~Tinta Hati~
17 Jamadil Awal 1432H/ 21 April 2011
Ialah Wanita Yang Beriman,
Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah,
Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Tidak Pernah Gentar Melawan Nafsu,
Menjaga Tuturkatanya,
Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Sentiasa Berbuat Kebaikan,
Mempunyai Ramai sahabat,
Tidak Mempunyai Ramai Musuh,
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,
Tidak Membazirkan Masa,
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan,
Menghormati Ibubapanya,
Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tua Dan Keluarga,
Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Berbakti Kepada Suami Dalam Kehidupan Seharian,
Mendidik Anak-anak Mendalami Agama Islam,
Hidup Penuh Kesederhanaan,
Mencontohi Sifat Isteri Rasulullah SAW,
Sentiasa Mengingati Mati,
Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,
Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Lelaki Acuan Al-Quran.
Q'A:
Macam pernah baca je kan tajuk dan sajak di atas. Iya, bagi yang suka membaca pastinya akan pernah melintasi tajuk artikel ni. Aini juga pernah baca, lama dulu.
Al kisahnya, hari ni Kak Jus dan Kak Syura sangat rajin mengemas dan menghias cube postgrad masing-masing (thumbs up! ^^) wal hasil terjumpa artikel-artikel lama yang sekian lama tersimpan. Keluarlah Al-Mizan dan Al-Qalam tahun 2003! Maka kerja Aini tadi sebenarnya menghabiskan bacaan artikel-artikel lama ni. (Admit it, memang dah tak fokus kerja dah..he he). Aini rasa mereka dah bermastautin di cube tu dah 4 tahun, dari Master sampai phD. Lama tak lama, dari single sampai lah double, Kak Jus pun dah dapat baby Muaz, jadi triple. Tunggu Kak Syura pula untuk bakal menyusul triple, insya allah. (^_^).
Kenapa baru hari ni Aini kongsikan, kalau dulu dah pernah baca?
Jawapan: Kerana harini baru Aini sedar yang sajak ni begitu istimewa...
Mungkin dulu Aini dah pernah baca, tapi isinya tak masuk ke hati ini. Bila tak masuk ke hati, maka tak rasa istimewanya. Hari ni Allah beri peluang Aini baca balik, dan tiba-tiba terasa sangat bermakna bait-bait sajak ni. Betul-betul muhasabah. Mungkin terkena batang hidung sendiri juga. Itulah cara hidayah, indah pada masanya. Bila-bila Dia mahu, Dia akan beri. Tanpa izinNya, dengar tazkirah dari ulama' terhebat pun tak masuk juga ke hati... Dengan izinNya juga, sesuatu yang kita tak pernah terfikir akan jadi istimewa boleh bertukar jadi sangat istimewa di hati kita... (^_^)
(Aini hadiahkan sajak ni untuk Kak Jus, Kak Syura dan Kak Min...with love~)
~Tinta 16~
"Ukhuwah itu indah, jika bertemu dan berpisah kerana Allah"
No comments:
Post a Comment