Thursday, June 23, 2011

Yang fitrah pada Hawa

Bismillaahirrahmaanirrahiim


“Menundukkan pandangan, memang menundukkan pandangan. tetapi, yang sudah tertengok, tertengok juga. Pandangan pertama tetap pandangan pertama. Apakah dari pandangan pertama, saya terus melupakan?” –Seorang Pemuda-
Pernahkah sahabat di utarakan dengan jawapan ini. Ataupun sekurang-kurangnya membaca jawapan para jejaka/muslimin/ ikhwah/ rijal/ mujahid di laman-laman forum. Aini pernah. Sekurang-kurangnya ia jawapan langsung dari adik lelaki Aini sendiri. Bukan salah pun pandangan pertama. Memang tak salah dan benar katanya. Tapi sampai bila mampu ‘setia’ dengan pandangan pertama? Itu persoalannya. Kalau sahabat biasa melompat-lompat di laman sesawang terutama laman popular Facebook (FB), pastilah banyak berlaku pandangan-pandangan pertama. Huh, perli ke Aini ni, tulis ‘pandangan-pandangan’ pula. Bukan memerli tapi hakikatnya itulah. Bayangkan setiap saat ada pelbagai ‘update’ foto-foto terbaru dari pengguna FB. Terpandang saja, bukan suka-suka sengaja klik ‘view picture’ FB gadis-gadis/muslimat/ akhawat/ nisa’/ mujahidah itu. Maka, tertumpahlah setitik dakwat hitam pada hati si mujahid yang sedang bermujahadah untuk berdakwah di laman FB, dunia dakwah alam maya paling berpotensi saat ini. Kes begini agak menyayatkan hati jika difikirkan bagi pihak si mujahid. Bagi pihak lagi satu pula, terlebih-lebih lah menyayatkan hati. Fikirkanlah apa yang akan terjadi (susulan-susulannya) setelah di ‘upload’ semua gambar-gambar yang pelbagai angle itu, samada pada yang empunya diri juga pada yang melihatnya. Mari kita sama-sama merajinkan diri untuk fikirkan, dalam-dalam.
Fitrah Hawa: Malu tapi mahu
“Suka..”. Itulah yang terdetik dalam hati seorang gadis apabila dirinya dipandang. Pastinya lah tidak akan di war-war kannya rasa suka itu kepada sesiapa. Itu rahsia hatinya. Melainkan jika punya sahabat yang amat memahami emosinya, pasti akan bermuzakarahlah mereka selepas kes berlaku. Namun hakikatnya sukalah. Sebab itu lepas ‘upload 1’ akan menyusul ‘upload 2’, lagi dan lagi. Tapi apakah itu yang sebenarnya dikehendaki oleh hatinya? Oleh fitrah hati seorang Hawa?
Sabda Rasulullah s.a.w, “Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu.” (HR Muslim)
Sahabat, tanyalah pada hati. Hati akan menjawabnya. Suka atau tidak, dia pasti akan beri jawapan. Apa jawapan hati, itulah yang sebenarnya fitrah.
Kerana sudah tahu pasti ada kata-kata yang akan menyusul selepas pandangan, maka setiap waktu si gadis akan mengira-ngira, apakah orang akan perkatakan. Walau yang lahir nanti pujian, dia sangat ingin tahu sebaik mana pujian itu, walau yang lahir nanti adalah kritikan, juga mahu ingin tahu seburuk mana pula kritikan itu. Alangkah, di mana ketenangannya pada hati jika begitu? Tidak tenteram hati, gundah dan gusar sekali. Iman yang secebis telah lama menjawab, ‘alangkah malunya dipandang, ditatap oleh orang yang bukan mahram’. Namun kebanyakan masanya, hati terlebih dulu mengawal jawapan. Berita baik bagi orang beriman, jawapan hati tidak pernah bersalahan dengan jawapan iman. Cuma ada ketika hati ditemani terlalu lama oleh nafsu, maka fatwanya jadi kabur, sehingga jawapan yang lahir bukan dari hati tetapi dari nafsu.
Yang bernama Hawa zaman ini,
Bukanlah Hawa yang Allah ciptakan pertama kali di syurga untuk satu-satunya Adam pada masa itu yakni Nabi Adam a.s.
Bukanlah juga Hawa yang satu-satunya Allah ciptakan pada masa itu di syurga untuk Nabi Adam a.s.
Pada masa itu hanya ada satu Hawa dan satu Adam. Hanya Adam yang boleh melihat Hawa dan hanya Hawa yang boleh melihat Adam. Dan Adam pula tidak disibukkan pandangannya dengan wanita selain satu-satu Hawa yang diciptakan untuknya. Hawa pula tidak juga disibukkan hatinya untuk menarik perhatian lelaki lain selain Adam yang dia diciptakan untuknya.
Hakikat yang bernama Hawa zaman ini,
Punya ramai Adam yang tiada batas tempat dan masa untuk menatapnya. Punya ramai Hawa yang menjadi saingan dan perbandingan baginya. Maka amat besarlah cabaran Hawa zaman ini, teramat besar. Cabaran dalam menjadi yang terbaik dalam kalangan Hawa, juga cabran dalam menjadi yang terbaik untuk Adam terbaik, dan yang terpenting cabaran untuk menjadi yang terbaik di hadapan Penciptanya. Untuk itu..

