Tuesday, November 23, 2010

Panda Master!


Tersebutlah alkisah di sebuah planet bernama Q'A yang ditadbir oleh seorang PM bernama Q'A juga...
7 orang sahabat, baru saja menamatkan pengajian Ijazah Kejuruteraan Perpandaan dengan jayanya dan mereka terus membuat keputusan untuk menyambung pengajian keperingkat Master Panda! Yezza..
Mereka ialah Aini, Rai, Ekin, Naimah, Wana, Wina, Dayah dan Amar (semuanya menggunakan 'bukan nama sebenar') yang telah dilantik sebagai pegawai tertinggi dalam kalangan mereka yang digelar RO.......


 Pada suatu hari. Aini berjumpa RO Amar untuk mengadu tentang penyelidikannya yang telah terberi tajuk 'Model Based Control for Ethanol Fermentation Process' yang sebenarnya terlebih advance dalam bidang Master Panda apatah lagi Kejuruteraan Perpandaan sedangkan masyarakat awam Panda pun tidak faham apakah maksud tajuk penyelidikannya. Diulang, tajuk ini telah diterberikan tanpa memikirkan dengan masak2 dulu. Aini, "Cik RO, cane ni, dah terberi tajuk ni..sekarang nak watpe ni??". RO Amar dengan tenang menjawab, "Bertenanglah, pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku..."

 
Semua orang akhirnya tahu kisah ke'advance'an penyelidikan Aini. Berita sudah tersebar! Aini gusar memikirkan hal yang dirinya terlebih advance itu. Semakin hari Aini rasa semakin lemah semangat... Aini, "aduhai...ape..la nasibku ini..."


Berita itu sampai ke pengetahuan Sifu-Sifu Master Panda Aini. Sis Rahmah, Sis Farhana, Sis Fizah, Sis Zarina dan Sis Ifah, "oh adikku Aini, tenang2, masalah ni pasti boleh diselesaikan, kita minum dulu! hehe.."


Berita tersebut juga telah sampai kepada Rai. Rai, "Aini my dear friend, please be patient okey, I'm coming to help you...Yeehaa...!!


Rai dan Aini pun bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Rai, "aini, mane masalahnye, tak nampak pon??". aini, "rai sini rai...meh tengok sini bukan situ..."


Dan tidak lama kemudian sahabat-sahabat Aini yang lain juga turut datang membantu, "aini, kami datang membantu...kami akan gunakan segala tenaga dan kuasa kepakaran  ilmu kepandaan kami untuk menyelesaikan masalahmu...apa yang penting? KERJASAMA!"


Naimah yang pakar dalam mass transfer dengan pantasnya memberi cadangan, "Saye cadangkan kite tambah proses tu ngan 'fertilizer' sket, baru la mantap mass transfernya!"

 

Aini berfikir dua tiga kali, "OoOoOo...boleh ek fermentation letak fertilizer? hurm..."

 

Ekin pun menambah, "Pastu untuk fermentation tu kite tambah dengan 'catalyst' untuk cepatkan 'reaction'". Dayah yang juga pakar catalyst menambah, "Sokong2, terbaekk la ekin.."

   

Sedang sibuk bekerja, Wina tak ketinggalan nak beri idea, "Eh, kalo nak lagi bagus angpa letak 'gas sensor' la, sensor tu bley detect kalo ada gas leakage.." . Rai menyampuk, "thatz r8 Wina, guuuud idea!"


Aini termenung seketika memikirkan idea kreatif sahabat-sahabatnye. Monolog Aini, "bleh pakai ke tak idea dorang ni ea...? hmmmmm...."


 Wana seorang pakar nanotech yang ketika itu sedang menimbang sample eksperimen pun bersuara, "aini, saye ada cadangan best ni, ape kate awak tukar tajuk tu jadik, 'nanosize model based controller for nanosize ethanol fermentation process'..best kan tajuk tu?? awk rase caner??"

Aini, "terima kasih atas idea tu wana...hmm, saye rase...urmm...rase2nya...urmm...rasenye sedap...hmmm..."


 Sambil rehat2 Rai tanya Naimah, "ade ker nanosize ethanol? nanosize controller?".Naimah, "oh rai, kita sekarang berada di akhir zaman, everything is possible my dear friend.."

 Mereka bertungkus lumus membantu Aini tanpa mengira penat dan lelah. "okeh kawan2, sama2 kite tolong aini, repair yang mane patut okeh!"


