Thursday, June 23, 2011

Yang fitrah pada Hawa

Bismillaahirrahmaanirrahiim


“Menundukkan pandangan, memang menundukkan pandangan. tetapi, yang sudah tertengok, tertengok juga. Pandangan pertama tetap pandangan pertama. Apakah dari pandangan pertama, saya terus melupakan?” –Seorang Pemuda-
Pernahkah sahabat di utarakan dengan jawapan ini. Ataupun sekurang-kurangnya membaca jawapan para jejaka/muslimin/ ikhwah/ rijal/ mujahid di laman-laman forum. Aini pernah. Sekurang-kurangnya ia jawapan langsung dari adik lelaki Aini sendiri. Bukan salah pun pandangan pertama. Memang tak salah dan benar katanya. Tapi sampai bila mampu ‘setia’ dengan pandangan pertama? Itu persoalannya. Kalau sahabat biasa melompat-lompat di laman sesawang terutama laman popular Facebook (FB), pastilah banyak berlaku pandangan-pandangan pertama. Huh, perli ke Aini ni, tulis ‘pandangan-pandangan’ pula. Bukan memerli tapi hakikatnya itulah. Bayangkan setiap saat ada pelbagai ‘update’ foto-foto terbaru dari pengguna FB. Terpandang saja, bukan suka-suka sengaja klik ‘view picture’ FB gadis-gadis/muslimat/ akhawat/ nisa’/ mujahidah itu. Maka, tertumpahlah setitik dakwat hitam pada hati si mujahid yang sedang bermujahadah untuk berdakwah di laman FB, dunia dakwah alam maya paling berpotensi saat ini. Kes begini agak menyayatkan hati jika difikirkan bagi pihak si mujahid. Bagi pihak lagi satu pula, terlebih-lebih lah menyayatkan hati. Fikirkanlah apa yang akan terjadi (susulan-susulannya) setelah di ‘upload’ semua gambar-gambar yang pelbagai angle itu, samada pada yang empunya diri juga pada yang melihatnya. Mari kita sama-sama merajinkan diri untuk fikirkan, dalam-dalam.
Fitrah Hawa: Malu tapi mahu
“Suka..”. Itulah yang terdetik dalam hati seorang gadis apabila dirinya dipandang. Pastinya lah tidak akan di war-war kannya rasa suka itu kepada sesiapa. Itu rahsia hatinya. Melainkan jika punya sahabat yang amat memahami emosinya, pasti akan bermuzakarahlah mereka selepas kes berlaku. Namun hakikatnya sukalah. Sebab itu lepas ‘upload 1’ akan menyusul ‘upload 2’, lagi dan lagi. Tapi apakah itu yang sebenarnya dikehendaki oleh hatinya? Oleh fitrah hati seorang Hawa?
Sabda Rasulullah s.a.w, “Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu.” (HR Muslim)
Sahabat, tanyalah pada hati. Hati akan menjawabnya. Suka atau tidak, dia pasti akan beri jawapan. Apa jawapan hati, itulah yang sebenarnya fitrah.
Kerana sudah tahu pasti ada kata-kata yang akan menyusul selepas pandangan, maka setiap waktu si gadis akan mengira-ngira, apakah orang akan perkatakan. Walau yang lahir nanti pujian, dia sangat ingin tahu sebaik mana pujian itu, walau yang lahir nanti adalah kritikan, juga mahu ingin tahu seburuk mana pula kritikan itu. Alangkah, di mana ketenangannya pada hati jika begitu? Tidak tenteram hati, gundah dan gusar sekali. Iman yang secebis telah lama menjawab, ‘alangkah malunya dipandang, ditatap oleh orang yang bukan mahram’. Namun kebanyakan masanya, hati terlebih dulu mengawal jawapan. Berita baik bagi orang beriman, jawapan hati tidak pernah bersalahan dengan jawapan iman. Cuma ada ketika hati ditemani terlalu lama oleh nafsu, maka fatwanya jadi kabur, sehingga jawapan yang lahir bukan dari hati tetapi dari nafsu.
Yang bernama Hawa zaman ini,
Bukanlah Hawa yang Allah ciptakan pertama kali di syurga untuk satu-satunya Adam pada masa itu yakni Nabi Adam a.s.
Bukanlah juga Hawa yang satu-satunya Allah ciptakan pada masa itu di syurga untuk Nabi Adam a.s.
Pada masa itu hanya ada satu Hawa dan satu Adam. Hanya Adam yang boleh melihat Hawa dan hanya Hawa yang boleh melihat Adam. Dan Adam pula tidak disibukkan pandangannya dengan wanita selain satu-satu Hawa yang diciptakan untuknya. Hawa pula tidak juga disibukkan hatinya untuk menarik perhatian lelaki lain selain Adam yang dia diciptakan untuknya.
Hakikat yang bernama Hawa zaman ini,
Punya ramai Adam yang tiada batas tempat dan masa untuk menatapnya. Punya ramai Hawa yang menjadi saingan dan perbandingan baginya. Maka amat besarlah cabaran Hawa zaman ini, teramat besar. Cabaran dalam menjadi yang terbaik dalam kalangan Hawa, juga cabran dalam menjadi yang terbaik untuk Adam terbaik, dan yang terpenting cabaran untuk menjadi yang terbaik di hadapan Penciptanya. Untuk itu..

