Aini petik kisah ini dari sebuah novel; ‘Ketika Cinta Bertasbih’, yang aini beli pada 18.8.08 yang lepas. Cerita yang ‘best’! Bagi isu ‘hot’ sikit untuk pembuka semester baru.
Alkisah di sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian sekumpulan kambing melintasi tempat itu.
Anak singa itu menggerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia merasa hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu.
Si ibu kambing menghampiri anak singa itu, lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing. Ia pun terus mengikut barang ke mana saja ibu kambing itu pergi. Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.
Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing. Ia menyusu, makan, minum, dan bermain dengan anak kambing. Tiada sebarang perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor singa.
Suatu hari, berlaku tragedi besar. Seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.
“Kau Singa! Cepat lawan serigala itu. Cukup dengan mengaum saja, pasti serigala itu akan lari ketakutan!” Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.
Tapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Suara itu sama seperti kambing yang lain. Bukan mengaum.
Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara sesusu dengannya, diterkam dan dibawa lari oleh serigala.
Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala. Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah.
Sepatutnya kau boleh membela kami! Seharus kau boleh menyelamatkan saudaramu! Seharusnya kau boleh menghalau serigala yang jahat itu!
Anak singa itu menunduk. Ia tidak faham dengan maksud perasaan ibu kambing. Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagaimana kambing-kambing yang lain. Anak singan itu pun sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa.
Hari berikutnya serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala.
Melihatkan tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganas dan licik itupun maklum bahawa yang ada dihadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi, tidak ada bezanya ia dengan kambing.
Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia menggeram marah dan sekali lagi bersiap untuk menyerang singa bermentaliti kambing itu.
Ketika anak singa itu menerjang dengan menyerudukkan kepalanya sebagaimana kambing, sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit berkelik, serigala itu pun berjaya mencalar muka anak singa itu dengan cakarannya.
Anak singa itu pun rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing lain yang menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan, kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa adalah raja hutan?
Serigala itu pun terus menyerang anaks singa yang sedang mengaduh kesakitan. Serigala itu juga bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. Pada masa kritis begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat tenaga ia menerjang serigala. Serigala itu pun terpelanting. Anak singa itu pun dapat bangun.
Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dasyat!
Semua kambing pun ketakutan. Anak singa itu juga turut takut. Sementara sang serigala pula cabut lari. Anak singa itu ketakutan sekali.
“Jangan bunuh aku. Ampunnn!!”
“Kau anak singa, bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa.”
“Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata, “Tidak, aku adalah anak kambing. Tolong lepaskan aku.”
Singa dewasa itu hairan bukan kepalang. Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan berfikiran seperti kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu.
Sebaik sampai di danau yang jernih airnya, ia meminta anak singa itu melihat bayangan dirinya sendiri. Lalu bandingkan dengan singa dewasa.
Sebaik melihat bayang dirinya, anak singa itu pun terkejut. “Oh, rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa.”
“Ya, kerana kau sebenarnya anak singa. Bukannya kambing!” tegas singa dewasa itu.
“Jadi, aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa?”
“Ya. Kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!” kata sang singa dewasa.
Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuat. Ngauman yang menggetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu.
Anak singa itu berteriak kemenangan.
“Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!”
Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarnya… (macam mana agaknya rupa singa senyum…)
Aini tersentak dengan kisah ini. Jika boleh dinilai dengan bilangan bintang, aini akan menilainya dengan bintang yang sangat banyak. Aini merasa ada antara kita ini sebahagiannya yang mirip dengan anak singa tadi. Mungkin juga aini, mungkin juga para sahabat; sekian lama hidup tanpa mengetahui jati diri dan potensi terbaik yang ada pada diri.
Betapa banyak manusia yang menjalani hidup ini seadanya saja, dengan ala kadarnya. Hidup dalam keadaan yang terbelenggu oleh siapa dirinya! Hidup dalam tawanan rasa malas, langkah yang penuh keraguan dan kekeliruan, mahukan yang ringkas, mudah dan cepat. Hidup tanpa semangat hidup yang sepatutnya. Hidup tanpa kekuatan nyawa terbaik yang dimilikinya. Pasti ada yang berbisik, ‘saya perlukan seorang insan yang mampu membimbing dan menyokobg saya untuk lebih bermatlamat, seorang teman hidup, suami, isteri..Pasti saya akan bersemangat!’ Niat tu dah bagus, tapi belum tentu saat itu akan sahabat temui, jika ajal mendahului.
