Thursday, March 3, 2016

Kejayaan Sebuah Rindu (Bahagian 8)

Seperti yang dijanjikan, Iqbal Hanina akan bermuzakarah dengan Naqibahnya pada petang itu. Kak Tasnim, seorang Naqibah yang lebih kepada seorang Kakak buat Iqbal Hanina. Sifatnya yang amat penyayang dan mengambil berat amat menarik hati Iqbal sejak awal perkenalan mereka. Kak Tasnim sering kelihatan tersenyum seolah tiada langsung masalah, walhal Iqbal Hanina sendiri maklum dia adalah salah seorang pelajar yang amat sibuk di Kampus Kejuruteraan USM itu. Tidak keterlaluan jika teman-teman mengatakan Kak Tasnim adalah ciri pelajar wanita contoh dan juga idola muslimah solehah di kampus ini.

Dari kejauhan Iqbal Hanina sudah Nampak kelibat Kak Tasnim, berbaju kurung bertudung labuh warna kuning cair, berjalan menuju ke arah mejanya. Petang itu Kafe Desasiswa Lembaran agak lengang. Mungkin kerana dek cuaca yang mendung, membuatkan ramai pelajar hanya mahu menghabiskan waktu petang di dalam desa sahaja.

“Assalamualaikum” Salam dihulur oleh Kak Tasnim. Pipi bertemu pipi disertai pelukan dan senyuman mesra. “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh”, jawab Iqbal Hanina. “Cik adik manis, boleh saya minta izin duduk?” begitu Kak Tasnim, bersahaja menyakat Iqbal Hanina. “Eh, kenapa wajah cik adik manis kita ni nampak mendung macam awan tu je?” Kak Tasnim memuncungkan mulut ke arah sekelompok awan kelabu di langit, sambil mengerutkan kening. Soalan itu dan riak wajah lucu Kak Tasnim membuat Iqbal Hanina tergelak kecil. “Akak ni kan, saja je menyakat saya kan. Okay, saya straight to the point.” Balas Iqbal Hanina, “Ada orang Khitbah…”
“MasyaAllah, walhamdulillah, berita baik ni ! Bila nak bagi akak kad wangi??” Kak Tasnim tersengih nakal dan tidak sabar menanti jawapan. Papp! Satu tepukan singgah di bahu Kak Tasnim. “Akak.. tolonglah serius sikit. Saya nak baliklah kalau macam ni. Kalau dah nak buat kad, tak ada lah saya nak muzakarah dengan akak. Malah, hal ni tak ada kena mengena dengan apa yang akak bayangkan tu.” Iqbal Hanina pura-pura merajuk. Kak Tasnim hanya tersenyum.

“Khitbah untuk MPP, kerusi fakulti. Naik automatik dan tak perlu pertandingan. Saya rasa berat untuk menerima. Akak banyak pengalaman dan saya perlu pandangan akak untuk buat keputusan.” Sambung Iqbal Hanina. “Dah istikharah? Dah tanya mak ayah?” Tanya Kak Tasnim.”Belum…” balas Iqbal Hanina. “Kerusi Syed Muzaffar ye?” Tanya Kak Tasnim lagi. “Eh, macam mana akak tahu ni?” Iqbal Hanina terkejut dengan soalan Kak Tasnim. Kak Tasnim tersengih-sengih. “Sebenarnya akak yang cadangkan nama Iqbal” Balas Kak Tasnim. Iqbal Hanina terlopong. Barulah dia tahu bahawa semua ini daripada Naqibahnya itu. “Macam ni, awak istikharah dulu. Jangan lupa tanya pendapat mak ayah. Tugas MPP ni memerlukan komitmen yang agak tinggi. Kadang-kadang terpaksa skip kelas. Kadang-kadang perlu mesyuarat lewat malam. Hujung minggu aktiviti biasanya penuh. Satu akak nasihat, apa pun keputusan nanti, niatkan Lillaahi Taala. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.” Panjang Kak Tasnim memberi nasihat.

