Saturday, August 6, 2011

Setahun sebagai pelajar sarjana

Bismillaahirrahmaanirrahiim…
Pagi Sabtu, saat memasuki pintu pagar utama kampus kejuruteraan ini mata Aini terpandang pada tulisan, Universiti Sains Malaysia. Terdetik di hati, ‘Akhirnya aku menjejakkan kaki ke universiti’. Sampai di Post Graduate Room yang sunyi (hanya sunyi di hujung minggu), on PC dan sewaktu dengannya, tiba-tiba terfikir semula apa yang terlintas di fikiran tadi dan tersenyum sendiri, ’ahhai..lawak le kamu ni Aini, dah 5 tahun kamu masuk u, baru hari ni ye sedar dah masuk u’.
Senyum sendiri. Sedar dan tahu itu berbeza kata dan maknanya kan. Pertama kali Aini menjejakkan kaki di USM ialah tanggal 1 Jun 2006. Sebulan sebelumnya Aini sudah tahu bahawa Aini bakal belajar di USM. Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya tercapai hajat bonda tercinta untuk melihat anakanda menjejakkan kaki ke menara gading, juga menjadi contoh ikutan buat adik-adik. Masa SPM dulu, Aini hanya tahu satu perkara bahawa perlu skor keputusan cemerlang agar dapat diterima masuk ke universiti nanti. Aini bersekolah di sekolah menengah harian biasa dari tingkatan 1 hingga 5, namanya SMK Chini Timur. Sekolah hanya beberapa langkah saja dari rumah, dulu Aini jalan kaki je pergi sekolah, sampai dah masuk U pun masih jalan kaki. Beberapa tahun kebelakangan ni, bila ada sahabat baru bertanya Aini sekolah di mana dulu, respon mereka ialah, ‘Eh, yeke Aini ni? Ingat Aini sekolah..’ (hu, Aini tinggalkan dulu alkisah ini). Lumrah menjadi pelajar sekolah luar bandar, tambah-tambah lagi sekolah harian felda, dapat masuk universiti sudah menjadi satu kejayaan besar. Dulu sekolah Aini tu nak dapat peratusan pelajar lulus 50% pun sudah amat payah, yelah sekolah luar bandar kan, orang Ganu cakap ‘tempat jin tendang’. Apa lah ilmu yang kami tahu melainkan apa yang Cikgu-cikgu ajarkan kepada kami. Masa tu kami tak kenal lagi ICT semua ni, apatah lagi blog..heh. Jauh bezanya darjat kami dengan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh, mrsm, sekolah menengah agama apatah lagi kolej-kolej terkenal. Semasa di matrikulasi baru Aini tahu bahawa mereka yang belajar di sekolah elit ini sekurangnya telah didedahkan dan telah ada matlamat jelas sebelum dan setelah masuk U nanti, namun pada kami matlamat kami semasa SPM itu hanyalah ‘nak masuk U’, yang lain kami tak tahu. Sebagai modal pembakar semangat kami, Cikgu-cikgu seringkali mencanang cerita-ceritu bahawa belajar di U nanti tak sesusah belajar di sekolah bahkan sangat best. Nak pakai baju apa, nak pergi kuliah pukul berapa, nak keluar ke mana, tiada siapa yang akan ambil tahu. Wah, seronok benar mendengar cerita cikgu-cikgu pada masa tu. Berkobar-kobar semangat untuk masuk U waktu tu.
