Pertama, kenyataan Islam disebarkan melalui mata pedang adalah tidak benar. Bagi yang telah membaca dan berguru dengan tulisan Ustaz Said Ramadhan Al-Buthy yakni Fiqh Sirah, atau juga kajian-kajian dari ulama muktabar yang lain, pastilah sudah jelas jawapan bagi mereka bagi soalan sebegini. Soalan di atas pastinya sudah tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menjawabnya, insyaallah.
Kedua, jawapan yang akan aini kupaskan ini adalah melalui rujukan dari buku-buku ilmiaha dan ditambah dengan ulasan yang didapati dari sumber lain seperti website islam. Moga jawapan ini membantu sesiapa saja yang sedang mencari jawapan.
Soalan di atas biasa didengar dari kalangan bukan muslim dan diajukan pula kepada kita golongan muslim. Kaku dan kelu juga hendak menjawab sekiranya tiada ilmu dan hujah yang kuat untuk mengakali persoalan bijak sebegini. Dilema masyarakat bukan muslim hari ini ialah mereka sering dimomokkan dengan info zalim bahawa Islam tidak akan sampai ke tahap hari ini iaitu mempunyai penganut yang berjumlah sekitar 2 billion (mungkin lebih), jika tidak kerana ia disebarkan melalui mata pedang atau ayat mudahnya keganasan. Jika benarlah kenyataan ini, Islam tidak akan sampai ke tahap ini sebaliknya akan hancur dalam masa yang sangat cepat, sepertimana yang dialami oleh Gengis Khan yang membina empayar Mongolia, Julius Caesar di Rom dan lain-lain. Hal yang sebenarnya ialah Islam disebarkan dengan kuasa kebenaran dan berhikmah, itulah rahsia kelestarian dakwah Nabi Muhammad saw sejak 1400 tahun lalu.
Satu: Islam bererti ‘sejahtera’
Perkataan ‘ISLAM’ berasal dari kata akar ‘salam’ dalam bahasa arab yang bererti ‘sejahtera’. Ia juga memberi maksud ‘menyerah diri kepada Allah’. Sebab itu Islam adalah agama kesejahteraan dan keamanan di mana setiap penganutnya diwajibkan untuk tunduk kepada pencipta dan penguasa seluruh alam iaitu Allah awt.
Dua: Pada masa-masa tertentu, kuasa dan pedang perlu digunakan untuk mengekalkan kesejahteraan.
Setiap manusia di muka bumi ini tidak berkuasa untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dengan sendirinya. Dalam kalangan kita ini, banyak juga yang melampaui batas dan menyalahgunakan kuasa dan keamanan yang ada demi kepentingan diri. Dalam keadaan seperti ini, adalah wajar kuasa atau kekerasan digunakan ke atas mereka untuk memastikan kesejahteraan masyarakat terjaga. Maka adalah logic sekiranya pada masa sekarang setiap Negara mesti mempunyai pasukan polis bagi membanteras kerosakan dan jenayah yang dilakukan manusia. Islam menganjurkan keamanan. Namun dalam masa yang sama, Islam membenarkan umatnya untuk mengguna kekerasan sekiranya perlu melindungi diri dan agama mereka. Yang pasti, dalam Islam, kekerasan dibenarkan untuk mengekalkan keamanan dan menegakkan keadilan.
Tiga: Pendapat sejarawan De Lacy O’leary
Jawapan yang baik terhadap kesalahfahaman bahawa Islam disebarkan melalui kekerasan telah ditulis dalam satu nota De Lacy O’leary di dalam bukunya yang bertajuk ‘Islam at the cross road’ iaitu:
"History makes it clear however, that the legend of fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myth that historians have ever repeated."
Empat: Orang Islam memerintah Sepanyol selama 800 tahun
Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol, orang Islam tak pernah menggunakan pedang atau kekerasan untuk memaksa rakyat Sepanyol memeluk Islam. Hanya kemudian tentera Salib datang ke Sepanyol dan menyahkan orang-orang Islam dengan kekerasan. Setelah hari itu, tidak ada seorang muslim pun dibenarkan azan secara terbuka di Sepanyol.
Lima: Terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik
Di tanah Arab, umat Islam memerintah lebih kurang 1400 tahun sehingga kini. Hanya untuk beberapa tahun, tanah Arab diperintah oleh British dan juga Perancis. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih kurang 14 juta orang Arab yang menganut kristian koptik yakni kristian dari keturunan. Jika benarlah orang Islam telah menggunakan pedang dan kekerasan untuk menyebarkan Islam sepanjang memerintah Arab, sudah tentu tiada seorang pun orang Arab yang dibiarkan menganut Kristian pada hari ini.
Anak Palestin, generasi Islam kini |
Enam: Lebih 80% rakyat India adalah bukan Islam.