  • Tutuplah auratmu dengan sempurna. Tiada lagi belahan baju. Tiada yang jarang-jarang. Tiada lagi yang menampakkan bentuk tubuh badan. Jangan dipaparkan pada yang bukan mahram, selain hanya wajah dan kedua pergelangan tangan.
  • Hijabkanlah dirimu dari yang bukan mahram. Hijab itu bukan sekadar pakaian tapi ia benteng diri dari pandangan, perkataan juga perbuatan yang bukan mahram terhadapmu.
  • Pelihara hubunganmu dengan Pencipta. Mudah-mudahan Dia memeliharamu.
Duhai Hawa,
Bersikap adil lah pada diri. Malu pada Allah. Mahu mu itu letakkanlah ia pada tempat yang selayaknya. 
Mintalah fatwa dari hatimu saat kamu melakukan sesuatu apa pun. Walhal dari sekecil-kecil hal sehingga sebesar-besar perkara. Kerana kamu Hawa, ialah seindah perhiasan dunia jika kamu solehah tetapi boleh saja menjadi seburuk-buruk fitnah dunia jika kamu membuka pintu-pintunya. Naudzubillah. 
Mudah-mudahan kita sama-sama dapat muhasabah hari ini, dan di hari-hari seterusnya dalam perjalanan panjang untuk menemui Pencipta kita. Pencipta yang satu, pemilik hati-hati. Pesanan Aini ini, ditujukan utama buat diri sendiri..
Wallaahu ‘alam

Bersama Adam kecil, Muaz Hakimi. Moga dia membesar jadi  seorang Adam yang menjaga pandangannya.


Q'A: 

Kak Aini: Muaz jadi anak yang soleh ya..
Muaz: Insya allah acik..

