"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkannya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana" Surah Luqman: 27
-----
"And if whatever trees upon the earth were pens and the sea [was ink], replenished thereafter by seven [more] seas, the words of Allah would not be exhausted. Indeed, Allah is Exalted in Might and Wise." Surah Luqman: 27
Perihal Orang beriman Solat, dari Al Imam Abu Talib al Makki r.a berkata..
“Telah menceritakan kepada kami, bahawa orang Mukmin apabila berwudhu’ untuk mendirikan solat, maka syaitan-syaitan menjauhkan diri daripadanya menuju ke serata penjuru bumi kerana takut kepadanya yang sedang bersiap sedia untuk menemui Raja sekelian alam (Allah s.w.t)..
Apabila orang yang melakukan solat bertakbir, iblis terhijab daripadanya dan dibina sebuah tembok yang membentenginya daripada iblis tersebut dan Allah menghadap kepadanya dengan ZatNya..
Apabila hamba tersebut mengucapkan “Allahu Akbar”, malaikat meninjau ke dalam hatinya.. Apabila malaikat tidak mendapati sesuatu yang lebih besar daripada Allah s.w.t, malaikat pun berkata, “Benarlah kamu, Allah itu paling besar di hati kamu sebagaimana kamu katakan.."
A lecturer, when explaining stress management to an audience, raised a glass of water and asked, "How heavy is this glass of water?" Answers called out ranged from 20g to 500g.
The lecturer replied, "The absolute weight doesn't matter, It depends on how long you try to hold it. If I hold it for a minute, that's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my right arm. If I hold it for a day, you'll have to call an ambulance."
"In each case, it's the same weight, but the longer I hold it, the heavier it becomes."
He continued, "And that's the way it is with stress management. If we carry our burdens all the time, sooner or later, as the burden becomes increasingly heavy, we won't be able to carry on. "
"As with the glass of water, you have to put it down for a while and rest before holding it again. When we're refreshed, we can carry on with the burden."
"So, before you return home tonight, put the burden of work down. Don't carry it home. You can pick it up tomorrow. Whatever burdens you're carrying now, let them down for a moment if you can. "
"Relax; pick them up later after you've rested. Life is short. Enjoy it! And then he shared some ways of dealing with the burdens of life:
* Accept that some days you're the pigeon, and somedays you're the statue.
* Always keep your words soft and sweet, just in case you have toeat them.
* Always read stuff that will make you look good if you die in the middle of it.
* Drive carefully. It's not only cars that can be recalled by their Maker.
* If you can't be kind, at least have the decency to be vague.
* If you lend someone $20 and never see that person again, it was probably worth it.
* It may be that your sole purpose in life is simply to serve as a warning to others.
* Never buy a car you can't push.
* Never put both feet in your mouth at the same time, because then you won't have a leg to stand on.
* Nobody cares if you can't dance well. Just get up and dance.
* Since it's the early worm that gets eaten by the bird, sleep late.
* The second mouse gets the cheese.
* When everything's coming your way, you're in the wrong lane.
* Birthdays are good for you. The more you have, the longer you live. Happy Birthday (^_^)
* To the world you might be one person, but to one person you just might be the world.
* Some mistakes are too much fun to only make once
* We could learn a lot from crayons. Some are sharp, some are pretty and some are dull, Some have weird names , and all are different colors, but they all have to live in the same box.
"A truly happy person is one who can enjoy the scenery on a detour. Have an awesome day and know that someone has thought about you today, I did"
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita... selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan... lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh... Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya...
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai... tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca... tiada nilainya lagi... kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina...
Begitulah jua halnya kita dgn Allah Taala... Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita... iaitu syurga...
Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga...
Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi...
Sama2 kite sentiasa ingat mengingati sesama INSAN...kerana INSAN itu tdk lari drpd lupa...
