Iqbal Hanina melebarkan pandangan ke seluruh pelusuk kafe. Hiasannya kemas dan tampak moden. Warna hijau dan putih menjadi tema utama. ‘Cantiknya gabungan 2 warna kegemaran Rasulullah ni. Siapalah interior designernya ye..’, desis hatinya. Pada firasatnya apa-apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah sudah menjadi indah. Itulah dia penangan rindu dan cintanya kepada habibullah itu. ‘Kalau orang kata angau pun masuk akal juga. Tak mengapalah, angau aku pada si dia saja..’,dia tersenyum sendirian.
“Wahhh..dah macam tempat peraduan kerabat saya tengok tempat awak ni iqbal..Cik Iqbal Hanina kita ni keturunan raja ke tengku?? He he..”, Iqbal Hanina tersentak dek satu suara yang tiba-tiba muncul dari pintu biliknya. Dia tersenyum memandang susuk sahabatnya itu, yang datang menziarah. Buku di tangan yang sedang dibacanya disimpan. “He he..raja boleh, tengku pun boleh..pilih je nak yang mana?”, dia berseloroh. Tawa mereka bersatu. Dipandangnya kearah katil dan hiasan di meja belajarnya yang dihiasi warna kuning lembut dan sedikit warna keemasan. “Tadi masa keluar outing, kat mall tu ada sales. Berkenannya saya tengok cadar ni. Warnanya cantik, lembut je.. Pastu wrappers ni pun beli sebab murah, tapi yang penting warnanya kuning. .he he..”, sambung Iqbal Hanina. Buka satu rahsia lagi minat Iqbal Hanina terhadap warna kuning dalam kalangan sahabat-sahabatnya. Masakan tidak, sudah terbukti di depan mata dia menghiasi tempatnya dengan tema warna kegemarannya itu. “Minat sungguh awak warna kuning ni..mana tahu nanti dapat jodoh kerabat ke..kan..he he..usik sahabatnya”, “Ameen..he he..”, balas Iqbal Hanina ambil tergelak kecil melayan usikan.
“Ni pun baru letak ye?”, tanya si sahabat melihat satu esei yang ditampal di hadapan meja belajarnya. Iqbal Hanina tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Si sahabatnya membaca apa yang ditampal itu dengan gaya seperti sedang berpuisi, Iqbal Hanina mendengar dengan setia ‘puisi’ dari sahabatnya itu,
"RASULULLAH, paras mukanya manis dan indah, perawakannya sedang, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam sekali dan ikal. Dahinya lebar dan rata, diatas sepasang alis lengkung, lebat dan bertaut. Sepasang matanya lebar dan hitam. Ditepi–tepi mata putih kemerahan, kelihatan lebih menarik dan kuat . Pandangan matanya tajam, dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan licin dengan barisan gigi yang bercelah – celah. Jambangnya lebat sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dan kedua–dua belah bahu bidang.Warna kulitnya cerah dan jernih dengan kedua–dua belah telapak tangan dan kakinya yang tebal. Apabila berjalan, badannya agak condong ke hadapan, melangkah cepat–cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran. Pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya. Sifatnya yang sangat rendah hati dan ketara. Apabila orang mengajaknya berbicara, dia mendengar berhati –hati, tanpa menoleh orang lain. Dia bukan sahaja mendengar, bahkan duduk menghadap orang itu. Bicaranya sangat sedikit tetapi lebih banyak mendengar. Apabila berbicara, dia bersungguh-sungguh tetapi tidak gemar berjenaka dan bersenda gurau. Apa yang dikatanya selalunya perlu. Kadangkala dia tertawa sampai terlihat gerahamnya. Apabila marah, tidak sampai telihat kemarahannya. Semuanya terbawa oleh kudratnya yang lapang dada, baik hati dan menghargai orang lain. Dia bijaksana, murah hati dan mudah bergaul. Tetapi dia juga bertujuan pasti, berkemahuan keras, tegas dan tidak pernah ragu – ragu dalam matlamatnya."
“Subhanallah Iqbal, tulisan ni betul ke? Saya tak pernah pun baca sebelum ni..indahnya perwatakan habibullah..”,sahabatnya kagum. “Insya allah, mudah-mudahan yang benar, saya ambil catatan ni dari sebuah buku Sirah Rasulullah..sungguh terkesan bila baca..Rasulullah idola saya..saya jadi rindu padanya setiap kali baca tulisan ni, sebab itu saya tampal kat situ, supaya saya boleh baca setiap hari dan boleh rindu setiap hari..”, jawab Iqbal Hanina dengan penuh perasaan.