Sementara itu Sifu-Sifu Aini iaitu Sis Rahmah dan Sis Farhana sedang berbahagia kerana tak lama lagi depa dah nak grad...Sis Rahmah dan Sis Farhana, "nak mintak ape ye hadiah konvo dari Aini ni...hurm...lalalala~"


Akhirnya masalah Aini dapat diselesaikan dengan jayenya. Masing2 kepenatan sampai tertidur. "zZzZZzZZZZzzzz...."

 Aini juga kepenatan. Walaupun penat namun dia perlu bangkit meneruskan perjuangannya. "Iyargh, iyargh, get up Aini, fighting2!"


Aini amat berterima kasih atas pertolongan sahabat-sahabatnya, "perjalanan ini mesti diteruskan, walaupun ada tongkol2 batu besar yang menghalang..teruskan...teruskan..."


Akhirnya setelah mengharungi onak dan duri Aini berjaya merangkul sebatang 'Master Panda' yang diidam2kan selama ini. Aini, "Oh Master Pandaku...Alhamdulillah..."


Q'A: Kisah mitos ini telah berjaya ditulis selepas waktu pejabat tanggal 23 November 2010 yang bertujuan untuk 'melatih kepakaran menaip penulis'. Semua watak dalam mitos ini adalah bukan nama sebenar. Sebarang kesalahan tatabahasa atau bahasa rojak di sini harap dimaafkan. Jika ada pihak yang terguris jiwa dan perasaan, pihak Q'A mohon ampun dan maaf. Q'A mendoakan agar semua penyelidik Islam dipermudahkan urusan mereka dan berjaya di dunia dan akhirat., amin. Sekian saja.

Tuesday, November 2, 2010

Gunung Berapi Merapi dan 21 Gunung Berapi lagi beri peringatan, rakyat Malaysia sepatutnya lebih merasa takut..


Gunung Merapi memuntahkan lavanya
Usai saja membaca satu artikel berkaitan tajuk di atas, terasa ada perasaan gerun menyusup ke dalam jiwa. Ya, Aini rasa takut saat membaca berita-berita ini di dada akhbar, di blog-blog dan laman sesawang yang memaparkannya. Gunung berapi di negara jiran Indonesia meletus lagi. Dan bakal meletus adalah 21 gunung berapi yang lain di mana pihak mereka hanya dapat mengenal pasti corak dan tanda-tanda bahawa gunung berapi tersebut akan meletus, tapi tak tahu yang mana satu akan meletus dulu.. Ya Allah, sesungguhNya Kau Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka permudahkanlah bagi saudara kami di sana untuk menempuh ujianMu ini..
Sudah saban tahun, saban dekad, negara jiran kita Indonesia ditimpa bencana alam. Namun di Malaysia tiada langsung bencana yang hebat-hebat begitu pernah berlaku. Paling teruk pun adalah banjir dan tempias tsunami saja. Di Malaysia tidak ada satu pun Gunung berapi yang aktif. Di saat Gunung Berapi di Indonesia meletus, kita hanya merasa sedikit sedih dan takut saat membaca beritanya, jauh sekali untuk merasa kesakitan dan kesengsaraan yang di alami mereka di sana. Tapi mengapa Indonesia saja? Inilah ajaibnya ciptaan Allah, walhal Malaysia dan Indonesia ini berjiran, dan amat dekat pula jarak dan hubungannya, namun struktur muka bumi dan alamnya berbeza sekali. Tika negara-negara asia lain di landa ribut taufan, kita di Malaysia hanya mengenal ribut musim tengkujuh saja, kadangkala beberapa buah rumah runtuh dek ribut yang melanda. Namun jauh sekali nak dibandingkan dengan ribut taufan di Jepun, Filipina yang meranapkan terus satu bandar.. Nauzubillah..
Maka wajar sekali kita bersyukur. Rakyat Malaysia hanya mengenal hujan air dan sedikit panas kering, bukannya hujan api, hujan batu, hujan debu panas dan kemarau berpanjangan sehingga tanah jadi kering kontang seperti di negara lain di dunia ini. Bila difikirkan dengan dalam, sebenarnya walau di sini tiada tanda-tanda bencana alam yang dahsyat bakal berlaku, kita lebih wajar berasa takut berbanding mereka semua. Mengapa ya?
Cuba lihat di sekeliling kita. Bukan sedikit maksiat dan kemungkaran yang berlaku. Sudah tak terkira banyaknya kes zina, pembuangan bayi, pembunuhan, rogol, kecurian dan rompakan, keruntuhan moral dan gejala social, seks di luar tabii, anak yang menderhaka kepada ibu bapanya, isteri yang menderhaka dan curang pada suami dan sebaliknya, pemimpin yang tidak amanah apatah lagi yang tidak taat kepada Allah dan membelakangkan Islam,kes  fitnah-memfitnah, mengagungkan hiburan dan duniawi sehingga lupa pada agama, penyelewengn akidah dengan kes syirik, murtad dan sebagainya.. Banyak lagi yang Aini tak dapat senaraikan, tapi Aini rasa senarai ini saja sudah cukup menjadi peringatan buat kita bahawa dengan keadaan Negara Malaysia yang seperti ini, sudah sangat layak untuk Allah menurunkan ‘peringatan’ buat kita. Tapi tak dapat kita nak bayangkan peringatan itu nanti coraknya bagaimana.. Nauzubillah. Namun segalanya telah berlaku, sekiranya kita masih tak rasa takut dengan peringatan-peringatan yang ada di sekeliling kita dan di seluruh dunia ini, bererti kita masih lena dibuai mimpi. Umat Islam di Indonesia sudah acap kali ditegur Allah atas kesilapan dilakukan mereka. Adakah kita hanya mahu  menunggu giliran kita sendiri pula?  Mohon dijauhkan oleh Allah dari sebarang penderitaan dan bencana yang tak mampu kita tanggung nanti, sepertimana yang pernah berlaku pada Kaum Ad dan Kaum Thamud suatu masa dahulu. Mereka lenyap dalam sekelip mata..
Kadang-kadang dengan cara membayangkan perkara sebegini kita akan dikatakan sebagai ‘pesimis’ dan berfikiran negative terhadap nikmat kurniaan Allah sekarang. Namun apa daya kita sebagai manusia yang lemah ini selain menunggu nikmat atau azab dariNYA kerana kita tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Bagi golongan yang telah berada di jalan dakwah, kini tugasmu semakin berat. Moga istiqamah dan tsabat di jalan dakwah demi kebaikan saudara seIslam yang lain. Moga Allah menurunkan bantuan dan hidayahNya kepada kita semua dalam setiap langkah dan deru nafas kita...

Q’A: Setiap yang wujud dan berlaku itu hakikatNya dari Allah..

Tuesday, October 26, 2010

Bagaimana Islam dikatakan agama kesejahteraan sedangkan ia disebarkan melalui mata pedang?


Pertama, kenyataan Islam disebarkan melalui mata pedang adalah tidak benar. Bagi yang telah membaca dan berguru dengan tulisan Ustaz Said Ramadhan Al-Buthy yakni Fiqh Sirah, atau juga kajian-kajian dari ulama muktabar yang lain, pastilah sudah jelas jawapan bagi mereka bagi soalan sebegini. Soalan di atas pastinya sudah tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menjawabnya, insyaallah.
Kedua, jawapan yang akan aini kupaskan ini adalah melalui rujukan dari buku-buku ilmiaha dan ditambah dengan ulasan yang didapati dari sumber lain seperti website islam. Moga jawapan ini membantu sesiapa saja yang sedang mencari jawapan.
Soalan di atas biasa didengar dari kalangan bukan muslim dan diajukan pula kepada kita golongan muslim. Kaku dan kelu juga hendak menjawab sekiranya tiada ilmu dan hujah yang kuat untuk mengakali persoalan bijak sebegini. Dilema masyarakat bukan muslim hari ini ialah mereka sering dimomokkan dengan info zalim bahawa Islam tidak akan sampai ke tahap hari ini iaitu mempunyai penganut yang berjumlah sekitar 2 billion (mungkin lebih), jika tidak kerana ia disebarkan melalui mata pedang atau ayat mudahnya keganasan. Jika benarlah kenyataan ini, Islam tidak akan sampai ke tahap ini sebaliknya akan hancur dalam masa yang sangat cepat, sepertimana yang dialami oleh Gengis Khan yang membina empayar Mongolia, Julius Caesar di Rom dan lain-lain. Hal yang sebenarnya ialah Islam disebarkan dengan kuasa kebenaran dan berhikmah, itulah rahsia kelestarian dakwah Nabi Muhammad saw sejak 1400 tahun lalu.

Satu: Islam bererti ‘sejahtera’
Perkataan ‘ISLAM’ berasal dari kata akar ‘salam’ dalam bahasa arab yang bererti ‘sejahtera’. Ia juga memberi maksud ‘menyerah diri kepada Allah’. Sebab itu Islam adalah agama kesejahteraan dan keamanan di mana setiap penganutnya diwajibkan untuk tunduk kepada pencipta dan penguasa seluruh alam iaitu Allah awt.
Dua: Pada masa-masa tertentu, kuasa dan pedang perlu digunakan untuk mengekalkan kesejahteraan.
Setiap manusia di muka bumi ini tidak berkuasa untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dengan sendirinya. Dalam kalangan kita ini, banyak juga yang melampaui batas dan menyalahgunakan kuasa dan keamanan yang ada demi kepentingan diri. Dalam keadaan seperti ini, adalah wajar kuasa atau kekerasan digunakan ke atas mereka untuk memastikan kesejahteraan masyarakat terjaga. Maka adalah logic sekiranya pada masa sekarang setiap Negara mesti mempunyai pasukan polis bagi membanteras kerosakan dan jenayah yang dilakukan manusia. Islam menganjurkan keamanan. Namun dalam masa yang sama, Islam membenarkan umatnya untuk mengguna kekerasan sekiranya perlu melindungi diri dan agama mereka. Yang pasti, dalam Islam, kekerasan dibenarkan untuk mengekalkan keamanan dan menegakkan keadilan.
Tiga: Pendapat sejarawan De Lacy O’leary
Jawapan yang baik terhadap kesalahfahaman bahawa Islam disebarkan melalui kekerasan telah ditulis dalam satu nota De Lacy O’leary di dalam bukunya yang bertajuk ‘Islam at the cross road’ iaitu:
"History makes it clear however, that the legend of fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myth that historians have ever repeated." 
Empat: Orang Islam memerintah Sepanyol selama 800 tahun
Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol, orang Islam tak pernah menggunakan pedang atau kekerasan untuk memaksa rakyat Sepanyol memeluk Islam. Hanya kemudian tentera Salib datang ke Sepanyol dan menyahkan orang-orang Islam dengan kekerasan. Setelah hari itu, tidak ada seorang muslim pun dibenarkan azan secara terbuka di Sepanyol.
Lima: Terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik
Di tanah Arab, umat Islam memerintah lebih kurang 1400 tahun sehingga kini. Hanya untuk beberapa tahun, tanah Arab diperintah oleh British dan juga Perancis. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih kurang 14 juta orang Arab yang menganut kristian koptik yakni kristian dari keturunan. Jika benarlah orang Islam telah menggunakan pedang dan kekerasan untuk menyebarkan Islam sepanjang memerintah Arab, sudah tentu tiada seorang pun orang Arab yang dibiarkan menganut Kristian pada hari ini.

Anak Palestin, generasi Islam kini

Enam: Lebih 80% rakyat India adalah bukan Islam.
Melalui sejarah, sudah pasti semua maklum bahawa umat Islam pernah menguasai India selama beberapa ribu tahun. Kesannya sampai sekarang kita boleh lihat Istana Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jehan yang amat popular itu. Jika mereka mahu, mereka boleh saja menggunakan kuasa yang dimiliki untuk memaksa setiap rakyat India memeluk Islam. Namun kita masih dapat lihat pada hari ini lebih 80% rakyat India bukan beragama Islam. Mereka ini adalah saksi bahawa Islam tak pernah disebarkan melalui cara kekerasan dan tiada siapa yang memaksa mereka untuk memeluk Islam.
Tujuh: Indonesia, Malaysia dan juga Afrika Timur saksi penting
Indonesia sudah diketahui umum merupakan Negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia. Begitu juga Malaysia di mana majority penduduknya adalah beragama Islam. Cuba anda tanyakan pada diri sendiri, “ Tentera Islam yang manakah yang telah datang menyebarkan Islam (dengan pedang dan kekerasan) di Negara-negara ini?” Sudah pasti tiada jawapan kerana hal yang benar adalah  Islam sampai ke sini melalui cara hikmah, perdagangan, pendidikan dan penyebaran ilmu.
Lapan: Pedang kebijaksanaan 
Sebenarnya pedang yang dimaksudkan mungkin benar. Tapi bukan pedang besi yang ditempa oleh pembuat pedang, tetapi yang dimaksudkan ialah ‘pedang kebijaksanaan’. Pedang kebijaksanaan ini yang telah menawan hati dan minda manusia agar menerima Islam. Rujuk Surah An-nahl ayat 125.
Sembilan: Pertambahan umat Islam antara tahun 1934 dan 1984
Satu artikel Reader’s Digest ‘Almanac’ pada tahun 1986, telah memaparkan statistic yang menunjukkan peningkatan penganut bagi agama-agama dominant di dunia dalam jangka masa separuh abad. Artikel ini turut disiarkan dalam majalah ‘the truth magazine’. Pada tangga teratas ialah Islam dengan pertambahan sebanyak 235% diikuti Kristian dengan pertambahan sebanyak 47%. Bolehkah seseorang yang mengatakan bahawa Islam tersebar melalui pedang dan kekerasan menyatakan kepada kita semua, perang apakah yang telah berlaku dalam era ini yang telah menyebabkan berjuta-juta manusia memeluk ISLAM? Jawapannya Tiada. Sehingga kini, agama yang paling cepat tersebar ialah agama Islam, samada di Amerika juga di Eropah, walhal tiada sebarang peperangan besar-besaran diadakan untuk menyebarkannya.
Sepuluh: Hayati kata-kata Dr Joseph Adam Person ini
"People who worry that nuclear weaponry will one day fall in the hands of the Arabs, fail to realize that the Islamic bomb has been dropped already, it fell the day MUHAMMED (pbuh) was born". 