“Kenapa tak ada orang solat kat surau kak?”…soal seorang pelajar yang baru mendaftar sebagai Pelajar Tahun 1 USMKKj kepada seorang kakak senior…kakak itu hanya mampu tersenyum… Pelajar baru itu keliru, mengapa surau kosong? Sedangkan semua aras ada surau, luas dan bersih pula. Dia sentiasa bertanya kepada senior2 yang dikenalinya tentang hal ini. Kenapa? Mengapa? Di hatinya, dia sangat rindu untuk solat berjemaah di surau, sepertimana semasa di matrikulasi dulu…manisnya solat berjemaah bersama sahabat2…dan kini… dia solat bersendirian walau di surau…dan, hampir saja dia putus asa setiap kali ingin ke surau…mengenangkan dirinya hanya seorang…
Suatu petang, “Tok tok tok…Assalamualaikum…” kedengaran suara seseorang memberi salam di luar bilik pelajar baru itu…dibukanya pintu, kelihatan seorang gadis manis…dengan senyuman gadis itu bertanya, “Adik, boleh akak tumpang solat kat sini? Tadi akak pergi surau, tapi tak ada telekung…” “Oh, boleh2, masuklah kak…”…itulah pertemuan pertama pelajar baru itu dengan si gadis manis. Usai solat, mereka berdua bersuai kenal…sungguh mesra gadis itu…rupanya dia pelajar dari USM induk, singgah di kampus kejuruteraan kerana sedikit urusan…kerana tidak sempat ke pusat islam, dia mencari surau2 di desasiswa… Melihat cara gadis itu, pelajar baru itu mengambil kesempatan untuk berkongsi masalahnya tentang solat berjemaah dan surau yang kosong…mengapa dan kenapa hal ini terjadi? mereka kelihatan tidak kekok malah sangat mesra berbual… Gadis itu tersenyum mendengar soalan dari si pelajar baru…
“Alhamdulillah adik mahu kepada solat berjemaah. Tapi mungkin suasana sekarang kelihatan tak mengizinkan adik untuk teruskan… ‘Islam itu asing, ia datang dalam keadaan asing dan akan pergi juga dalam keadaan asing’… Inilah kampus kejuruteraan. Adik kat sini 4 tahun…sangat lama. Nasihat akak yang fakir ilmu ini, setiap yang baik itu perlu dimulakan oleh mereka yang berhati baik. Mungkin belum ada insan yang terbuka hati untuk solat di surau, kalau ada pun mungkin mereka segan dan memendam sahaja keinginan tersebut. Untuk terus menunggu, kita tak pasti bila masanya akan tiba untuk orang lain imarahkan. Nampaknya, Adik lah yang perlu mulakan. Mulakanlah dari sekarang, ajaklah kawan2 ke surau…” penuh berhikmah nasihat yang diberi…kini…barulah pelajar baru itu faham apa yang dikataka oleh gadis manis tersebut…tapi hatinya terasa berat kerana dia sendirian…bukan dia tiada kawan tapi dia tidak tahu kawan yang mana yangmempunyai keinginan sepertinya…”Terima kasih kak. Barulah saya tahu. Cuma, akak doakanlah agar Allah membantu saya…” semangatnya berkobar saat itu…tapi dia sendiri belum pasti apakah perjalannya selepas ini…
Di akhir pertemuan, si gadis manis menghadiahkan pelajar baru itu sebuah penanda buku berwarna biru lembut…dia atasnya tertulis,
“Hiduplah sesuka hatimu, kerana engkau pasti akan mati. Dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki, kerana engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, kerana engkau akan dibalas dengan amal perbuatanmu”- IMAM AL GHAZALI-
Dalam pencarian, tidak jemu dia berdoa...akhirnya pelajar baru itu bertemu sahabat2 yang turut berkongsi impian yang sama, untuk mengimarahkan surau…benarlah Allah sentiasa membantu amalan kebaikan untuk menegakkan syariat Islam.
Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. “
(Surah al Ankabuut : 69 )
Kini…Mac 2010:
Setiap malam Surau itu sentiasa mempunyai jemaah. Antara maghrib dan Isyak diisi dengan tazkirah oleh imamah yang bertugas. Walaupun ringkas, namun sesi itu mampu membuka ruang untuk berbincang banyak perkara. Suatu hari selepas sesi tazkirah di surau, seorang adik bertanya kepada si ‘pelajar baru ‘, “Akak, kenapa harini orang tak ramai. satu saff je…”…’pelajar baru’ itu tersenyum mendengar soalan adik tersebut…di fikirannya terkenang suatu masa dahulu…masih segar di ingatan senyuman ‘si gadis manis’…itulah kali pertama dan terakhir mereka ditemukan…saat dia masih bergelar ‘pelajar baru’…sekarang dia dapat merasa nikmatnya solat berjemaah…
Namun, apakah keadaan akan terus kekal begini...dirinya dan juga surau ini?Alhamdulillah, Ya Allah, indahnya hidup bersyariat…kurniakanlah kami taufik dan hidayah mu, tunjukkan kami jalan yang lurus, jangan kau pesongkan hati2 kami sesudah itu, "Jom solat, dah masuk Isyak, akak iqamah tau…” 'pelajar baru' itu tidak menjawab soalan namun sengaja mngubah topik…"Ala akak ni, saja je tak nak jawab, mujur saya rajin bertugas jadi imamah malam ni…hehhee”…adik tersebut tersengih2 menuju ke tempat imam…iqamah pun kedengaran…
Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Surah A-li ‘Imraan, Ayat 8)
~Tinta 9~
Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud: "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. “ (Surah al Ankabuut : 69 )
Q’A: Realitinya, kita berada di sebuah 'Kampus Kejuruteraan'...bukan Maahad Tahfiz, bukan Darul Quran...Untuk berada di jalan ini, Usaha adalah penting, Doa teramat penting...Tawakal lagi penting... Cita2ku Islam Gemilang, Daulah Terbilang...p/s: Kisah ini hanya rekaan semata2…namun ambillah yang baik jika ada….wallaahua'lam...