Friday, July 3, 2009

Perpisahan

~Tinta Hati~
9 Rejab 1439H/ 2 Julai 2009


'Cherry'...saya kurang suka..


Hari ini adalah harinya, hari terakhir di SJSI

Saya berharap agar masa yang diberikan adalah lebih lama dari sekadar 10 minggu sahaja…tak cukup…

Saya lebih berharap agar diberikan satu lagi peluang untuk berada lagi di sini –SJSI Paka-…

Saya sangat berharap agar saya telah merubah sesuatu ke arah yang sedikit lebih baik…paling kurang satu perkara…

Saya memang mengharapkan satu lagi pertemuan dengan warga kerja SJSI terutama staff ‘Training Section’ dan ‘Chemical Services and Environmental Section’…sweet memories.

Saya berdoa agar Latihan Industri ini menjadi satu pengalaman, pengajaran, teladan dan juga pedoman untuk saya menjalani hidup pada masa yang akan datang… Ilmu dari Power Plant memang power... Ya Allah, berkatilah segala ilmu yang Kau berikan.

Saya sentiasa mendoakan agar semua di SJSI sentiasa baik-baik belaka…

Saya mahu ucapkan ini kepada mereka (saya sudah pun ucapkan), “ Terima kasih atas segala tunjuk ajar, maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa ke, menyinggung perasaan ke, tak dengar kata ke atau banyak songeh.. Terima Kasih..”

Untuk warga C-52 - My Uncle, Aunt, BigBro and Cute Sis, "Aini sangat menghargai semua ni. Terima kaaaasih sangat-sangat. Semoga ukhuwah ini diberkati dan dirahmati Allah.."

Saya sentiasa ingat kata-kata ini, "Mungkin kita sudah tidak mempunyai peluang, tapi ingatlah bahawa kita masih punya harapan…Harapan itu Doa…"

Semoga DIA meredhai segala yang saya lakukan. Ameen..


-Tinta 8-

‘ Selangkah ke alam perjuangan
Bererti selamanya dalam kepahitan
Biarlah menangis, terluka, kecewa
Dan ditinggalkan kerana Allah
Daripada mati terkambus tanpa Mujahadah..

Kita tak sanggup selamanya terluka
Tapi ingatlah bahawa setiap titisan darah dan air mata itulah
Yang menghantar kita ke Syurga..

Apabila ditanya kenapa berjuang itu pahit,
Jawablah kerana Syurga itu manis..’ (^_^)

2 comments:

FYZA -LULA said...

Salam my little sis..
Huhu..I got that name..(ur cute sis)sound funny la dear..hahaha..

huhu..u jgn lupa dtg umah I lagi tau..Nanti bilik I rindu kat u..ahaks..Sian kat my bed la.lonely kan..

1 more thing..thanx for ur help..
The last night that I almost give up..huhu..

And..sorry for everything since..
If got any uncomfortable thing there..huhu.. u know kan I n abg..
Suka usik u..huhu..jgn ambik ati tau...

k..See u later..
I just settle down my new room tau..

W'salam..

Qalam'Aini said...

thanx to u too sis... nanti nak rase projek tahun akhir u, coklat sabah kn? =)