*****************************************************************************

Satu tahun berlalu, Iqbal Hanina membuat keputusan untuk menolak lamaran sebagai MPP. Sebaliknya hari ini, dia telah membuat keputusan bertanding untuk kerusi MPP. Dia mengetahui satu hakikat bahawa dia bukanlah orang selayaknya untuk bertanding, bahkan sesi pidato umum malam tadi adalah satu perkara yang amat sukar sekali buatnya yang tiada pengalaman. Namun atas rasa tanggungjawab, dia bersedia meneruskan langkah perjuangan ini. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika benar dia mahukan jawatan itu secara mudah, dia sudah boleh menerimanya tahun lalu. Tahun ini misinya berbeza, bahkan dia bertanding bukan untuk kerusi Fakulti tetapi kerusi Umum, jawatan tertinggi kampus. Seorang calon wanita melawan seorang calon lelaki. Satu lawan satu. Ia satu keputusan yang besar bagi dirinya. Malah keputusannya ini menjadi perdebatan sebahagian besar kalangan ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kampus, kerana bagi mereka wanita tidak seharusnya memimpin pada peringkat tertinggi. Hanya kepada Allah dia bertawakkal.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq: 2-3)

Hari ini hari mengundi Piliharan Raya Kampus (PRK). Seharian Iqbal Hanina ‘ponteng’ kelas. Dia menghantar permohonan bertulis kepada semua pensyarahnya, kebenaran tidak hadir ke kelas. Syukur semua berjalan baik dan beberapa pensyarahnya sangat senang dengan keterlibatan Iqbal Hanina dalam program ini. Malah ada pensyarah yang juga pernah terlibat dalam PRK bermurah hati berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna buat Iqbal Hanina. 

‘Assalamualaikum. Banyakkan doa dan selawat. Semoga Ukhti beroleh kejayaan.’ Satu mesej masuk ke inbox. Diiringi oleh mesej-mesej lain.
Tibalah masa yang dinanti untuk keputusan PRK diumumkan. Iqbal Hanina berpakaian baju kurung warna merah, ditemani rakan-rakan fakulti, palapes dan desasiswa menghadiri sesi pengumuman. Sungguh dia amat bersyukur kerana punya rakan-rakan yang sangat baik hati dan memberi sepenuh sokongan buatnya. Akhirnya keputusan diumumkan. Calon lawan memenangi PRK kali ini. Keputusan itu diterima dengan penuh redha dan syukur oleh Iqbal Hanina. Takbir ! Allahuakbar ! Takbir ! Allahuakbar ! Para pelajar yang hadir melaungkan takbir setelah keputusan diumumkan. “Tahniah Iqbal Hanina ! Awak telah melakukan yang terbaik.” Iqbal Hanina menerima banyak ucapan tahniah daripada rakan-rakan. Secara automatik Iqbal Hanina menjadi pengerusi Hal Ehwal Siswi (HELWI) kampus. Tugasnya baru sahaja bermula.
Tet tet.. Satu mesej masuk ke kotak inbox.
Daripada: Syed Muzaffar
‘Assalamualaikum. Tahniah dan takziah. Ukhti ada peluang untuk naik secara automatic namun Ukhti menolaknya. Hari ini Ukhti menyertai PRK, ana berasa amat simpati atas kekalahan Ukhti.’
Iqbal Hanina menghulurkan telefon bimbit kepada Shahida dan Kak Tasnim di sebelahnya. Mereka berdua membaca bait-bait mesej daripada Syed Muzaffar. “Simpati ke perli ni?” Merah padam wajah Shahida menahan amarah. “Abaikan saja Iqbal. Awak tak perlu melayan perasaan saat-saat macam ni. Syed Muzaffar mungkin tak bermaksud begitu.” Kak Tasnim menggosok belakang Shahida. Ada satu perkara yang Iqbal rahsiakan daripada mereka berdua. Syed Muzaffar telah menyuarakan hasrat untuk mengkhitbah Iqbal Hanina, melalui Ustaz Luqman, dan dia belum lagi memberi apa-apa keputusan…

Akan bersambung InsyaAllah
..::Qalam 'Aini, 3 Mac 2016 / 23 JamadilAwal 1437H::..

Q'A
~saya perlukan komen review dari teman-teman yang baik hati untuk meneruskan penulisan, jazakalllah..
^^

Monday, February 15, 2016

Kejayaan Sebuah Rindu (Bahagian 7)


Pagi ini terasa amat tenang. Matahari kelihatannya malu-malu berselindung di balik awanan gebu berlatarkan langit nan biru. Usai bersiap, Iqbal Hanina memulakan langkah keluar dari biliknya dengan penuh tawakkal. Dia perlu berjumpa temannya Shahida di Pondok Lembaran 10 minit lagi. Selawat tidak lekang dari bibirnya. Hatinya benar terasa berdebar-debar sejak Subuh tadi. Mimpinya pada malam tadi masih berlegar di minda. ‘Milky Way dan Abdullah Wafi? Apakah maksud semua ini?’. Dia berusaha agar lebih fokus kerana hari ini adalah hari besar buat dirinya. Terasa berat ujian, terasa besarnya beban. Namun saat itu juga, terulang di benaknya akan hadis junjungan Rasulullah s.a.w.,


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Di lain riwayat, Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tanpa berlengah Iqbal Hanina berpatah kembali ke bilik. Walau masa yang dia ada amat suntuk, tapi dia yakin pertolongan Allah swt perlu dijemput.  Wudhuk disempurnakan dan Solat Dhuha pun ditunaikan. Satu keyakinan, satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan lantas hadir menguatkan dirinya. Allahuakbar! Manusia itu fitrahnya hanya akan lebih ingat kepada Tuhan saat diuji. Hari ini dan saat ini, keyakinannya semakin tinggi terhadap hadis Habibullah ini. ‘Allahumma Solli Ala Muhammad !’.

“Iqbal Hanina, awak okay? Senyum lebih sikit ya. Hari ini penentuannya.” Shahida menegur Iqbal Hanina yang kelihatan berfikir jauh sepanjang berjalan dari Desa Lembaran. Iqbal Hanina menatap wajah Shahida, manis, lalu menghadiahkan seukir senyuman. “Insya Allah. Doakan saya ya. Jom, harapnya kita tak lewat nanti.” Langkah mereka laju menyelusuri susur gajah berbumbung hijau menghala ke Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik. Banner dan Poster Pilihan Raya Kampus terhias penuh di sepanjang laluan. ‘Hasbunallah wa ni’mal wakeel !’.



***                              ***                              
1 Tahun Sebelumnya

***                              ***                             

Cahaya matahari waktu Dhuha menyimbah lembut ke wajah mulus Iqbal Hanina. Kesilauan, dia menundukkan pandangan ke bawah memandang rerumput segar menghijau di bawah kaki. Di hadapannya Syed Muzaffar dan Wan Hafidz berdiri. Mereka menanti jawapan darinya. Jarak 3 kaki antara mereka masih terasa amat melemaskan buat Iqbal Hanina. Sekilas Iqbal Hanina memandang Shahida dan Annur yang berdiri di sebelahnya.

“Saya mohon beri masa untuk saya buat Solat Sunat Istikharah dan buat Istisyarah dulu.” Iqbal Hanina bersuara, sedikit tegas. Satu kumpulan pelajar Tahun 1 kelihatan menghampiri pintu Dewan Kuliah Utama Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, tempat mereka berlima berdiri.
“Boleh Insya Allah. Kami amat berharap akan menerima berita baik dari Saudari.” Balas Wan Hafidz, bersungguh. Syed Muzaffar hanya mengangguk penuh berharap. Pandangan mereka langsung tidak bertemu. Terjaga. “Kami minta diri dulu. Assalamualaikum.” Akhiri Wan Hafidz dan mereka berlalu dari situ. "Wa'alaikumussalam." Jawab mereka bertiga.