Allah Maha Penyayang. Agama Islam yang diredhaiNya telah tersebar dari Nabi Muhammad saw, diikuti para sahabat dan umat Islam yang seterusnya dengan penuh hikmah, kasih sayang, cinta dan kesejahteraan. Maka nikmat Allah yang mana lagi kita nak dustakan? Syukur Alhamdulillah.

Thursday, October 14, 2010

Kita penentu masa depan, Kegemilangan Islam pasti kembali



Aku melihat hari ini
Orang-orang Islam ibarat digenggam
belenggu orang kafir,
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan,
khayalan keterlaluan
Luas..luas membanjir
Teruk..tak tertaksir orang-orang yang karam
Barus, singkel, pasai, ranir, cordoba,
Baghdad, andalus
Hilang..hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawaban persoalan kehidupan
yang mahir dihafal,
Mampukah kita nak jawab di depan
Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah- setengah orang kata,
sejarah ini ibarat pentas bermain wayang, 
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan,
 Bila tamat, diulang..dan diulang..ulang kembali
Itulah sejarah.
Kalau begitu, takkanlah mustahil untuk giliran Islam pula yang mendatang,
Tamadun kita yang lama dahulu, yang indah gemilang,
kembali hidup semula,
kembali segar bugar terbentang di dunia yang luas…

(Diadaptasi dan diolah dari puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas)


Dakwah ini bermula dengan seorang..
Kemudian disambung oleh para sahabat, kemudian Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam..

Kerajaan Umayyah,
Kerajaan Abbassiyyah,
Kerajaan Turki Uthmaniyyah...

..dimanakah pengganti Umar Al-Khattab hari ini?
..siapakah pewaris Salahuddin Al-ayyubi hari ini?
..dimanakah pemuda-pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fatteh zaman ini?
Mereka inilah pemuda-pemuda yang ingin kita contohi..
Adakah kita hanya ingin melihat? Bergoyang kaki menutup mata?

Q'A: 

Ayuh kita bangkit, masa makin suntuk,
Tetapkan matlamat, sucikan fikrahmu,
Murnikah akidahmu, perbanyakkan ilmumu,
Kerajaan Khilafah Islam seterusnya memerlukanmu!

rujukan: ubah paradigma anda.mpg

Thursday, October 7, 2010

Cahaya Allah (ilmu) tidak diberi kepada orang yang bermaksiat

شَكَوْتُ إِلَى وَكِيْعٍ سُوْءَ حِفْظِيْ
فَأَرْشَدَنِيْ إِلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي
وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُوْرٌ
وَنُوْرُ اللهِ لاَ يُهْدَى لِلْعَاصِي


Suatu ketika Imam As-Syafie mengadu kepada gurunya Waki' Bin Jarrah;

Berkata Imam As-Syafie, 
"Aku mengadu kepada imam Waki' tentang buruknya hafalanku maka beliau mengarahkan aku untuk meninggalkan kemaksiatan.
Ia mengkhabarkan kepadaku bahawa ilmu adalah cahaya...Dan cahaya Allah tidaklah diberikan kepada orang yang bermaksiat."

Q'A: 
rupanya bukan mudah untuk mendapat cahaya Allah. nasihat imam Waki' ini sebenarnya ditujukan kepada semua insan yang menuntut ilmu agar menjaga hati dan menjauhi kemaksiatan.

inilah jawapannya mengapa kini ramai insan yang berilmu tinggi (dari aspek sijil, gelaran dan pangkat) namun akhlaknya tidak menggambarkan tinggi ilmunya, kerana yang diperolehinya hanyalah pangkat atau gelaran atau sijil itu sahaja tetapi bukanlah cahaya Allah...Peringatan buat diri...nauzubillah..
Wallaahualam.


Wednesday, October 6, 2010

Mendengar..Janjiku

Janjiku
(Mursyid: Dehearty)

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..


