Monday, December 29, 2008

Rindu.. relaku terima

~Tinta Hati~
1 Muharram 1430H / 29 Disember 2008





Rindu menggamit kembali, ingin bertemu mata, bertepuk tampar, bergelak ketawa di rumah ‘member2’, makan ABC bersama- bertanding makan pisang goreng dan keropok lekor, jalan-jalan cari makan di megamall juga gedung harian di pekan atau ronda-ronda di pekan sehari dan sambung makan2 di rumah mana2 cikgu yang kita suka...

Juga kurindu suatu saat dulu, masa bersama teman2 Aras 12 Hadhari- geng johan futsal itu, jalan-jalan cari pasal di padang depan blok B yang pelajar perempuan lain tak pernah terfikir nak turun ke situ, kisah makcik karipap yang hanya jual karipap di tingkap2 blok selain aras satu- dan respon kita masa tu ialah makcik tu confirm terer abseiling, kroni2 surau yang sempoi tak pernah lihat- satu kejayaan yang modalnya hanyalah ikatan silaturrahim yang erat...

Aku juga sangat merindui sekumpulan kadet2 yang hebat, tika itu kita sanggup dan rela menempuh apa jua cabaran yang datang, lagu2 patriotik tak lekang di bibir, saat2 ‘mental’ diugut, detik ‘menjunjung kasih’ bersama stayer kesayangan, makan ransum yang dimasak sekreatif kita, tidur dalam ponco ketika hari hujan- ponco pula kat bawah bukit sama saja macam tidur dalam sungai, hero2 yang hebat masa lari 5km bersama stayer 3kg dan backpack 7kg di belakang- sudah tentu kamu semua tak ada masalah nak lari 15km sekarang kan..Aku pasti, semangat juang kamu semua semakin mantap, teruskan perjuangan!

Realitinya aku merindui insan2 yang pernah mencorak hidupku. Kisah2 yang lain itu semua tak mampu kutaip disini. Ini cuma selembar kisah dari sepasang baju yang sedang dalam proses untuk disiapkan.

Sekarang, kita terpisah dek sempadan Negara, negeri, daerah, kampong, sekolah, institusi, kampus, blok kediaman…

Hakikatnya, kita tidak pernah memisahkan ikatan persahabatan ini, juga silaturrahim yang erat ini. Kita cuma meneruskan perjuangan hidup di medan yang berbeza, pekerjaan yang berbeza, pendidikan yang berbeza, hanya secara fizikal kita tidak bersama. Jika kita perlu berubah kearah yang lebih baik, teruskanlah. Allah tidak akan mengubah hidup sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha ke arah itu- rujuk Al-Quran 13:11. Aku sentiasa menginginkan detik2 pahit manis itu kembali lagi, kuharap kamu juga begitu..

Buat insan2 yang SEPERJUANGAN sekarang, sekampung, senegeri, senegara, sebilik, seblok, sekampus, seuniversiti, ringkasnya seBumi, setakat ni aku tak ada kawan di planet lain- ;) - aku amat menghargai kalian dalam hidupku. - (post ini memang emosi la...teruskan baca)


JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA PRESTASI


Ikhlas Dariku (Dipetik dari Album Dibawah Satu Cahaya- Akil Hayy)- ini lagu syahdu bangat ;)


Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga


jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan Aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..


Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..


SALAM MAAL HIJRAH!
Jom puasa sunat di bulan Muharram, puasa paling utama selepas Ramadhan.

~Tinta 6

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

6 comments:

Anem Arnamee said...

Salam maal hijrah..
salam ziarah..


rindu itu mndidik kita erti sabar..
apabila kita 'kehilangan', rindu akan datang, dan apabila kita 'memiliki ' biar pun sementara, rindu itu akan pergi..kerana..
rindu itu adalah anugerah..

salam ukhwah..=)

Qalam'Aini said...

@arnamee:
salam ukhwah (^_^)
teringat bait2 nasyeed dr kumpulan hijjaz "rindu itu adalah anugerah dr Allah, insan y berhati nurani punyai rasa rindu, rindu pd kedamaian, rindu pd ketenangan, rindukan kesejahteraan dan jg kebahagiaan.."

ya, rindu adalah anugerah...

Anonymous said...

You have really great taste on catch article titles, even when you are not interested in this topic you push to read it

Anonymous said...

hi everybody


just signed up and wanted to say hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.

Anonymous said...

Howdy

It is my first time here. I just wanted to say hi!

Anonymous said...

Family Guy