Thursday, November 19, 2015

Lama Qalam Aini menyepi. Apa QA buat sekarang?

Bismillaahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum
Kebelakangan ni saya banyak dapat pertanyaan.. tersenyum2 saya baca satu demi satu sampai suami pun jeles tengok saya dengan henpon..^^
"Kak Aini sekarang berniaga apa? Kat mana"
"Aini awak kerja ke belajar? Ke dah buka bisnes?"
"Weh, mu jadi tokey baju dh ko?"
"Semoga perniagaan Aini bertambah maju (aameen)"
Semoga Allah sentiasa memberkati teman2 saya ni. Kepada teman2 non muslim, moga ceria selalu..^^ heart emoticon
Perkahwinan, sangat banyak yang saya lalui dan masih banyak lagi akan dilalui. Tak termampu untuk saya kongsi semuanya yang manis masin amsam pahit tu, he he. Syukur alhamdulillah. Antara yang saya banyak belajar ialah pengurusan rumah tangga dan memasak. Saya sering post gambar2 ni di FB saya juga. Semua ini lahir sebab hobi baru ni (sampai tak terupdate blog ye?). Saya kongsikan apa yang saya buat sekarang dengan description pada gambar2 ni ye teman2. Gambar hobi memasak saya.. ^^

Memasak. Roti dan dessert. Mencuba variasi coklat dalam pencuci mulut. Buat apa pun guna coklat, kalau tak jadi tetap sedap juga..ki ki..^^

Oleh kerana dah duduk Sarawak, Laksa Sarawak mesti cuba. Sekarang sudah jadi kegemaran kami. Sangat sedap dan mudah saja nak buat.^^

Cuba buat Umai. Juga makanan tradisi Sarawak. Torbaik !

Bila dah merantau ni, mula lah berksperimen masak untuk jimat bahan. Ayam goreng rangup ni antara salah satu kejayaan kecil eksperimen. He He.

Sudah 2 tahun kami beraya di Sarawak. Hikmahnya, sekarang sudah boleh masak rendang sendiri. Sedap ke tu? he he

Susah nak dapat bakery jual roti halal. Maka saya belajar meroti. Seronok juga. 

Rindu kat roti siput kampung punya pasal, lahirlah bun siput ni. kerepot jadiannya. HE he.

Bulan puasa nak makan puteri mandi. Pertama kali saya buat. he he.

Pizza Homemade. Ini kegemaran anak. Umi rajin meroti bila anak suka.

Berpeluang melancong ke Kundasang, kami beli keledek ungu. Hasilnya jadi che mek molek. Sedap !

Keju. Cheesescuit tempahan kawan2. Amatur je. ^^

Makan petang yang dimoden kan. Pisang goreng cheese. ^^

Puding Cream O juga selalu ditempah oleh kawan2. Seronok memasak ni tau !

Miri ni agak panas. Selalu buat aiskrim homemade. Ini aiskrim betik. ^^

Bila dah ada suami, maka ada dua selera. Ini donut permintaannya, Layankan saja. he he.




Hidup di bandar perlu berjimat. Malam2 mesti fikir idea nak masak apa. Salah satunya mihun ladna !

Ini juga permintaan cik abang. Tak pernah saya terfikir nak buat aapa lagi makan. Rupanya sedap juga ya baked cheese potatao ni. Nyum2.

Coklat lagi. Tempahan kawan juga ni. Selit2 masa untuk siapkan. Snowball Cheese nama diberi.

Bila dah ada anak, puding dan kek adalah menu utama. Gebu senang dan sedap.

Ini penangan rindu kat masakan mak. Terhasillah kuah kacang. Tapi ma punya lagi sedap..Oh..


Kek lagi. Untuk anak dan suami. masa bujang dulu tak pernah mimpi boleh buat ni. he he.

Ini air tangan suami. Puding karamel. Sedap wwalhamdulillah !^^

Bila balik kampung, tolong masak2 sikit2. Buat pau pun oke la. he he. Selebihnya ma juga yang masak.