Keputusan SPM keluar dan syukur kerana mendapat keputusan yang baik. Ada lah nampak sedikit cahaya-cahaya untuk masuk U. Masa tu di felda, ada juga anak-anak felda yang belajar di luar mendapat keputusan yang cemerlang, straight A1. Bila fikirkan semula, rasa cemburu juga dengan mereka, dapat bersekolah di sekolah yang baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Waktu tu kecil lagi, belum kenal erti redha, berlapang dada, serta erti qada’ dan qadar. Yang jadi modal hanyalah sabar, yela kan, orang kebanyakan memang lebih kenal dengan perkataan sabar daripada redha. Sabar dengan ketentuan dan rezeki yang Allah kurniakan namun terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Seterusnya Aini dapat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Nak cerita semua kisah picisan ni agak segan juga sebab fikirkan kisah sahabat-sahabat lain pasti jauh elbih hebat, bersekolah di sekolah elit, masuk A level, belajar di oversea pula tu. Tapi takpelah, mungkin ada sedikit manfaat bagi yang membaca, jika tak sikit pun banyak (heh).
Di matrikulasi, baru Aini kenal dunia (hu, ayat..). Yelah, orang baru keluar kampung, tak pernah pula duduk asrama. Bukanlah tak pernah langsung, pernah juga duduk dalam seminggu dua setiap kali pergi ke pertandingan-pertandingan yang Aini sertai. Itupun hanya beberapa kali, dapat menginap hanya bagi program peringkat negeri dan ke atas saja. Kalau setakat peringkat daerah memang tak merasa nak duduk sebab pergi balik hari je. Aini masuk matrik dengan azam nak skor belajar je (maksud ‘je’ di situ ialah, langsung tiada misi untuk skor dapat teman lelaki atau cinta hati atau sewaktu dengannya, perancangannya masuk U nanti baru boleh On, memang lurus betul waktu tu, heh). Apa pun dugaan kena kuat untuk harungi, tambah pula masa masuk matrik Aini lihat ramai kawan-kawan matrik masa tu masuk sekali dengan kawan-kawan sekolah mereka yang lain. Ada geng mrsm, geng sbp, geng sekolah elit, geng kolej, tapi Aini jadi lone ranger. Ye la, geng sekolah Aini 3 orang je yang dapat tawaran masuk matrik, pastilah kami tercampak kat tempat yang berlainan kan. Kenal dunia yang Aini maksudkan ialah kenal kepelbagaian perbezaan latar belakang kawan-kawan baru. Di matrikulasi baru ada kawan Chinese, Indian, dari Sabah Sarawak, yang dari kampung, dari Bandar, yang kaya, yang miskin, yang lembut, yang kasar, yang baik, yang buruk, yang alim dan yang nakal. Masa sekolah dulu satu ‘warna’ je, jadi kami tak ada beza. Aini bawa pesanan pengetua sekolah kepada Aini sebelum Aini pergi ke matrikulasi, ‘di luar sekolah ini cabarannya lain, saya harap kamu terus aktif seperti kamu di sekolah ini, baru kamu dapat banyak pengalaman’. Di matrik mereka semua berbeza, ada perwatakan masing-masing. Banyak yang Aini belajar dari mereka dari segi cara belajar, cara hidup, budi bahasa, cara pemikiran bahkan cara pemakanan apatah lagi cara berpakaian. Jika Aini nak bandingkan antara kehidupan sekolah, matrikulasi dan university mengikut turutan alam pembelajaran yang paling menyeronokkan, maka Aini akan bagi 1-mtrikulasi, 2-sekolah, 3-universiti. Alam matrikulasi memang amat bermakna buat Aini. Di situ bermulanya satu hijrah yang amat bermakna, hijrah menuju cahaya (alkisah hijrah ini mungkin Aini akan cerita di entri lain). Matrikulasi pengalaman setahun yang paling manis bagi Aini.
