Monday, April 18, 2011

Titipan buatmu bakal imamku


~Tinta Hati~
14 Jamadil Awal 1432/ 18 April 2011

Wahai bakal imamku
Seringkali
Acapkali
Bahkan setiap hari
Diriku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu usai solatku
Adakah mendoakanmu suatu yang salah? Sering diriku fikirkan persoalan ini
Oleh kerana doa terindah itu sering kutujukan khas buatmu, boleh jadi ia salah
Iya, ia tidak adil jika begitu
Pasti tidak adil buat saudara seakidah yang lebih memerlukan doaku
Maka doa itu kupanjangkn untuk ummat
Adakah juga dengan mendoakan itu bererti ku rindu bukan pada yang hak? 
Sering juga kufikirkan hal ini
Maka untuk itu aku membataskan diriku untuk berhubungan dengan para ajnabi
Sedangkan hanya Allah mengetahui betapa ku ingin mengetahui khabarmu
Yang pasti saat ini sedang dalam kesibukan dengan perjuangan di medan juangmu
Wahai bakal murabbiku
Saat ku lalui masa-masa getir bertarung di medan ilmu
Seringkali jiwa menjadi lemah
Tika mengingati lamaranmu, hatiku jadi luluh
Airmata laju turun mencurah-curah
Ingin saja
Ingin saja
Ingin saja ku berlari sepantasku,sedayaku, agar dapat kupintas waktu  untuk tiba ke saat penyatuan itu
Wahai bakal mujahidku,
Begitu diri ini teringin untuk mengecapi saat-saat bergelar sayap kirimu
Merindui saat-saat mentaatimu
Berbakti kepadamu
Mendengar nasihatmu
Menjadi permaisurimu
Lantas ku tersedar dari lamunan, diri ini bukan selayaknya menjadi permaisuri
Kerana sedari awal diriku sudah berjanji setia pada Rabbul Izzati 
Untuk mengabdi sebagai Serikandi
Lama sebelum lamaranmu menduduki hati ini
Iya, seorang  Serikandi
Untuk itu aku pasrah, walhal jauh di sudut hati ku ingin sekali menjadi permaisuri hanya untukmu
Yang istimewa hanya untukmu
Sepertimana istimewa Ummul Mukminin Saidatina Aisyah terhadap Rasulullah
Sebagaimana istimewa Ummu Ikhwanul Muslimin Lathifah As-Syuuli terhadap Imam Hassan Al-Banna
Namun jalan yang kulalui ialah jalan Mujahidah Ummu Da’wah Zainab Al Ghazali
Yang sedang kususuli ini ialah jalan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah 
Seorang isteri yang turut berbakti kepada ummat di medan ilmu dan kerjaya
Seorang ibu yang juga sedia berkorban mendidik ummat di medan dakwah
Bagaimana pendapatmu?
Jujur kufikir  ia lebih indah, bukankah Saidatina Khadijah lebih dicintai Rasulullah berbanding Saidatina Aisyah?
Maka kuubati lara hati dengan harapan pastinya dirimu akan mencintai diri ini seperti itu juga
Wahai bakal suamiku
Dengan keizinan yang Maha Pengasih
Jika ditakdirkan untuk berjodoh suatu hari nanti
Impianku adalah untuk  juga mencintaimu dan berbakti untukmu sepertimana cinta dan bakti Saidatina Khadijah kepada Rasulullah saw
Bermula dari saat sempurnanya lafaz sakinah
Berakhir pada saat bibir ini menukir lafaz syahadah 
Mengiring kepulanganku kepangkuanNya 
Doaku, 'semoga dirimu baik-baik saja', Ameen

Q'A: 
"Cintaku hanya untuk Allah, Kasihku hanya untuk Rasulullah, Rinduku sentiasa untuk ibu dan keluarga di desa, hanya satu yang tinggal untukmu di hatiku, kunamakan ia Sayang.." 


Ini ialah entri pertama berkaitan Baitul Muslim di Qalam 'Aini. (^_^)
Fitrah setiap yang bernama gadis akan senantiasa menanti saat kedatangan pasangannya, seperti penantian seorang puteri terhadap putera idamannya. Siapa pun insan itu, semoga tulisan ini sampai kepadanya. Siapa pun insan itu, biarlah terus rahsia dalam pengetahuanNya. Aini sendiri tidak dapat memastikan siapakah gerangan yang telah tertulis namanya di Lauh Mahfuz sana, semoga dia baik-baik saja. (^_^)



Update:

Alhamdulillah 'ala kulli haal..
Tanggal 13 Mac 2012 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1433H, titipan ini telah menemui pemiliknya..
Titipan ini kutujukan khas buatmu suamiku yang juga imamku, murabbiku, mujahidku yang kucintai kerana Allah, Mohamad Izuan Khaleb..^^



~Tinta 15~
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku padamu" -Imam Nawawi

11 comments:

Anonymous said...

