Saya belajar mengenal solat bermula ketika saya berumur 8 tahun. Sebelum umur itu, saya tak pernah solat melainkan ‘main-main aje’ atau ‘sambil kacau mak atau nenek’, (sekarang adik pula yang kacau saya solat, dengan telatah lucunya). Bermula umur itu, saya mula solat fardhu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Ketika tu saya masih lagi ‘miss’ waktu solat tertentu, ikut tahap ‘kesibukan’ juga. Kalau sibuk sangat bermain, biasanya solat asar akan ‘burn’. Kalau malam tu penat sangat (sebab pegi ‘derak’ rumah kawan2, atau ronda2 main satu kampong) solat isyak juga akan ‘burn’. Itulah umur 8 tahun saya. Sape2 yang masih lagi ‘burn’ solat sekarang ni, samalah level ngn budak umur 8 tahun tu.hm. Beruntunglah bagi sahabat2 yang sudah dilatih solat secara berdisiplin sejak dari kecil.
Sejak saya mula solat, selalu saja saya fikir, kenapa saya kena solat arah ini, bukan arah itu? Boleh tak saya nak solat arah yang saya suka, depan tv atau mana2 tempat yang best…kenapa ya? Kan solat tu kita sembah Allah…Allah ada di mana2 pun. Itulah dilemma saya ketika itu.
‘Ajaran Islam melarang ummatnya menyembah berhala dan makhluk lainnya, tetapi mengapa ummat Islam bersujud kearah Kaabah dalam solat?’
Jawapan yang saya kumpul:
Kaabah adalah Kiblat; iaitu arah Ummat Islam ketika solat. Adalah penting untuk kita tahu bahawa walaupun ummat Islam solat menghala kearah Kaabah, tetapi mereka tidak menyembah Kaabah. Umat Islam hanya tunduk dan sujud menyembah Allah yang satu.
Firman Allah,
“Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kea rah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan” Al-Baqarah:144
Islam Menyeru Ke Arah Kesatuan
Seperti kisah dilemma saya itu, Muslim yang lain juga mungkin berkeinginan untuk solat kearah yang masing2 sukai, ada yang mahu solat kearah utara, yang lainnya pula mahu solat kearah selatan. Demi kepentingan kesatuan umat Islam dalam menyembah Allah yang Esa, walau di mana pun mereka berada, mereka diperintahkan untuk menghala kea rah satu arah saja iaitu Kaabah. Bagi umat Islam yang di sebelah Timur seperti kita di Malaysia, akan solat menghala kearah Barat kerana Kaabah berada di Mekah, arah Barat dari Malaysia. Bagi yang berada di Afrika, mereka akan solat kearah utara kerana Mekah berada di utara Benua Afrika.
Dalam Peta Dunia, Kaabah didapati berada di Tengah-tengah
Penemuan ini adalah oleh ahli kartografi barat, mereka sudah berjaya membuktikan bahawa Kaabah berada betul2 di tengah peta dunia. Bermakna umat Islam menghalakan wajah mereka ke arah pusat dunia setiap hari. Menakjubkan! Kalau nak tengok lagi jelas, boleh ‘search’ di YouTube..
Tawaaf Mengelilingi Kaabah sebagai Tanda Mengesakan Allah
Apabila umat Islam pergi ke Masjidil Haram (moga saya berpeluang ke sana suatu hari nanti), mereka akan tawaf keliling Kaabah. Perbuatan ini adalah simbolik kepada keyakinan dan kepercayaan terhadap Allah yang Esa kerana setiap bulatan hanya mempunyai satu pusat, begitu juga dengan Tuhan yang disembah, Allah hanya Satu.
Bilal berdiri di atas Kaabah ketika Azan
Pada zaman Rasulullah s.a.w, bilal berdiri di atas Kaabah dan azan di situ sebagai tanda masuk waktu solat. Secara logiknya, jika Kaabah itu yang disembah, mengapa penyembahnya boleh sampai berdiri (memijakkan kaki) di atas benda yang disembah?
Sekarang, jelaslah bagi saya sendiri, sebenarnya saya tidak pernah menyembah Kaabah ketika solat, Rasulullah juga tidak pernah menyuruh umatnya menyembah Kaabah, tapi apa yang disembah ialah Allah yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam. ‘Check’ balik niat kita masa solat, biar ia sampai ke dasar hati yang tulus, menghadap pencipta kita Allah yang Esa. Semoga telah jelas apa yang keliru, semoga bertambah sedikit ilmu bagi yang baru tahu.
Fikir2 dan renung2kan…
Lakaran Struktur Kaabah. Seperti sebuah kotak je...
Raja Arab menziarahi Kaabah
Dari dalam Kaabah sebenar. Tiada yang mencurigakan...
No comments:
Post a Comment