“Iqbal, jom kita pulang ke Desa. Saya teringinnnn sangat nak minum Teh Tarik Peng Kafe Halim yang sedap tu. Oh sedapnya kalau dapat minum dalam cuaca panas-panas macam ni!” Suara Annur memecah kesunyian, cuba menceriakan keadaan. “Saya pun nak cuba lah. Kena sejukkan tekak dulu sebab lepas ni kita nak interbiu cik adik manis kita seorang ni. Apalah jawapannya ye. Kalau saya lah, mesti saya jawab YA terus tadi !” Shahida cuba mengusik Iqbal Hanina. “Eh, sepatutnya saya yang lebih rasa dahaga sekarang kan? Mujur saja tak pitam tadi.” Iqbal Hanina mencelah. “Betul juga tu. Usahkan awak, kami pun terkejut. Mujur lah awak tak pitam.” Annur dan Shahida tertawa nakal.

Dari jauh Syed Muzaffar memerhatikan Iqbal Hanina bersama teman-temannya. Dia mengeluh dalam-dalam. Pap ! Satu tangan singgah memegang bahunya. “Hai, belum dapat jawapan sudah mengeluh. Tenanglah Syeikh! Wan Hafidz menepuk bahu tegap Syed Muzaffar. Syeikh adalah pannggilan mereka sesama sahabat. Lambang hormat dan erat persahabatan. Syed Muzaffar tersenyum kelat. Dalam hatinya, tersangat mengharapkan satu jawapan positif dari Iqbal Hanina, dan dia sesungguhnya tidak bersedia untuk menunggu jawapan itu terlalu lama.

Petang itu awan kelabu kumulunimbus memayungi langit Kampus Kejuruteraan USM. Iqbal Hanina memerhati dari luar jendela. Seberat mana pun awan mengandung air hujan, ia tetap akan bergerak membawanya menuju destinasi yang ditugaskan. Awan petang itu seolah memahami situasi Iqbal Hanina. Berat hatinya untuk memberi jawapan “YA”. Namun dia tidak dididik untuk terus memberi jawapan “TIDAK” sebelum dia membuat istikharah dan istisyarah. Kabur sekali jawapan dihati.

Imam As-syawkani mengatakan Solat Sunat Istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam.  Asasnya termaktub di dalam hadith sahih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhaif menurut Imam Ahmad Hanbal;

Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda :
“Apabila seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa:

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghaib, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya” 


“Istikharah perlu apabila di hati kamu tidak ada apa-apa jawapan baik ya atau tidak. Masa itu lah baru istikharah itu benar-benar berfungsi.” Iqbal Hanina teringat satu kuliah oleh Ustaz Rifhan minggu lepas di Pusat Islam USM. Dia mencapai telefon bimbit. Beberapa bait mesej temujanji ditulis penuh hormat dan nama ‘Kak Tasnim’ dipilih sebagai penerima. Sent. Dia perlu bermuzakarah dengan Naqibahnya itu secepat mungkin. Perlu !

Akan bersambung.. InsyaAllah ^-^

..::Qalam 'Aini, 15 Februari 2016 / 5 JamadilAwal 1437H::..

Q'A
~alhamdulillah thumma alhamdulillah
^^

Friday, February 12, 2016

Nasihat Iman Syafe'i dalam berdebat


~Tinta Hati~

3 Jamadil Awal 1437H / 12 Februari 2016M

Satu rujukan yang perlu kita ambil dalam berhujah ialah contoh Imam As Syafi'ie Rahimahullah. Adab dan akhlaknya amat disegani oleh kawan dan lawan. Subhanallah.

Kita bukanlah ulama besar yang punya segudang ilmu. Namun begitu tugas menyampaikan kebenaran dan Tauhid tergalas pada setiap bahu Muslim dan seharusnya kita belajar daripada ulama yang telah berjaya.

Imam Syafi'i adalah seorang ulama besar yang banyak melakukan dialog dan pandai dalam berdebat.

Sehingga Harun bin Sa'id berkata: "Seandainya Syafi'i berdebat untuk mempertahankan pendapat bahwa tiang yang pada aslinya terbuat dari besi adalah terbuat dari kayu nescaya dia akan menang, kerana kehebatannya dalam berdebat".