Sarawak kaya dengan pelbagai jenis beras. Ini bubur pulut hitam beras perang Sarawak. Lain sangat rasanya, sedap !

Miri ni banyak ikan segar. Ini salah satu menu kegemaran cik abang saya. Siakap Stim. ^^

Masak2 ni, sebaiknya amalkan sunnah. Ini penkek adunan dengan madu, cuka kurma. Teman2 mesti cuba.

Saya amatur lagi, tapi suka buat semua ni sebab hobi. Semuanya ni saya post di Page FB Masak 4U, https://www.facebook.com/masak4u/.

Dan disamping bergelar isteri dan ibu, saya masih lagi menyambung pengajian, he he. Chaiyok2 ! Mohon teman2 doakan saya kebaikan. Terima kasih untuk semua sokongan ! ^^
Jumpa lagi insyaAllah !
Ummu Naufal
~he he ^^


LOVE or PERISH..

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
L.O.V.E
"..once you know how to die, you know how to live.."
[Late Prof Morrie Schwartz, 1995. Book, 'Tuesdays with Morrie']
people, they know that they are gonna die, but they dont believe it..
sort of living in a sleepwalk..
and you will only wake up when you die..
you do what people tell you to, disregard it is your mom, your acquaintances or even your soulmate..
1400 years ago, the reminder has come. By a Phrophet who his name known to all creatures in heaven and earth, who his name is the dowry for our father Adam (alaihissalam) to marry Eve, our mother.. He is the Chosen One..
He feed his Jews neighbour who hated him, he loves everyone, he send messages from The Almighty via pure LOVE..
And he has succeed, Allah has guarantee the Heaven for him..
Yet,
We should follow no one, except him.. We should embrace no lifestyle except his lifesetyle..
Allahumma solli alaa Muhammad
Ummu Naufal
~Wake up,
..Love, or Perish..

Underestimate never

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
My university students, wear very short skirts.
I, wear abaya fully hijab.
Still, I can't underestimate them.
Don't underestimate others.
You don't hold futures..
Ummu Naufal
~hablu minan nas

Seeking for a soulmate dear?

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
'If soulmate has been destined for everyone, why I am not married yet??'
. . .
Are you still stalking his facebook? Or waiting for his calls and messages? Yes, you know who, he is the one you are admire at.
Move on dear.
Let him go first.
Only then, you may see that the right one is just a step ahead from your eyesight..
Ummu Naufal
~barely a matchmaker used to be

Do you feel..

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
You feel sad, hollow, empty, deep inside.
Have you feed your soul?
Read and learn Al Quran.
You don't know how?
Find a teacher for it.
Ummu Naufal
~soul builder

Fuel Crisis is Our Crisis

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Fuel crisis. A cent from a young researcher and mom in a survival. Please expect a long lecture from a mom in this post.
Harga minyak naik lagi. Orang lagi naik minyak. Semua kerana 'Petroleum'. Saya belajar dan bekerja dalam bidang berkait Petroleum dan saya ingin kongsikan sesuatu.
Since forever if I can say so, petroleum started out as a monopoly, and it still is and always will be. Wars, assassinations, genocides of whole cultures, propping up tinhorn dictators (they does exist in Malaysia, unfortunately) will continue and get worse if nothing is done, not to mention global destruction.
It comes to me that there is no time to wait for those people to change the way they do things (especially him, you know who). In fact, they did not ever read all your comments and posts in this fb. Someone, and it is you and me, must make a stand and get this started or if not we all pay for it more than we ever have in the past or in the present (it turns out to be a positive stress now).
A real story; A researcher asked an oil exec to change into a renewable energy instead of relying solely on fossil fuel. The answer is, "Why should we? We are doing just fine doing what we do." See. It was a honest response from an oil exec. Be Rich and Kill the Planet is your motto isn't it?
What should we do? Keep suffering? O dear, life is not a place to suffer. Life is a bless. In fact it is a blessed survival, a journey going back home sweet home, the first home of our father and mother, Adam and Eve.
The time has come. If you ask me what will I do, I will do it in my own way. In this field of research. Produce bunch of researches on renewable energy, maybe? It will be an alternative for petroleum. You know what, they (you know who) are really threatened by renewable fuel. They know it is the only paradigm they can't control and dictate. It put's energy in the free market for the first time in it's history. Makes real competition for the first time a reality. This is how we fight back.
So are you. If you are an expert in economy, build an empire instead. If you are a great teacher, produce millions of brilliant students. Maybe you are a creative chef, cook your best for your nation. If you are a loving mom who are raising a football team of childrens, teach them to be useful citizens. Just do it with great passions. Anything will do. This is our survival.
Most essential, this survival is not about money for me. It just has to be profitable to succeed. I'll be gone and/or retired before I will see any real money from it. At least I know what I leave behind in this world will be enjoyed by my children and grandchildren in future.
Ummu Naufal,
~I am no keyboard warrior. I just want to send a message.

