Matanya redup memandang ke arah ruang yang luas, ruang tempatnya berlari-lari dan bergurau senda dengan teman-teman baiknya.. Teman-temannya bukan sepertinya, malah mereka langsung tidak serupa, secara fizikal apatah lagi ruhaninya.. Namun hakikatnya dia dan mereka punya persamaan iaitu hati yang Allah anugerahkan naluri.. Ya, naluri berkongsi kasih sayang..
Dia masih termenung.. Dari pagi dia meneliti keadaan sekeliling..badannya lesu tidak mampu digerakkan.. Kakinya berbalut..keempat-empat kakinya..dan dia diletakkan di dalam satu ruang yang baru.. Sejak bila ruang baru ini wujud dia juga tidak pasti kerana pada hemahnya dia sendiri amat mengenali setiap inci kawasan jelajahannya..tiada satu kawasan pun di rumah itu yang dia tidak kenali mahupun tidak pernah dijejaki..itu yang pasti..
… … …
Dia menggigil kesejukan.. Suasana sekeliling kelam sekali.. Kakinya terasa kebas. “Pang!!” kilauan cahaya dilangit menggunturkan hatinya, kecut..langit kelihatannya marah benar hari ini..malam ini sudah banyak kali cahaya di langit keluar menyilaukan pandangan mata.. Dia mengingat kembali mengapa dia tersadai di sini.. Tadi dia mengejar seekor.. seekor apa ya..dia sudah lupa apa yang dikejar..Cuma yang dia tahu saat ini dia sudah tersepit di sini.. Rupanya payah juga bermain dengan ‘benda’ berjurai panjang-panjang, hitam-hitam, serabut-serabut ini..ish, tak seronok langsung.. Pada awalnya dia tidaklah berkenan sangat dengan ‘benda’ itu, dia bukan mahu bermain sangat dengan ‘benda’ itu tapi untaian ‘benda’ itu amat menarik perhatiannya, aish, dia tumpas dek satu lambaian mesra, aduhai.. Pada hematnya benda itulah yang salah kerana melambai-lambai kepadanya saat dia sedang asyik berkejar-kejaran mesra dengan seekor..erm, seekor..dia masih lupa seekor apa yang dikejar.. Dek kerana dia lembut hati dan sangat mudah berkawan, maka dia menyahut seruan lambaian ‘benda’ berjurai panjang-panjang, hitam-hitam, serabut-serabut itu..aduhai..memang serabut..
Air semakin lebat mencurah-curah ke badannya yang montel..dia tahu air ini namanya hujan dan setiap kali air ini turun dia akan berhibernasi dalam rumah kecilnya, alangkah bahagianya jika saat ini dia berada dalam rumah kecilnya..tapi malangnya saat ini dia di sini.. Walhal pagi tadi baru saja dia mandi dengan shampoo baru.. Dimandikan oleh temannya yang dipanggil ‘ma’ oleh teman-temannya yang lain.. Dia sangat sayang pada ‘ma’ kerana setiap pagi ‘ma’ akan menyediakan makannya yang enak-enak.. Oh, wangi badannya sudah hilang dek dibasahi air hujan..argh..dia tak suka itu..hujan juga salah.. Nanti kena mandi lagi..
Sampai bila dia harus berada di sini.. Kakinya sakit sekali.. Badannya sejuk menggeletar.. Dalam pekat malam begini, pasti tiada siapa yang akan membantunya.. Jikapun dia mahu mengharapkan teman-temannya, mereka pasti tidak tahu dia di mana kerana dia berada jauh.. Jauh di suatu tempat yang dia sendiri tak pernah jejaki.. Dia menanti..Dia menunggu.. Sehari..Dua hari.. Tiga hari.. Dia rasa lapar.. Juga amat sakit.. dan, teramat sedih.. Sendiri.. Namun jauh di sudut hati dia masih mengharap..
Dia merasa badannya diangkat namun matanya tidak mampu dibuka.. Dalam hati dia rasa gembira kerana mereka menemuinya..Dan suara-suara yang didengarinya itu, amat-amat dikenalinya.. Dan dia terus hanyut di alam lain..
… … …
Masih samar-samar di mindanya apa yang telah berlaku pada dirinya.. Dia mengemaskan bulu-bulu di badannya supaya kelihatan handsome seperti sediakala.. Kehandsome mannya amat penting kerana dirinya begitu berharga.. Terasa mahu mandi pula kerana badannya sudah tidak berbau wangi.. Dia meneliti keempat-empat kakinya.. Percubaannya untuk bangun membuatkan kakinya terasa sakit dan dia tidak boleh berdiri seperti biasa.. Semakin lama ditenung comel juga kerana kakinya kelihatan bulat-bulat disetiap hujungnya.. Ada kain yang meliliti di setiap kakinya.. Cuma dia rasa sedikit janggal, kerana pada standard ukurannya, kakinya sepatutnya lebih panjang.. Dia terhairan-hairan sendiri.. Tak mengapalah, yang penting dia sudah berada di rumah bukan lagi di tempat gelap itu..
Setelah 2 hari, dia sudah boleh berdiri semula.. Namun dirinya sudah tidak seperti dulu.. Benarlah jangkaannya bahawa kakinya semakin pendek dan dia tidak tersalah ramal.. Dia kehilangan kakinya juga kuku-kuku kesayangannya.. kesemuanya terpaksa dipotong kerana cedera yang serius.. Dia tidak lagi boleh mencakar.. Apatah mahu memanjat atau berlari.. Kakinya yang tinggal menapak licin dan dia tidak betah begitu.. Sedih hatinya hanya dia yang tahu.. Namun satu perkara yang membahagiakannya ialah, teman-temannya masih mahu berkawan dengannya walaupun dia sudah tidak seperti dulu.. Walau dia sudah jadi istimewa.. Hari ini dia cuba melompat dan berpaut tapi terjatuh dan tersungkur.. Seorang temannya yang paling kecil yang dulunya seringkali mengejarnya kesana-kemari datang membantu dan membangunkannya kembali..Kini setiap kali terjatuh, akan sentiasa ada yang membantu terutama temannya yang paling kecil.. Dia berazam untuk bangkit kembali.. Agar rumah itu kembali ceria dengan kehadirannya.. Jauh di sudut hati, dia bahagia kerana punyai mereka..
Jangan salah faham.. Ini Cici yang sedang tidur.. Sehari sebelum kejadian.. |
Q'A: Rasa terpanggil untuk menukil kisah ini.. Bagi Aini, Cici ialah contoh seekor makhluk ciptaan Allah yang punya semangat yang sangat kuat untuk hidup.. Cici, seekor kucing yang juga binatang kesayangan Rasulullah.. Ia nukilan dari sebuah kisah benar dengan sedikit selitan adegan penambah rasa.. Cici, kami bahagia dengan kehadiranmu..(^_^).. (kalaulah Si Cici boleh membaca..he..)
4 comments:
hehe.terhibur kerana Q'A sngat paham apa yang bermain di kotak pemikiran seekor kucing.sangat accurate.AT sangat suka akan CICI yang sentiasa lupa apa yg dia kejar..=p
@AkuTaip,
rasanya cici kena buat senarai kebarangkalian apa sebenarnya yang dia kejar haritu..he..walau cici sudah tidak seperti dulu namun cici tetap menjadi kesayangan..malah lebih sayang dari dulu..(^_^)
Q'A: alhamdulillah sekarang cici dah boleh bergerak sedikit2..
..::(@_@)::..
@Anonymous 157,
err, yang ini ni..kenapa? hu..
Q'A: ..mode analisa emoticon..
Post a Comment