Fitrah Hawa 2: Lebih sukakan perkataan 'kak' daripada perkataan 'makcik'..^^

Tuesday, June 21, 2011

PadaMu

~Tinta Hati~
19 Rejab 1432H/ 21 Jun 2011


PadaMu yang kurindu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingatiMu
Hingga ada kala waktu
Ku memanggil-manggil namaMu
Dalam mimpi-mimpi di malam hariku
PadaMu yang sering ku dambakan pertemuan
Pagiku tak jemu memuji-muji kesempurnaan wajahMu
Kala petang menjelma ku diulit rasa pilu
Mengenang dosa-dosa dalam hariku
PadaMu yang amat istimewa dihatiku
Tiada kata yang dapat menggambarkan
Perasaan yang ku alami
Walau pena ini mampu berlari hingga hujung belantara
Walau pena ini mampu menampung tinta sepenuh lautan
Namun tetap tidak akan ku ketemu kata yang paling indah
Untuk menggambarkan setiap warna keindahan kasihMu
Kerana tiada kata selain namaMu
Yang terukir indah di jiwaku
PadaMu yang seringkali membuatku tertunduk malu
Sungguh aku malu pabila mengenang khilafku dan kekuranganku
Apakah pula diterima taubat-taubatku
Kerana kutahu pada bila-bila saja Kau bakal menjemputku
Apakah nanti aku kan diterima ataukah sebaliknya
Janganlah nanti Kau menghinaku yang fakir ini
PadaMu yang sentiasa ada di sisiku
Saat aku jatuh lalu bangun
Saat aku kecundang lalu bangkit berjuang
RahmatMu sentiasa luas menjangkaui pandangan panca indera
PadaMu yang sering menghadiahkan hadiah terindah buatku
Anganku tinggi untuk membawa pulang sesuatu buatMu
Namun hadiah itu masih lagi jauh kurang dari sempurna
Kerana aku masih lagi bertatih belum berlari
PadaMu yang kucinta teramat cinta
Cintaku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang pasti kujaga rapi
Cinta yang selamanya suci dan abadi..


Q'A: 
tiada kata-kata yang dapat menggambarkan..apa yang sebenarnya..^^
melafazkan cinta itu mudah sekali, hanya memerlukan beberapa saat..namun untuk membuktikan cinta memerlukan seluruh hayat..^^

Sunday, June 19, 2011

Kisah Cici

Matanya redup memandang ke arah ruang yang luas, ruang tempatnya berlari-lari dan bergurau senda dengan teman-teman baiknya.. Teman-temannya bukan sepertinya, malah mereka langsung tidak serupa, secara fizikal apatah lagi ruhaninya.. Namun hakikatnya dia dan mereka punya persamaan iaitu hati yang Allah anugerahkan naluri.. Ya, naluri berkongsi kasih sayang..
Dia masih termenung.. Dari pagi dia meneliti keadaan sekeliling..badannya lesu tidak mampu digerakkan.. Kakinya berbalut..keempat-empat kakinya..dan dia diletakkan di dalam satu ruang yang baru.. Sejak bila ruang baru ini wujud dia juga tidak pasti kerana pada hemahnya dia sendiri amat mengenali setiap inci kawasan jelajahannya..tiada satu kawasan pun di rumah itu yang dia tidak kenali mahupun tidak pernah dijejaki..itu yang pasti..
… … …
Dia menggigil kesejukan.. Suasana sekeliling kelam sekali.. Kakinya terasa kebas. “Pang!!” kilauan cahaya dilangit menggunturkan hatinya, kecut..langit kelihatannya marah benar hari ini..malam ini sudah banyak kali cahaya di langit keluar menyilaukan pandangan mata.. Dia mengingat kembali mengapa dia tersadai di sini.. Tadi dia mengejar seekor.. seekor apa ya..dia sudah lupa apa yang dikejar..Cuma yang dia tahu saat ini dia sudah tersepit di sini.. Rupanya payah juga bermain dengan ‘benda’ berjurai panjang-panjang, hitam-hitam, serabut-serabut  ini..ish, tak seronok langsung.. Pada awalnya dia tidaklah berkenan sangat dengan ‘benda’ itu, dia bukan mahu bermain sangat dengan ‘benda’ itu tapi untaian ‘benda’ itu amat menarik perhatiannya, aish, dia tumpas  dek satu lambaian mesra, aduhai.. Pada hematnya benda itulah yang salah kerana melambai-lambai kepadanya saat dia sedang asyik berkejar-kejaran mesra dengan seekor..erm, seekor..dia masih lupa seekor apa yang dikejar.. Dek kerana dia lembut hati dan sangat mudah berkawan, maka dia menyahut seruan lambaian ‘benda’ berjurai panjang-panjang, hitam-hitam, serabut-serabut itu..aduhai..memang serabut..
Air semakin lebat mencurah-curah ke badannya yang montel..dia tahu air ini namanya hujan dan setiap kali air ini turun dia akan berhibernasi dalam rumah kecilnya, alangkah bahagianya jika saat ini dia berada dalam rumah kecilnya..tapi malangnya saat ini dia di sini.. Walhal pagi tadi baru saja dia mandi dengan shampoo baru.. Dimandikan oleh temannya yang dipanggil ‘ma’ oleh teman-temannya yang lain.. Dia sangat sayang pada ‘ma’ kerana setiap pagi ‘ma’ akan menyediakan makannya yang enak-enak.. Oh, wangi badannya sudah hilang dek dibasahi air hujan..argh..dia tak suka itu..hujan juga salah.. Nanti kena mandi lagi..
Sampai bila dia harus berada di sini.. Kakinya sakit sekali.. Badannya sejuk menggeletar.. Dalam pekat malam begini, pasti tiada siapa yang akan membantunya.. Jikapun dia mahu mengharapkan teman-temannya, mereka pasti tidak tahu dia di mana kerana dia berada jauh.. Jauh di suatu tempat yang dia sendiri tak pernah jejaki.. Dia menanti..Dia menunggu.. Sehari..Dua hari.. Tiga hari.. Dia rasa lapar.. Juga amat sakit.. dan, teramat sedih.. Sendiri.. Namun jauh di sudut hati dia masih mengharap..
Dia merasa badannya diangkat namun matanya tidak mampu dibuka.. Dalam hati dia rasa gembira kerana mereka menemuinya..Dan suara-suara yang didengarinya itu, amat-amat dikenalinya.. Dan dia terus hanyut di alam lain..
… … …
Masih samar-samar di mindanya apa yang telah berlaku pada dirinya.. Dia mengemaskan bulu-bulu di badannya supaya kelihatan handsome seperti sediakala.. Kehandsome mannya amat penting kerana dirinya begitu berharga.. Terasa mahu mandi pula kerana badannya sudah tidak berbau wangi.. Dia meneliti keempat-empat kakinya.. Percubaannya untuk bangun membuatkan kakinya terasa sakit dan dia tidak boleh berdiri seperti biasa.. Semakin lama ditenung comel juga kerana kakinya kelihatan bulat-bulat disetiap hujungnya.. Ada kain yang meliliti di setiap kakinya.. Cuma dia rasa sedikit janggal, kerana pada standard ukurannya, kakinya sepatutnya lebih panjang.. Dia terhairan-hairan sendiri.. Tak mengapalah, yang penting dia sudah berada di rumah bukan lagi di tempat gelap itu..
Setelah 2 hari, dia sudah boleh berdiri semula.. Namun dirinya sudah tidak seperti dulu.. Benarlah jangkaannya bahawa kakinya semakin pendek dan dia tidak tersalah ramal.. Dia kehilangan kakinya juga kuku-kuku kesayangannya.. kesemuanya terpaksa dipotong kerana cedera yang serius.. Dia tidak lagi boleh mencakar.. Apatah mahu memanjat atau berlari.. Kakinya yang tinggal menapak licin dan dia tidak betah begitu.. Sedih hatinya hanya dia yang tahu.. Namun satu perkara yang membahagiakannya ialah, teman-temannya masih mahu berkawan dengannya walaupun dia sudah tidak seperti dulu.. Walau dia sudah jadi istimewa.. Hari ini dia cuba melompat dan berpaut tapi terjatuh dan tersungkur.. Seorang temannya yang paling kecil yang dulunya seringkali mengejarnya kesana-kemari datang membantu dan membangunkannya kembali..Kini setiap kali terjatuh, akan sentiasa ada yang membantu terutama temannya yang paling kecil.. Dia berazam untuk bangkit kembali.. Agar rumah itu kembali ceria dengan kehadirannya.. Jauh di sudut hati, dia bahagia kerana punyai mereka..