Apologize,shall we?

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Salam Jumaah barakah teman2 ^^
This morning,
Sub-Process Instrumentation and Control
1st session class at 8am..
I usually will present a demo or few calculations before they do their task.
Student: "(raising hand) Excuse me Miss, now I got the correct answer, could u PLEASE explain to me what we are calculating and its relation in real time application?"
2nd session class at 9 am..
A guy come in with a bread at hand full in the mouth.
Student: "Oo, Miss ! I m sho shorry" (raising his hand and ready to go out quickly and came back in a second). "I am so sorry again Miss."
Message:
It is the respect and high esteem. The veneration, if I can say. And, surprisingly they are all non muslim. like emoticon
P/s: they are all boys except me. (Girls, dont u want to be an engineer too? ^^)
Ummu Naufal
~sifat menghormati itu hanya lahir dari sebuah jiwa yang besar

C.E.R.A.I

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
'C.E.R.A.I'
Teman bertanya, salahkah isteri minta cerai?
Hmm, nak jawab soalan ni kena dalam keadaan bertenang, kurang2 cuaca panas2 ni belanja cheesecake chill pun membantu otak untuk tenang, he he~
Eh, bukan ke dengan hanya mengingati Allah hati akan tenang? ..Baiklah.. -T___T-
Sebelum ni saya pernah share tips nak cari suami soleh. Ok.
Katakanlah,
Jika dah kawin baru tahu rupanya suami tak solat, tak puasa, tak nak kerja, tak nak tunai kewajipan, apa nk buat?
Nasihat ulama ialah usaha dengan sabar dan doa.
Isteri yang minta cerai takkan bau syurga memang ada hadisnya,
Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga (yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)"
(HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).
Teman,
Jawatan sebagai isteri ni sangat2 berat bagi mereka yang faham. Dah tahu pun, tak bermaksud sudah faham.
Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga, ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”
(HR. Al-Hakim)
”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.”
(HR. Ath-Thabrani)
“Dan sebaik-baik wanita (isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu".
(HR. Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)
Berat ke berat jadi isteri?
Berat nanang -____-
Fenomena pada zaman kita ni (akhir zaman), baru saja beberapa bulan, kadang2 beberapa minggu kahwin, oleh sebab tak sefahaman pun boleh buat si isteri dah ada NIAT nk minta cerai.. Niat ni benda hapa? Ia suatu yang rahsia, hanya dalam hati, Allah saja tahu, suami tak tahu..
Nah, bermula dgn niat itulah lama2 pendam akhirnya keluar juga..