  • Tutuplah auratmu dengan sempurna. Tiada lagi belahan baju. Tiada yang jarang-jarang. Tiada lagi yang menampakkan bentuk tubuh badan. Jangan dipaparkan pada yang bukan mahram, selain hanya wajah dan kedua pergelangan tangan.
  • Hijabkanlah dirimu dari yang bukan mahram. Hijab itu bukan sekadar pakaian tapi ia benteng diri dari pandangan, perkataan juga perbuatan yang bukan mahram terhadapmu.
  • Pelihara hubunganmu dengan Pencipta. Mudah-mudahan Dia memeliharamu.
Duhai Hawa,
Bersikap adil lah pada diri. Malu pada Allah. Mahu mu itu letakkanlah ia pada tempat yang selayaknya. 
Mintalah fatwa dari hatimu saat kamu melakukan sesuatu apa pun. Walhal dari sekecil-kecil hal sehingga sebesar-besar perkara. Kerana kamu Hawa, ialah seindah perhiasan dunia jika kamu solehah tetapi boleh saja menjadi seburuk-buruk fitnah dunia jika kamu membuka pintu-pintunya. Naudzubillah. 
Mudah-mudahan kita sama-sama dapat muhasabah hari ini, dan di hari-hari seterusnya dalam perjalanan panjang untuk menemui Pencipta kita. Pencipta yang satu, pemilik hati-hati. Pesanan Aini ini, ditujukan utama buat diri sendiri..
Wallaahu ‘alam

Bersama Adam kecil, Muaz Hakimi. Moga dia membesar jadi  seorang Adam yang menjaga pandangannya.


Q'A: 

Kak Aini: Muaz jadi anak yang soleh ya..
Muaz: Insya allah acik..

Fitrah Hawa 2: Lebih sukakan perkataan 'kak' daripada perkataan 'makcik'..^^

2 comments:

wani syazwani said...

nice artikel aini :)
yg fitrah hawa 2 tue kak wani setuju sgt2...kalau boleh nak suruh org panggil kak je.jgn makcik..hehe

Qalam'Aini said...

@wani syazwani,
he he..kak wani..klu mereka panggil pn sbnrnya xdela marah, paling2 pun kelu je la kejap, he heh..
jgn keterlaluan menolak hakikat..(he..hakikat apekh itu ^^)
erm kalau marah2 nt cpt tua plak kn..
cumanya,fakta lebih2 dan terlebih sukanya hati bila dgr ayat 'kak' tu,xdpt nk disangkal..kn..^^

Q'A: ada lagi fitrah hawa..y kdg2 hawa sendiri pn x perasan itu fitrahnya..