Friday, June 29, 2012

Kehidupan selepas mati. Apakah yang membuktikan kebenarannya?


Keyakinan terhadap kehidupan selepas mati bukanlah keyakinan yang tiada asas
Ya. Ramai manusia yang merasakan bahawa tiada asas yang kuat untuk meyakini dan memahami hakikat bahawa akan ada kehidupan selepas kematian. Apa bukti adanya kehidupan itu? Mereka berasa hairan, apabila seorang yang mempunyai kemudahan sains dan teknologi boleh mempercayai kehidupan setelah kematian dan akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan bahwa mereka yang mempercayai kehidupan selepas kematian adalah tidak berasas sama sekali.  Namun keyakinan Aini terhadap kehidupan selepas kematian adalah berasaskan fakta dan logic. Sama-sama kita akan bincangkan di sini. Permulaan untuk membina keyakinan ini ialah percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
Konsep keamanan dan kemanusiaan tidak berguna jika tiada konsep kehidupan akhirat
Aini ingin bertanya satu soalan kepada pembaca, adakah perbuatan membunuh, mencuri, merogol itu perbuatan yang baik? Atau adakah ia perbuatan yang jahat? Seorang manusia yang normal dan berfikiran seimbang akan mengklasifikasikan perbuatan-perbuatan tersebut dalam kategori perbuatan jahat. Namun jika penjenayah itu ialah seorang yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar, bagaimanakah cara untuk membuktikan padanya bahwa perbuatan membunuh itu adalah perbuatan yang jahat?

Sebagai contoh, andaikan anda adalah seorang penjenayah yang sangat berkuasa dan berpengaruh di seluruh dunia (andaikan sahaja, bukan doakan ye, Naudzubillah). Pada masa yang sama, anda adalah seorang yang bijak dan berpegang kepada konsep logic untuk meyakini sesuatu perkara. Pada pandangan dan logic akal anda, membunuh, mencuri dan jenayah lain yang dilakukan adalah baik kerana ia membawa kehidupan yang baik untuk anda, hidup anda mewah dan anda pula sangat digeruni oleh orang bawahan dan orang sekeliling. Anda mampu membahagiakan anak, isteri dan pasangan dengan memberi hidup yang sangat selesa untuk mereka dari hasil pendapatan jenayah anda itu. Semuanya kelihatan baik pada pandangan logic anda. Anda pasti tidak pernah merasakan bahawa aktiviti anda itu termasuk dalam kategori yang tidak baik. Namun jika ada seseorang yang boleh memberi satu kenyataan logic bahawasanya perbuatan-perbuatan anda itu adalah perbuatan yang jahat, sudah tentu anda akan terus berhenti serta merta bukan? Anda tidak akan mahu lagi meneruskan perbuatan itu kerana anda orangya menerima hujah yang logic pada akal. Mari kita bincangkan contoh  hujah-hujah yang boleh diberi kepada anda:
  • Perompak akan menghadapi kesusahan

Jawapan anda: Tak susah bagi saya. Yang susah adalah orang yang saya bunuh atau rompak itu. Bagi saya ia adalah baik. Jika saya mendapat rm1 juta, saya boleh gunakan ia untuk berhibur dan menikmati keselesaan di hotel lima bintang. Anak-anak dan isteri saya juga dapat nikmat yang sama. Saya tak rasa susah pun malah rasa bahagia.
  • Suatu hari nanti anda juga akan dibunuh atau dirompak seperti yang anda lakukan kepada orang lain

Jawapan anda: Sesiapa sahaja yang mencemburui kebahagiaan saya pasti berkata begitu. Saya sudah biasa mendengarnya. Anda tidak dapat memahami kerana anda tidak berada di tempat saya. Namun tiada siapa yang akan melakukan perkara itu terhadap saya kerana saya mempunyai pengawal-pengawal peribadi yang ramai. Saya boleh merompak sesiapa sahaja namun tiada siapa yang mampu merompak saya. Merompak mungkin menjadi kerjaya yang berisiko untuk orang biasa tetpi tidak bagi saya kerana saya adalah seorang yang professional dan berpengaruh besar.
  • Anda akan ditangkap oleh polis

Jwapan anda: Tiada polis yang boleh menangkap saya kerana mereka adalah dibawah kuasa saya. Jabatan kementerian juga di bawah kuasa saya. Kenyataan itu hanya layak untuk perompak-perompak biasa kerana mereka tiada kuasa dan pasti akan ditangkap dan itu adalah suatu keburukan untuk mereka. Tetapi pengaruh dan kuasa yang saya ada sekarang tidak memungkinkan saya mengalami semua itu. Berikan saya satu hujah logic agar mengapa jenayah ini tidak baik untuk saya dan saya akan berhenti darinya.
  • Hasil rompakan adalah wang yang tidak halal kerana mengambil hak orang lain tanpa izinnya

