Monday, August 15, 2011

Ujian bertunang ujian perasaan

..Pantun ini Aini tujukan khas buat mereka yang telah bertunang ataupun yang telah menerima khitbah secara syar'iah..


Burung belatuk mematuk dahan
Hinggap pipit bersiul merdu
Ujian bertunang ujian perasaan
Ujian pernikahan tidak menentu

Pulau pinang negeri selat
Sarawak negeri minyak termaju
Di lauh mahfuz nama tersurat
Sampai masa pasti bersatu

Kalau tuan menyusun bata
Hati-hati takut tertimpa
Orang kata tak kenal  tak cinta
Iman kata jaga hati lebih utama

Sarung pelikat dari Marang
Beli batik di Hulu Tersat
Walau boleh berkenal sekarang
Kita berkenal selepas akad

Kirim bukan sebarang kirim
Kiriman khitbah aduka putera
Syukur dikurnia Ramadhan kareem
Amal ibadah penguat jiwa

Q'A: Saat kita besarkan RedhaNya, maka akan jadi kecil lah setiap ujian.. (^^,)

No comments: