Saturday, March 12, 2011

Mungkinkah 23 angka terakhir..

12 Mac 2011/ 7 RabiulAkhir 1432H

~Tinta Hati~

23 tahun lepas lahirku ke dunia dgn tangisan,
Diiringi senyuman2 insan tersayang  tanda kesyukuran,
Alhamdulillah, 
Hari ini aku masih lagi mampu tersenyum,
Diiringi doa2 serta ucapan di ulangtahun kelahiran,
Rupanya,jauh sudah usia meninggalkanku,
Telah banyak juga dosa dan kesilapan,
Mungkinkah 23 angka terakhir?
..Siapalah kita untuk meneka waktunya,
Bila saat itu tiba hanya satu kupinta,
Iringilah daku dengan doa dan redhamu..

Wahai Tuhan Pemilik Cintaku,

Andai hari ini Ratib Cinta terakhirku,

Ampunilah segala khilaf semalamku..

~Tinta 13~
~Irhamni Ya Rahim..Ighfir Zunubi Ya Ghaffar..


4 comments:

Anonymous said...

Fikir Seketika Satu Orang Hamba Kerana Takutkan ALLAH Lebih Bernilai Daripada Dunia Dan Seisi-isinya...

Moga CiNTa ALLAH Tersemat Di Hati Sanubari...:)

Qalam'Aini said...

@anonymous 504,
ameen~
moga tiada cinta lain yang lebih besar dari Cinta Allah yang bertakhta di hati ini dan hati kita semua..

Q'A: Wahai Tuhan,letakkanlah dunia ini di tanganku,bukan di hatiku..

Anonymous said...

Junjunglah Agama Di Atas Kepala Serta Bimbitlah Dunia Di Kedua Tangan Dan Teruskan Perjalanan...

Apabila Agama Di Kepala Goyang, Maka Letakkanlah Dunia Yang Dibimbit Di Tangan...

Kukuhkan Agama Yang Goyang, Bimbitlah Kembali Dunia Di Tangan Dan Ayuh Teruskan Perjalanan...

Jangan Kerana Dunia, Rosak Binasa Agama...

Semuga ALLAH Kekalkan Hidayat Dalam Diri Kita Dan Ummat...:)

Qalam'Aini said...

@anonymous 1219,
ameen~
ya tuhan kami, jangan lah Kau pesongkan hati kami setelah Kau kurniakan hidayah padanya.
alhamdulillah~
terima kasih utk bait2 nasihat y begitu indah..