Genap setahun di matrikulasi, Aini pun menjejakkan kaki ke USM. Masa di matrikulasi baru Aini tahu nak ambil bidang apa untuk masuk U nanti. Kawan-kawan lain kebanyakannya sudah ada misi sejak dari sekolah, samada nak jadi jurutera, doctor, cikgu atau lainnya. Takpelah Aini lambat sikit (ke lambat banyak? He) dari mereka, kerana mungkin Allah atur begini untuk Aini kerana Aini jenis yang dapat belajar sedikit-sedikit. Kejuruteraan Kimia menjadi pilihan Aini tanpa ragu. Walau hakikat bonda mahu anaknya menjadi guru namun setelah Aini bincangkan dengan keluarga, mereka menerima dengan baik, asal saja Aini senang dengan kos yang diambil. Senang pada perkataan saja, namun hakikat belajar Kejuruteraan Kimia di USM ini, masya Allah, apa yang Aini boleh katakan, ‘Perghhh..’ (hu). Sukar memang sukar. Bukan senang nak jadi jurutera kimia, kalau tak kena cara boleh meletup satu plant dibuatnya, haruslah sekurangnya berbelas, berpuluh, beratus atau beribu yang mati. Kalau doctor pula, jika tersilap ubat ke, sekurangnya yang mati hanya seorang saja. Alhamdulillah Allah kurnia kekuatan. Di USM bukan saja dapat banyak dugaan pelajaran namun juga dugaan rohani, jiwa dan perasaan (perasaan, kan tadi Aini kata masuk U nanti baru nak tambah misi memburu CInta hati, masuk U je nah amiklah apa yang didoakan dulu tu, heh). Namun yang paling Aini syukuri ialah Allah menghadiahkan biah yang amat berharga sepanjang di USM. Jika di matrikulasi Aini kenal erti hijrah, di U pula Aini kenal erti amanah dakwah (Aini akan cuba usahakan juga untuk entri ini satu masa nanti, he). Walau diri ini insan fakir ilmu dan jiwa, namun anugerahnya begitu istimewa.
Kini, Aini masih meneruskan pengajian di USM, peringkat sarjana. Hari ini baru Aini sedari bahawa Aini dah masuk universiti. Mengapa Aini baru sedar hari ini, semuanya kerana perjalanan yang Aini kongsikan di atas. Peringkat sarjana muda, Aini masuk U sebab ‘nak masuk U’. namun di peringkat sarjana ini, Aini sedar Aini masuk U sebab Aini mahu ‘dapatkan sesuatu dan jadi sesuatu’.
Dulu sewaktu di tingkatan satu, cikgu bertanya pada kami tentang cita-cita. Satu-satu pelajar menjawab. Tiba giliran Aini cikgu bertanya,
Cikgu: Noraini, apa cita-cita kerjaya kamu?
Aini: Saya nak jadi Saintis, cikgu.
Satu kelas terdiam mendengar cita-cita Aini. Pada mereka, adakah saintis itu satu kategori kerjaya? He.. Dan tak sangka cikgu juga bertanya, ‘Bagi saya Saintis itu bukan kerjaya Noraini, cuba fikirkan cita-cita lain’. Pada masa tu Aini pun tak tahu nak respon apa pada cikgu dan rakan-rakan, Aini diam saja, sekadar menjawab soalan cita-cita mengikut rasa.
Kini Aini sudah tahu jawapannya, ‘Ya, Saintis itu satu kerjaya, ia kerjaya mulia.’
Insya Allah beberapa tahun lagi, bakal lahir seorang Saintis. Impian Saintis Aini ialah pada 3 patah perkataan ini, ‘Advanced Process Control’. Maksudnya ialah, ‘Kawalan Proses Termaju’. Moga Allah permudahkan, ameen.

