“Pot pot ayamm…pot pot ayamm…?” dia terus mengulangi perkataan itu sambil memandangku dengan senyuman. Tangannya turut diangkat ke atas seakan-akan memegang sesuatu. Sebentar tadi dia mundar-mandir di dalam kedai mencari barang yang ingin dibelinya. Aku hanya memerhatikan gelagatnya itu dari kaunter. Setelah tidak bertemu dengan apa yang dicari barulah dia membuka mulut untuk bertanya. Aku terdiam sebentar, memikirkan apa maksud perkataannya itu. Mungkin aku tersalah dengar. Aku hanya faham perkataan akhirnya iaitu ‘ayam’. “Err, daging ayam ke?” tanyaku. Dia terdiam. Aku mengagak, dia tidak faham perkataanku. Dua hari lepas, pemuda itu datang membeli di kedai ibu. Katanya mahu beli daging. Terus ibu menuju ke peti sejuk beku untuk mengambil daging yang di mahukan. “Nak berapa kilo?” tanya ibu. Dia memandang ibu yang sedang memegang daging dengan wajah kehairanan. “Bukan makcik. Bukan yang itu. Daging, daging ada?” dia menutur satu satu. Ibu jadi hairan. Di tangannya itulah daging...
Pemuda itu terus masuk ke dalam kedai meninggalkan ibu yang kebingungan di depan peti. Dia cuba mencari sendiri barang yang dimahukan. Dia mendekati satu rak di bahagian belakang kedai dan mengambil sesuatu. “Ini, yang ini makcik..” dia tersengih sambil memegang sebuah kotak kecil berbentuk segiempat. “Oh, yang itu belacan…” ibu tergelak kecil. Geli hati melihat gelagat pemuda itu yang sudah menggaru-garu kepalanya. Rupanya dia sudah tersalah sebut tadi. Hari ini dia datang untuk membeli barangan dapur lagi. Mungkin tiba gilirannya untuk memasak untuk teman-teman serumahnya. Biasanya pada hari yang lain, temannya yang akan datang ke kedai untuk membeli barang. Temannya lebih fasih berbahasa Melayu berbanding dia. Mereka warga Kemboja. Baru beberapa bulan bekerja di felda ini.
Pemuda berkulit cerah itu memandangku sambil tersenyum. Ku kira umurnya mungkin sebaya denganku. Masih muda tetapi sudah merantau jauh ke negeri orang demi mencari sesuap nasi. Mereka bekerja sebagai buruh kontrak dengan pihak FELDA. Sejak aku mula cuti semester dua minggu lepas, ramai juga warga asing yang singgah di kedai. Sebahagian besar dari mereka ialah warga Acheh. Setahuku mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas mangsa tsunami Acheh. Walaupun tidak mempunyai permit, warga2 Acheh ini diberi peluang istimewa oleh kerajaan Malaysia untuk bekerja di negara ini. Mereka sangat rajin bekerja. Kadang-kadang mereka turut mengambil upah untuk mengubahsuai rumah apabila diminta oleh penduduk2 sekitar. Jika mereka dibandingkan dengan pemuda2 di felda ini, mereka jauh lebih rajin. Ramai anak2 felda yang rajin bekerja dan beroleh kejayaan yang membanggakan tetapi tidak kurang juga mereka yang hanya duduk goyang kaki di rumah dan tidak mahu bekerja. Bak kata org nogori 9, abihkan boreh jo… Seringkali aku lihat anak2 muda melepak dan membuang masa di sekitar felda ini, ‘merewang’ ke sana ke mari dengan motor kapcainya. Itulah anak2 felda, anak2 melayu. Mereka leka dengan kemewahan dan kesenangan hidup. Aku ingin melihat semua ini berubah. Aku ingin melihat anak2 felda berjaya dalam kehidupan. Bagi anak2 Felda yang sudah berada di lapangan yang mereka pilih...teruskan usaha, semoga kejayaan milik kita. Tuhan, kurniakanlah kami petunjukmu agar kami tidak terus hanyut dalam kesenangan dan keamanan ini. Jadikanlah kami umat yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.
Berbalik kepada kisahku ini.. aku memandang wajah pemuda itu sambil berfikir. Terus ku capai satu tin sardine di rak bersebelahan. “Awk nak beli ni ke?” jari telunjukku menunjuk kearah gambar ayam jantan pada tin itu. Mungkin dia mahu beli sardine cap ayam, fikirku. Dia tersenyum dan mengangguk, “pot pot ayamm, pot pot ayamm..” dia mengulang perkataan itu. “Oo, awk nak beli sardine ni ye?” tanyaku sambil menghulurkan tin sardine itu kepadanya. Kali ini dia menggeleng. Aku jadi pening. Tadi dia mengangguk, sekarang menggeleng pula. Mujurlah ketika itu tidak ramai pelanggan di kedai. Tiba2 dia terus meluru kearah sebuah rak di baagian belakang kedai di mana tempat barangan kering disusun. “HA, ini…!” tangannya menggenggam sebiji telur ayam sambil tersengih kepadaku. Dadaku terasa lapang. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Setelah dia membayar dan pergi, ibuku masuk ke dalam kedai. Kuceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Ibuku tergelak mendegarnya. “Budak yang seorang ini memang tak berapa pandai cakap bahasa Melayu. Tapi kawan-kawannya yang lain pandai sikit. Akak kena la belajar nak faham bahasa mereka tu,” jawab ibu sambil tersenyum. Aku tergelak kecil.
Nampaknya semester depan, aku perlu tambah lagi 2 unit untuk belajar bahasa asing..erm, tapi apa pula nama bagi bahasa Negara kemboja ye? Hurm….:D Kalaulah mindaku ini genius seperti Zaid Bin Tsabit, semuanya pasti senang. Dalam masa 2 minggu saja, sudah boleh kuasai bahasa Ibrani; bahasa kaum yahudi dan dalam masa 17 hari pula boleh kuasai bahasa Suryani. Semua ini dilakukan demi menyebarkan dakwah Islamiyah. Alangkah hebatnya para sahabat. Bila aku teringat semula kejadian dengan pemuda kemboja itu, aku tersenyum sendirian. Terdetik di hati, beruntungnya siapa yang dapat menguasai banyak bahasa, sebagai pelaburan di dunia dan akhirat…Allahuakbar…
Q'A: ~buat ibuku dan kedai barunya, "SELAMAT MAJU JAYA" he he... :)
Monday,30 June, 12.22 am.
No comments:
Post a Comment