Tuesday, January 19, 2010

Tadabbur Pulau Lagenda 1 - Chenang Indah di Mata

 Bacaan basmallah mengiringi langkah ke pintu masuk feri. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Selama satu jam kami setia menantikan feri yang bernama ‘Lambaian 3’ namun akhirnya kami menjejakkan kaki ke dalam feri bernama ‘Labuan 7’. Lambaian 3 yang diumumkan akan tiba sedikit lewat dari masa yang dijadualkan oleh pihak pengurusan telah tiba lebih awal, di saat kami sedang menikmati hidangan tengahari. Kami terlepas Lambaian 3. Inilah yang dikatakan ‘kita merancang, juga Allah merancang, namun sebaik2 perancangan adalah perancangan Al-Khalik’. Wajah berseri selepas kekenyangan kembali muram dek tambahan make-up yang tidak diundang; ‘lipstick kuciwa terlepas feri’. Lebih kurang 1 jam 15 minit berlayar, kami tiba di Jeti Kuah, Langkawi pada jam 3.30 petang. Niat untuk jama’ taqdim segera ditukar kepada jama’ ta’khir. Ragu jika tidak sempat tiba ke destinasi sebenar sebelum asar. Setibanya kami di jeti, hati menunduk rasa syukur. Sang Helang gergasi kini berdiri megah di hadapan. Apakah yang menanti kami selepas ini?

...He- Lang Kawi..

  Tanpa mengikut jadual asal, kami berenam membuat keputusan untuk terlebih dahulu menjelajah Pantai Chenang. Kata tourist guider kami Abdullah, Chenang lebih cantik pada waktu malam . Memang benar pun cantik, sepanjang-panjang Chenang dipenuhi gerai yang tidak putus-putus di kiri dan kanan jalan. Cahaya lampu neon pelbagai warna yang terang benderang dan berkilauan memenuhi setiap ruang. Terasa seperti berada di sebuah kota di bahagian lain dunia. Apa yang menarik bagi diriku ialah setiap gerai mempunyai seni arkitektur yang tersendiri – salah satu minatku ada pada seni ini. Seni binanya yang sangat berbeza, nampak cocok dengan Langkawi yang terkenal sebagai Pulau Lagenda. Walaupun kami belum berpeluang menjelajah ke seluruh dunia, tetapi di sini kami sudah berpeluang melihat berbagai jenis dan rupa manusia dari segala ceruk rantau. Namun ada beberapa perkara yang membuat hati ini tidak senang; Chenang bukanlah seperti Pantai Tanah Melayu yang dipenuhi orang timur yang berbudaya lembut, tinggi dan mulia. Ia sebuah pantai dunia yang penuh dengan percampuran lelaki perempuan yang siangnya menjadi lapangan jemuran manusia, tua muda seperti dunia barat. Sekali pandang rasa macam berada di L.A seperti yang sering di tayang di kaca2 TV. Payah mencari orang Melayu tetapi senang menemui orang ‘Putih’, Melayu bukanlah putih, tapi sawo matang. Cuma bagi yang berkehendakkan dunia pastinya terkagum tidak sudah melihat keindahan Chenang ini.

Dengan keadaan sebegini adakah mudah bagi menjadikan Pulau Langkawi KEDAH Darul Aman, sebuah tempat yang mendapat keredhaan Ilahi? …bersambung






...akan datang, Insyaallah

6 comments:

~attahrel~ said...

woooooooooiiiiiiiiiii
p langkawi x ajakkk....

Raihana Bahru said...

salam..bestnye...sdih xdpt bersame..(jeles2)..tp gembira dpt kongsi sket2 cite antunna sume even xpi...alhamdulillah...insyaAllah 'pengarah' nnt akn carik tmpt yg terbaik..heee~

Qalam'Aini said...

@~attahrel~

hmm2,ang bukan ka orang KEDAH dh at? tuan rumah la yang sepatutnya ajak kami ni ...

Qalam'Aini said...

@raihana,

waalaikumussalam...takpe2, la tahzan ukhti, tak pergi bukan bererti takkan pergi, kan2? hehe...tunggu episod seterusnya...dibawa khas dari Q'A (^_^)

p/s: pesanan utk pengarah, nak yang ada pantai~~

Raihana Bahru said...

insyaAllah....syukran jazilan...

menjawab pesanan: errr..insyaAllah usul tu akn dibahaskan kmudian..ngeee~

Qalam'Aini said...

@raihana

errr,rasa lain dah bila dengar perkataan 'bahas' skrg ni...kenapa ye...hurm,pengarah y ni nampak generous,jd sy pn merasa nak tmbh 1 lg permintaan dari pengarah: seponsor sepecial dishes, y tiap kali raya mesti dapat rasa...hint,ada perkataan 'madu'...ehee2..mmg sedap jika dimakan semasa sesi santai..........