Janjiku
(Mursyid: Dehearty)
Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin
Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi
Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu
Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan
Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..
*terima kasih kepada hamba Allah yang mencipta lirik dan lagu yang amat bermakna ini*
*seringkali diri ini lalai dan alpa, mengulangi kesilapan yang sama. sedangkan sudah seringkali diri ini berjanji padaNYA untuk tidak mengulangi lagi. namun Ya Allah...hambaMu ini amat lemah. pimpinlah diriku, ahli keluargaku, sahabat seperjuanganku dan seluruh umat Islam, menuju RedhaMu*
*..setiap yang bernama insan pasti pernah melakukan kesalahan*
*..sedangkan Rasulullah pernah ditegur Allah melalui wahyuNYA kerana bermasam muka dengan seorang sahabat baginda iaitu Abdullah Ummu Maktum (Rujuk Surah Abasa: 1-6)*
*maka, sebagai peringatan buat diri ini dan yang membaca, jangan lah dirimu mudah berputus asa memohon taubat kepada Allah, yakinlah pada kasihNYA yang amat menyayangi dirimu lebih dari kasih ibumu sendiri*
*semoga beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Amin*
~Tinta 12~
"Ya Allah, hidupkan kami dalam agama Islam, Matikan kami dalam agama Islam"
~Tinta 12~
"Ya Allah, hidupkan kami dalam agama Islam, Matikan kami dalam agama Islam"
2 comments:
assalamu'alaikum...aiya..mcm mana blh ada chemistry nie?=)
lama tak melawat blog kak aini..hrni kelas habis awal, saja nk melawat rakan2 maya jap. rupanya tak sedar kak aini pun ada post "janjiku"...hehe
sy baru je post lirik lagu ni baru2 ni(bukan dlm blog KI) tp terlewat sikit je drp kak aini.cuma lagu tu dah menusup dlm jiwa ni beberapa lama masa dlu sblm sy post lagu tu..
suka!=) slalu dgr lagu ni berulang2 kali..menginsafkan sbb kena pd diri sendiri jgk huhu..
@naimah27,
mungkin ada hydrogen bonding di rantaian ukhuwah ni, sbb tu la chemistry dia kuat :D...
betul naimah,
sbg insan dan hamba y lemah kita TAKKAN pernah lari dari melakukan kesalahan, samada sengaja atau tak sengaja..
dari lagu ni ada lirik yang menjadi pengubat hati bahawa buat silap itu fitrah insan..
dan kita lbih yakin bahwa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka,
kita jangan putus asa, jangan sedih lama2 atas dosa, let bygone be bygone, dont repeat..mohon ampun dan taubat, itulah penawar hati..
Post a Comment