*terima kasih kepada hamba Allah yang mencipta lirik dan lagu yang amat bermakna ini*

*seringkali diri ini lalai dan alpa, mengulangi kesilapan yang sama. sedangkan sudah seringkali diri ini berjanji padaNYA untuk tidak mengulangi lagi. namun Ya Allah...hambaMu ini amat lemah. pimpinlah diriku, ahli keluargaku, sahabat seperjuanganku dan  seluruh umat Islam, menuju RedhaMu*

*..setiap yang bernama insan pasti pernah melakukan kesalahan*

*..sedangkan Rasulullah pernah ditegur Allah melalui wahyuNYA kerana bermasam muka dengan seorang sahabat baginda iaitu Abdullah Ummu Maktum (Rujuk Surah Abasa: 1-6)*

*maka, sebagai peringatan buat diri ini dan yang membaca, jangan lah dirimu mudah berputus asa memohon taubat kepada Allah, yakinlah pada kasihNYA yang amat menyayangi dirimu lebih dari kasih ibumu sendiri*

*semoga beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Amin*

~Tinta 12~
"Ya Allah, hidupkan kami dalam agama Islam, Matikan kami dalam agama Islam"

Friday, September 24, 2010

S.T.A.T.U.S


~Tinta Hati~
15 Syawal 1431H/ 24 September 2010

Perkataan status di atas ada banyak maknanya. Sepanjang minggu ini status Aini di Yahoo Messanger (YM) hanyalah ‘mode: spring season’. Itu pun banyak juga maksud tersiratnya. Satu yang pasti, status itu boleh menggambarkan kesukaan Aini pada musim bunga, dan sekarang Aini melalui fasa hidup ‘musim bunga’ itu . Rasa selesa dan bahagia, cukuplah dengan itu. Biarkan saja siratan-siratan yang lain kerana amat banyak yang berselirat sebenarnya, kerana sudah tentu dalam setiap musim bunga pun pasti ada bunga yang tidak menjadi. Masalah dan cabaran hidup tidak akan pernah berhenti selagi nyawa dikandung badan. Bermula dari situlah kita akan terus berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Status bagi lelaki dan perempuan ialah samada bujang, berkahwin, bercerai, ibu tunggal dan sebagainya. Yang paling mudah dan sering didengar ialah status bujang dan berkahwin. Hal ini yang Aini ingin bicarakan, bukannya status YM iaitu busy, available, invisible to everyone apalagi idle...

Namun arus media telah berjaya mengembangkan idea kebanyakan kita dalam meletakkan status. Single, Married, In Relationship juga Its Complicated. Antara 4 yang dituliskan, 2 yang terakhir adalah status yang tidak jelas, boleh ditafsir dengan banyak maksud. ‘I’m single’, atau ‘I’m not single’ (bukan tajuk filem) juga berkaitan status, hanya cuma maksudnya akan dipulangkan semula kepada pendengar untuk mentafsir sendiri. Ironi. Satu bermaksud statusnya bujang. Satu lagi bermaksud statusnya tidak bujang, mungkin telah berkahwin atau telah bertunang, mungkin juga maksud lain. Bagi yang berpacaran atau bercouple tanpa ikatan sah, Aini tidak masukkan dalam kategori status di atas, kerana bagi Aini, berpacaran atau bercouple bukan status sahih, tapi beban yang juga merupakan masalah. Mereka ini mungkin tidak mengerti dengan pasti apakah status sebenar diri mereka. Nak kata 'not single' selalu saja kelihatan berdua, nak kata 'single' nanti apa pula kata kekasih hati tercinta. Single tidak, not single pun tidak. Yang jelas, hubungan intim mereka itu tidak sah juga tidak halal. Titik. Bagi yang sedikit bijak, mereka menggunakan istilah ‘I’m available’ atau ‘I’m not available’. Maka bagi yang not available itu maksudnya mereka sudah punya pilihan hati. Samada kekasih yang sering keluar bersama, kekasih jarak jauh yang jarang-jarang berjumpa, kekasih alam maya dan sewaktu dengannya, bakal suami/isteri pilihan keluarga atau orang tengah, bakal tunangan, tunangan, suami/isteri atau yang terakhir dia belum punya pilihan hati tetapi belum bersedia untuk berkomitmen dan menjawab ‘I’m not available’ dengan maksud tersirat ‘saya belum bersedia’. Banyak rupanya maksud untuk ayat ini sahaja. Biasa bagi golongan wanita untuk menggunakan jawapan ini apabila ditanya kerana mungkin ini adalah jawapan paling selamat dan kelihatan seperti tiada unsur-unsur tipu. Maka bagi yang sudah punya suami pun akan mengira dia masih boleh guna  ‘I’m not available’ dan boleh saja orang lain tersalah tafsir dengan maksud lain di atas.