Subhanallah.... Sungguh Indah Bait Madahmmu Wahai Cahaya Mataku...
Jazakillahu Khoiran Kathira Untuk Madah-Madah Ini... Meskipun Diri Ini Tidak Begitu Arif Dalam Mencoret Bait-bait Perasaan Di Lembaran QA, Akan Tetapi Jauh Di Sudut Hati, Diri Ini Terasa Sungguh Syahdu Tatkala Menerima Luahan Isi Hatimu... Ketahuilah Wahai Cahaya Mataku, Diri ini Juga Punyai Cita-cita Yang Sama Sepertimu Dalam Menegakkan Syiar Agama Dalam Lautan Ummat Yang Penuh Dengan Mehna Dan Ujian... Sememangnya Penantian Cukup Menguji Kesabaran Dan Kekuatan Iman... Semoga Diriku Juga Diberi Kekuatan Dalam Berjihad Melawan Nafsu Juga Perasaan Yang Tidak Pernah 'Kenyang'....


Da'ie: Saat ini mungkin QA pun dah lena...:) Maaf buat QA sbb xdapat lapangkan masa slame 2 3 hari ni... hm... Alhamdulillah, Baru saje sampai rumah... 3H bulan ni cukup bermakna... Meskipun masih ramai penduduk kg yang belum dipilih untuk datang imarahkan Rumah ALLAH, Berkat fikir, ikram pada AJK surau, Alhamdulillh imam, bilal dan beberapa AJK pun dah ada fikir untuk keluar 3H di Jalan ALLAH hujung minggu ni... Moga2 asbab mujahadah mereka, amal2 dakwah Masjid Nabi juga dapat dihidupkan di surau mereka InsyaALLAH... Aameeen...:)

Qalam'Aini said...

@Anonymous 1252,
Coretan ini sy jg hadiahkan kpd setiap gadis muslimah di luar sana yg juga sedang menanti kehadiran putera idaman mereka. Semoga terus diberi sabar dan kekuatan dlm penantian.(^_^)

Buat Da'ie, tidaklah sy mengharapkan kiriman2 madah,nasihat,peringatan,perkongsian berterusan dari kamu sepanjang waktu. Di jalan ini, sy maklum setiap kita punya tanggungjawab berbeza, begitu jg sy dan kamu. Cukup bagi sy ingatan dan doa dari kamu buat sy, kerana bukankah doa seorang saudara kepada saudaranya secara rahsia akan lebih makbul. Semoga urusan sy, kamu dan ummat Islam lainnya sentiasa dipermudahkan, Ameen.(^_^)

~attahrel~ said...

wallaweiii aini...skang dh makin berbunga2 noo ayatnya...bagus2..lumrah la akn umoq 20-an ni...teruskan menanti..hoho

Qalam'Aini said...

@~attahrel~,
bunga2 mmg sinonim ngan penulis blog ni..sbb tu profile pic ak dari dulu masih bunga..no offense..he he
thanx kerana membaca at..^^

Q'A: terus menanti ^^

kak wani :) said...

indahnya nukilan hati aini nie:)

Qalam'Aini said...

@kak wani,

kak wani..(^_^)
aini jg hadiahkan nukilan ni utk kak wani n shbt2 sehalaqah lain..(^_~)
utk kak wani aini doakn moga dipermudahkan urusan kak wani n tunang agar selamat disatukan dalam baitul muslim yg diredhaiNya, ameen..
timo kasih deh sudi baco, he he..

kak wani said...

syukran jazilan aini,ameen Ya-Rabb :)

Sifrulmind said...

Ok, ok, dan ok.

Speechless..

(nk kata smthg, tp x terkata..)

Qalam'Aini said...

@kak wani,
aameen~ (^_^)

@sifrulmind,
Maka kesimpulannya ialah, Ok..(^_^)

Wordless~

Q'A: Sharing info, 'OK' was originally referred to '0 Killed', widely and commonly used by soldiers during reporting the number of squad's soldiers left after a war.

Anonymous said...

salam aini.teruskan menulis.coretan2 indah penuh islamik.saya suka.saya juga berharap diri ini akan kekal sabar menanti hingga tiba waktunya.ameen :)

Qalam'Aini said...

@Anonymous 1251,
Wa'alaikumussalam..
Terima kasih ya atas sokongan, mudah2an perkongsian di sini bermanfaat..Teruslah bersabar krn di hujung jalan pasti akan ada sinar, insyaAllah..^^