Melalui sejarah, sudah pasti semua maklum bahawa umat Islam pernah menguasai India selama beberapa ribu tahun. Kesannya sampai sekarang kita boleh lihat Istana Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jehan yang amat popular itu. Jika mereka mahu, mereka boleh saja menggunakan kuasa yang dimiliki untuk memaksa setiap rakyat India memeluk Islam. Namun kita masih dapat lihat pada hari ini lebih 80% rakyat India bukan beragama Islam. Mereka ini adalah saksi bahawa Islam tak pernah disebarkan melalui cara kekerasan dan tiada siapa yang memaksa mereka untuk memeluk Islam.
Tujuh: Indonesia, Malaysia dan juga Afrika Timur saksi penting
Indonesia sudah diketahui umum merupakan Negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia. Begitu juga Malaysia di mana majority penduduknya adalah beragama Islam. Cuba anda tanyakan pada diri sendiri, “ Tentera Islam yang manakah yang telah datang menyebarkan Islam (dengan pedang dan kekerasan) di Negara-negara ini?” Sudah pasti tiada jawapan kerana hal yang benar adalah Islam sampai ke sini melalui cara hikmah, perdagangan, pendidikan dan penyebaran ilmu.
Lapan: Pedang kebijaksanaan
Sebenarnya pedang yang dimaksudkan mungkin benar. Tapi bukan pedang besi yang ditempa oleh pembuat pedang, tetapi yang dimaksudkan ialah ‘pedang kebijaksanaan’. Pedang kebijaksanaan ini yang telah menawan hati dan minda manusia agar menerima Islam. Rujuk Surah An-nahl ayat 125.
Sebenarnya pedang yang dimaksudkan mungkin benar. Tapi bukan pedang besi yang ditempa oleh pembuat pedang, tetapi yang dimaksudkan ialah ‘pedang kebijaksanaan’. Pedang kebijaksanaan ini yang telah menawan hati dan minda manusia agar menerima Islam. Rujuk Surah An-nahl ayat 125.
Sembilan: Pertambahan umat Islam antara tahun 1934 dan 1984
Satu artikel Reader’s Digest ‘Almanac’ pada tahun 1986, telah memaparkan statistic yang menunjukkan peningkatan penganut bagi agama-agama dominant di dunia dalam jangka masa separuh abad. Artikel ini turut disiarkan dalam majalah ‘the truth magazine’. Pada tangga teratas ialah Islam dengan pertambahan sebanyak 235% diikuti Kristian dengan pertambahan sebanyak 47%. Bolehkah seseorang yang mengatakan bahawa Islam tersebar melalui pedang dan kekerasan menyatakan kepada kita semua, perang apakah yang telah berlaku dalam era ini yang telah menyebabkan berjuta-juta manusia memeluk ISLAM? Jawapannya Tiada. Sehingga kini, agama yang paling cepat tersebar ialah agama Islam, samada di Amerika juga di Eropah, walhal tiada sebarang peperangan besar-besaran diadakan untuk menyebarkannya.
Sepuluh: Hayati kata-kata Dr Joseph Adam Person ini
"People who worry that nuclear weaponry will one day fall in the hands of the Arabs, fail to realize that the Islamic bomb has been dropped already, it fell the day MUHAMMED (pbuh) was born".
Allah Maha Penyayang. Agama Islam yang diredhaiNya telah tersebar dari Nabi Muhammad saw, diikuti para sahabat dan umat Islam yang seterusnya dengan penuh hikmah, kasih sayang, cinta dan kesejahteraan. Maka nikmat Allah yang mana lagi kita nak dustakan? Syukur Alhamdulillah.
3 comments:
salam, saudari. saya google tntg SJSI, lalu saya jumpa blog ini. maaf, saya tak nak komen pasal entry ini, tp nak tny, sy ditawarkan LI di SJSI, tp perlu ade insuran peribadi pula. bimbg saya, bhy ke tmpt tu? kne pnjt2 tiang ke?
saya harap saudari tak kisah utk menjwb pertanyaan sy dan berkongsi pengalaman. Jazakillah....
@dr.Cookies,
waalaikumussalam,
seeloknya ada insuran peribadi. tapi masa saya LI dulu xda insurans peribadi lg, pastu baru buat. alhamdulillah, takde apa2 kes terjadi. dari aspek kerja, memang ada panjat2. wajib kot, hehe. saya di department chemical n environment. kami kena naik boiler (setinggi bangunan 5 tingkat) dan tangki minyak diesel (setinggi bangunan 4 tingkat) guna tangga untuk proses pembelajaran dan buat keje sket2. kalau nak tahu lebih,saudari bleh contact no sy, 0135057804..
oh. ye ke? saya sangat2 gayat.... saya takut sangat. oh aini, terima kasih bg number. nnt sy hubungi awak ye. harap awk tak keberatan lah. sy juga bkal ditempatkan d department envi n safety.
saya sedang final sekarang. insyaAllah sy hubungi awk disember nanti. harap awk tak tukar number pula ye. :D
terima kasih sgt2. jazakillah....
Post a Comment