Disini beberapa pembetulan perlu dibuat. Islam melarang umatnya bercakap yang tidak benar apatah lagi berbohong. Tiada juga bohong sunat. Dalam Islam tiada jawapan yang kabur, tidak jelas apatah lagi satu perkataan dengan berbelas maksud. Walaupun Al-Quran mempunyai bahasa yang tinggi namun maksudnya jelas mudah difahami dan dihuraikan pula oleh hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Betapa tinggi kualiti bahasa Arab sehingga ada perkataan yang mempunyai sehingga 200 erti, tapi ertinya tidaklah berpesong dari maksud utamanya. Yang buta huruf (ummi) pun masih boleh faham ajaran Islam dengan mudah. Dalam Islam semuanya jelas, sahih dan mudah. Perlu kita ingat, setiap amal itu dikira berdasarkan niatnya. Selagi belum ada ikatan pernikahan, status seseorang tetap single/ bujang. Bagi yang sudah dirisik atau bertunang juga statusnya bujang/single kerana kamu belum lagi menjadi suami atau isteri seseorang. Ikatan yang akan mengesahkan status seseorang hanyalah pernikahan. Tiada jalan lain selainnya. Apabila berbicara atau menjawab, mudahkanlah ucapan bagi dirimu dan terhadap orang yang mendengarnya. Lebih mudah jika menjawab dengan bahasa Melayu sendiri untuk status samada sudah ‘berkahwin’ atau ‘bujang’. Lebih mudah bukan? Bukan status itu yang salah tetapi kita yang menyalahgunakannya. My current status: Single.

2 Bentuk cincin

~Tinta 11~
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Q'A: SALAM AIDILFITRI AINI UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACA DISINI, MOHON MAAF SALAH DAN SILAP... (^_^)

Wednesday, August 11, 2010

Post 1 Ramadhan 1431 H

Alhamdulillah, Ramadhan tiba jua akhirnya dan kita masih lagi diberi peluang untuk mengecapi nikmat Ramadhan kali ini...Semoga kita juga diberi peluang untuk mengecapi AidilFitri nanti, juga Ramadhan yang seterusnya, Insyaallah...

Ucapan dari Aini buat semua:

Selamat berpuasa
Selamat menunaikan ibadah sahur
Selamat menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadhan
Selamat menyucikan diri dari dosa-dosa
Selamat mendekatkan diri kepada Allah
Selamat bertemu dengan malam LailatulQadar
Selamat mengkhatamkan Al-Quran
Selamat 'get back to real track'
Semoga semua amal ibadah di bulan Ramadhan ini diterima Allah hendaknya, Insyaallah
(^_^)

Daripada Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu:

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: Allah ‘Azzawajalla berkata: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. la adalah untukKu dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hari maka janganlah mengungkapkan perkataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.". Demi yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih baik disisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembiraan. Apabila ia berbuka, ia bergembira. Dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira dengan puasanya.”

(Muttafaqun Alaih)

Aini mohon maaf kepada semua jika ada salah dan silap. Wallaahua'lam..


Monday, July 26, 2010

Semua agama mengajar manusia untuk menjadi baik, maka mengapa saya hanya perlu ikut ISLAM?


Soalan:
Semua agama pada asasnya mengajar pengikutnya untuk melakukan kebaikan, menganjurkan kebajikan. Mengapa kita hanya perlu mengikut ISLAM? Bolehkan manusia mengikut mana-mana agama yang lain?
Inilah apa yang bermain di fikiran Aini suatu masa dulu, ini jugalah soalan yang di ajukan dari beberapa sahabat non-muslim kepada Aini sewaktu belajar di university. Tidak ketinggalan juga soalan, ‘kenapa tudung kamu lebih labuh dari dia, ada beza ke kamu dengan dia? Kenapa sahabat kamu itu tak pakai tudung, dia juga kan orang Islam seperti kamu?’ . Tak terfikir sahabat Aini akan bertanya soalan yang pertama itu namun soalan kedua sudah biasa Aini dengar dan baca. Namun di saat itu tak dapat Aini fikirkan jawapan terbaik melainkan dengan menjawab, ‘dalam setiap agama pun mesti ada pengikut yang tidak mengikut peraturannya, dalam Islam juga begitu, tapi pakai tudung dalam Islam adalah wajib, jika tidak berdosa, nanti dibakar api neraka…’
Tentang soalan di atas, Aini ingin kongsikan jawapan-jawapan yang Aini pelajari dari kuliah-kuliah, pembacaan dan perkongsian dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Aini percaya perkongsian kali ini mampu membuka minda sesiapa sahaja yang membaca baik non-muslim atau muslim. Benar, manusia akan mudah menerima kebenaran dan kebaikan, itulah fitrah setiap manusia, kita hanya mahukan yang baik, yang cantik, yang manis dan tidak suka kepada yang jahat, yang buruk, yang pahit, itulah uniknya manusia ini.
Perbezaan BESAR antara Islam dan agama lain:
Semua agama pada asasnya menyeru manusia agar membuat kebaikan dan menentang kejahatan. Akan tetapi Islam menawarkan lebih jauh dari itu. Islam membimbing kita kearah cara yang praktikal untuk membuat kebaikan dan membuang kejahatan dari dalam diri individu juga masyarakat. Islam mengambil kira fitrah manusia (human nature) dan perihal kemasyarakatan (complexity of human society). Yang paling penting, Islam adalah aturan dari Sang Pencipta sendiri diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Al-Quran, sebab itu Islam dikenali sebagai agama fitrah.
Sebagai contoh untuk mengukuhkan hujah di atas, (ye la kan, semua orang boleh cakap macam ni, tapi yang penting mana buktinya?):
Mencuri adalah perbuatan yang salah disisi Islam. Anda mungkin akan kata, semua agama  pun melarang perbuatan mencuri, sudah terang ia perbuatan yang salah. Iyalah, siapa yang suka kalau barangan miliknya dicuri samada duit, kereta, anak (penyeludupan bayi yang berleluasa) dan lain-lain. Islam juga melarang tetapi Islam sekaligus memberi penyelesaian yang praktikal untuk menghindari gejala ini. Bagaimana?
Jawapan pertama, ZAKAT.   
Undang-undang Islam mewajibkan setiap muslim yang mempunyai harta simpanan melebihi nisab (lebih dari 85 gram emas) wajib membayar zakat sebanyak 2.5% dari simpanan itu setiap tahun (lebih kurang ‘menderma’). Jika setiap orang membayar zakat dengan ikhlas, sudah pasti ia mampu membanteras kemiskinan di seluruh dunia kerana hasil zakat hanya akan digunakan untuk membantu insan yang fakir miskin. Maka, tidak aka nada seorang pun manusia di muka bumi ini yang menderita kebuluran. Kes kecurian juga pasti tidak berlaku kerana semua manusia mempunyai apa yang dia perlukan, tiada siapa lagi yang miskin melainkan yang kaya sahaja.
Jawapan kedua, HUKUM POTONG TANGAN. 
Sayangi tangan anda...

Wah, potong tangan?
Dalam undang-undang Islam, jika seorang telah disahkan bersalah kerana mencuri, hukuman untuknya ialah dipotong tangannya. Dalam Al-Quran menyebut,
"As to the thief, male or female, cut off his or her hands; a punishment by way of example, from Allah, for their crime; and Allah is Exalted in power, full of wisdom." [ Al-Qur’an 5:38]
Fuh, bila dengar ayat ini macam sangat menakutkan, mungkin non-muslim akan memberi reaksi, “Potong tangan di abad ke-21, Islam ini sangat kuno dan tidak berperikemanusiaan!”
Ya, memang nampak ngeri.  Aini setuju dengan fakta di mana kadar jenayah curi di dunia pada ketika ini mencatatkan angka yang sangat besar. Sangat ramai pencuri diluar sana. Maka jika kita potong tangan mereka, kita akan melihat lebih kurang 10 daripada 1000 orang yang tidak bertangan selepas itu. Dahsyat juga jika kita nak bayangkan begitu. Namun cuba kita bayangkan sebaliknya, jika kita mula mengaplikasikan hukuman ini, sudah pasti kadar jenayah kecurian akan menurun dengan segera. Semua orang akan jadi takut untuk mencuri, sudah pasti tiada siapa yang mahu tangannya dipotong. Rasa takut terhadap hukuman akan membantutkan niat untuk mencuri. Maka selepas itu pastilah sangat kurang kes kecurian bahkan mungkin tiada langsung. Masyarakat akan hidup lebih harmoni dan aman. Jadi, Malaysia juga patut laksanakan hukum hudud ini.
Di sinilah kita boleh lihat bagaimana Islam adalah agama yang benar, agama fitrah untuk ummat manusia, satu-satunya agama yang benar. Kelebihan yang dibincangkan di atas  TIDAK ADA pada agama lain. Apa yang penting, jadilah individu yang berilmu dan optimis sebelum membuat penilaian. Anda juga telah dianugerahkan oleh Sang Pencipta yang Esa iaitu Allah swt dengan akal fikiran yang waras untuk menilai jawapan ini. Wallaahualam…