Gunung Merapi memuntahkan lavanya |
Usai saja membaca satu artikel berkaitan tajuk di atas, terasa ada perasaan gerun menyusup ke dalam jiwa. Ya, Aini rasa takut saat membaca berita-berita ini di dada akhbar, di blog-blog dan laman sesawang yang memaparkannya. Gunung berapi di negara jiran Indonesia meletus lagi. Dan bakal meletus adalah 21 gunung berapi yang lain di mana pihak mereka hanya dapat mengenal pasti corak dan tanda-tanda bahawa gunung berapi tersebut akan meletus, tapi tak tahu yang mana satu akan meletus dulu.. Ya Allah, sesungguhNya Kau Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka permudahkanlah bagi saudara kami di sana untuk menempuh ujianMu ini..
Sudah saban tahun, saban dekad, negara jiran kita Indonesia ditimpa bencana alam. Namun di Malaysia tiada langsung bencana yang hebat-hebat begitu pernah berlaku. Paling teruk pun adalah banjir dan tempias tsunami saja. Di Malaysia tidak ada satu pun Gunung berapi yang aktif. Di saat Gunung Berapi di Indonesia meletus, kita hanya merasa sedikit sedih dan takut saat membaca beritanya, jauh sekali untuk merasa kesakitan dan kesengsaraan yang di alami mereka di sana. Tapi mengapa Indonesia saja? Inilah ajaibnya ciptaan Allah, walhal Malaysia dan Indonesia ini berjiran, dan amat dekat pula jarak dan hubungannya, namun struktur muka bumi dan alamnya berbeza sekali. Tika negara-negara asia lain di landa ribut taufan, kita di Malaysia hanya mengenal ribut musim tengkujuh saja, kadangkala beberapa buah rumah runtuh dek ribut yang melanda. Namun jauh sekali nak dibandingkan dengan ribut taufan di Jepun, Filipina yang meranapkan terus satu bandar.. Nauzubillah..
Maka wajar sekali kita bersyukur. Rakyat Malaysia hanya mengenal hujan air dan sedikit panas kering, bukannya hujan api, hujan batu, hujan debu panas dan kemarau berpanjangan sehingga tanah jadi kering kontang seperti di negara lain di dunia ini. Bila difikirkan dengan dalam, sebenarnya walau di sini tiada tanda-tanda bencana alam yang dahsyat bakal berlaku, kita lebih wajar berasa takut berbanding mereka semua. Mengapa ya?
Cuba lihat di sekeliling kita. Bukan sedikit maksiat dan kemungkaran yang berlaku. Sudah tak terkira banyaknya kes zina, pembuangan bayi, pembunuhan, rogol, kecurian dan rompakan, keruntuhan moral dan gejala social, seks di luar tabii, anak yang menderhaka kepada ibu bapanya, isteri yang menderhaka dan curang pada suami dan sebaliknya, pemimpin yang tidak amanah apatah lagi yang tidak taat kepada Allah dan membelakangkan Islam,kes fitnah-memfitnah, mengagungkan hiburan dan duniawi sehingga lupa pada agama, penyelewengn akidah dengan kes syirik, murtad dan sebagainya.. Banyak lagi yang Aini tak dapat senaraikan, tapi Aini rasa senarai ini saja sudah cukup menjadi peringatan buat kita bahawa dengan keadaan Negara Malaysia yang seperti ini, sudah sangat layak untuk Allah menurunkan ‘peringatan’ buat kita. Tapi tak dapat kita nak bayangkan peringatan itu nanti coraknya bagaimana.. Nauzubillah. Namun segalanya telah berlaku, sekiranya kita masih tak rasa takut dengan peringatan-peringatan yang ada di sekeliling kita dan di seluruh dunia ini, bererti kita masih lena dibuai mimpi. Umat Islam di Indonesia sudah acap kali ditegur Allah atas kesilapan dilakukan mereka. Adakah kita hanya mahu menunggu giliran kita sendiri pula? Mohon dijauhkan oleh Allah dari sebarang penderitaan dan bencana yang tak mampu kita tanggung nanti, sepertimana yang pernah berlaku pada Kaum Ad dan Kaum Thamud suatu masa dahulu. Mereka lenyap dalam sekelip mata..
Kadang-kadang dengan cara membayangkan perkara sebegini kita akan dikatakan sebagai ‘pesimis’ dan berfikiran negative terhadap nikmat kurniaan Allah sekarang. Namun apa daya kita sebagai manusia yang lemah ini selain menunggu nikmat atau azab dariNYA kerana kita tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Bagi golongan yang telah berada di jalan dakwah, kini tugasmu semakin berat. Moga istiqamah dan tsabat di jalan dakwah demi kebaikan saudara seIslam yang lain. Moga Allah menurunkan bantuan dan hidayahNya kepada kita semua dalam setiap langkah dan deru nafas kita...
Q’A: Setiap yang wujud dan berlaku itu hakikatNya dari Allah..
No comments:
Post a Comment