Monday, March 1, 2010

Kisah doa dan usaha

…Julai 2006:
“Kenapa tak ada orang solat kat surau  kak?”…soal seorang pelajar yang baru mendaftar sebagai Pelajar Tahun 1 USMKKj kepada seorang kakak senior…kakak itu hanya mampu tersenyum… Pelajar baru itu keliru, mengapa surau kosong? Sedangkan semua aras ada surau, luas dan bersih pula. Dia sentiasa bertanya kepada senior2 yang dikenalinya tentang hal ini. Kenapa? Mengapa? Di hatinya, dia sangat rindu untuk solat berjemaah di surau, sepertimana semasa di matrikulasi dulu…manisnya solat berjemaah bersama sahabat2…dan kini… dia solat bersendirian walau di surau…dan, hampir saja dia putus asa setiap kali ingin ke surau…mengenangkan dirinya hanya seorang…
Suatu petang, “Tok tok tok…Assalamualaikum…” kedengaran suara seseorang memberi salam di luar bilik pelajar baru itu…dibukanya pintu, kelihatan seorang gadis manis…dengan senyuman gadis itu bertanya, “Adik, boleh akak tumpang solat kat sini? Tadi akak pergi surau, tapi tak ada telekung…” “Oh, boleh2, masuklah kak…”…itulah pertemuan pertama pelajar baru itu dengan si gadis manis. Usai solat, mereka berdua bersuai kenal…sungguh mesra gadis itu…rupanya dia pelajar dari USM induk, singgah di kampus kejuruteraan kerana sedikit urusan…kerana tidak sempat ke pusat islam, dia mencari surau2 di desasiswa… Melihat cara gadis itu, pelajar baru itu mengambil kesempatan untuk berkongsi masalahnya tentang solat berjemaah dan surau yang kosong…mengapa dan kenapa hal ini terjadi? mereka kelihatan tidak kekok malah sangat mesra berbual… Gadis itu tersenyum mendengar soalan dari si pelajar baru…
“Alhamdulillah adik mahu kepada solat berjemaah. Tapi mungkin suasana sekarang kelihatan  tak mengizinkan adik untuk teruskan… ‘Islam itu asing, ia datang dalam keadaan asing dan akan pergi juga dalam keadaan asing’… Inilah kampus kejuruteraan. Adik kat sini 4 tahun…sangat lama. Nasihat akak yang fakir ilmu ini, setiap yang baik itu perlu dimulakan oleh mereka yang berhati baik. Mungkin belum ada insan yang terbuka hati untuk solat di surau, kalau ada pun mungkin mereka segan dan memendam sahaja keinginan tersebut. Untuk terus menunggu, kita tak pasti bila masanya akan tiba untuk orang lain imarahkan. Nampaknya, Adik lah yang perlu mulakan. Mulakanlah dari sekarang, ajaklah kawan2 ke surau…” penuh berhikmah nasihat yang diberi…kini…barulah pelajar baru itu faham apa yang dikataka oleh gadis manis tersebut…tapi hatinya terasa berat kerana dia sendirian…bukan dia tiada kawan tapi dia tidak tahu kawan yang mana yangmempunyai keinginan sepertinya…”Terima kasih kak. Barulah saya tahu. Cuma, akak doakanlah agar Allah membantu saya…” semangatnya berkobar saat itu…tapi dia sendiri belum pasti apakah perjalannya selepas ini…
Di akhir pertemuan, si gadis manis menghadiahkan pelajar baru itu sebuah penanda buku berwarna biru lembut…dia atasnya tertulis,
 “Hiduplah sesuka hatimu, kerana engkau pasti akan mati. Dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki, kerana engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, kerana engkau akan dibalas dengan amal perbuatanmu”- IMAM AL GHAZALI-
Dalam pencarian, tidak jemu dia berdoa...akhirnya pelajar baru itu bertemu sahabat2 yang turut berkongsi impian yang sama, untuk mengimarahkan surau…benarlah Allah sentiasa membantu amalan kebaikan untuk menegakkan syariat Islam.
Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. “
(Surah al Ankabuut : 69 )
Kini…Mac 2010:
Setiap malam Surau itu sentiasa mempunyai jemaah. Antara maghrib dan Isyak diisi dengan tazkirah oleh imamah yang bertugas. Walaupun ringkas, namun sesi itu mampu membuka ruang untuk berbincang banyak perkara. Suatu hari selepas sesi tazkirah di surau, seorang adik bertanya kepada si ‘pelajar baru ‘, “Akak, kenapa harini orang tak ramai. satu saff je…”…’pelajar baru’ itu tersenyum mendengar soalan adik tersebut…di fikirannya terkenang suatu masa dahulu…masih segar di ingatan senyuman ‘si gadis manis’…itulah kali pertama dan terakhir mereka ditemukan…saat dia masih bergelar ‘pelajar baru’…sekarang dia dapat merasa nikmatnya solat berjemaah…
Namun, apakah keadaan akan terus kekal begini...dirinya dan juga surau ini?Alhamdulillah, Ya Allah, indahnya hidup bersyariat…kurniakanlah kami taufik dan hidayah mu, tunjukkan kami jalan yang lurus, jangan kau pesongkan hati2 kami sesudah itu, "Jom solat, dah masuk Isyak, akak iqamah tau…” 'pelajar baru' itu tidak menjawab soalan namun sengaja mngubah topik…"Ala akak ni, saja je tak nak jawab, mujur saya rajin bertugas jadi imamah malam ni…hehhee”…adik tersebut tersengih2 menuju ke tempat imam…iqamah pun kedengaran…
Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Surah A-li ‘Imraan, Ayat 8)
~Tinta 9~
Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik. “
(Surah al Ankabuut : 69 )
Q’A:  Realitinya, kita berada di sebuah 'Kampus Kejuruteraan'...bukan Maahad Tahfiz, bukan Darul Quran...Untuk berada di jalan ini, Usaha adalah penting, Doa teramat penting...Tawakal lagi penting... Cita2ku Islam Gemilang, Daulah Terbilang... p/s: Kisah ini hanya rekaan semata2…namun ambillah yang baik jika ada….wallaahua'lam...

5 comments:

naimah27 said...

bagus

~attahrel~ said...

wowww!!!..ni cerita benar ni...tp sapa watak utama ek??ang ka AINI??x pn NAIMAH???..jeng3...

bagus la wei, ang dh create benda camtu..just make sure ada pelapis yg akan teruskan usaha tu..saham baik tu ang create...

1 soklan..kat blok pompuan xdak ka org2 yg mcm tabligh2 tu???..yg selalu ajak org p surau tu..kt blok laki ada ja..dan mereka2 ni lah yg selalu ada kt surau...*tabik spring*

Qalam'Aini said...

@naimah27,

alhamdulillah. moga bermanfaat.


@~attahrel~,

"p/s: Kisah ini hanya rekaan semata2…namun ambillah yang baik jika ada...wallaahua'lam..."

Q'A:
- tabligh d blok ppuan? tadak nampak...mungkin mmg tadak...
- bagus la depa ajak org2 p surau...
- ang pun bkn calang2 org...sekilas ikan di air, sudah tahu bukan sembarangan ikan...btul nggak tuan tanah?

Qalam'Aini said...

Realitinya, kita berada di sebuah 'Kampus Kejuruteraan'...bukan Maahad Tahfiz, bukan Darul Quran...

~attahrel~ said...

halaamakkk..camna ang tau ni aku bukan sembarangan ikan(segannyaaaaa aku)...ofkos la I'm not ikan temenung nor tamban...aku ikan duyung...hahaha...