Imam Syafi'i berkata : "Aku tidak pernah berdebat untuk mencari kemenangan."

Lagi, Imam Syafi'i berkata : "Aku mampu berhujjah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".

Allahuakbar !

Benar-benar nasihat yang genius. Hakikatnya, 
Islam membawa panduan cara hidup terbaik, bukan hanya ritual keagamaan.

Islam mencakupi seluruh perkara, daripada cara hidup hingga cara perdebatan.

Semoga kita semua mulai meniatkan untuk berdebat bagi memberi pencerahan kebenaran, bukan untuk mencari kesilapan apatah memburu kemenangan.


Kejahilan tiada ubatnya melainkan menuntut ilmu dan hidayah dari Allah swt

Wednesday, February 10, 2016

Dahan Itu Yang Menyapaku

~Tinta Hati~
1 Jamadil Awal 1437H / 10 Februari 2016

Aku berjalan dengan langkah laju
Aku punya yakin 
Dan hanya satu
Diriku Dari Dia
Akan Pulang KepadaNya
Saat ini yang aku punya

Bakal ditanya untuk apa aku gunakan
Jalan ini seolah tiada penghujung
Kaki ini ku hayun tanpa henti
Aku melangkah terus ke hadapan
Terkadang lelah datang menyapa
Terduduk aku terpaku ke lantai bumi
Melihat ke arah bebunga kering
Dedaunan rimbun
Dedahan hijau
Seolah menyapaku
‘Ke mana tujumu, duhai anak?’
Dan aku,
Ke mana arah ini tiada aku pasti
Sedikit amat ilmuku untuk aku ketahui
Jalan ini benarkah ia lurus
Apakah yang ada dihadapan sana
Tidak aku punya jawapan
Tiada aku kenali
Sebagaimana
Kenalnya aku dengan tapak tanganku sendiri

Usiaku kini kadaluwarsa
Gesa aku capai cita dan cinta
Terluput segala masa dan rasa

Terlupa daku garis akhir itu hampir tiba
Bakal memanggilku pulang ke Maha Pencipta

'Wahai anak, ikutilah dia
Rahmatan lil aalamin
Yang namanya terukir indah
Di lembaranTaurat, Zabur dan Injil
Dia adalah Yang Terpuji
Dialah yang bakal mensyafaati'

Bicara sang dahan

Sunday, February 7, 2016

Cecoret Hujung Minggu seorang Ummu Naufal

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum

Hujung Minggu Dah Datang. Lets Enjoying Every Weekend !

Hujung minggu biasanya banyak resepi yang tertunda akan keluar list untuk direalisasikan. Mana2 menu yang bertuah maka terpilihlah ia untuk masuk post Masak 4U. Jangan main2. Sesebuah journal tu hanya dapat high impact jika ia banyak reject paper. -..-

1200 LIKERS KOT. Bayangkan IMPAKNYA. (dah like belum?) -..-


Tapi,
Oleh kerana hari2 Ummi masak nasi sejuk goreng ala kekampungan atau bihun goreng tak cukup bahan maka..ia tak mampu tersenarai pun dalam carta (walau page sendiri) Krik2.

Baiklah. Antara list tertunda minggu ini ialah,

"Spagetti Melayu Special" -Ummi
"Pizza Gebus"-Abi
"TomyamGong" -Ummi
"Ikan bakar Istimewa" -Abi
"Kuih Kaswi Tokma" -Ummi
"Colek nenas zass"-Ummi

Majoriti menu adalah idaman UMMI. Sebab Ummi adalah wanita. Wanita Didahulukan.

Bahan2 kebanyakan dah ada kecuali bahan basah (semenjak Ummi jadi wanita bekerjaya raya ni, bahan basah selalu bertukar jadi bahan kering dalam peti sejuk). Jadi bila semangat nak masak Ummi tu datang maka dengan segera kita kena beli baru. Jangan tunda2 lagi okeh. Semangat nih! "."

