Perihal Orang beriman Solat, dari Al Imam Abu Talib al Makki r.a berkata..
“Telah menceritakan kepada kami, bahawa orang Mukmin apabila berwudhu’ untuk mendirikan solat, maka syaitan-syaitan menjauhkan diri daripadanya menuju ke serata penjuru bumi kerana takut kepadanya yang sedang bersiap sedia untuk menemui Raja sekelian alam (Allah s.w.t)..
Apabila orang yang melakukan solat bertakbir, iblis terhijab daripadanya dan dibina sebuah tembok yang membentenginya daripada iblis tersebut dan Allah menghadap kepadanya dengan ZatNya..
Apabila hamba tersebut mengucapkan “Allahu Akbar”, malaikat meninjau ke dalam hatinya.. Apabila malaikat tidak mendapati sesuatu yang lebih besar daripada Allah s.w.t, malaikat pun berkata, “Benarlah kamu, Allah itu paling besar di hati kamu sebagaimana kamu katakan.."
Allahu Akbar
No comments:
Post a Comment