Friday, September 4, 2009

Langkah Tercipta

Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

*Aini dengar lagu ni tatkala sedang berperang dengan Aspen Plus; yang sangat memberikan 'kerjasamanya' - untuk menyiapkan Plant Design Assignment...non stop replay!
...addeii...bila nak siap ni...dugaan betul... (+_+)

2 comments:

bluecrystaldude said...

Salam Aini,

ada orang tinggalkan message kat blog haaziq suruh g link ni. sekali link tu pasal rasul melayu plak. yang ajaran sesat Kahar tu (Abdul Kahar Bin Ahmad, Rasul Allah).. jum suruh orang ramai2 flag dia.. content dia gler betul.. sila baca sendiri:

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

baca dan sebar2kan lah kesesatan Kahar ni. ish2

Qalam'Aini said...

Salam Haaziq,

Terima kasih kasi info tu. Aini dah pon FLAG blog berkenaan...juga meminta sahabat2 lain untuk FLAG ramai2, biar di'blocked' cepat2.

Semoga tiada lagi insan yang tersesat seperti itu ataupun disesatkan dengan blog penyesat sebegitu...nauzubillah...
...(*_*)...