Jangan salah faham.. Ini Cici yang sedang tidur.. Sehari sebelum kejadian..

Q'A: Rasa terpanggil untuk menukil kisah ini.. Bagi Aini, Cici ialah contoh seekor makhluk ciptaan Allah yang punya semangat yang sangat kuat untuk hidup.. Cici, seekor kucing yang juga binatang kesayangan Rasulullah.. Ia nukilan dari sebuah kisah benar dengan sedikit selitan adegan penambah rasa.. Cici, kami bahagia dengan kehadiranmu..(^_^).. (kalaulah Si Cici boleh membaca..he..)

Saturday, June 18, 2011

Mendengar..Dalam Mihrab Cinta

~Tinta Hati~
16 Rejab 1432H/ 18 Jun 2011

Dalam Mihrab Cinta by Afghan



Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati
Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadaNya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati
Suatu saat ku ‘kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
Semoga semoga..
Q'A:
Semoga...(^_^)
Mode: Esok exam..he~

Thursday, June 16, 2011

Cinta tidak seharusnya memiliki

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya..
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya..
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khitbah..
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kearah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta..tak seharusnya memiliki..


... ... ... ... ...

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib..
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri..
Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.
Maka dengan kekuasaannya dia menikahi wanita itu..
Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.
Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya..
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa.. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu..
Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.
Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW
Cinta..memang tak seharusnya memiliki..

... ... ... ... ...

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Kaherah. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.
Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama..
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis nota-nota kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.
Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.
Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian.
Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.
Lelaki yang Allah Maha Tahu.. Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit.. Daripada wanita bumi..
Cinta memang tak harus memiliki..

... ... ... ... ...

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan..
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya.. ‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu.. Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu.. Thalhah..
Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.
Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.
Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.
Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”
Maka bergetarlah langit..

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”(QS Al Azhab 53)


Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.
Benar lagi..Cinta memang tak harus memiliki..
Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah Pada Sayyid Qutb..
Pada Thalhah..
Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu..!
Engkau hanya punya jalan doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya.. Dibanding wanita itu..


[Sumber: Jalan Cinta Para Pejuang, Salman A. Fillah]



Q'A: 


Salman Al-Farisi..
Kerana cinta, kau hadiahkan si dia insan mulia sebagai ganti diri..
Muawiyah..
Kerana cinta, kau tebus jiwa si solehah dengan kebebasan sebagai isteri..
Syed Qutb..
Kerana cinta, kau pertahankannya sehingga ke nafas terakhir, tidak pernah kau cari pengganti..
Talhah..
Kerana cinta, kau bayar khilaf rasamu dengan syahid untuk Habibullah..
Pada jiwa insan-insan ini..
Cinta tidak seharusnya bererti memiliki..
Wahai pencinta..
Tetap yakinlah, bidadarimu akan terus tersenyum..
Di jalan cinta para pejuang..
Wahai pecinta..
Tetap yakinlah, kekasihmu terus setia menanti..
Di jalan dakwah tanpa penghujung..
Tetap..dan yakinlah..


..::(^_^)::..

Saturday, June 11, 2011

Kisah sehelai daun hijau

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan tampak menghijau. Kelihatan seekor ulat kecil yang comel berwarna krim kekuningan di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang ditempa angin.
"Apa khabar daun hijau?" sapanya tersenyum-senyum.. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara comel yang datang.
"Oh, kamu ulat.. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa ni?" tanya daun hijau.
"Aku hampir tidak mendapat dedaunan untuk makananku.. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil yang comel itu dengan nada kesedihan.
"Tentu, tentu. Marilah ke mari.." jawab daun hijau dengan ceria.
Daun hijau itu berfikir, jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat kecil, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi, tak apalah. Perlahan-lahan ulat kecil itu menggerakkan tubuhnya menuju ke arah daun hijau.
Setelah makan sehingga kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat kecil. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Walaupun dirinya kini berlubang di sana sini, namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu untuk ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar..