Jawapan anda: Apa bezanya halal dan haram. Saya setuju ia haram dari segi hukum yang kamu pegang itu. Tapi saya tiada masalah dengan hukum itu. Jika saya boleh mendapat wang yang banyak dengan mudah melalui cara ini, adakah saya perlu ubah kepada cara yang susah? Ia tidak logic. Sesiapa sahaja yang berfikiran waras mahu memperoleh wang dengan cara paling mudah, bukan cara susah. Jika kamu mengatakan wang yang saya dapat ini bukan melalui usaha saya, ia adalah salah. Saya berusaha dan inilah yang saya berhak dapat, saya berbangga dengan usaha saya.
  • Merompak adalah perbuatan yang mengkhianati hak kemanusiaan

Jawapan anda: Ada orang yang menulis bahwa hak kemanusiaan adalah begitu dan begini. Mereka terlalu emosional dalam menulis dan mengambil pegangan yang rapuh. Mengapa pula saya perlu mengikut cara mereka berfikir? Konsep kemanusiaan ini hanya sesuai untuk mereka yang sentimental dan emosional. Saya bukan seperti mereka  kerana saya berpegang kepada logical. Apakah kebaikannya untuk saya jika saya mengambil berat terhadap manusia? Tiada kebaikan. Hidup saya adalah  yang paling penting. Saya juga membahagiakan manusia lain, saya memberi kebahagiaan kepada isteri dan anak-anak saya.
  • Perbuatan kamu adalah sangat mementingkan diri sendiri

Jawapan anda: Betullah bahawa cara ini adalah cara yang sangat mementingkan diri sendiri. Tapi bukankah diri saya yang patut saya utamakan? Ia memberi kemewahan dan kebahagiaan buat saya.
Maka akhirnya tiada satu pun alasan yang logic untuk mengatakan bahawa merompak adalah perbuatan yang jahat. Mungkin hujah-hujah begini mampu memuaskan hati penjenayah biasa tetapi tidak kepada penjenayah yang berkuasa dan berpengaruh besar. Mereka tidak pernah rasa susah dan tidak merasa susah dengan apa yang mereka lakukan. Mereka selesa dengannya malah rasa bahawa semua itu adalah perkara yang baik dan membawa kebaikan. Begitu jugalah dengan wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna malah ada yang hampir telanjang. Mereka tidak berasa susah dengan cara pakaian mereka yang tidak menutup aurat kerana kecantikan mereka di puji dan dipandang oleh ramai lelaki. Mereka 'hot'. Tidak kurang juga dengan wanita yang menjual diri atau yang sering berfoya dengan lelaki bukan mahram. Mereka tidak berasa rugi dengan semua perkara itu kerana semua itu menyeronokkan mereka.
Manusia inginkan keadilan
Setiap manusia mengiginkan keadilan. Walaupun dia tidak mahu keadilan untuk orang lain tapi sekurangnya dia mahu keadilan untuk dirinya sendiri. Sesetengah orang terlalu mabuk dengan kuasa dan pengaruhnya sehingga sering mendatangkan kesakitan dan penderitaan kepada orang lain. Orang-orang yang sama, walaubagaimanapun, sudah tentu akan membantah jika beberapa ketidakadilan dilakukan ke atas mereka. Mereka  tidak sensitif terhadap penderitaan orang lain kerana yang  mereka sembah adalah kuasa dan pengaruh. Mereka merasakan dengan kuasa dan pengaruh, bukan sahaja membolehkan mereka untuk berlaku tidak adil kepada orang lain tetapi juga menghalang orang lain daripada melakukan demikian juga kepada mereka.
Seorang Muslim boleh meyakinkan Penjenayah terhebat sekalipun
Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Adil
Sebagai seorang Muslim, saya ingin meyakinkan penjenayah tentang kewujudan Allah yang Maha Berkuasa. Tuhan ini adalah lebih berkuasa daripada anda dan pada masa yang sama Dia adalah Maha Adil. Tersebut dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat ketidakadilan, [walaupun] seberat zarah,  jika ada kebaikan, Dia gandakannya dan memberikan daripada-Nya pahala yang besar.” (Surah An-Nisa :40)
Tapi mengapa Allah tidak mendatangkan apa-apa seksaan pun kepada saya?
Sebagai orang yang berfikiran logik dan saintifik, penjenayah itu akan bersetuju bahawa Tuhan wujud, selepas dibentangkan dengan fakta-fakta saintifik dari Al-Quran. Tetapi sekali lagi dia boleh berhujah mengapa Tuhan yang  dikatakan Maha Berkuasa dan Maha Adil, tidak menyeksanya.
Kerana hidup ini adalah ujian untuk kehidupan di akhirat
Hidup ini adalah ujian untuk akhirat. Tersebut dalam Al-Quran:
"Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan dan Dia menguji antara kamu siapa yang lebih baik amalnya; Dan Dialah Yang Maha Dalam Kuasanya, lagi Maha Pengampun" (Surah Al-Mulk: 2)
Pengadilan terakhir di akhirat
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali Imran: 185)
Pengadilan terakhir akan dikenakan pada hari kiamat. Selepas seseorang meninggal dunia, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama dengan seluruh manusia. Adalah mungkin bahawa seseorang menerima sebahagian hukuman di dunia ini. Ganjaran dan hukuman yang akhir hanya akan di beri di akhirat. Tuhan Yang Maha Berkuasa mungkin tidak menghukum perompak atau perogol di dunia ini tetapi dia pasti akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat dan akan dihukum dalam kehidupan akhirat iaitu selepas kematian.
Hukuman dunia apakah yang boleh membalas perbuatan  Hitler
Hitler membakar enam juta orang Yahudi dengan kejam semasa pemerintahannya. Walaupun polis telah menahannya, apakah  hukuman undang-undang manusia yang boleh memberi Hitler pengajaran yang serupa untuk 6 juta orang itu? Yang paling mereka boleh lakukan adalah menghantar Hitler ke kebuk gas beracun. Tetapi itu hanya hukuman untuk membunuh satu orang Yahudi. Bagaimana dengan pembalasan bagi pihak kira-kira lima juta, sembilan ratus, sembilan puluh sembilan ribu, sembilan ratus dan sembilan puluh sembilan orang Yahudi lagi?
Allah boleh membakar Hitler lebih dari 6 juta kali dalam api neraka
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An Nisa: 56)
Tiada konsep nilai-nilai kemanusiaan, baik dan buruk tanpa konsep kehidupan akhirat
Ia adalah jelas bahawa tanpa meyakinkan seseorang tentang akhirat; iaitu kehidupan selepas kematian, adalah mustahil untuk membuktikan kepada orang yang melakukan kezaliman bahawa perbuatannya adalah salah, lebih-lebih lagi apabila dia berpengaruh dan berkuasa. Kita semua akan mati suatu hari nanti. Mungkin juga sebentar lagi. Tapi tiada siapa yang tahu bilakah masa itu akan tiba. Oleh kerana kita tidak tahu masanya maka kita sering lupa bahawa kita akan mati. Ingatlah pesan Allah dalam Al-Quran,