Q'A: ..(^_^)..

11 comments:

Sifrulmind said...

Nampkanya, kita pernah berkongsi cita2 yg sama time sekolah dulu. Haha...Tapi time tu suma orang pon gelakkan cita2 tu. Kenapa ek?

Papepun, tancapkan dengan kemas dalam hati cita2 kita yg paling utama dan berusaha utk mencapainya. Ya..cita2 itu, insyaAllah..

Qalam'Aini said...

@Sifrulmind,
Betul ke ni akak? Subhanallah, terharu rasanya bila tau ada kes serupa..org dekat pulak tu..
(^-^)..he he..Act, mmg ada rakan2 y gelak time tu..hui2..cikgu skali tersenyum2 bila dengar..

Sekali pandang nampak sukar, 2 kali pandang datang semula semangat TU..Ya,cita2 itu, moga akan tercapai diiringi redhaNya..

Q'A: ..(^_^)..

Raihana Bahru said...
This comment has been removed by the author.
Raihana Bahru said...

"sape nk jadi cikgu?"
"saye..saye..(sambil angkat tgn"..

ni la dialog waktu kecik2 sbb rs cikgu tu plg sronok dan best.lgpn darjah 1-6,tgk profession cikgu je.x terdedah ngn profession lain..(nk jd doc mcm xde bakat lngsung..hehe)

moga dipermudahkan dlm setiap niat utk menjadi muslim btaqwa walau apa jua tanggungjwb yg perlu di tanggung dan di jawab..(^_^)

Qalam'Aini said...

@raihana,
mase skolah rendah eh, he he..rasenya mmg pernah ada dlm list sy cita2 nk jd cikgu..skolah rendah dulu semua pelajar ada buku rekod pencapaian y kt dlm tu ada tulis 3 cita2, muka plg depan rasanya..sy dlm list y no 1=cikgu..(^_^)..cik raihana, betul jgk kn, sbb org felda kot, he, xterdedah dgn anasir2 luar(heh, bleh plak ayat ni) utk bercita2 selainnya..(nape, nk jd doc kena ada bakat eh? tulisan kire x? he he)

mudah2an..ameen..

Q'A: ..(^^,)..

Ayshah Rosli said...

Salam kak aini. Your post has worth my 5 minutes reading. Pengalaman yang agak sama. dari kampung yang setiap kali org tanye mesti kena explain. dari sekolah biasa yang sikit2 je student dapat straight A's. However, it never hold me back. Setiap kali dapat peluang, memang tak pernah lepaskan (e.g: apply uni, apply scholarship, apply semua. haha). Alhamdulillah rezeki dan perjalanan hidup saya lancar walaupun mungkin tak sempurna, tapi redha dgn ape saje. hehe..

Saya harap post akak dapat bantu adik-adik kat luar sane yang masih lagi mencari arah tuju. Apa pun kite mahu, buat semua kerana Allah :)

Raihana Bahru said...

salam cik puan bakal ibu..
kita register 1st yr rsnya bln julai..bkn jun..hehe...
blh plak komen psl tarikh..maklumler tringt zmn dolu2... alahaiii... ;)

Qalam'Aini said...

@Ayshah Rosli,
Bersyukur seadanya dengan pemberian dari Allah, ruang dan peluang untuk terus menuntut ilmu dunia dan akhirat.. Yup, apa saja peluang yg dtg, grab it, yg penting mahu Allah redha..^^

Q'A: mudah2an bermanfaat..(^_^)

Qalam'Aini said...

@Cik hanya untuk beberapa hari aje lagi Raihana Bahru,

He he, sempat lagi melihat fakta nombor di situ na..
Eh, betoi2 1 Jun, catat dalam diari gitu..he he.. Kita orientasi dulu seminggu.. Generasi lepas2 tu baru jadi bulan julai.. Ehem, masih igt lg org tu mase orientasi dah stat femes.. Gengfoplatmatrikdop..^^

Q'A: tarikh hari ini, 1234 (1 Safar 1434H)..(^_~)

Anonymous said...

salam. berapa pointer akak masa matrik untuk dapat kan chemical engine usm ni ? mind to share ?

Qalam'Aini said...

@Anonymous 309,
Pointer akak 3.8 dik.. Sekarang rasanya majoriti junior USM 4 flat..
Apapun kalau adik berminat, usaha dan mohon dulu, doa banyak2 insyaAllah kalau ada rezeki dapat..