Maka,
Harini pagi2 lagi kami keluar cari ikan.
Semalam petang kami keluar cari ikan juga, bawa pancing. Pancing punya pancing, Ikan tak ada kata Abi. Semua ikan balik cuti Tahun Baru Cina agaknya. Sampai Naufal tanya, "Abi mandikan katak (casting frog) je ke Ummi". >-<

Maka harini kami tukar strategi memburu.

Kagum dengan kekuasaan Allah. Cantik tasik ni. Mesti Banyak katak. Euwwww..

Tepat jam 10 pagi kami harus ada kat jeti Piasau Utara. Berbekalkan duit not warna merah, kami akhirnya berjaya memdapat ikan segar dari pakcik nelayan. Alhamdulillah.^.^

Panjang pula pos Ummu Naufal. Ini curi2 tulis pos masa anak tengok video ni. Kalau masa anak tidur mesti pos ni lagi tak ada sebab Ummi pun tidur. (Ummi bukan kaki tidur, sekadar lelapkan mata)

Eh jap, rasanya tadi Naufal tengok monster truck bahasa inggeris. TAPI kenapa macam..

Sebelum terlupa, saya nak beritahu yang saya sangat suka Naufal tengok video bahasa inggeris. Hampir setiap kali sesi video Ummi akan pilih bahasa inggeris. Terbaik kan. ^-^

Mengapa? kerana ia sangat membantu untuk tambah vocab dan skill berbahasa inggeris Ummi. 2 tahun lagi Ummi kena ambil IELTS semula lepas dah expired. Setakat Band Cukup Makan  itu haruslah takkan selamanya kekal tanpa USAHA for improvement. Chaiyok Naufal sama2 bantu Ummi. -_-

'@%#*@(#(([@%'

Dah tu kenapa macam dengar orang bercakap bahasa Sepanyol pulak tuh?? Oh my son.

Como estas Naufal??

-lari laju2 keluar dari persembunyian tengok anak-

Ummu Naufal,
~Inai baru pakai berlatar belakang songket Sarawak. Beli kat pasar ikan. Dia kata "cantik". Jadi malam ni tak boleh uli pizza. Siapa tak sayang inai ooi. ^^


Thursday, November 19, 2015

Lama Qalam Aini menyepi. Apa QA buat sekarang?

Bismillaahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum
Kebelakangan ni saya banyak dapat pertanyaan.. tersenyum2 saya baca satu demi satu sampai suami pun jeles tengok saya dengan henpon..^^
"Kak Aini sekarang berniaga apa? Kat mana"
"Aini awak kerja ke belajar? Ke dah buka bisnes?"
"Weh, mu jadi tokey baju dh ko?"
"Semoga perniagaan Aini bertambah maju (aameen)"
Semoga Allah sentiasa memberkati teman2 saya ni. Kepada teman2 non muslim, moga ceria selalu..^^ heart emoticon
Perkahwinan, sangat banyak yang saya lalui dan masih banyak lagi akan dilalui. Tak termampu untuk saya kongsi semuanya yang manis masin amsam pahit tu, he he. Syukur alhamdulillah. Antara yang saya banyak belajar ialah pengurusan rumah tangga dan memasak. Saya sering post gambar2 ni di FB saya juga. Semua ini lahir sebab hobi baru ni (sampai tak terupdate blog ye?). Saya kongsikan apa yang saya buat sekarang dengan description pada gambar2 ni ye teman2. Gambar hobi memasak saya.. ^^

Memasak. Roti dan dessert. Mencuba variasi coklat dalam pencuci mulut. Buat apa pun guna coklat, kalau tak jadi tetap sedap juga..ki ki..^^

Oleh kerana dah duduk Sarawak, Laksa Sarawak mesti cuba. Sekarang sudah jadi kegemaran kami. Sangat sedap dan mudah saja nak buat.^^

Cuba buat Umai. Juga makanan tradisi Sarawak. Torbaik !

Bila dah merantau ni, mula lah berksperimen masak untuk jimat bahan. Ayam goreng rangup ni antara salah satu kejayaan kecil eksperimen. He He.

