Friday, August 19, 2011

Dekati Al-Quran: Cara 'awesome' nak cari muka surat juzuk


[Sumber: FB Oh Islam]
Mari Kita Cuba! 


Tip yg nk kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk
Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula
matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... (^_^)

Contoh 1     
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182..

Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442..

Q'A: 

Aini ambil tafsir terus cuba, Aini cuba untuk juzuk selain contoh, he he..nak tengok mana tahu depa tersalah ke..tapi memang betul..Menarik2!
Teringat pula masa tamrin, kena hafal ayat awal setiap juzuk, memang terkial2 nak mengingat dalam masa yang sekejap tu..kenangan manis yang amat..he..
Sahabat, mari kita meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara.. (^_^)
Cara paling mudah untuk dapat pahala ialah dengan membaca Al-Quran.
Satu huruf dapat 10 pahala. 
Tambah2 di bulan Ramadhan ni, ibadah sunat dapat pahala ibadah wajib. Ibadah wajib pula diganda pahala sebanyak 70 kali ganda! Best kan Ramadhan..(^_~)
Kalau bukan sekarang bila lagi, belum tentu masih ada Ramadhan seterusnya untuk kita jika Allah 'panggil balik' lepas ni..Ehem, harini 19 Ramadhan, dah juzuk ke berapa?

No comments: