Bismillaahirrahmaanirrahim…
Ramadhan yang hadir seharusnya membawa seribu kebahagiaan buat hati, dan hakikatnya lebih lagi. Ia anugerah dari Allah agar para hambaNya menyedari bahawa masih banyak dosa tersisa, masih banyak amal bekalan diperlukan untuk suatu hari pengadilan yang pasti akan tiba. Maka Dia memberi peluang kepada hambaNya untuk membersihkan diri melalui anugerah Ramadhan.
Aini memikirkan perjalanan panjang kehidupan yang dipenuhi ujian dan amanah. Ia tidak dapat lari dari fikiran ini. Ujian, ia lebih ringan daripada amanah jika ujian itu melibatkan hanya kita dan Allah. Jika kita hendak sedih berterusan dengan ujian, kesusahan ataupun kesukaran yang melanda, itu soal jiwa kita. Sedih berpanjangan bererti jiwa derita. Siapa yang mahu hidup derita? Pastilah tiada siapa-siapa yang mahukan selain bahagia. Jika kita sabar, dan berusaha mencari hikmah di sebalik setiap ujian pasti ada cahaya di hujung jalan, Insya Allah. Namun amanah pula, ia lebih mencengkam jiwa berbanding ujian, melemahkan semangat pada masa-masanya. Memikirkan ia melibatkan diri kita, orang lain dan Allah pastinya, ia membuatkan diri jadi tidak keruan memikirkan amanah yang belum dapat dilangsaikan sepenuhnya dan sebaiknya. Ya, amanah ialah ujian yang begitu besar. Namun, siapa kita untuk mempercepatkan masa atau mengundurkannya kembali agar dapat melangsaikan amanah yang diberi. Hidup dalam harapan dan impian untuk membahagiakan orang lain bukan semudah menukil kata dan tulisan. Jika terus difikirkan ia tidak akan berkesudahan kerana pada hakikatnya sebanyak mana masa yang kita miliki kita tidak mengetahuinya. Percaturan Ilahi ialah, apabila sampai masanya, kita akan dipanggil semula untuk mengadapNya.
Maka, hiduplah untuk hari ini.
Maka, hiduplah untuk hari ini.
Usahakan semua yang termampu pada hari ini dan saat ini. Bukan hidup untuk esok kerana belum pasti esok masih ada untuk kita. Aini memetik ungkapan kata-kata ini dari sebuah tulisan,
"masa lalumu adalah sebuah sejarah, masa depanmu adalah sebuah misteri, namun hari ini, jikalau kamu masih hidup, itu adalah Anugerah."
Pernahkah kita sedari, mengapa seekor nyamuk dapat masuk ke pondok usang, bahkan juga istana Raja?
Kerana ia sebenarnya tidak pernah mengerti apa-apa dan tidak mengharap apa-apa. Kecuali hanya satu hal ini,” Bahawa makananku ialah darah, dan dimanapun terdapatnya darah, aku akan menjejakinya, sampai aku dapat makan pada hari ini.” Dan ia baru sedar bahawa ternyata ia sudah sampai di istana Raja saat ia dapat menikmati darah, yang bahkan juga darah seorang Raja!
Apa anugerah yang Allah anugerahkan untuk kita? Sama seperti nyamuk yang diberikan anugerah mempunyai deria yang cekap untuk mengesan darah, bagaimana dengan kita?
Misi hidup seorang anak Adam tiada lain kecuali satu,
‘Mengabdikan diri sebagai Hamba Allah yang Esa’
Seorang hamba, apa yang diharapkan olehnya dari tuannya hanyalah kepuasan hati, keredhaan, dan ganjaran. Begitu juga yang diharapkan oleh seorang tuan kepada seorang hamba, agar hambanya sentiasa taat padanya dan berusaha untuk memuaskan hatinya sebaik mungkin. Tentang masa, serahkan saja pada ketentuanNya.
Hari ini, seriuslah menghargai anugerah yang Allah kurniakan, manfaatkanlah ia, dan lihat kebaikan apa yang akan di perolehi kelak. Jika esok masih ada, bererti kita sekali lagi dikurniakan anugerah olehNya. Moga Allah merahmati kita semua, di dunia dan di akhirat nanti.

Q'A: hidup untuk hari ini, esok ialah episod kehidupan lain..(^_^)
No comments:
Post a Comment