Friday, January 29, 2010

[Belum diberi Tajuk]


Ya Rahman, sering aku menjadi saksi
Melihat para  mujahidMu semakin tidak sehaluan
Berpecah dalam menegakkan ad-deen
Bercakaran di jalan memperjuang gerakan
Ego si mujahid semakin tinggi melangit
Walhal lama dulu pernah dia ikrarkan
Hidupnya  ini semata ingin memburu syahid

Ya Rahim, sungguh aku semakin lali
Menyaksi lunturnya semangat para mujahidahMu
Hanyut dalam lautan emosi
Menjauh dek pernyataan lemahnya jasmani
Hancur  dek kosongnya pengisian rohani
Sedang dia tahu pucuk pangkalnya dari segumpal daging itu
Yang bernama Hati
Dibiarnya Hati itu ditawan oleh nafsu cinta duniawi

Ya Rabbi,
Betapa lemah diri ini
Tidak terbanding dengan para mujahid dan mujahidahMu
Walau mereka  luntur semangat
Walau mereka cakar mencakar
Tetapi nyata mereka berjihad
Jihad mereka dalam barisan yang tersusun
Menyahut seruan dari kalamMu As-Saff

Maka siapalah diri ini untuk dibandingkan
Perjuanganku tidak pasti
Berjihad jauh sekali
Hidupku hanya untuk diriku
Tidak jemu ku berdoa dalam sujud dan solatku
Agar diberi hidayah dan kekuatan
Semoga beroleh kemenangan di dunia ini
Dan beroleh syafaat di hari pembalasan

Ya Tuhanku,
Aku merayu belas kasihMu
Kurniakanlah hidayah dan kekuatan kepada para mujahid dan mujahidahMu
Agar mereka tetap dan tabah di jalan ini
Ku ingin selalu mendengar tazkirah dari sang mujahid di rumah2Mu
Ku rindu mendengar nasihat2  indah dari para mujahidahMu
Kuatkanlah mereka Ya Allah
Kerana mereka adalah harapanku dalam mencari cahayaMu
Ketahuilah bahawa jauh di sudut hati ini
Ku juga ingin bersama menyelusuri jalan yang lurus itu
Bersama para mujahid dan mujahidahMu
Sebelum masaku tiba ke garis akhir

Nukilan,
Qalam ‘Aini (28 Januari 2010 / 12 Safar 1431H)


7 comments:

Raihana Bahru said...

salam...syukran utk peringatan...moga diberi kkuatan dan kelapangn masa (yg sll mengaku diri ni bz memanjang) utk menghisab diri yg xpnh pikir sejauh mana performance diri stkt ni..(ego dh ni)..hebatnya manusia ego di depan Allah...merasakan diri hebat sglnya...tp lupe dek kerana segumpal daging yg dkurniakan itu bukan miliknya, tiada hak utk mencemari hati itu. tp dek kerana ego yg tggi melangit itulah, trus lupa dan alpa serta jauh skali utk menyatakan syukur pdNYA...

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

tepuk dada tanya iman..syukran jazilan sbb membuat diri ni mcm kene 'ketuk'....

~attahrel~ said...

TAHUKAH ANDA...
jumlah perkataan dalam komen di atas adalah lebey banyakkkkkk dari perkataan di dalam post...saya dh bilang...hahha

**hallamak..nukilan QA tuuu..x sangka muka sikit punya ganas,tp dlm hati ada taman <--ini ayat cilok..haha

Qalam'Aini said...

@raihana

hari ni bermulanya episod baru.. berbekal pengalaman y tidak ternilai harganya- kenangan y tidak bisa terpadam, mungkinkah akan terus tsabat?

ya Allah, kurniakan kami petunjuk dan hidayahMu dan jangan Kau pesongkan hati kami sesudah itu.

aamiinn..

Qalam'Aini said...

@~attahrel~

"...**hallamak..nukilan QA tuuu..x sangka muka sikit punya ganas,tp dlm hati ada taman <--ini ayat cilok..haha..."

Q'A:

at, sket ni ja pon...terselit...pasni xdak dah kot 'taman' luar biasa di Q'A...(^_^)
tentang ganas,untuk statement ni ang bukanlah y pertama...jd maksudnya y empunya diri ni belum ada progress y membina.......

Raihana Bahru said...

salam...at, hang ni nk komen xyah la jeles ngn komen aku tu...ish2..blh plak kira patah kata...xpe2..yg penting sampai mksudnya..xgitu aini??insyaAllah moga terus diberi kekuatan...bittauffiq..(^_^)

Qalam'Aini said...

@raihana,

itulah gerangan tuan tanah aloqmalai...'a legacy that never stop nor end'...hebatkan...setakat kira patah pekataan tu small matter ja :D

Q'A: betul2, y penting sampai maksud.....

Qalam'Aini said...

correction bagi tema aloqmalai, nanti tuan tanah marah eden.

'a legacy that never START nor END...'