12 JamadilAkhir 1430/ 6 Jun 2009
Beg biru yang sarat marat penuh dengan buku-buku ilmiah itu kutenung. Terbayang di minda hari pertama di Paka ni, sesak nafas juga nak angkat beg tu... Baru dua buah buku yang dibelek, baca pun separuh jalan.
Ku pandang satu senarai to do tertampal di almari pakaian yang berwarna kuning ceria. Kelihatan semakin suram warnanya, hanya dihiasi satu tanda right… Yang tak tanda ada berderet lagi. Tugasan penting. Aisyh..
Blog peribadi? Dah bersawang agaknya.
…Buka buku log latihan industrI... ‘No Problemo’. Setiap hari mesti ada coretan yang menarik. Mesin-mesin di dalam otak sentiasa berputar ligat mengarahkan jari jemari untuk memenuhkan buku log itu dengan catatan-catatan harian…macam Steam Turbine tu. Banyak perkara dapat belajar sepanjang di SJSI. Memang banyak. Kawasan SJSI dekat dengan pantai, suasananya fresh je... Ada hari free sikit , ada hari yang full, juga banyak perkara menarik berlaku (^_^)
Dua bulan lepas…
“Aini… awak tahu tak pakcik saya pesan apa masa gi LI nanti…” Teman bilikku itu tersengih-sengih memandangku, baru sebentar tadi dia bercakap dengan pakciknya di telefon. Sejak aku mengenalinya aku lihat dia memang rapat dengan pakciknya yang seorang itu. Ketika itu pakciknya sedang berada di luar Negara kerana urusan kerja. “Hmmm…dia pesan apa?” Tanganku yang sibuk membelek kertas-kertas di atas meja sejak tadi terhenti. Aku memandang wajahnya untuk mencari jawapan, tersenyum melihat sengihnya yang penuh makna. “Jangan jatuh cinta masa LI nanti tau…” Dia mengulang ucapan pakciknya. Aku tergelak, kami sama-sama ketawa. “Betul juga tu, dah lama dia keje kat situ…orang dah banyak pengalaman kan…sekarang memang kita nafikan perkara tu tapi masa kat sana nanti tak tahu macam mana dugaannya…semoga dikuatkan iman” Dia tersenyum mendengar jawapan itu.
‘Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan dari sisiMU agar kami tidak hanyut dalam kelalaian dari mengingatiMU’
Sekarang kena siapkan slide show for presentation next next week (tak tahu lagi bila). Minggu depan minggu ke- 7 di SJSI, Paka Terengganu..
~TINTA 7~
Ikhlaslah menjadi diri sendiri
...agar hidup penuh ketenangan
dan keamanan...
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun...
...Bila-bila masa sahaja ia akan pecah
Ikhlaslah menjadi diri sendiri
...agar hidup penuh ketenangan
dan keamanan...
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun...
...Bila-bila masa sahaja ia akan pecah
11 comments:
wallaweeeee...
SJSI tu apa???ang LI kat power plant yang guna arang batu tu ka???yg besau tu???...gila best...
btw,btoi lorr apa yg pakcik member ang cakap..klu ang bercinta kat sana,nnt aku nk ltak mana???hehe
SJSI?
da lama menyepi...
bru nmpk sedikit khbr...
@~attahrel~
ish ang ni att...ang ramai peminat, blog mantop lagi. SJSI=Stesen Janakuasa Sultan Ismail. Sini x guna arang batu tapi natural gas and thermal to produce energy. Best juga, tapi insyaallah xgila sbb keje2 dia sama macam yang kita belajar d PPKKimia USM..skala je berbeza..besau2 smua. Er, ang L.I katne?
@daniel.a.k.a.dEe
ye la dd, sy baru bleh online. xde laptop so xleh la nak aktif sgt berblog mcm kwn2 lain.. :)
ooooooooooo..
betol3!!!..baru teringat yg arang batu kt kapar,manjong ngan tg bin...
salam ziarah,,,
=)
wah..cousin ku ni sudah jatuh cinta..pesanan pakcik kawan eni tu x jadila..hehe..jgn mare..
@..::@zZ@::..
Terima kasih sudi ziarah...simple je kat sini, xmcm imah... :)
@FYZA -LULA
oo katsini rupanya...ehem3...my dear cousin,isu bila plak ni? penat kenduri pn x ilang lagi ni tau...dia plak awal2 dah cabut...;)
Oh my dear cousin..
Itulah adat dunia..penat dunia je tu..Nati kat san lagi penat kan?kan?hehe...u janganla marah2..i bukan nak cabut..tp I kan seorang pekerja yang disayangi bos..so, I kne masuk keje awl..hehe..
salam ziarah...sedikit perkongsian..jadikanlah pengalaman itu sebagai teladan yang baik kerana ia merupakan guru yang terbaik pada diri...
@mujahid4869
Ye,point ni ana stuju..pengalaman akn mnjadi teladan bg mereka yg ingin belajar darinya. Org kate, 'manusia yg bijak ialah mereka yg blajar dari pengalaman org lain'... Lagi seminggu d sini, rasa baru semalam mndftar masuk.
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :)
Post a Comment