Sahabat..

Demikianlah juga kehidupan kita. Apakah yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja untuk orang lain? Berkongsi kesenangan dan kepentingan diri sendiri memang tidak mudah, tetapi indah. Lihat sahaja si daun hijau. Sampai masanya ia kering kekuningan lalu gugur menyembah bumi, dinjak-injak orang lalu. Apa bezanya dengan kita ini, sampai masanya akan berpisah nyawa dari badan dan akan ditanam di dalam perut bumi.
Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa kebahagiaan tersendiri bagi kita. Sahabat, kutahu kau sendiri mengakui kenyataan ini; bahawa kita tidak akan rugi apa-apa pun dengan memberi, sebaliknya Allah akan lebih memberkati dan tetap memelihara kita. Jika engkau melihat pada zahirnya, itu terserah padamu untuk menilai. Namun setiap keping hati yang dicipta Ilahi ini, lebih arif dalam menilai kehendak fitrahnya. Apa yang kita berikan kepada orang lain, itulah yang akan kita miliki. Allah itu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu..



..Ulat kecil itu kini telah menjadi seekor rama-rama yang cantik. Ia bahagia kini, dapat terbang bebas ke taman-taman bunga menikmati madu yang beraneka rasa setiap hari. Hari ini, ia terbang melintasi pohon tempat bermainnya suatu ketika dulu. 'Dulu' itu bukanlah lama benar, hanya 2 minggu, namun ia lama bagi seekor rama-rama spesisnya. Dan baru 2 minngu yang lepas dia bertukar status dari seekor ulat kepada rama-rama. Hatinya begitu rindu kepada sehelai daun yang pernah berjasa besar padanya. Dia menilik satu persatu. Ternyata daun itu sudah tiada. Hatinya diulit hiba. Di mana lagi dia dapat mencari sekeping hati mulia seperti daun hijau. Hari itu, dia merintih sedih. Sepanjang hari dia berdoa agar Tuhan menemukannya kembali dengan daun hijau. Doanya termakbul dan kesedihannya tidak lama, pada petangnya dia sudah menjadi seekor bangkai. Kerana dia seekor rama-rama, hdupnya hanya dua minggu, itupun sudah terlalu lama baginya. Kini, si rama-rama (si ulat kecil) dan si daun hijau, sedang bercanda mesra di sebuah pohon rendang nan hijau, di sebuah tempat bernama syurga.. TAMAT..


Q'A: Nukilan ceritera di petang hari.. (^_~) Mode: Rasa bersalah dengan seekor ikan..semoga dia hidup dan membesar dengan sihat..

Wednesday, June 8, 2011

Muhasabah Q'A

~Tinta Hati~
6 Rejab 1432H/ 8 Jun 2011
Bismillaahirrahmaanirrahim..


