Saturday, November 7, 2009

Oh God, Forgive Me When I Whine



Istana Al-Hambra, Granada, Sepanyol.. [sekadar hiasan...]

..Hari ini sungguh indah, aku berada di dalam sebuah bas, dalam perjalanan ke satu destinasi..mataku liar mengamati dunia sekelilingku..lalu pandanganku  tertancap kepada sebuah wajah yang putih bersih di kerusi hadapan..berseri dan bercahaya..rambut yang bersinar anggun warna keemasan..cantiknya gadis itu..alangkah, jika kulitku seputih kulitnya..jika diriku secantik dirinya.. monolog di dalam hatiku..
..Gadis itu lalu bangun, mungkin sudah sampai ke destinasi..kulihat dia berjengket-jengket mengambil sesuatu disebelahnya.. di tangannya kini sepasang topang kaki! Alangkah..lalu dia menuruni bas..tersenyum memandangku..mungkin perasan dek mataku yang memerhatikannya sejak tadi…mataku tidak beralih lagi..terus memerhati gadis itu berlalu pergi..alangkah..rupanya dia mempunyai hanya satu kaki..
..Ya Tuhan, maafkan  aku, selalu saja aku merintih kerana merasa kekurangan.. aku mempunyai sepasang kaki yang kuat.. betapa aku sungguh beruntung, dunia ini milikku..air mataku menitis..
..Aku tiba di perhentian bas, destinasi pertamaku..ramai betul orang hari ini.. adess..terasa kepenatannya, juga sedikit lenguh di sana sini, ku paksa kaki melangkah ke sebuah gerai kecil, di suatu sudut.. teringin pula nak makan gula-gula.. nota rm1 kuhulur, si penjual menerima dengan senyuman.. manis betul.. dia lalu bertanya destinasiku.. kami berbual seketika, tidak mengapa lewat sedikit, aku bukanlah mengejar masa.. mesra sungguh dia.. saat aku ingin berlalu pergi, dia berterima kasih padaku, katanya walau dia tak dapat melihatku, dia merasa aku seorang yang  baik hati.. alangkah..rupanya dia buta..!
..Ya Allah, ampunilah diriku, seringkali aku mengaduh dek kesakitan yang kurasa.. walhal aku mempunyai sepasang mata yang mampu melihat semua.. aku sungguh bertuah, dunia ini milikku.. hatiku menangis..
..Kini aku tiba di destinasi terakhir..hatiku berlagu riang..akhirnya pulang juga ke kampung halaman..aku berjalan di satu lorong.. melihat sekumpulan kanak-kanak bermain..ada antaranya yang aku kenal..itulah sahabat2 adik lelakiku..gembiranya mereka.. mataku terpandang seorang budak lelaki.. oh, budak comel itu.. matanya yang biru..dia anak kacukan.. tapi kelihatan terpinga-pinga, tidak seperti dulu aku mengenalinya.. dia tidak bermain bersama mereka.. rasa terpanggil untuk mendekatinya.. “adik, kenapa tak main sekali ngan diorang tu?”..dia diam,langsung membisu..matanya terus memandang ke hadapan, melihat yang lainnya bermain.. seolah aku ini tidak wujud ...aku jadi malu seketika..dia tak kenal aku ke.. “kak, dia dah tak boleh dengar. Mungkin sampai bila-bila.…” kata seorang budak yang baru duduk untuk berehat di sebelahnya…alangkah..
..Ya Rabbi, ampunkan segala salahku, seringkali aku mengadu tidak mampu..tika merasa beratnya ujianMu.. aku mempunyai dua telinga yang berfungsi dengan baik..sungguh aku bertuah..dunia ini milikku..syukur Alhamdulillah..
“Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine”


Q'A: Kisah ini Aini inspirasikan dari sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Ahmed Bukhatir. Tajuknya, "Forgive me when I whine". Dengarkan ia,maka akan mengalirlah air mata keinsafan...Di bawah ini liriknya...
 
Forgive me when I whine
– Ahmed Bukhatir -
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

6 comments:

Mujahid Cakna said...

assalamualaikum
ya ukhti, itu nikmat yang besar dr yang HAK, Allah..
tp kita tidak sedar dan bnyk merungut hnya sbb2 kelemahan diri...
nasiht tuk dr yg dhoif ini
..perkongsian yg baik..

Qalam'Aini said...

@mujahid4869,
waalaikumussalam
*..kadang sedar, kadang tidak, kadang tlupa, kadang tringat..itu lah yang dnamakan 'insan'

Q'A:
..insan ini slalu je tak sedar~~
..o Allah, forgive us when we whine, show us the light and make all hearts shine..

~attahrel~ said...

hohoho...insaf2...

**whine tu apa ha??

Qalam'Aini said...

@~attahrel~,

..semoga subur iman di hati

whine(english) = merintih, mengadu, meratap dengan sedihnyaa (bahasa melayu)......

**translasi ini dibawa khas utk ~attahrel~

Raihana Bahru said...

salam...thanks to Allah...syukur alhamdulillah...

Qalam'Aini said...

@raihana,

alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta alam, yang memulakan dan yang mengakhirkan, yang mencipta kesedihan juga kebahagiaan..