Asbabnya, suami bagi nafkah sikit je (zahir batin), jika surirumah pula asyik fikir nak bebas dari kesengsaraan yang dihadapi; mengira2, 'aku mampu kerja cari duit lebih tak payah bergantung kepada suami yang malas kerja', atau suami yang tak jaga solat.. Atau suami tak caring macam masa bercinta dulu, rasa dah tak bahagia hidup bersama.. Atau suami pernah terpukul masa bergaduh.. Baanyak asbabnya.. Yang terkadang terlihat isteri sedang dizalimi.. Sampai tahap mana perlu bersabar ya? 0___o
Teman,
Mari kita rujuk 2 kisah,
Satu, kisah cinta agung Zainab r.a, anakanda solehah jelita Rasulullah saw. Berkat sabar dan doa, akhirnya suaminya menerima Islam, yang pada awalnya mati2 menentang. Kisah cintanya penuh air mata derita, namun tiada langsung niat bercerai saat diuji walaupun sampai mengorbankan kandungan sendiri.. Allahu.. T____T
Kedua, seorang sahabiah zaman Rasulullah saw, beliau adalah contoh muslimah yang sangat baik, terkenal berakhlak mulia.. Suatu hari dimintanya cerai sbb suami nak murtad.. Rasulullah saw benarkan kes ini.
Jika suami boleh mudaratkan agama dan akidah isteri, boleh minta cerai..
TAPI,
Yang terbaik ialah jangan didendangkn dalam kepala nak minta cerai jika begitu jika begini..jangan sekali..
Doa masih ada.. Allah Maha Mendengar.. Allah pemilik hati hambaNya.. DIA berkuasa mengubah yang buruk jadi baik..
Kalau doa pun isteri dah malas nak buat, solehahkah isteri begitu? -____-
Nak jadi isteri solehah, nak suami soleh perlu banyak usaha, perlu berjuta doa.. Bila suami pincang, mesti ada juga pincang dari isteri..
Di tempat kerja mungkin dia paling hebat, gojez, mabelez, mesra rakyat.. Tapi di rumah alahai selekeh, pemalas, kasar, celupar.. "____"
Ingat tak hadith tentang wanita paling ramai dlm neraka? Jom recall why? Sebab mulut.
Sebab isteri ni mudah kufur terhadap kebaikan suami.
Bila suami salah, terus ungkit macam2. Dah lupa kebaikan suami. Suami tak beri nafkah, terus dia lupa suaminya rajin tolong kerja rumah, jaga anak, hormat ibu bapanya, tak pernah berkasar dan lagi lagi lagi yang dia dah lupa..
Begitu dinukilkan oleh Pak Hamka,
"Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya."
Timbang2, fikir2..
Ummu Naufal
~bukan ulama. menulis nasihat terutama untuk diri yang alpa, dan berkongsi tinta dengan teman pembaca, juga kipas susah mati Novel air mata TKVDW.7

Masihkah kita ingat kepada mereka di sana?

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum

T.T


Tidurlah wahai anakanda..
Doakan kami yang masih di dunia
Agar membuka hati mencelik mata
Tidurlah wahai anakanda..
Kamu sedang berbahagia disyurga
Sedang kami bakal berdepan soalan Sang Pencipta
Apa yang telah kami buat untuk membela yang teraniaya??
Tidurlah wahai anakanda...

Ummu Naufal
~hati seorang ibu


Perjalanan seorang Qalam Aini

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Saya menoleh kembali. Melihat tapak2 yang berbekas di belakang. Saya kini di sini. Bidang penyelidikan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan akademik tapi ia bakal membentuk kehidupan. Makin lama di sini, makin terasa ceteknya ilmu saya ini. Diri yang amat kerdil ini masih bertatih, banyak kali rebah dan tersungkur lagi dan lagi. Terkadang terasa lelah, terasa payah. Hari ini, satu kekuatan hadir apabila apabila tulisan2 yang diterbitkan dan yang dibentang dalam konferen mendapat respon2 dan email2 perkongsian daripada pembaca. Ia tidak pernah saya jangka. Subhanallah.
3 tahun lalu,
"Akak dulu, pernah beritahu cikgu akak nak jadi saintis. Satu kelas gelakkan akak..ha ha ha..tapi akak tak kisah, akak tetap nak jadi saintis. Demi satu maksud itu. Maksud yang Aini juga tahu.." Sempoi betul akak saya sorang ni. Saya tersenyum kagum. Dalam diam saya juga punya impian sepertinya. Tapi saya tidak mampu jadi betul2 seperti dia, dia berwatak sangat ceria sepanjang masa. Sepanjang menunggu angka giliran saya, kami berbual panjang. Suasana hospital yang suram saya rasakan tenang. Sewaktu merempit pulang juga, banyak perkara yang kami luahkan. Masa2 berharga dia untuk menulis tesis, dia korbankan untuk membawa teman mendapat rawatan.
Dulu dia yang sering bawa saya berjumpa pakar. Waktu itu saya fikir saya dulu yang akan pergi dari dia. Allahuakbar..
Hari ini, saat memandang respon2 dan email2 di skrin ini buat saya sangat ingin tahu apalah agaknya respon dari dia, ia lebih kepada mendamba pujian manja dari seorang kakak. 'Akak, ada orang minat design controller saya !' Namun hakikatnya, dia telah lebih dulu dipanggil pulang ke pangkuan yang Maha Esa.
Fitrah manusia seperti saya, hanya akan lebih menghargai apabila kehilangan. Fitrah manusia lagi, sering lupa bahawa asbab2 itu bukanlah syarat wajib bagi kematian.
Senyuman dan jenakanya masih segar dalam memori saya. Semangatnya akan saya pinjam di sepanjang jalan ini. Pastinya, tiap jiwa yang mengenalnya akan tetap merindui. Satu susuk yang jasanya mengalir hingga hari ini.
Ummu Naufal
~"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Difference between intelligence and educated

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
In the morning breeze I wrote this.
Am thinking of a girl I met yesterday.
She stand up againts the wall in front of the library entrance.
I was too standing there waiting for my sweetheart Muhammad Da'ie.
Yet,
I saw she is with a cigarette. I am pretty sure it is quite a giant cigarrete, not a vape.
It is my style for years, to confirm what I saw to justify my thought.
I say hi and we began to talk.
She is just 16 and she is already in a university. I myself step into a university when I was 17. She has an exquisite muslim name, very opposite to her foxy style. She has a mother who is wearing a Doctor crown. In short, such an amazing family she has.
Well, I used to see the non muslim girl students with cigarette, but for a muslim, this is my first time. Seeing this, almost brought me into an epiphany.
"I dont know what on earth I am doing here, and I am in stress all the time. I always thinking that this is not my place." Her last word while finishing her smoking.
My o my..
I realize then, are all of us singing the same melody? When I was her age, I am enjoying myself with my friends not with books and a bunch of assignments that wont finish forever.
We, often went to Kuantan to enjoy our weekend gathering. I really missed our old days Zura IxoraFida ZakariaNuyu Fana. Eventhough in Felda, we used to hang out frequently, 'rewang' around together. That is fun !
You see, high education never promise intelligence. This is a fact since the mesozoic era that we often fail to compromise with. The intelligence is needed to make good choice for our life. There must be a guider and the first guider are the parents. For muslim, we believe that any choice made shall influence greatly our life in here and in the hereafter.
Now I am thinking, what kind of parent or educator will we be?
To see the disaster amongs our youngsters nowadays, really torture me inside out....
Ummu Naufal
~a truth seeker

Anak adalah penghubung...

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Anak adalah penghubung kasih sayang suami isteri.
Sebab tu selalunya dia akan berada di tengah2.
Cuba perhati, dia amat suka berada di antara ibu dan ayah di mana saja dari bangun tidur sampai tidur semula..^^
"Kerana saya penghubung cinta umi dan abi" agaknya begini fikir dia.
Jadi jika teman belum dikurnia rezeki cahaya mata, secara positifnya mungkin anda belum perlukan penghubung cinta tambahan kerana perhubungan yang sedia ada sudah eratttt terjalin.
Atau,
Di sisi lain muhasabah, mungkin perhubungan yang ada perlu perhatian yang lebihhhhh banyak kerana mungkin ada unsur2 kerenggangan atau keretakan yang masih perlu diperbaiki.
Ya, segalanya mungkin.
Ini logik akal saya saja. Tiada dalil. ^^
Apapun ujian yang teman2 lalui, La Tahzan, Innallaha Ma'ana. heart emoticon
Ummu Naufal
~melayan penghubung cinta ayah dan ibu memanglah memerlukan mental dan fizikal yang kuat..^^