A post mortem entry for Q'A. Dare to read? (^_^)
Hidayah (am not referring to my friends name :D ) also known as ‘guidance’ does have specific time, it come whenever you deserve it, and always set in the most beautiful way.
Taufiq (also not referring to my friends name :D) a.k.a prosperity or strength too does have specific time, and also come whenever you deserve it.
Both are gifts from Him, Allah the almighty.
Well..well..well..
The introduction sounds bit heavy but Im not planning to elaborate more on both words since Im not readily knowledgeable in Arabic language. But the relation between those words and the next texts is undeniable (peace no war..). Keep reading. FYI, both words were widely used in Muslim’s daily life, if you are Muslim, you should know.
Life is short. It is too short. To think of what kind of delegacy you will left once you go down there, do you have the answer?
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”
This is a popular peribahasa Melayu. Please neglect the tiger’s stripe issue. It is a strong motivation at least for Malays so that they leave the world upon their death with good, clean and fragrance name. Is it only all about name? For Muslims, they will understand it deeper. Good and clean name does’nt mean famous, wealthy, powerful, fearless name instead a name that people will still remember for years due to what you ‘give’ to them
Spending time reading and blog hoping tonight, I have realize on something very important, highly essential at least for my future in the after (sounds bit scary, :D..). Whether now it is the ‘time’ set by Him for me or not, it is out of my knowledge but deep down there, I felt the bliss, Alhamdulillah. Once His reminder come across your doors (too many doors huh and mine are colourful.. :D) yet you may still could not realize but once it come across and knock the doors again and again till the doors hardly suffering screaming (is this the right word? Hm..) at you to open it, and finally  you open it (by force) and see what’s the delivery out there. It is a surprise, no doubt.
I’m talking (not talking, only writing..:D) as a blogger (can I called myself as a blogger? ..).
“You (the faithful men and women) are responsible on everything you have, everything you do, everything you write, everything you say..etc..for all of these you will be ask in the judgement day”
Sorry I am addicted to ‘etc’ usage since don’t know. Well this is a very simple Mukmin philosophy dear. Every single thing, you will be asked! And the reality is, ‘This very blog Qalam ‘Aini is under your responsibility Aini..’. It is a big responsibility. Up to now, when I flash back my journey with Q’A, Im hopeless. To think of it, Im speechless.
“seperti melepaskan batuk di tangga..”
That is the phrase circling my mind right now. Honestly I admit that most of the time I treat Q’A as my entertainer only, not my passionate. Allahu Allah. Why you so depress Aini? After all, this is just a small matter dear..There’re thousand bloggers out there who are blogging same like you Aini and most of them utilize their blog for business matters or at least as an open diary. If they have more time, they will update theirs and so are you right? So whats the big problem?
Yes, there is a big problem. From the beginning, this very Q’A neither build for entertainment, business nor to become as an open diary. Not at all. It is a tool for da’wah. And tool for da’wah does not run only at a specific time or once you have leisure time but should running every seconds. Astaghfirullah. One doesn’t have to publicly mention his/her niat on what he/she did instead of keep moving towards the mission. But still I publicly announce this because I am only an ‘insan’. Insan who naturally always forget. Insan who naturally need to be remind. That is who I am. Thats why Im sharing this big problem here, because I would love to be remind. The rest, I would only share with Him and I leave special space for Allah only to know. This is the step for building good relationship with your beloved one.
The real story is, I have just touched with few bloggers.. they are awesome..Masha allah..
A girl who suffer from cancer, could update her blog regularly, almost every day, and most of her writing are about da’wah, striving towards mardhatillah, about knowledges and so on.. Me?
A girl who suffer from leukemia, could share her journey, her treatments, her patient, her sadness and her strength. Every single words would remind the reader to death and the Creator..Me?
Okey, they are able to do so because they are not working and studying as you Aini..
So how about A mom with six childs working as a lecturer from 8 to 6 everyday, could still manage to share knowledges via her blog, and istiqamah doing so at least once a week? Not to forget, she also run a business from home..Me?
A wife who working and studying at the same time, rising small childs, not forget to mention that she leave overseas (no parents, only husband by her side)..but still could update beneficial info for muslimah regularly..Me?
Okey..let analyze myself,
  • Am I a Working woman..yes..840 to 540..
  • Am I Studying..yes..full time..
  • Do I have a Husband..No..
  • How about Childrens..absolutely no..
  • Taking care of Parents or Sibling..Yes and No..Internally yes but externally no, we are far apart..(oh I miss them)
  • Sufferring from acute sickness or disease..no definite answer for this, insya Allah, His plan is the best for me..
  • And most important, my knowledges (academically) is in information and technology area. Everyday I will sit and work in front of PC, so what more subterfuges that you could make Aini? No place to run anymore. Allahurabbi..Ighfir zunubi..Muhasabah..
As a results, I now realized that I have been blessed by plenty time compared to those women. Subhanallah. That is clearly mean that sharing and posting in Q'A once a month is not good enough. With only 16 posts a year, it is very bad to count.. yes, I missed 'my all' for Q'A.
‘If you are planning to become a full time da’ie in real life, you should start to do so in this unreal life. Because you have been blessed by skill (even only small skills) in this area Aini, so it is your responsible to give your all in this field.’
Alhamdulillah, insya allah I have found few plans for my beloved Q’A. May Allah ease all this planning. I would like to share those plannings here, but thinking of there’re too much Ive shared ‘about me’ today, I will stop here. I leave it to Allah to judge me and my plan.
Talking about sharing, I would not share everything here, (eventhough naturally I would love to do so for I am also a girl)..but I really mean it, not every single thing..that’s my stand. There’re many women out there blogging about their daily life, their passion, their admire and so on. If what they share is still in syar'ie's frame, there should be no harm but not less who share unnecessary things. For example, sharing that she waking up late, late for solah, sharing dissapointment to someone esp her husbands, parents or even her pets, not clean the house for weeks due to laziness and many more. From my way of thinking those are all too personal to be share publicly. Dont they know this hadeeth, 


Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini.." maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


And I hold a philosophy for myself that;
“a Muslim woman, who dressed and covered up herself with hijab, would also should cover up (hijab) her personal story. She will only revealed what she felt, her emotion, her happiness, her sadness and her all to the righteous person and most of the time only with her beloved Creator. If she really need to do so, she will only do it in a way that could not permitted fitnah.”
Insya allah, only beneficial knowledge would be share here. For you who reading, please make du’a for me so that Allah ease everything for me to become more responsible to Q’A. Thanks for your sweet gift. (^_^)

Q'A: hurm,very the long essay one huh..he~ 

~Tinta 17~
"Oh writer! An Angel watches over all you write. Make your writing meaningful for it will eventually return to you and you will be questioned about what you wrote."

(Saidina Ali ibn Abu Talib)

Thursday, June 2, 2011

TanpaMu Kasih..ku tak berdaya..

~Tinta Hati~
30 Jamadil Akhir 1432 / 2 Jun 2011


Tuhanku..
Sungguh ku tak berdaya untuk tempuhi semua ini tanpa kasihMu
Ya Allah, hati ini benar-benar merindu sinar CintaMu yang agung
Dengan pasrah, aku merayu redhaMu..
Ya Ghafar, ampunilah dosa-dosaku


"..takkan dirasa kasih sayang Tuhan tanpa Mehnah Ujian..takkan dirasa hakikat kehambaan tanpa munajat kepadaNya..takkan dirasa keinsafan tanpa jalan Muhasabah..Sebanyak mana Ujian yang Allah berikan, itulah tanda Kasih SayangNya.."


Hakikatnya ruang hati insan terlalu sempit untuk di isi ujian dan bebanan
Namun ternyata ruang RahmatNya terlalu luas untuk kehidupan
Apalah nilai setitis ujianMu jika dibandingkan dengan selautan nikmat yang Kau hamparkan


Alhamdulillah..
Syukurku padaMu atas rahmat kurniaanMu
Ya Allah, 
Satukanlah hati kami dalam ikatan Mahabbah hanya keranaMu
Satukanlah jiwa kami dalam perjuangan Dakwah menyeru manusia kepadaMu
Ya Allah,
Permudahkanlah..
Ameen


~Tinta 16~
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah engkau kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi mendapat keredhaanNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu" Al-Fajr: 28-30

Q'A: Makluman bagi yang membaca di sini, seorang insan yang Aini kasihi telah pun pulang menemui penciptanya tanggal 1 Jun 2011, semoga dirinya digolongkan dalam kalangan hamba yang solehah dan beriman. Aini mohon sesiapa yang membaca atau singgah di sini untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarhamah.