Monday, August 15, 2011

Cinta itu fitrah insani


Dari Tauqul Hamamah (The Ring of the Dove), kitab oleh Ibnu Hazm al-Andalusii (Di Bawah Naungan Cinta, hlm. 83)Penterjemah asal tidak diketahui. Sekadar berkongsi puisi. (^_^)

"Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama
Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa
Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa
Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa"
Q'A:
..Rasa cinta tidak salah. Yang salah jika menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Rasa cinta itu fitrah. Yang fitrah itu adalah sunnatullah setiap kehidupan. Rasa cinta itu lelah. Yang membuat insan hanyut dalam fikiran dan perasaan. Rasa cinta itu indah. Yang akan lebih indah dengan ikatan pernikahan. Jika telah hadir rasa cinta, berpada-padalah dengan dirimu sendiri, kerana dirimu yang mengizinkan hadirnya, bukanlah orang lain..

2 comments:

Raihana Bahru said...

nice puisi.. makna yg tersirat.. ^_^

sharing:
"bila ada cinta,tiap ujian yg dtg terasa seronok utk dilalui walaupun penuh derita.terasa bahagia memenuhi ruang tanpa ada walau secebis benci".(ref: buku cinta kerana Allah,ustaz pahrol juoi). nice read indeed..

ibarat: ibu yg melahirkan,mendidik anak2.walaupun bnyk ujian dan derita yg dtg,ujian rs seronok utk dilalui kerana sebuah cinta kpd anak2nya!
lalu keraplah tny pd diri tatkala diuji,adakah diri masih ada cinta?
wallahua'lam.

Qalam'Aini said...

Cinta mencintai, sayang menyayangi sesama insan, itulah yang di anjurkan oleh Rasulullah s.a.w.. baginda bawa pencerahan daripada kebencian kepada keasih sayang..
Namun bila cinta antara adam dan hawa ajnabi diulaskan, ia akan mencabangkan banyak kekeliruan, samada cinta yang merosakkan atau cinta yang membina akan dibahas..
Ia tidak salah jika tidak menterjemahnya dalam perlakuan yang dilarang oleh agama..
Ayat terakhir puisi yang paling buat saya terkesan rai,
"Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa"
Sebelum ijab dan kabul.. cinta itu seharusnya dijadikan sebagai kata tersembunyi, ia bukan bererti tiada seperti berdiam seribu bahasa, tapi di sembunyikan atas maksud menjaga iman dan agama.. Jangan ia dihalang dan dicantas, kerana ia pasti takkan berhasil bahkan akan bawa mudharat, kerana saat Adam terpandang akan Hawa yang diciptakan untuknya dulu, saat itu telah terbit perasaan cinta itu, bukankan kita ini anak cucu mereka?

Q'A: Cinta Manusia, Cinta Allah.. (^_^)