Kisah Hidrogen, Kimia, Sushi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Sambil menunggu nasi masak saya membelek satu jurnal. Oleh kerana saya tidak menggunakan periuk elektrik, saya awal2 lagi sudah set masa supaya saya tidak leka dan nasi saya tidak bertukar kepada warna hitam. Siapa nak makan sushi warna hitam?
Tajuk, “Upper bound and best estimate of the efficiency of the.....”. Citation 200 lebih. Terbitan 2005. Kiranya si penulis jurnal ni, bernama Goldstein ni boleh dikatakan abang long bidang ni. Saya angguk2 kagum sambil menggaru kepala yang bertutup dengan topi chef warna warni kegemaran saya. Kisahnya tentang produksi minyak hidrogen daripada air. Proses pengeluaran secara termokimia ini dibina pertama kali oleh sebuah agensi Amarikka namanya General Atomic pada tahun 1986. Ia menggunakan suhu yang sangat tinggi hampir 1000 darjah selsius. Huh?! Saya mengeluh sendiri. Pastilah tenaga yang relevan untuk proses ni hanya tenaga nuklear, tak pun tenaga solar lanjutan. Hampir 30 tahun yang lalu ia bermula dan sehingga sekarang masih aktif membuat penyelidikan dan menerbitkan jurnal berkaitan proses ini. Namun ia masih belum dapat dikomersilkan sehingga kini. Mereka menjangkakan akan berjaya mengeluarkan secara skala industri pada tahun 2015. Itu ialah sekarang.
SAYA BERANGAN..
Suatu hari nanti kita hanya perlu mengisi tangki minyak menggunakan air saja dan ia akan menukarkan air kepada minyak hidrogen menggunakan build in technology. Alangkah indahnya, alangkah mudahnya, alangkah murahnya !
Tit tit tit tit ! ! !
Nasi sudah masak. Saya berlari dari meja belajar ke dapur. Saya kaupkan nasi ke dalam bekas. Cuka dengan sukatan khas saya campurkan ke dalam nasi. Aroma wangi tindak balas kimianya menusuk ke dalam hidung. Glukosa akhirnya bertemu Asid. Kumpulan OH dalam nasi panas akan terproton oleh asid dari cuka. Kemudian ikatan kasih sayang antara oksigen dan lingkaran karbon akan terkorban dan menghasilkan air yang suci. Hasilnya nasi sushi akan menjadi licin semasa digaul dan tidak lama kemudian jadi melekat antara satu sama lain setelah haba nasi menghilang dan ikatan kasih sayang kembali subur. Kali ini, ikatan yang terhasil lebih erat daripada sebelumnya. Selawat meniti di bibir.
Jurnal itu, saya akan sambung baca selepas ini. Apa lagi agaknya rahsia yang si Goldstein ni dah korek daripada General Atomic? Akhirnya sudah disahkan bahawa air memang boleh ditukar menjadi minyak. Saya semakin ingin tahu.
“Dan dari air Kami jadikan setiap sesuatu yang hidup.” (QS. Al Anbiya:30)
Ummu Naufal
~alkisah sebuah elektron di alam kimiayang