Sahabatnya tersenyum bangga mendengar penjelasan Iqbal Hanina. “Saya nak salin jugak la..he he..Iqbal, awk tahu tak apa warna kegemaran Rasulullah?”,tanya si sahabat dengan penuh semangat sambil menghampiri Iqbal Hanina. “Hurmmm, ada ke warna kegemaran Rasulullah?”, Iqbal Hanina berfikir panjang, selama ini dia tidak pernah ambil tahu tentang hal itu. “Mestilah ada..he he..Warna yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hijau, namun selain itu Rasulullah juga menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran. Tapi yang amat disukai oleh Rasulullah ialah warna putih..”, terang sahabatnya dengan penuh yakin. “Dan, kalau awak nak tahu sebenarnya Rasulullah pernah melarang sahabat memakai pakaian berwarna kuning. Erm, Rasulullah melarang kerana bersebab, ketika itu ada sahabat memakai pakaian yang dicelup dengan za’faran dan ia berwarna kekuningan oren. Masa tu pakaian warna begitu adalah pakaian orang kafir yakni pakaian penyembahan mereka. Sebab tu, saranan Rasulullah adalah untuk berbeza dengan orang kafir”, sambungnya lagi. Iqbal Hanina tersentak mendengar pernyataan terakhir. Hari ini baru dia tahu akan hal itu. Rupanya Rasulullah lebih suka warna putih dan hijau, manakala kuning pula tidak disukainya malah pernah dilarang. Dia bermuhasabah, tiba-tiba saja dia terasa tersangat kuning pula tempat beradunya ketika itu.
“Cik, ini dia minuman yang dipesan, selamat menjamu selera”. Lamunan Iqbal Hanina terhenti dengan kehadiran pelayan Milky Way bersama minuman yang dipesan. “Terima kasih..”, balas Iqbal Hanina dengan senyuman. Dia tersenyum apabila mengenangkan kisah pada hari itu. Rupanya, dari hal sekecil warna pun umat Islam dididik secara tidak langsung. Kini warna kegemarannya terserlah oleh pakaiannya, jubah hijau lembut dengan hijab berwarna putih susu. 'Ya Rasulullah, ku merinduimu..', monolognya sendirian.
..::Qalam 'Aini, 19 Mac 2011/ 14 Rabiul Akhir 1432H::..
Q'A: Sebenarnya cerita ni ditulis sedikit-sedikit..maksudnya tulis 'on the spot'..he he..amatur je..Dalam fikiran ni masih ada beberapa siri lagi tentang Iqbal Hanina ni..dan mungkin akan diakhirkan dengan kisah pertemuannya dengan sang mujahid (part ni yang ditunggu2 kot,he..)..insya allah.. Tapi kesinambungan kisah2 ini bergantung juga pada keadaan semasa penulis..biasanya kalau dalam keadaan yang tersangat sibuk maka akan terhasillah satu karya..doa2kan lah untuk yang akan datang ye..(jangan pulak doakan sibuk, doa aje kalau tak sibuk pun boleh bercerita)..(^_^)
Akan bersambung..Insya Allah..
Q'A: Sebenarnya cerita ni ditulis sedikit-sedikit..maksudnya tulis 'on the spot'..he he..amatur je..Dalam fikiran ni masih ada beberapa siri lagi tentang Iqbal Hanina ni..dan mungkin akan diakhirkan dengan kisah pertemuannya dengan sang mujahid (part ni yang ditunggu2 kot,he..)..insya allah.. Tapi kesinambungan kisah2 ini bergantung juga pada keadaan semasa penulis..biasanya kalau dalam keadaan yang tersangat sibuk maka akan terhasillah satu karya..doa2kan lah untuk yang akan datang ye..(jangan pulak doakan sibuk, doa aje kalau tak sibuk pun boleh bercerita)..(^_^)
6 comments:
talented..i like hehe
@ummu ziyad a.k.a kak ummi..
i like that you like it..(^^,)..he he..
org yg sibuk adalah org yg mmpunyai waktu..heee..
biasenye akn menulis time keje menimbun2..huhu..
jd busy2 la sll spy cpt kluar new entry..hehe..nice story..thumbs up!! (^0^)
@ukhti raihana,
smp hati kamoo ye..mendoakan agar sy sibuk2 selalu..(T__T)
sy pas kat kamoo utk sambung bleh? (^^,)
I like green also white...
aini?ok dah tau..he he
bes2..ce smbung citer cpt2 sket..^^,
@wana shaari,
i noe which part u wanna noe..(^_^)
ce tunggu..ce tunggu..he he
Post a Comment