Thursday, March 24, 2011

Resmi lalang tiada berisi..



Resmi lalang tiada berisi,
Baik ditebas disimpan jangan,
Resam saya memilih hati,
Lebih agama kurang jangan.


Tangkap keli ganti haruan,
Bersilang kail di pinggir kali,
Tiada kuragu lamaran tuan,
Cinta di langit kasih di bumi.


Tuan menenun lungsinnya tiga, 
Songket terkenal di Andalusia,
Tuan termenung fikirkan siapa,
Fikirkan saya tunang biasa.


Saya tak mahu berlesung pauh,
Lesung pauh membazir padi,
Saya tak mahu berkasih jauh,
Sampai waktu terpatri janji.



~Tinta 14~

Q'A:
"Hobi lame datang lagi,
Pantun aje no controversy"
..::(^_^)::..

4 comments:

Anonymous said...

Musim berbalas pantun eh?
Sy Jawab ye..:)

CiNtA Di LaNgiT KaSiH Di BuMi,
CiNtaKan ALLAH CiNtaKaN NaBi,
CiNtA YaNg HaDiR aNuGeRah iLaHi,
CiNtA HaKiKi UnTuKmu Ya RoBBi,

SoNgKeT DiTeNuN BeGiTu TeLiTi,
DiTeNuN kHuSuS bUaT RaJa SeHaRi,
CiNtA dAn RiNdU FiTrAh InSaNi,
BaTaSaN SyAriaT PeNdiDing DiRi,

SaYa TeRmEnUnG FiKiRkAn DiRi,
InSaN YaNg KeRdiL CiPtAaN iLaHi,
NiAt Di HaTi iNgiN MeMiLiKi,
InSyaALLAH aDa ReZeKi TeRpAtRi JaNji,

Qalam'Aini said...

@Anonymous1117,
"Anonymous1117 ni sahihlah muslim,
Puitis dramatis lirik pantunnya,
Nak jual pantun tiada bermusim,
Hanya di Q'A ada masa-masanya.."

Q'A: terima kasih bunga melati, kalau hamba jual pantun jemputlah beli lagi..~ (^_^)

Anonymous said...

InsyaALLAH kalau QA sudi menjual, excited juge sy membeli...:)
Alhamdulillah, malam ni memang memenatkan, tapi tetibe perasaan untuk view Qalam Aini datang bertubi2...:)
Alhamdulillah sy baru aje tangguh dari 3H... Semuga pengorbanan diri, harta dan masa yang tak seberapa ni ALLAH terima dan jadikan asbab hidayat untuk seluruh ummat...

Qalam'Aini said...

@Anonymous 1150,
ameen~
alhamdulillah, moga disebalik amal terselit keikhlasan..
teringat satu perkongsian sahabat ttg para syuhada' y syahid sms misi lifeline 4 gaza ramadhan lepas..11 org semuanya..kesyahidan mereka mbuat dunia ingin mengenali latarbelakang mereka, apakah amaln2 mereka shingga dimuliakan dgn kesyahidan?adakah mereka ini org2 frontline misi?ahli syura kah? pejuang hebat kah? rupa2nya bukan..namun ada suatu y mengagumkan dalam amalan mereka iaitu mereka sentiasa menyenangkan hati shbt2 lain di saat2 getir misi dgn membancuh minuman, membersihkan tempat perbincgn, melakukan2 kerja2 am harian..dan sentiasa MEMBERI SENYUMAN..subhanallah..rupanya inilah pilihan2 Allah sbg syuhada'..
kita ambil iktibar bahawa kuantiti bukan ukuran pd pandangan Allah, dan sekali lagi dlm hal ini juga Allah melihat keikhlasan HATI..

Q'A mode: terharu ade peminat henshin melawat belog x seberapa..arigatow2~ (n__n)