Sudah 2 tahun kami beraya di Sarawak. Hikmahnya, sekarang sudah boleh masak rendang sendiri. Sedap ke tu? he he

Susah nak dapat bakery jual roti halal. Maka saya belajar meroti. Seronok juga. 

Rindu kat roti siput kampung punya pasal, lahirlah bun siput ni. kerepot jadiannya. HE he.

Bulan puasa nak makan puteri mandi. Pertama kali saya buat. he he.

Pizza Homemade. Ini kegemaran anak. Umi rajin meroti bila anak suka.

Berpeluang melancong ke Kundasang, kami beli keledek ungu. Hasilnya jadi che mek molek. Sedap !

Keju. Cheesescuit tempahan kawan2. Amatur je. ^^

Makan petang yang dimoden kan. Pisang goreng cheese. ^^

Puding Cream O juga selalu ditempah oleh kawan2. Seronok memasak ni tau !

Miri ni agak panas. Selalu buat aiskrim homemade. Ini aiskrim betik. ^^

Bila dah ada suami, maka ada dua selera. Ini donut permintaannya, Layankan saja. he he.




Hidup di bandar perlu berjimat. Malam2 mesti fikir idea nak masak apa. Salah satunya mihun ladna !

Ini juga permintaan cik abang. Tak pernah saya terfikir nak buat aapa lagi makan. Rupanya sedap juga ya baked cheese potatao ni. Nyum2.

Coklat lagi. Tempahan kawan juga ni. Selit2 masa untuk siapkan. Snowball Cheese nama diberi.

Bila dah ada anak, puding dan kek adalah menu utama. Gebu senang dan sedap.

Ini penangan rindu kat masakan mak. Terhasillah kuah kacang. Tapi ma punya lagi sedap..Oh..


Kek lagi. Untuk anak dan suami. masa bujang dulu tak pernah mimpi boleh buat ni. he he.

Ini air tangan suami. Puding karamel. Sedap wwalhamdulillah !^^

Bila balik kampung, tolong masak2 sikit2. Buat pau pun oke la. he he. Selebihnya ma juga yang masak.

Sarawak kaya dengan pelbagai jenis beras. Ini bubur pulut hitam beras perang Sarawak. Lain sangat rasanya, sedap !

Miri ni banyak ikan segar. Ini salah satu menu kegemaran cik abang saya. Siakap Stim. ^^

Masak2 ni, sebaiknya amalkan sunnah. Ini penkek adunan dengan madu, cuka kurma. Teman2 mesti cuba.

Saya amatur lagi, tapi suka buat semua ni sebab hobi. Semuanya ni saya post di Page FB Masak 4U, https://www.facebook.com/masak4u/.

Dan disamping bergelar isteri dan ibu, saya masih lagi menyambung pengajian, he he. Chaiyok2 ! Mohon teman2 doakan saya kebaikan. Terima kasih untuk semua sokongan ! ^^
Jumpa lagi insyaAllah !
Ummu Naufal
~he he ^^


LOVE or PERISH..

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
L.O.V.E
"..once you know how to die, you know how to live.."
[Late Prof Morrie Schwartz, 1995. Book, 'Tuesdays with Morrie']
people, they know that they are gonna die, but they dont believe it..
sort of living in a sleepwalk..
and you will only wake up when you die..
you do what people tell you to, disregard it is your mom, your acquaintances or even your soulmate..
1400 years ago, the reminder has come. By a Phrophet who his name known to all creatures in heaven and earth, who his name is the dowry for our father Adam (alaihissalam) to marry Eve, our mother.. He is the Chosen One..
He feed his Jews neighbour who hated him, he loves everyone, he send messages from The Almighty via pure LOVE..
And he has succeed, Allah has guarantee the Heaven for him..
Yet,
We should follow no one, except him.. We should embrace no lifestyle except his lifesetyle..
Allahumma solli alaa Muhammad
Ummu Naufal
~Wake up,
..Love, or Perish..