~Tinta Hati~
3 Jamadil Awal 1437H / 12 Februari 2016M
Satu rujukan yang perlu kita ambil dalam berhujah ialah contoh Imam As Syafi'ie Rahimahullah. Adab dan akhlaknya amat disegani oleh kawan dan lawan. Subhanallah.
Kita bukanlah ulama besar yang punya segudang ilmu. Namun begitu tugas menyampaikan kebenaran dan Tauhid tergalas pada setiap bahu Muslim dan seharusnya kita belajar daripada ulama yang telah berjaya.
Imam Syafi'i adalah seorang ulama besar yang banyak melakukan dialog dan pandai dalam berdebat.
Sehingga Harun bin Sa'id berkata: "Seandainya Syafi'i berdebat untuk mempertahankan pendapat bahwa tiang yang pada aslinya terbuat dari besi adalah terbuat dari kayu nescaya dia akan menang, kerana kehebatannya dalam berdebat".
Imam Syafi'i berkata : "Aku tidak pernah berdebat untuk mencari kemenangan."
Lagi, Imam Syafi'i berkata : "Aku mampu berhujjah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".
Allahuakbar !
Benar-benar nasihat yang genius. Hakikatnya,
Islam membawa panduan cara hidup terbaik, bukan hanya ritual keagamaan.
Islam mencakupi seluruh perkara, daripada cara hidup hingga cara perdebatan.
Semoga kita semua mulai meniatkan untuk berdebat bagi memberi pencerahan kebenaran, bukan untuk mencari kesilapan apatah memburu kemenangan.
Kejahilan tiada ubatnya melainkan menuntut ilmu dan hidayah dari Allah swt |
1 comment:
Selamat Sejahtera saudari QA,
Aku sangat tertarik dengan falsafah bergambar di bawah yang mengatakan "The most dangerous person has read only one book"
Sepertinya saudari menyatakan "sseorang yang mempunyai pola fikir yang berlawanan dengan keinginan yang saudari pertahankan semestinya seorang yang kurang ilmunya?".Prinsip sseorang seperti ini selalunya dipegang oleh insan yang mmentingkan diri sendiri ataupun seorang yang tidak dapat (mnerima dan mencari kebenaran).Berbalik kpda falsafah yang menarik diatas telah membuahkan bberapa persoalan untuk saudari,
1)Apakah saudari benar2 yakin bahawa islam adalah agama yang sempurna dan terbaik bagi saudari?..mengapa?
2)Boleh kongsikan pendapat saudari mengenai buku sirat nabawiyah Ibnu Ishak/Hisyam,Al-tabari juga Hadith2 sahih mengenai perilaku salah muhammad.
3)Kongsikan alasan/hujah saudari mempercayai alquran firman suci yang berasal dari Tuhan Yakub?
3)Adakah saudari mengetahui serba sedikit perihal agama non muslim lainnya seperti buddha juga hindu BUKAN REFERENSI DARI ULAMA ISLAM melainkan referensi dari tokoh buddha/hindu itu sendiri.
4)Pertanyaan wajib kepada umat islam.pernahkah saudari meneliti,mengkaji dan membaca sumber yang paling mendasar sekali bagi agama "samawi islam" iaitu kitab taurat(yahudi) juga kitab taurat,injil,kitab para rasul(kristian)?
Sekiranya saudari merasa teragak-agak untuk menjawab salah satu dari 4 soalan diatas,itu sudah cukup untuk membuktikan saudari "kurang layak" untuk memaparkan mengenai falsafah tersebut.
Post a Comment