Air boleh jadi Minyak

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Antara waktu Maghrib dan Isyak kami berdua nonton Oasis “Indahnya Iman” sambil bermain playdoh homemade. Memang mendamaikan bila bermain dengan anak sambil mendengar alunan zikir. Tup! Di skrin terpampang satu wajah yang amat dikenali. “Mesej pra-bajet 2016”.
“Assalamualaikum wbt.. Yadayadayada.. Kejatuhan harga minyak yang begitu ketara menyebabkan pendapatan negara dan kerajaan terjejas..taratarataratraa..” Itu saja isi yang penting yang dapat saya tangkap daripada mesej tersebut. Suhu kepala saya agak tinggi untuk menghadam isi2 yang lain.
Harga minyak jatuh kerana ada yang memonopoli. Monopoli dibuat oleh negara 'tertentu' supaya lambakan minyak berlaku dan harga jatuh teruk. Peperangan, politik dan banyak lagi adalah penyumbang utama. Jadi, Malaysia sebuah negara yang menurut hikayat hanyasanya bergantung kepada pendapatan jual minyak semata-mata dikatakan terjejas teruk dengan situasi ini. Harga turun atau naik, satu kepastian, minyak petroleum kita akan habis suatu hari nanti.
Tapi kita tak perlu menangis dengan kehabisan minyak atau tak perlu mengeluh. Kerana kita ada AIR !
Saya teringat satu tulisan oleh Zhang (2010). Adakah dia keturunan Kaisar Zhang dari Dinasti Han yang mahsyur itu? Itu saya tak dapatlah nak pastikan. -..-.
Apa yang pasti dia adalah saintis Negara China yang rajin amatnya menjalankan kajian untuk menghasilkan minyak hidrogen ini. Dia dan konco2 saintisnya daripada Institut Nukelier dan Teknologi Tenaga Baru, Chino, dengan bangga melaporkan kejayaan mereka terhadap kajian lingkaran tertutup produksi hidrogen menggunakan tenaga nukelier. Ini masih tak dapat dilakukan oleh General Atomic dari Amarrikka sampai sekarang. Sudah tentulah mereka tidak mahu berkongsi rahasia itu dengan Amarrikka. Chino VS Amarrikka.
Oleh kerana Chino sangat rajin maka Malaysia akan meminjam kerajinan mereka untuk membina Loji Nukelier. Panda dah dapat, nukelier bakal menyusul. Yuuhuu.
“Loji Tenaga Nuklear Malaysia akan beroperasi pada 2021 dengan menggunakan kepakaran sedia ada daripada Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun. Loji tersebut memerlukan masa 10 tahun untuk disiapkan‘ –Sumber Wikipedia dan Agensi Nuklear Malaysia-
Selamat mempercayainya.
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (QS Al-Mukminun : 18)
Ummu Naufal
~elektron air yang teruja

Pilihlah dan teruskan langkah

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
"Norman, O'Keefe, Knoche.. and if for PWC i think it is Scattolini or Luyben Dr.." Cadang saya bagi soalan supervisor. "Well okay, you can put Astrom for that." Jawab dia. Saya terkedip2 mata kebingungan memikirkan adakah saya sebut nama Astrom tadi? Rasanya takdee..
Well, now you know, manusia memang ada kecenderungan yang berbeza2. Ini baru soal memilih saintis mana yang lebih pakar dalam bidang sama. Hmm..Astrom pun Astrom lah.
Saya pernah baca journal beliau. Dia memang orang lama pun. Tak baru.
Pembentangan saya hanya 25 minit tapi soal jawab sehingga 1 jam. Dah macam viva dah. Tapi Australia punya University tak ada viva. Ia satu2nya negara di dunia yang buat syarat macam tu. Terasing....
"It is very interesting, we can have a bright future on this research." Ujar salah sorang hadirin. Supervisor saya senyum lebar.
"So, how we are gonna generate the heat? You need to use superhigh temperature, I can see" Soalnya.
Akhirnya keluar soalan yang saya sengaja rahsiakan point itu. Takkan saya nak kelentong.
"Well, now that you ask me, I should say that the only 2 relevant heat sources regard to this plant are either solar, or nuclear..." jawab saya. "Huh, seriouly?? Like seriously?? " Semua hadirin tergelak dengan respon terkezut beliau. Kebenaran itu memang pahit kan.
Tersenyum2 saya teringatkan momen itu.
Sekarang saya berdepan dengan skrin, banyak penambahan diminta oleh supervisor. Hantar segera katanya.
Tet tet te tet..
30 Oct,
"As salam Noraini. Hows your paper that invited by elsevier. Is it ready?"
Mesej dari supervisor lama saya. Alamak ! Saya hampir lupa due date dah dekat.
"Wsalam alaik. Yeah I am working on it Dr. I will send the draft to you asap insyaAllah"
Mana 1 saya nak buat agaknya?
Due date sama semua supervisor.
Saya pasti teman2 juga laluinya.
Hidup ini sentiasa tentang pilihan dan keputusan. Pilih dan putuskan saja, serta teruslah berjalan.
May Allah ease our journey..aameen..
Ummu Naufal
~setakat pagi ni baru ada asap dapur...

