yang still awet muda..mintak tips makcik… :D..cari2 tempat, alhamdulillah, dpt saf petama…

9.00am, dah nak mula smayang sunat aidilfitri, Tok Imam Mat Zain pulak yang kena jmput pemuda2 kat luar tu masuk dalam masjid..siap announce lagi..ish2, xkan tu pun nk kena suruh kot…smayang raye paksa rela ke ni…hurmm…

Time khutbah, wah.. bersemangat betul ustaz ni bace…klu selalu dengar khutbah mcm ni, leh insaf setiap hari…tp setahun skali je pun dgr khutbah...
Sepanjang khutbah sehabis daya cuba nak dgr ngn khusyuk. Ye la, kat belakang dah macam2 bunyi yang keluar. Makin lame makin ramai yang bercakap. Segan juga sbb bahagian muslimin xdela bunyi riuh macam ni…fuh..tetiba makcik kat sebelah yang dari td diam bersuara,

“Ish2 bisingnya depa ni. Depa xtau kot masa dengaq khutbah xleh bercakap..kan?”

Aku hanya mampu senyum dan angguk2 saje. Mujur aku x terlepas jawab. Aku plak yang rase malu. Xdapat den nak nolong makcik, makcik pun dah sama2 terjoin group yang bercakap ni ha…

Dalam area kul 10.00am, sampai umah. Dah penuh kwn2 abah datang. Alamak, cepatnye dorang ni..
So, masuk dapur, buat keje…nmpknye arini xleh kemana2 , jd waiter kt umah je. Esok, I plak yang pegi beraye naa…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… ;)

~TINTA 3~

Dari Iyas b Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: "Aku pernah menyaksikan Mu'awiyah b Abi Sufyan yang sedang bertanyankepaad Zaid b Arqam. Dia bertanya: "Apakah engkau menyaksikan Rasulullah saw menghadiri dua Hari Raya (hari 'Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?" Dia menjawab: "Ya" Mu'awiyah bertanya: "Lalu apa yang baginda kerjakan?" Dia menjawab: "Baginda mengerjakan solat 'Ied, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda:"Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat."

Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, Kitab Al-sholah:904