Pengalaman 10 minggu latihan industri membuka mata aini terhadap kehidupan ini. Selama 10 minggu aini berada dalam masyarakat yang berbagai corak, warna dan bentuk. Mereka yang berada di tingkatan atas mempunyai sudut pandang berbeza dengan yang di bawah. Apatah lagi mereka yang berilmu walau sedikit, tetap ada beza dengan insan yang langsung tidak kisah apa itu ilmu pun. Ada antara mereka yang berjaya menemui jati diri. Hidupnya bermatlamat, mempunyai pencapaian yang cemerlang. Dia sangat faham apa tujuan hidupnya dan bagaimana seharusnya dia hidup. Apabila berjaya dia tahu untuk bersyukur dan tersenyum, apabila dia jatuh dia berlapang dada dan redha, kesedihan tetap ada kerana ia fitrah manusia. Kerana dia faham hidupnya. Semakin besar rintangan yang dia lalui, semakin berkobar semangatnya untuk memenuhi cita-cita.
Namun, bukan sedikit juga yang hidup seadanya saje. Mereka hidup dengan apa yang ada saja, hidup mereka sama setiap hari. Sepertinya dia sendiri tidak faham untuk apa hidupnya itu.
Aini suka kata2 ini, “Manusia sebenarnya tdk perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.” Saya petik ayat ni dari Ustaz LA TAHZAN (sedang bersedih..), beliau adalah Dr Abdullah Aidh Al Qarni. Hebat!
Orang boleh berkata jika ditanya tentang prinsip hidup, “Hidup saya biasa je. Tengok la macam air yang mengalir, macam tu la kita ni hidup. Biasa2 aje..”
Syabas kerana masih terus membaca…
Betul ke macam tu? Sekadar itu? Apabila membaca ayat Ustaz La Tahzan di atas, hidup air yang mengalir ini digambarkan kehidupan yang hebat. Tetapi sebaliknya yang terjadi pada pandangn kedua; hidup seperti air mengalir baginya hidup yang biasa-biasa saja. Potensi yang ada dalam diri mereka tak nampak. Mereka sudah biasa hidup pasrah.
Boleh jadi mereka rasa mereka adalah seekor ‘kambing’ tetapi tidak tahu bahawa dirinya sebenarnya adalah seekor ‘singa’. Sekian lama mereka hidup dalam kawanan ‘kambing’, jadilah mereka ‘singa’ yang bersalut ‘kambing’. Tunggu masa untuk digoreng. Inilah orang-orang yang rela ditindas dan dijajah oleh kesengsaraan.
Ramai yang gerun terhadap bangsa lain. Padahal umat Islam di Malaysia ini amat besar bilangannya. Lebih separuh umat Islam dari 24 juta rakyat Malaysia (boleh tolak dengan diri anda jika anda sedar anda adalah singa) adalah singa bermentaliti kambing, dan berkelakuan seperti kambing. Dalam kampus ini pun kita sudah boleh menilainya. Ada juga yang sedar dia adalah seorang Islam yang hebat, sudah tahu dia adalah ‘singa’ tetapi memilih untuk terus menjadi ‘kambing’. Sebab sudah biasa jadi ‘kambing’ malu lah pula untuk menjadi singa. Malu untuk perubahan.
Ironinya, mereka terus mahu jadi kambing sebab berasa TIDAK MAMPU dan TIDAK LAYAK menjadi singa dan berasa sudah selesa menjadi kambing. Lagi menyedihkan jika mereka juga tak mahu orang lain menjadi ‘singa’. Bahkan mereka mahu orang lain menjadi ‘kambing’ yang lebih bodoh pula.
Hayatilah diri kita ini ibarat seekor singa itu. Singa itu sudah tahu siapa dia sebenarnya, hanya perlu mahu, dan akan hadirlah mampu itu. Semoga kita lebih mampu untuk menjadi umat terbaik. (Panjang betul entri yang ini)
Allah berfirman,
"You are the best of peoples, evolved for mankind. You enjoin what is right, forbid what is wrong, and believe in Allah... (Qur'an 3:110)
Waalahualam.
5 comments:
Aini suka kata2 ini, “Manusia sebenarnya tdk perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.” Saya petik ayat ni dari Ustaz LA TAHZAN (sedang bersedih..), beliau adalah Dr Abdullah Aidh Al Qarni. Hebat!
**rasanya khalifah..rasanya jangan bersedih...
**kurma kambing sedap rasanya..kurma singa???yulk!!!!
@~attahrel~
*Hmm...'kafilah' tu ayat asal yg di 'copy' & 'paste' dari LA TAHZAN,maksudnye kumpulan pengembara yg sentiasa move on ke depan sehingga sampai ke destinasi...
*'(sedang bersedih..)' adalah perasaan penulis ketika tu, tiada kena mengena dengan LA TAHZAN.... (^_^)
hahaha..malu sajjaaa!!!
mana la aku penah baca LA TAHZAN nya tulisan..ni 1st time..hohoho
**ampunkan patik penunggu gua!!3x...
@~attahrel~
sekurangnya ang berani untuk menjadi 'singa'... (",
Post a Comment