Rumahtangga alam belajar dan ujian

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Senyuman2 pada wajah2 bahagia terpapar di muka buku. Tahniah saya ucapkan kepada adik2, teman2 yang baru saja menikah atau bakal bernikah tak lama lagi. Mabruk2. ^^ heart emoticon
Terdetik untuk saya kongsikan apa yang saya pegang tentang pernikahan. Pernikahan, adalah satu sesi pembelajaran yang panjang dan punya banyak sesi ujian. Pada masa tertentu tanpa diduga, ujian peperiksaan atau kuiz akan datang tiba2. Mengejutnya ia sama lah macam kuiz mengejut alam universiti dulu. Boleh teman bayangkan? Istimewanya pernikahan ialah, dalam setiap ujian itu akan ada satu soalan sama yang sentiasa akan berulang. Iaitu,
"Mengapa kamu pilih dia sebagai pasangan?"
Hari ini, 5 tahun lagi, bahkan 10, 20 atau 50 tahun akan datang, soalan sama ini akan berulang dalam setiap sesi ujian. Tips untuk lulus, anda hanya perlu jawab satu jawapan yang sama juga setiap kali diuji. Jawapan ini melambangkan kematangan dan jelasnya matlamat pernikahan tersebut.
Sebagai contoh,
Jika dalam ujian pertama anda menjawab, "kerana dia cantik dan saya sangat suka pada senyuman manisnya", maka sesi ujian seterusnya anda akan diuji dengan si dia tidak lagi kelihatan cantik dan tidak mampu tersenyum untuk anda, maka jawapan itu sudah tidak relevan. Kali kedua, jika anda menjawab, "kerana dia sahaja yang sudi mengisi kesunyian hidup saya", pada sesi akan datang, anda mungkin menerima ujian si dia tidak lagi sudi menemani anda seperti dulu. Dan soalan ini akan sentiasa berterusan hingga anda tidak lagi mampu lulus bagi setiap ujian. langit mungkin kembali cerah selepas sesi ujian namun tanpa sedar ujian2 terkumpul yang anda tidak lulus semakin banyak dan akhirnya...anda rebah !
Jawapan skema Al Quran untuk soalan ujian ini,
"Saya pilih dia sebagai isteri/suami saya kerana Allah"
Ummu Naufal,
~tiada cinta yang lebih agung selain cinta kerana Allah

Sampai Bila?

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Sampai Bila?
Subuh liat nak bangun. Sejuknya aircond sedapnya tidur.
Zohor sibuk cari makan best2. Kenyang dah perut, halal ke tak ye masakan kedai tu tadi..?
Asar fikir nak segarkan badan, ambil angin di taman rekreasi, tak pun riadah mulut di kedai kopi.
Maghrib sibuk kemas rumah, bagi makan anak2 bulus, tak pun cuci kerete.
Isyak sibuk lagi bawak kawan minum atau bawa anak bini pegi shopping barang2 dapur. Duit habis sana, duit habis sini, esok mesti pegi keje nak tambah duit yang dah habis tadi.
Sampai bila?
Hari ini Allah hantar gambar anak2 Syria, wanita2 Palestin, pemuda Rohingya, eh2 Paris pun, dibunuh kejam.. kita menangis depan skrin. Malam nanti tak pula (sekurangnya niat) nak bangun qiyam doakan keselamatan ummat.
Sampai bila?
Esok ulang lagi jadual harian sama.
Lusa mungkin Allah hantar azab bencana, sebab dah nampak sangat kita ni leka.
Kalau masa tu kita masih hidup dan taubat, tak apa. Kalau mati terus.. macam mana?
Ummu Naufal
~ demi masa sesungguhnya manusia kerugian.. melainkan..