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi; Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)". Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, "Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka)." (Surah Qaaf: 16-35)


Q'A: 


"Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati, cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas dengan amal perbuatanmu:."(Imam Ghazali)

Thursday, June 28, 2012

Senyumlah untuk hari ini


~Tinta Hati~
8 Sya'aban 1433H/ 28 Jun 2012

Hidup ini bukan untuk memuaskan manusia
Hidup ini untuk beribadah kepada Allah
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”
Jika manusia tidak suka padamu 
Kerana rupa, keturunan, kesilapan atau masa silam
Ia bukanlah satu kesusahan
Juga bukan pengakhiran hidup
Kerana ada Allah yang sentiasa menyukaimu
Dia Maha Penyayang
5 kali sehari dia menanti kamu datang kepadaNya
Untuk melihat dan berbicara
Wahai saudara, Allah menantimu di setiap pintu rumahNya
Wahai saudari, Allah menantimu di setiap hamparan sujudmu
Jika manusia menyebut-nyebut kekuranganmu
Kekurangan yang tidak dapat kamu ubah
Kamu berhak berasa malu dan rendah diri
Namun kamu tidak berhak untuk memberhentikan langkahmu
Untuk hidup lebih baik
Kerana Allah lah yang menciptakan semua itu untukmu
Merancang yang terbaik untukmu sahaja
Dia lebih tahu apa yang kamu perlukan
Pada masa lalu, saat ini dan akan datang
Manusia boleh menilai
Manusia akan terus menilai
Namun penilaian yang mutlak hanyalah penilaian Allah
Janganlah kamu mudah ambil hati
Hatimu diciptakanNya begitu sempurna 
Manusia tidak dapat melihat hati itu
Yang indah memancarkan sinarnya
Hati itu juga sering menangis mengenang nasib
Janganlah kamu mudah terasa hati
Perasaan bahagia lebih berhak untukmu
Percayalah bahawa setiap yang tercipta itu tiada yang sempurna
Selain Pencipta yang Maha Sempurna
Bangkitlah teruskan langkahmu
Sentiasa ada cahaya untukmu dihadapan
Selagi belum sampai ke garis akhir
Wahai dirimu yang di sayangi Allah
Senyumlah..untuk hari ini

~Tinta 21~
"Sesiapa yang bertasawuf tetapi tidak bertafaquh, maka dia adalah Zindiq. Sesiapa yang bertafaquh tetapi tidak bertasawuf maka dia adalah Fasiq" (Imam Malik)